Pilihan anda di PRU13

Selasa, 10 November 2009

Nuklear dan kesan jangkaannya kepada dunia


Bom atom yang di gugurkan di Hiroshima merupakan peningkatan kuasa pemusnahan daripada beberapa tan TNT kepada kekuatan yang setara dengan ribuan tan TNT (kilotan). Bom hidrogen yang dihasilkan satu dekad kemudianya merupakan peningkatan kekuatan daripada ribuan tan TNT kepada juta tan TNT (megatan). Dunia dijangkakan akan mempunyai senjata nuklear berkekuatan 10,000 megatan TNT. Sebuah bom termonuklear mempunyai kuasa letupan lebih kuat daripada gabungan seluruh kuasa letupan yang pernah digunakan oleh manusia setakat ini, dalam setiap pertempuran di sepanjang zaman.

Peletusan bom nuklear menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma, sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan atmosfera. Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan. Gelombang letupan dihasilkan oleh peningkatan tekanan secara keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang sedang mengewap. Melalui udara, gelombang letupan bergerak dengan kelajuan supersonik. Tubuh manusia boleh di asak mati oleh gelombang letupan, sehingga ke tempat-tempat di mana tekanan lebihannya yang disebabkan oleh gelombang letupan, sekurang-kurangnya satu atmosfera melebihi tekanan biasa. Walaupun dilindungi oleh perisai terma atau perisai sinaran, manusia disekitar tempat letupan boleh mati akibat daripada kerosakkan-kerosakkan terhadap paru-paru, yang disebabkan oleh gelombang letupan. Satu pertiga daripada tenaga ledakkan dibebaskan dalam bentuk kilat terma. Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan secara serta-merta menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan cahaya. Suhu yang sangat tinggi ini mengkondensasikan segala yang berada disekitar tempat ledakkan. Pada jarak yang lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan menjadi cair. Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan kebakaran. Kesemua ini akan menyebabkan terjadi ribut api. Suhu akan meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat perlindungan yang kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen Sebanyak 5% tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui pancaran sinar gamma dan neutron. Pada bom termonuklear pancaran sinaran awalan ini tidak memainkan peranan utama membunuh secara serta-merta, kerana kesan letupan dan kesan termanya lebih hebat.

Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh ledakkan bom nuklear tidak membahayakan manusia tapi ianya mampu memporak-perandakan sistem-sistem perhubungan moden yang mana lanjutan ini akan menyukarkan usaha-usaha penyelamatan mangsa. Selepas kesan serta-merta diatas berlaku pula luruhan radioaktif yang akan menyebabkan manusia menyerap dos sinaran yang boleh menyebabkan maut jika pendedahan berlaku dalam masa yang cukup lama terutamanaya jika berada dikawasan lapang. Satu megatan bom nuklear akan menghasilkan luruhan radioaktif yang boleh menyebabkan maut pada kawasan lingkungan 2000 km persegi. Kesan peperangan nuklear tidak terhenti dengan kematian dan kecedraan yang berlaku secara serta merta sahaja. Kerana bukti penduduk Hiroshima dan Nagasaki yang masih hidup saki bakinya menunjukkan mereka menderita akibat dari kerosakkan dan kesan-kesan jangka panjang sinaran radioaktif yang terhasil. Antara kesan yang timbul adalah penyakit kulit, keguguran rambut, lukemia dan penyakit genetik semakin berleluasa selepas peperangan.

Bagi yang selamat, mereka akan menyaksikan satu pemandangan yang amat mengerikan. Mayat-mayat manusia dan bangkai-bangkai mangsa sinaran yang sedang mereput, sisa-sisa buangan dan najis yang tidak terurus akan menjadi tempat pembiakkan yang cepat bagi lalat dan segala jenis serangga yang lebih tahan sinaran. Keadan ini akan memudahkan penyebaran wabak penyakit. Mereka yang sakit tidak dapat dibantu dengan berkesan kerana infrastruktur perubatan dan kesihatan tidak teratur ataupun lumpuh. Sistem perhubungan, sistem pengangkutan dan pendek kata segala jenis perkhidmatan dan perbekalan makanan dan tenaga menjadi lumpuh. Bekalan air melalui sistem yang ada tidak dapat berfungsi lagi kerana telah dicemari dengan luruhan radioaktif yang menyebabkan air tidk selamat untuk di minum.

Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan menghalang 99% cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa minggu, matahari pada tengaharinya seperti bulan purnama. Suasana gelap kesenjaan ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya enam bulan dan lapan bulan berikutnya suasana ini akan berkurangan sebanyak setengah kali ganda sahaja. Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis oleh tumbuhan menyebabkan banyak tumbuhan mati. Suhu yang terlalu rendah juga membunuh banyak hidupan dan menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar. Mereka yang selamat akan mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif.

30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama untuk membinanya kembali. Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar yang tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata. Negara-negara yang tidak terlibat juga akan mengalami kesan dari segi fizikal dan ekonomi kerana sisa radioaktif yang bertebaran di atmosfera berpindah disebabkan pergerakkan atmosfera.. Dari segi ekonomi, jika negara yang terlibat adalah negara yang merupakan sumber pengeluar bahan makanan, ternakkan dan pertanian maka perdagangan dan pemebekalan antarabangsa sudah tentu akan mengalami krisis. Telaga-telaga minyak yang musnah menyebabkan sistem bekalan minyak dunia terganggu. Sememangnya ini amat merugikan dunia.


sumber : www.members.tripod.com
akira

Ahad, 8 November 2009

Lepas ni tak payah tegur PAS.

PAS TIDAK BOLEH DITEGUR

"Setelah seminar selesai, pada pendapat saya hanya satu kesimpulan yang tepat dapat disimpulkan dari persepsi orang yang mengikuti perkembangannya. Yang jelas dan nyata adalah : tidak payah bersusah payah menegur PAS, PAS sudah elok dan sempurna.

Tentu sahaja akan ada pula yang menjawab, bukan tidak boleh ditegur, tetapi gunalah cara berhemah jika hendak menegur PAS. Jadi, kalau hendak menegur PAS, tanyalah Ustaz Kocik bagaimana caranya kerana Kocik sangat sentimen dengan orang yang menegur

Kenapa ramai pemimpin PAS tidak faham apa itu persepsi? Kenapa ramai pemimpin PAS tidak mengkaji apa persepsi pengundi terhadap PAS? Jika persepsi pengundi terhadap PAS adalah buruk, apakah silap persepsi tersebut atau silap pengundi?

Jika baju yang anda pakai dilihat tidak sesuai dari pandangan ramai, apakah silap persepsi tersebut ataupun anda sendiri yang silap. Rasanya dalam isu pandangan orang ramai terhadap PAS, pemimpin PAS sering menafikan pandangan tersebut. Penafian hanya dengan kata kata, tanpa membuktikan dengan langkah dan perancangan yang rapi.

Jika Islam yang dibawa PAS dipandang menggerunkan oleh pengundi, PAS sering beralasan UMNO yang merosakkan imej Islam. Segala hujah yang mengatakan UMNO yang merosakkan imej Islam dapat PAS manifestasikan dalam gerak kerja PAS dan kemesraan PAS mendekati pengundi bukan melayu. Alhamdulillah setakat ini PAS telah berjaya meyakinkan bukan Islam bahawa Islam bukanlah buruk sepertimana digambarkan oleh UMNO selama ini.

[baca lagi]

SUMBER :detikdaily
akira

PENGUMUMAN

FORUM BELANJAWAN PR 2010


“MENSEJAHTERAKAN RAKYAT”

9 NOVEMBER 2009ISNIN

8.30 MALAM – 11.00 MALAM

LOKASI:

DEWAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

UCAPTAMA OLEH:

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

AHLIPANEL:

YB YAAKOB SAFARI (PKR)

YB TAN SENG GIAW (DAP)

YB DR HATTA RAMLI (PAS)

SEMUA DIJEMPUT HADIR



akira

Jumaat, 6 November 2009

Pak Lah versi PAS : Aziz Bari

Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi kini dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam politik baru Pakatan Rakyat.

Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, pakar undang-undang perlembagaan mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.

Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.

Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah".

Ditemui di pejabatnya di kampus UIA pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka.

sumber : malaysiakini
akira

Khamis, 5 November 2009

PAKATAN RAKYAT : Konvensyen blogger PAS

Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polimik besar parti itu yang dilihat berpunca dari media baru itu.

Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS.

"Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi.

Namun ianya hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja. baca lagi


sumber : harakahdaily
akira

Kau masih seorang ashabiyyah

Kau masih seorang ashabiyyah

walau serban tanggal,tak pernah

walau berjela-jela,panjang jubah

kau terperangkap dalam penjara

merasa diri lebih taqwa

menipiskah keyakinan?

mencairkah iman?

meletakkan kekuatan pada bilangan

lupa mengharap pertolongan Allah

membawa siddik,amanah,tabligh dan fathaanah.

Kau memimpin Jamaah Islamiah

lebih ashabiyyah dari ashabiyyah

menolak hikmah berbilang bangsa dan keturunan

menolak permuapakatan kearah kebaikan

membawa kegelapan kepada cahaya

membawa kebathilan kepada kebenaran

walau semua kita bersaudara

asal kita Adam dan Hawa.

Dari seketul tanah kejadian kita

ada air,ada api;angin pun ada

adunlah biar sebati

api,jangan biarkan membakar diri

angin,jangan sampai memusnahkan akal dan budi

kembalilah kepada fitrah diri

membawa tugas khalifah Allah di bumi.

Kau masih seorang ashabiyyah

walau menjunjung Al Qur’an dan Sunnah

sedang hati masih berselaput karat

teraba-raba menumpang cahaya petir dan kilat

tak terbawa Islam sebagai Al-Din untuk seluruh ummat.

Yajuk

Bj08102008


kedaikopi : Rasulullah SAW. bersabda: “Bukan golongan kami yang menyeru pada ashabiyyah, berperang kerana ashabiyyah dan mati kerana ashabiyyah.” (HR Abu Daud)

sumber : puisiabah.mudin001.com
akira

Tauliah cabul hak bersura : Dr Asri

Sistem pentauliahan bagi mengajar agama yang diamalkan oleh pihak berkuasa agama Islam di semua negeri adalah melanggar hak kebebasan bersuara, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, ini kerana dalam, Nabi Muhammad sendiri menyuruh supaya setiap umat Islam itu berdakwah "walaupun satu ayat".

Sehubungan itu, beliau tidak menolak sistem ini telah disalahgunakan sebagai 'alat kawalan' terhadap pendakwah-pendakwah Islam di negara ini.

Katanya, walaupun Perlis mempunyai undang-undang yang sama, tetapi beliau tidak pernah menguatkuasanya sepanjang menjadi mufti negeri itu.

Dr Mohd Asri yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas memberi ceramah agama di Gombak baru-baru ini, memberitahu demikian dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini.


sumber : malaysiakini
akira

Bilal jadi Bomoh Nombor Ekor

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgpEtMfIAvUswVVBS6XiWRRr9-f1iKkTkhgnXQyYwSRm8ZGpOxiKXOYnvF6vkoJ2sS8E6QzQGrHn7QU3ELP8Gaw6npbmmw279aAUrGMs3VFF_9bxXDiUuTm5Zman4ixk4tldn5oufRQhoh/s320/judi.jpg

Keghairahan seorang bomoh ekor yang juga bekas bilal masjid melayan kaki judi yang mahu mendapatkan khidmat manteranya membawa padah apabila mereka ditahan ketika melakukan upacara memuja ‘kendi kuno’ yang dibawa pelanggan, kelmarin.


Bekas bilal berusia 66 tahun yang terkenal di sekitar Banting, dekat sini, dengan panggilan Wak, dipercayai bukan saja popular di kalangan tahi judi berpendapatan rendah, malah turut menjadi pilihan kaki judi ‘berada’ yang ketagih dengan nombor ekor.

Bukan itu saja, warga emas berkenaan pernah dilantik ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pernah ditahan serta dijatuhkan hukuman kerana menjalankan kegiatan sama pada 1996.

baca lagi disini

sumber : mymetro
akira

Rabu, 4 November 2009

PAKATAN RAKYAT : Pas perlukan 'KORBAN'

PAS perlukan 'korban' untuk pulih

PAS memerlukan "korban" untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan yang disuarakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata ahli akademik.

"Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban," kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang perlembagaan itu, yang membangkitkan semula itu bulan lalu, diundang menghuraikan pandangannya berhubung masa depan PAS bawah kepemimpinan Abdul Hadi yang dianggap lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu. berita selanjutnya

akira

1 Malaysia : Rakyat dihulukan!!!

Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja

Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.

Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.

Dewan menjadi kecoh dengan jawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan. klik utk berita penuh



akira

Selasa, 3 November 2009

1 Malaysia : Dr Chua timbalan presiden MCA

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat semula jawatannya sebagai timbalan presiden MCA selepas digugurkan susulan dipecat daripada parti kira-kira dua bulan lalu.

Pengumuman mengejut itu dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini ketika jawatankuasa pusat parti itu sedang mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur tengah hari ini.... berita penuh disini

akira

Isnin, 2 November 2009

"Takdak Cable, Lu JanGan BeraNgan Laa"

Mengenai artikel lepas yang dipetik dari harakahdaily mengenai perubahan yang berjaya dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak dapat dinafikan. Namun masih ada yang perlu diperbaiki. Di antaranya adalah mengenai pengambilan kerja untuk jawatan-jawatan kosong di agensi-agensi di bawah pentakbiran kerajaan negeri. Contohnya MPSP, MPPP dan sebagainya. Sikap yang diamalkan oleh MPSP khasnya dalam pengambilan pekerja baru amat dikesali. Sikap memilih kroni atau anak beranak untuk mengisi jawatan-jawatan kosong tidak dapat dihakis walaupun pucuk pimpinan kerajaan negeri telah berubah. Amalan yang diamal sejak zaman pemerintahan UMNO sudah sebati bukan sahaja di agensi-agensi tersebut malahan jabatan-jabatan kerajaan pusat turut tidak terlepas.

Caj yang dikenakan untuk satu borang permohonan oleh MPSP adalah RM2.00, dengan hasil jualan borang sahaja sudah berapa banyak yang diperolehi sedangkan jawatan yang ditawarkan sudahpun dipunyai oleh anak beranak mereka. Apa gunanya borang tersebut dijual kalau jawatan tersebut sudah ada 'pemunya'nya. Adakah untuk mengaut keuntungan atau sekadar memenuhi syarat?

Perkara sebegini harus diberi diambil berat oleh kerajaan negeri. Anak-anak muda sudah muak dengan sikap yang diamalkan sejak pemerintahan UMNO. Cari satu penyelesaian yang dapat memulihkan imej agensi-agensi kerajaan negeri dimata masyarakat. Jangan jadikan agensi-agensi tersebut sebagai warisan turun temurun sahaja. Buka peluang kepada anak-anak muda yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut. Bukannya hanya memilih anak beranak. Contohnya, masih ada yang tidak memenuhi syarat namun berjaya mendapatkan jawatan di agensi tersebut kerana hasil bantuan adik beradik yang bekerja di situ. Apabila yang tidak berkelayakan memenuhi jawatan tersebut, maka agensi tersebut akan terjejas.

Sehingga kini apa yang boleh dikatakan :

"Takdak Cable, Lu JanGan BeraNgan Laa Nak keJa Kat sItu"

Ubah sebelum parah!!! biarpun aNak BeRanak meReka Marah....................

akira

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU