Pilihan anda di PRU13

Isnin, 29 Jun 2009

Tukar Agama : Majlis Raja-Raja mencelah

Minta pandangan Majlis Agama Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas ini, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu, demikian menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke mesyuarat itu.

Menurut kenyataan itu, semua Raja hadir kecuali Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah; Sultan Kelantan diwakili Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra; Sultan Perak diwakili Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah; dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Pada 22 April lepas, kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa. BERNAMA

- warga marhaen menjunjung kasih -

akira8047
kedaikopitepimasjid

Ahad, 28 Jun 2009

Anwar Ibrahim - Isu PATI, tangani sebaiknya

Sahabat karib saya dari Jakarta menelefon menyesali sikap membisu saya berdepan dengan pendedahan kes penderaan terhadap pekerja Indonesia. Teguran ikhlas teman tersebut diterima baik.

Namun perlu dijelaskan bahawa secara konsisten saya lantang sekali membicara nasib Tenaga Kerja termasuk dari Indonesia (TKI) atau ungkapan pemerintah Malaysia Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pekerja Asing (PA).

Lantaran gesaan tegas saya, pimpinan UMNO menuduh saya “anti-nasional”.
Seandainya kita pertahankan prinsip keadilan, keluhuran Perlembagaan (UUD) dan negara hukum, maka setiap kes penderaan dan penindasan ditangani sebaiknya menurut jalur hukum.

Persepsi bahawa kita angkuh (arogan) malah mirip mendukung tindakan zalim dan ganas terhadap pekerja agak meluas di Indonesia. Mungkin saja anggapan sademikian keterlaluan.

Namun tidak dapat disangkal dari tindakan perundangan merotan PATI, kenyataan sombong para menteri, tuduhan pencerobohan di perairan Indonesia, layanan buruk malah kes-kes penderaan ke atas warga asing termasuk dari Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh akan memperkukuh gambaran negatif terhadap negara.

Pertama, hukuman rotan (cambok) ke atas pekerja daif tetap dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan sekiranya pekerja Muslim Algeria di Perancis, atau pelajar Malaysia tanpa visa di England dihukum rotan, hiruk-pikuklah dunia Islam dan kempen boikot barangan Inggeris di Malaysia.

Kedua, kenyataan angkuh yang menyentuh sensitiviti jiran harus diwaspadai. Saya masih ingat peristiwa lagu ‘Rasa Sayang Eh’ dulu! Atau seolah-olah rasuah (korupsi) itu lumrah di Indonesia dan tidak di Malaysia. Pastinya lebih canggih di sini!

Ketiga, isu sempadan dan ketegangan lainnya harus dirunding segera di antara pimpinan kedua negara terlibat.

Dan akhirnya isu penderaan pekerja, kaedah kemasukan dan sindiket agen pekerja, penipuan dan cara mengaibkan mengusir pekerja pulang wajar ditangani dengan lebih telus dan adil. Kita harus akui kecuaian, rasuah malah kelecehan sebahagian agensi penguatkuasaan.

Rakyat Malaysia sendiri mencurigai kecekapan sebahagian pasukan polis manakala gerombolan penjenayah kongsi gelap, ah long, kumpulan samseng atasan terlibat!

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan memperjuangkan keadilan.

ANWAR IBRAHIM

akira8047
kedaikopitepimasjid

Sabtu, 27 Jun 2009

Tok Guru pelawa, MSO luah, Najib macam mana?

TOK GURU AJAK NAJIB

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.

Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama. [artikel penuh]

USTAZ MSO LUAH PENDAPAT

Menurut Nik Aziz mujadalah diajar oleh para Nabi dan bukan pandai-pandainya. Katanya Nabi agar berdepan dengan musuh secara bersemuka. Ia bukan baru. Beliau mendomankan kepada Musa yang berdepan dengan Firaun, Nabi Ibrahim dengan Namrud dan Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Bagi orang yang faham tektikal politik dan arif dengan sepak terang politik Menteri Besar Kelantan itu tahu ke mana dan mengapa beliau tidak semena-mena ingin berdebat pula dengan Najib.

Apa yang menimbulkan kemusyilan di sini berhubung kata-kata Nik Aziz itu apakah para Nabi tidak mengajar ummahnya berbincang dan berunding secara baik jika berhadapan dengan masalahan. Apakah Nabi tidak mengangjurkan supaya bermuzakarah atau bermuqabalah? Dan kalau Nabi juga ada menganjurkan begitu kenapa mujadalah yang menjadi pilihan?

Bagi saya cadangan Nik Aziz itu agak sonsang dan terlewat yang tidak perlu dilayan oleh Najib. Ia juga seperti anti klimeks dalam mencari pedamaian antara Pas dengan Umno. Ini kerana baru beberapa hari saja Pas telah memansuhkan cadangan untuk membincang idea unity goverment dengan Umno yang dlihat lebih ideal. Alih-alih hari ini hendak ajak Umno berdebat pula. Bukankah kegagalan itu juga disebabkan Nik Aziz dan yang mempelawa berdebat itu juga Nik Aziz?

Apa lagi sakit dan rasa pedih Umno atas penolakan cadangan itu masih terasa tiba-tiba mereka ingin menyahut ajakan Nik Aziz itu? Cara Nik Aziz itu jelas sangat ianya bukan ikhlas dan tidak lebih daripada menjelaskan lagi kebenciannya kepada Umno.

Justeru, sekiranya Najib tidak bersedia memenuhi pelawaan itu sesuatu yang bijak. Biarlah kalaupun Nik Aziz dan penyokongnya menuduh dan memperlikan Najib pengacut tidak mengapa. Biarlah dikatakan penakut yang penting orang ramai sudah mula memahami siapakah yang melampau dan sengaja bermain dengan kata-kata untuk kepentingan politik dalam konteks ini.[artikel penuh]


HAJI NAJIB ???? apa macam....................... ada brannnniii kaaa...














akira8047
kedaikopitepimasjid

Satu Malaysia , Satu Penipuan

Rakyat dizalimi, negeri Pakatan Rakyat didiskriminasi - Anwar
laporan Mohd Khalil Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Kerajaan dibidas kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah.

Menurut Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan jelas menunjukkan wujud diskriminasi daripada kerajaan persekutuan di bawah kekuasaan Barisan Nasional.

"Ada beberapa perkara yang harus diberikan perhatian oleh Kementerian Kewangan dalam keadaan kita menghadapi kemelut sekarang. Pertama, peruntukan yang diberi kepada negeri-negeri jelas menunjukkan sikap dendam kesumat masih berterusan.

"Walaupun Perdana Menteri menyebut Satu Malaysia, dan rakan-rakan daripada Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional minta kita supaya memberi sambutan yang positif, saya hendak beritahu bahawa laungan slogan ini, slogan murahan yang tidak dituruti dengan amal,"jelasnya semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan mengapakah negeri-negeri tersebut didiskriminasikan dan akhirnya rakyat menjadi mangsa?

"Saya beri contoh, mengikut peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak. Negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan.

"Apa alasan boleh diberikan? Terutama bagi negeri yang miskin seperti Kelantan dan Kedah, di paras yang begitu rendah peruntukan walaupun yang diuar-uarkan itu Satu Malaysia. Perak kerana semasa mereka merangka, mereka fikir mereka masih belum berjaya menawan, maka Perak daripada segi peruntukan per kapita - 230, Selangor - 221, Kelantan - 179, Kedah - 172 dan Pulau Pinang - 119,"jelasnya lagi.

Tindakan ini dianggap oleh Anwar sebagai satu diskriminasi dan rakyat menjadi mangsa.

"Mengapa harus dihukum rakyat begitu rupa? Saya tidak menafikan keperluan kita menambah peruntukan negeri-negeri terutama negeri-negeri yang miskin. Terengganu, mahupun kawasan Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Akan tetapi dasar yang jelas tidak telus dan menunjukkan dasar yang discriminative, gunalah KPI apa pun yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, KPI apa? Kalau kerangka dasar itu sendiri tidak menunjukkan kita mengambil sikap yang telus dan adil,"tambahnya sambil menempelak sikap kerajaan yang tidak adil terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, tindakan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan hanya terjadi setelah rakyat memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan.

"Saya harap Kementerian Kewangan dapat meneliti dan memperbaiki kerana zalim kita untuk menghukum rakyat semata-mata kerana mengambil keputusan dan kebijaksanaan memilih parti atau calon yang mereka dukung.

"Semua yang memilih Pakatan Rakyat atau Umno-Barisan Nasional dikenakan dengan sistem percukaian yang sama. Maka peruntukan itu harus lebih telus dan adil,"tegasnya. - mks.


akira8047
kedaikopitepimasjid

Jumaat, 26 Jun 2009

Manek Urai - Fauzi Abdullah calon PAS : TGNA


Beberapa minit yang lepas Tok Guru Nik Aziz mengumumkan Mohd Fauzi Abdullah sebagai calon PAS untuk PRK N41 Dun Manek Urai. Fauzi Abdullah merupakan seorang tauke ikan kat Pasar Manek Urai, Kuala Krai dan Bendahari PAS Kuala Krai.

Tahniah diucapkan... cabaran baru bermula....

akira8047
kedaikopitepimasjid

Manek Urai - Terhasil sebuah ceritera


Bermulanya sebuah cerita di negeri nun jauh di sebelah timur negara. Terdapat sebuah jajahan yang mana pemerintahnya amat disayangi sekalian rakyat jelata. Tak kira yang tua dan muda, yang dara mahupun teruna. Semuanya hidup damai sejahtera.Namun apabila tiba masa yang telah ditetapkan, maka kembalilah pemerintah tersebut mengadap kembali Penciptanya. Maka duka lara menyelubungi setiap sudut pelusuk negeri tersebut.

Ceritera yang hendak dijadikan cerita pun berlaku. Si pemerintah tersebut tidak mempunyai keturunan untuk dijadikan pewaris dalam meneruskan pemerintahannya. Namun sebelum kematiannya, sempat juga dia memberi amanat agar penggantinya dipilih oleh sekalian rakyat jelata melalui undian.

Mengenangkan amanat yang diberi perlu ditunaikan, berpakat-pakatlah segelintir rakyat yang bijaksana dalam mencari dan menentukan cara terbaik untuk mereka mencari pemerintah yang baru. Dan dengan sebulat suara mereka menetapkan cara undian dilakukan di setiap desa dalam jajahan tersebut. Maka ditetapkan hari bulan dimana nama-nama mereka yang dirasakan layak perlu dikemukakan.Hanya rakyat di jajahan tersebut sahaja yang layak untuk memilih siapa yang mereka inginkan dan tidak dibenarkan membawa sebarang jenis binatang, hantu belaan mahupun pondok untuk berteduh semasa hari pengundian tersebut.

Maka dengan pengumuman tersebut, tersebarlah ke pelosok tanah jajahan bahawasanya akan ada satu hari dimana mereka perlu menunaikan tanggungjawab dalam menentukan pemerintah yang baru. Berita sensasi itu telah sampai ke telinga Orang Kaya Bijan Kazar. Orang Kaya Bijan merupakan salah seorang pemimpin yang berasal nun jauh dari tanah jajahan yang memakan masa berhari-hari perjalan menggunakan kudrat. Beliau merupakan salah seorang pemerintah yang zalim. Merompak harta rakyat demi kepentingan diri dan kaum kerabatnya. Oleh kerana Orang Kaya Bijan yang berasal dari pekan dan bukannya desa, maka apabila terkenangkan sebuah desa yang aman permai dimana rakyatnya memiliki tanah-tanah yang seluas mata memandang, pantas Orang Kaya Bijan mengatur strategi untuk menakluk tanah jajahan tersebut.

Orang Kaya Bijan sedar bahawasanya beliau bertanding pasti akan tewas kerana kezaliman dirinya. Lantas beliau meletakkan orang kepercayaan untuk bertanding dalam pemilihan tersebut. Pelbagai strategi diatur. Sebelum bermulanya hari untuk mengemukakan nama pemerintah baru, Orang Kaya Bijan telah menghantar orang kepercayaan bersama-sama dengan sejumlah hamba abdi. Selang beberapa hari, tibalah rombongan itu di tanah jajahan tersebut. Semua hamba abdi diberikan persalinan yang cantik-cantik belaka. Mereka perlu sentiasa tersenyum mengiringi orang kepercayaan Orang Kaya Seman agar penduduk di jajahan tersebut terpikat. Pelbagai pendekatan dilakukan dan penipuan yang diatur untuk memenuhi hajat Orang Kaya Seman. Ada hamba abdi yang dikerah membantu penduduk menoreh, dan ada
yang membantu penduduk membina rumah yang usang. Abdi yang muda menolong yang golongan muda,abdi tua berborak sesama usia.

Bak kata, pelbagai kebaikan ditonjolkan.Sehingga sekarang hamba-hamba abdi Orang Kaya Bijan masih meneruskan sandiwara di tanah jajahan tersebut. Mereka sedang menanti tibanya hari untuk mereka mengemukan nama orang kepercayaan Orang Kaya Bijan. Oleh kerana kisahnya sedang dan masih dilakonkan.... maka kiranya masih ada usia yang panjang, hamba akan ceritakan kepada anak cucu sekalian..............

akira8047
kedaikopitepimasjid

Malam ini jangan lupa!!



PENTAS KITA KARYA KITA


BILA : 26 Jun 2009 ( Jumaat )

JAM :
8.30 malam

DIMANA: Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution @ Pak Karamu
Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.
( Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )

ALAMAT PENUH: F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak.

MASUK PERCUMA/JAMUAN MULA JAM 8.00 Malam.


SENIMAN DAN PARA GEDEBE YANG AKAN HADIR:

Pyanhabib, Meor, Nik, KulupSakah, Mohammad Hariry, AirMas, Mat Saman Kati, LanteraJiwa & BloggersNetwork@Perak.



akira8047
kedaikopitepimasjid

Khamis, 25 Jun 2009

FORUM PERDANA : HALA TUJU PAKATAN RAKYAT


FORUM PERDANA : HALA TUJU PAKATAN RAKYAT

TAPAK EXPO SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

SABTU 27 JUN 2009

JAM: 9:30 MALAM

PENCERAMAH: YB DR MANSOR OTHMAN
YB ZURAIDA KAMARUDDIN
YB YB USTZ DR MUJAHID YUSOF RAWA

PENGERUSI MAJLIS YB YUSMADI YUSOFF


sumber : wrlr
akira8047
kedaikopitepimasjid

ManekUrai - Pas Jumaat,.....UBN Ahad

Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai Ahad ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara malam ini.

Beliau yang juga perdana menteri berkata, pengumuman tersebut akan dibuat di Manek Urai.

manakala PAS akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding lebih awal iaitu pada hari Jumaat ini. Difahamkan Calon yang akan bertanding disana nanti ialah dikalangan Rakyat tempatan.Setakat ini Tiga nama telah diberikan termasuklah seorang dari muslimat pas.

Siapa calon yang akan dikemukakan, tunggu dan lihattttt....

akira8047
kedaikopitepimasjid

Rabu, 24 Jun 2009

Jangan Lepaskan Peluang Ini!!!

Assalamualaikum… sekadar berpesan-pesanan sesama kita. Esok 24hb Jun 2009 (Rabu)(posting kedaikopitepimasjid - ari ni la) bersamaan dengan 01hb Rejab 1430 Hijrah. Pejam celik… pejam celik kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita berkongsi… apakah amalan yang ada di sebalik bulan Rejab. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda…

"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa Akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah...

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu Syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as;

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? Maka berkata Jibril as "Ya… Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Isa: Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara;

MASA HIDUP SEBELUM MATI, MASA LAPANG SEBELUM MASA SIBUK, MASA MUDA SEBELUM MASA TUA, MASA KAYA SEBELUM SUSAH DAN MASA SIHAT SEBELUM SAKIT.


sumber : IkutSukaAku
akira8047
kedaikopitepimasjid

Antara Komunis dan Penjajah

Antara Chin Peng dan Henry Gurney ?

'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.'

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.

Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.

Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948). 'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.

Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka, Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan kapitalisme amalam British.

Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan menentang negara.

Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.

Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh) atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.

Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.

Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.

Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang menentang penjajah.

Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut dijajah British untuk mempertahankan 'keamanan' dan 'kestabilan' kerajaan penjajah British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi apa.

Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan komunis.

Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah British.

Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera penjajah) didepanya.

Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.

Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak dicederakan.

Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing digerakkan secara besar – besaran memburu 'pengganas' komunis. Digambarkan ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.

Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang sehingga kini menjadi masalah dunia.

Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.

Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”

Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.

Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.

che'GuBard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan che'GuBard komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.

Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat dia mengajar menjadi Markas PAS. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan 'aparat' bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?

Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.

Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.

Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah diletakan baru baru ini. Adakah 'regim warisan penjajah' ini tidak tahu akan sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau 'regim' ini tidak kisah dengan kekejaman zionis.

Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini tidak kisah.

Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan che'GuBard hanya menulis berdasarkan sentimen bukan fakta.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.

Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam. Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila klik membaca lanjut isu pelobi yang dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.

Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.

Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.

Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....

Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)

Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan.................. Kini masa anak muda untuk bangkit melawan kebodohan....Kita seharusnya bosan dengan memu momokan 'perkauman' yang sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang oleh regim pewaris penjajah ini.

Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia versi Rakyat dengan rukun pertama merdeka dari politik perkauman.

Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.


sumber : chegubard
akira8047
kedaikopitepimasjid

Kemalangan Maut di Penanti


Kubang Semang, Penanti - Satu lagi kemalangan maut berlaku di Kubang Semang. Kejadian jam 5.10 petang berlaku 300 meter dari Masjid Kubang Semang menuju kearah Permatang Nibong membabitkan sebuah treller dan motosikal. Penunggang motosikal yang putus di pergelangan kaki meninggal dunia ditempat kejadian.

Kemalangan terbabit berlaku apabila penunggang motosikal terbabas di selekoh berikutan keadaan jalan yang licin dan terus melanggar treller yang datang dari arah bertentangan. Penunggang merupakan seorang pekerja bank yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Baru,Perai. Akibat dari kemalangan tersebut, berlaku kesesakan hampir sejam dari Jalan Permatang Nibong menuju ke arah Kubang Semang.



KedaiKopiTepiMasjid - Ini merupakan kematian ke-3 dalam tempoh seminggu yang berlaku di depan aku. Kejadian-kejadian sebegini harus dijadikan iktibar dan peringatan. Pandu dengan berhati-hati dan ingatlah 'MATI ITU PASTI'..... buatlah amal sebelum terlambat kerana kita belum tahu masa dan dimana kita bakal di JEMPUT. Kepada pihak Hospital(Ambulan) dan Bomba...TAHNIAH diucapkan kerana kepantasan anda tiba di tempat kejadiaan.... kepada anggota POLIS, tingkatkan kepantasan anda. Hari ini anda jelas lewat 30minit berbanding ambulan dan bomba.

gambar : kecik@kedaikopitepimasjid
akira8047
kedaikopitepimasjid

Anwar Ibrahim



Oleh: WFAUZDIN NS

KETOKOHAN DS Anwar memang tidak dapat dinafikan samasekali. Semenjak beliau belum menceburi dunia politik lagi ketokohannya terserlah terutamanya ketika menjadi Presiden ABIM. Sewaktu di dalam ABIM, pertubuhan tersebut amat dihormati dan disegani oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika itu, tambahan pula timbalan DS Anwar ketika itu adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Nama ABIM di waktu itu amat terkenal sehingga melangkau sempadan tanahair sehinggakan mengatasi populariti nama parti lain termasuk Pas sendiri.

Ketokohannya begitu menarik minat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi PM. DS Anwar telah dibawa masuk ke dalam Umno walaupun pada awalnya amat keberatan untuk beliau menerima tawaran parti Melayu tersebut. Seperti yang pernah beliau ceritakan, DS Anwar terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM tentang hasrat beliau memasuki Umno. Ada takan-rakan yang bersetuju dan tidak kurang juga yang bimbang DS Anwar akan karam dengan rentak politik Umno. Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah salah seorang yang terlalu kuat melarang DS Anwar memasuki Umno kerana beliau bimbang cita-cita baik DS Anwar untuk mengislamisasikan Umno tidak akan tercapai bahkan DS Anwar akan dikhianati suatu masa nanti. Walau bagaimanapun, DS Anwar tetap dengan cita-citanya untuk merubah Umno dari dalam dan Almarhum Ustaz Fadzil hanya mampu berdoa agar usaha DS Anwar akan berjaya. Maka, berpisahlah dua sahabat baik ini bahkan dianggap keluarga buat DS Anwar kerana hubungan keluarga mereka terlalu rapat. DS Anwar berjuang di dalam Umno, manakala Almarhum Ustaz Fadzil berjuang di dalam Pas.

Apabila DS Anwar terlalu cepat menunjukkan ketokohan dan kebolehannya, maka Dr Mahathir melonjakkan beliau ke jawatan yang lebih tinggi dengan cepat. Kepantasan DS Anwar menaiki satu emi satu tangga ke atas di dalam Umno dan kerajaan ketika itu amat dicemburui oleh tokoh-tokoh Umno yang lain. Era kecemerlangan DS Anwar yang paling jelas dapat dilihat adalah apabila beliau menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Proses Islamisasi mula berlaku di dalam Umno di mana terdirinya Universiti Islam dan perbankkan Islam. Islamisasi terus diterap di dalam sistem pendidikan sekolah-sekolah di mana semua pelajar lelaki dan perempuan Islam dibenarkan berpakaian menutup aurat. Di sekolah-sekolah malahan di jabatan-jabatan kerajaan diadakan program tazkirah berjadual dan Qiamullail di peringkat sekolah. Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau di antara yang paling ditakuti oleh menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang kuat memakan rasuah kerana DS Anwar terlalu anti kepada amalan jahat ini.

Sewaktu beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika Dr Mahathir tiada di dalam negara, kesempatan itu diambil oleh DS Anwar untuk membentangkan akta berkaitan rasuah yang mana sesiapa di kalangan menteri atau penjawat awam yang telah terbukti melakukan rasuah, tindakan boleh dikenakan walaupun menteri atau penjawat awam tersebut telah bersara. Beliau juga tidak pernah bersetuju atau bersubahat di dalam apa jua salah laku berkaitan rasuah dan penyelewengan walaupun melibatkan arahan dari pihak atasannya sendiri. Oleh kerana DS Anwar terlalu tegas di dalam perkara ini, beliau mula dicurigai oleh beberapa pihak termasuk oleh Dr Mahathir sendiri dan beberapa kroni rapat PM ketika itu. Berkaitan dengan Islam, beliau juga dicurigai kerana tegasnya beliau menentang pemecatan Mufti Selangor ketika itu Almarhum Dato' Ishak Baharom yang melarang wanita Islam menjadi ratu cantik.

Dr Mahathir tiada pilihan lain lagi kerana beliau bimbang pengaruh DS Anwar ketika itu terlalu kuat di dalam Umno terutamanya di kalangan golongan muda dan ugama. Terbukti Tun Ghafar Baba mengangkat tangan menyerah awal sebelum pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana Tun Ghafar melihat begitu hebatnya pengaruh Ds Anwar. Ini lah yang amat merungsingkan Dr Mahathir kerana jika Tun Ghafar seorang tokoh yang amat terkenal dan senior boleh menyerah begitu sahaja kepada DS Anwar, tidak mustahil DS Anwar mampu berbuat demikian ke atasnya. Maka, perancangan mulai diatur di dalam berbagai bentuk dan cara untuk menyingkirkan DS Anwar dari Umno.

Maka, bermulalah babak paling zalim dilakukan terhadap DS Anwar dengan satu konspirasi politik yang terancang. Ds Anwar difitnah dan dituduh melakukan perbuatan yang keji dan tidak masuk dek akal samasekali. Ketika dan saat itu, sejarah bermula dengan berpecahnya ramai orang-orang Melayu terutamanya di dalam Umno. Era reformasi pun bermula dengan begitu hebat seolah-olah akan tumbangnya kerajaan di bawah Dr Mahathir ketika itu. Segala kuasa dan jentera dipergunakan oleh Umno dan kerajaan untuk melawan arus kebangkitan rakyat pada waktu itu. Rakan baik beliau, Almarhum Ustaz Fadzil adalah orang pertama yang mengunjungi DS Anwar ketika DS Anwar dizalimi. Sejak itu, kebangkitan Pas mula dapat dilihat di bawah kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil yang menyatakan Pas tetap akan membela sesiapa pun yang dizalimi hatta pemimpin Umno sekalipun. Kebijaksanaan Almarhum telah menjadikan kekuatan bersama dengan golongan reformasi yang kemudiannya menubuhkan Adil seterusnya parti KeADILan.

Di sini timbulnya pertanyaan, adakah benar dikatakan DS Anwar adalah tokoh politik yang memulakan perpecahan Melayu sehingga sekarang? Melayu tidak berpecah dari segi hubungan fizikalnya, tetapi Melayu berpecah dari segi pemikiran dan ideologi sahaja. Sebahagian Melayu inginkan keadilan dan sebahagian lagi menyokong kezaliman. Di sinilah bermulanya perpecahan di mana Dr Mahathir adalah tokoh yang paling layak dan sesuai digelat sebagai Bapa Perpecahan Melayu. Melayu berpecah tatkala Umno diharamkan dan lahirnya Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika DS Anwar dilakukan secara zalim yang kebanyakan orang-orang Melayu sendiri tidak dapat menerima perbuatan jahat ke atas DS Anwar. Ini semua berlaku di era Dr Mahathir dan kini masih diwarisi oleh orang-orang seumpamanya. Tidak hairan bagi kita, di mana-mana sahaja Umno akan tetap memburukkan DS Anwar kerana bagi Umno, selagi adanya DS Anwar sudah pasti Umno semakin pendek nyawanya. Oleh yang demikian, amat bijak Pas menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno kerana Umno tidak akan berubah selagi adanya matahari dan bulan.

sumber : WFAUDIN.BLOGSPOT
akira8047
kedaikopitepimasjid

Selasa, 23 Jun 2009

HAPUSKAN ISA!!! kembalikan Demokrasi

(Hapuskan ISA!!! Kembalikan mereka ke pangkuan keluarga tercinta)

Alhamdulillah, semalam di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembley Hall telah diadakan satu sidang akhbar pemberitahuan semula pelancaran MANSUH, yang akan diadakan pada 1 ogos...bertempat di Kuala Lumpur. Dimanakah lokasi sebenar himpunan itu? .... tempat itu masih belum ditetapkan....

Walaubagaimanapun, hampir semua wakil2 politik dan NGO yang menjadi sekretariat MANSUH mengesahkan mereka tidak berminat mengadakan rally berkenaan ditempat tertutup seperti stadium kerana mutakhir ini, terlalu banyak kejadian bangunan runtuh termasuk stadium dan faktor keselamatan dari runtuhan ini akan menjadi faktor utama kenapa rally perlu diadakan di tempat awam dan dikawasan bukan bangunan.

Antara wakil yang hadir semalam ialah Saudara Arut dari PSM, Datuk Salehuddin dan Ust Badrul Amin dari PKR, Ustazah Nuridah dan Hj Mat Sabu dari PAS, En Zaid Kamarudin dan SUA Hj Nahar dari JIM, Pramesh dari CIJ, Prakash dari Kommas, Chin Hong dari DEMA , Ady dari Biro Guaman Parti Gerakan, Robert dari Kumpulan Anak Bangsa Malaysia dan wakil dari bloggers. Inilah banner himpunan MANSUH yang dicipta oleh saudara Chin Hong, salah seorang AJKGMI.
Sebahagian dari AJK sekretariat MANSUH yang hadir disidang akhbar pelancaran semalam.

Merahhitam sempat berbual dengan saudara Robert(duduk) , Jayanath(berdiri) dan seorang teman bloggee (lupa namanya, please write something in my blog) yang sering mengadakan vigil ISA di Petaling Jaya.
Sekretariat MANSUH amat mengalu-alukan sumbangan dari semua penyokong dan aktivis anti ISA dalam usaha menyebarkan maklumat ini kepada semua lapian masyarakat di Malaysia.... Dan yang penting, maklumat yang telah sampai itu mampu menggerakkan orang ramai supaya "block" 1 ogos untuk sama-sama menghadirkan diri di kuala .Lumpur bagi menjayakan himpunan aman tersebut.


Sumber : Merah Hitam
akira8047
kedaikopitepimasjid

Isnin, 22 Jun 2009

1Malaysia - Najib Mudah Lupa

Pernahkah anda melihat atau membeli serta membaca majalah ini.. Majalah ini diterbitkan pada November 1999.. Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan..

Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)... Saya membelinya dan masih menyimpanya dan ia masih kekal berkeadaan baik..

Sudah 10 tahun ianya tersimpan didalam kotak.. dan ptg td semasa saya melakukan 5S dirumah saya menjumpainya semula..



Apa yang menariknya tentang majalah ini ianya bukan sekadar "menyerang" DR M.. tetapi terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yg perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan "menolaknya" dari memimpin negara serta tidak layak utk memimpin umat Islam di negara kita...

Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yg beragama Islam.. sama-sama kita renungkan...




Mungkin beliau sudah lupa (almaklumlah beliau ini tergolong "Melayu Mudah Lupa").. namun sejarah tidak melupakan beliau...walaupun sudah berlalu 17 tahun lamanya... dan mungkin utk selama-lamanya.. sejarah sentiasa mengingatinya...











sumber : bangun dengan kekuatan
akira8047
kedaikopitepimasjid

KerajaanPerpaduan - UBN kecewa lagi....

Bila kecewa, macam-macam boleh jadi. Itulah yang berlaku pada UBN hari ini apabila Pakatan Rakyat sebulat suara menolak pembentukan kerajaan perpaduan(UG). Pelbagai reaksi dan komen yang dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin UBN, dan ada diantaranya yang jelas menampakkan kebodohan sendiri. Pemimpin teratas mereka, melaungkan satu Malaysia sebagai agenda di era pemerintahannya..... tapi masih ada segelintir di kalangan mereka yang masih kurang jelas mengenainya.


Mente
ri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.
(Sekiranya anda menonton Berita Utama TV3, jelas menunjukkan Ismail Sabri memperlekehkan kaum cina, apabila mengatakan PAS lebih suka berbincang dengan DAP a.k.a Cina berbanding UMNO a.k.a Melayu. Beliau seolah memperli PAS yang memperjuangkan Islam tapi bekerjasama dengan parti bukan Islam. Beliau samada sedar atau tidak bahawanya Najib sendiri melaungkan satu malaysia yang menggambarkan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Jadi, apa motifnya Sabri membangkitkan perkara tersebut sedangkan sudah berapa lama UBN itu sendiri bekerjasama dengan MCA dan MIC. Adakah MCA dan MIC itu melayu?...)

Pemimpin sebegini seharusnya diambil tindakan kerana sering kali meniupkan api-api yang berbaur perkauman. Mereka seringkali berdiri di belakang Ketuanan Melayu yang kononnya memperjuangkan hak melayu, tetapi hakikatnya mereka-mereka ini menggunakan agenda ketuanan melayu untuk terus menipu rakyat dalam memperkayakan kaum kerabat mereka.

Adakah layak pemimpin-pemimpin ini diangkat untuk mentakbir negara? Adakah hasrat Najib untuk mewujudkan satu malaysia akan tercapai dengan wujudnya pemimpin-pemimpin sebegini di dalam kerajaannya? Yang jelas..... satu malaysia adalah satu lagi pembohongan untuk rakyat Malaysia.

BERITA PENUH :

KUALA LUMPUR: Tindakan Pas hari ini menolak cadangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diwujudkan kerajaan perpaduan memperlihatkan ketidakjujuran parti itu untuk mengadakan perbincangan ke arah kebaikan, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka yang mencadangkan. Dalam usaha membangunkan negara, kita tak boleh putus asa kerana apa yang penting ialah masa depan negara," katanya.

Penolakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu diumumkan oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu pertemuan pemimpinpemimpin pakatan pembangkang di Bangunan Parlimen di sini hari ini. BERNAMA




akira8047
kedaikopitepimasjid

Skrip 1998 diulang kembali


Maka bermulalah edisi kedua konspirasi politik, penyembunyian bahan bukti dan keterangan saksi serta pencabulan undang-undang yang direstui di peringkat tertinggi.
Barisan pelakon utama dalam siri ini adalah sama – antara lain Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Mereka mensasarkan orang yang sama– Anwar Ibrahim.
Perbicaraan liwat yang dilemparkan terhadap Anwar untuk kali kedua mirip bibit-bibit awal kes rasuah dan liwat Anwar selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Kini, Anwar sekali lagi berdepan dengan pendakwaan yang enggan menyerahkan bahan bukti walaupun permohonan dibuat oleh peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu sejak September tahun lalu.

Anwar terpaksa memohon mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan pejabat Gani Patail supaya menyerahkan segala bukti yang dikumpul oleh polis bagi membolehkannya menyediakan pembelaan yang tuntas.
Walapun perbicaraan kes itu akan bermula kurang dua minggu, Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam Anwar dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.

Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.
Dalam keadaan begini, tidak siapa boleh menyalahkan peguam-peguam Anwar sendiri atas rasa gusar tidak dapat menyediakan pembelaan lengkap untuk anak guam mereka.
Bagi peguam seperti Sankara Nair, semua yang sedang berlaku sekarang adalah siaran ulangan perbicaraan yang ditempuhi oleh Anwar sebelum ini.

Beliau berkata setakat ini pihak pendakwaraya mempamerkan sikap tidak profesional dan beretika dalam segala peri laku mereka bersabit kes itu.
Amat penting untuk Anwar mendapatkan contoh DNA yang digunakan oleh pendakwaraya selain rakaman CCTV.

Kedua-duanya perlu bagi membolehkan Anwar mendapatkan pakar sendiri untuk menyaring serta menguji kesahihan bukti yang akan dibawa ke mahkamah oleh kerajaan.
Permohonan Anwar untuk mendapatkan bahan kes itu akan didengar pada 22 Jun ini. Perbicaraan itu akan menawarkan intipan awal ke atas tata laku badan kehakiman terhadap Anwar kali ini.

Memang tidak dinafikan, ada segelintir hakim yang masih mendokong prinsip keadilan dan menolak sebarang campurtangan dalam tugas mereka. Hanya segelintir.
Hakikatnya ialah beberapa keputusan mahkamah, contohnya yang bersabit krisis Perak menyerlahkan kebimbangan umum terhadap kebebasan institusi kehakiman.
Dalam kes liwat Anwar sendiri, keputusan bingkas Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Sesyen mengenai haknya membicarakan kes itu menzahirkan rasa bimbang terhadap peluang Anwar untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya.

Perjuangan Anwar selama ini menjadikan beliau musuh politik utama kepada Mahathir. Kini Najib Razak pula berdepan dengan Anwar dan gandingan mantap Pakatan Rakyat yang semakin menggugat ketahanan Barisan Nasional.

Sayugia diingatkan Najib dan Rosmah secara langsung terbabit dalam kes ini.
Persoalan sama ada pasangan No 1 negara itu akan tampil memberi keterangan di mahkamah akan mencorakkan kredibiliti kerajaan, pendakwaraya dan polis dalam menghadapkan Anwar ke mahkamah atas tuduhan yang begitu mengaibkan.
Pendedahan terbaru bahawa pejabat Peguam Negara masih menahan begitu banyak bukti daripada peguam Anwar_satu pencabulan yang jelas di bawah Seksyen 51 dan 51(A) _ hanya meyemarakkan anggapan bahawa sejarah detik hitam perbicaraan Anwar akan berulang…


sumber : amk kedah
akira8047
kedaikopitepimasjid

LIWAT - Tangguh ke 8 Julai

KUALA LUMPUR 22 Jun – Perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya diadakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan kepada 8 Julai.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut bagi mendengar dua permohonan lain yang dikemukakan oleh Anwar.

Hakim tersebut menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan Ketua Pembangkang tersebut untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya. - Utusan

akira8047
kedaikopitepimasjid

Sabtu, 20 Jun 2009

YANG HIDUP PASTI MATI

Salam Semua,

Dah lama rasanya tak menulis, asyik copy paste artikel/berita orang lain. Biasalah, kerja agak teruk sekarang, bukannya senang nak senang. Tapi bila terkenangkan peristiwa dua hari lepas, rasanya perlu untuk dikongsi bersama pelayar. Nilai sebuah kekayaan bukan jaminan untuk ke SANA.

KENANGAN YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN.

Dua ari lepas, masa dok tunggu lampu isyarat bertukar hijau, sempat aku dok perati beberapa penunggang motosikal. Kebanyakkannya leka bersembang sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Nampaknya ramai yang tengah 'happy', sebab aku tengok majoriti di kalangan mereka asyik ketawa. Bila lampu bertukar ke hijau, sudah menjadi kebiasaan, para penunggang akan mengatasi pemandu2 kereta dan yang kenderaan yang lebih rodanya dari motosikal. Dalam sekelip mata mereka dah ke hadapan lebih kurang 700meter. Aku yang memandu kenderaan berat, terpaksa bersabar, biasalah....... barang berat....lambat pick-upnya.... Dalam asyik memerah keringat enjin menarik beban, nun jauh dihadapan aku terpandang beberapa biji motosikal bergeser sesama sendiri dan jatuh..... Dada berdebar kencang....

Aku parking kat tepi dan terus ke tempat kejadian. Kelihatan 5 orang terbaring. 3 buah motosikal berkelimpangan. 2 orang terbaring kaku tanpa nafas, seorang dengan motosikal di atas dada dan seorang lagi terperosok di penjuru longkang. Kedua2 pemuda ini merupakan penunggang dan pembonceng motosikal yang sama. Aku pasti!!! kerana mereka sempat senyum dan melambai tangan semasa aku sedang leka memerhati mereka di persimpangan lampu isyarat tadi. YA ALLAH.... lambaian dan senyuman terakhir mereka menginsafkan aku. ENGKAU tempatkanlah mereka dikalangan orang2 beriman.

Yang pasti, setiap 'YANG HIDUP AKAN MATI'. Dalam masa kurang seminit, manusia yang tersenyum riang dijemput kembali ke tempat asalnya. Tak kira yang sakit atau tidak, yang gembira atau berduka, yang tua atau muda, yang kaya atau miskin...... apabila tiba saat dan masanya..... MATI ITU PASTI.

***** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.

sumber : (Bila Malaikat Mencabut Nyawa)[klik sini]


akira8047
kedaikopitepimasjid

Jumaat, 19 Jun 2009

Apa pasal kapal perang Britain singgah Pulau Pinang?

PULAU PINANG, 19 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah mempertikaikan kenapa Kerajaan Malaysia begitu mudah membenarkan sebuah kapal perang Britain berlabuh di pelabuhan hak milik Penang Port Sdn Bhd (PPSD) bermula Isnin lepas.

Sehingga semalam Harakahdaily mendapati kapal berkenaan masih berada di situ dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Sedangkan, kapal ini merupakan salah satu daripada milik negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat memusnahkan negara Iraq sehingga menjadi 'padang jarak padang terkukur'.

Adakah kedatangan kapal perang berkenaan mempunyai agenda tersendiri atau hanya singgah untuk merehatkan badan anak kapalnya?

"Pemuda PAS Pulau Pinang khuatir persinggahan kapal di situ memberi kesan yang tidak disangka-sangka kerana Britain juga merupakan anak didik Amerika yang suka mengambil kesempatan menindas sesebuah negara yang sedang ranap akibat diasak oleh Amerika, "ujarnya. - mks. _harakahdaily



Aku mengesahkah perkara ini. Malam semalam ketika turun memancing, aku ada terlihat kapal besar ni kat port, sesiapa yang naik feri pun boleh nampak. Haluan kapal menghala ke arah terminal feri, ada empat buah helikopter sebelah kiri kapal.

"kalau jumpa kat lanun somalia ni,...... gerenti tak lepas punya."

akira8047
kedaikopitepimasjid

PAS - Tempat jatuh tetap dikenang


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.

-Muhyiddin Yassin-
bernama

Sebagai umat Islam, kita memang digalakkan bermaaf-maafan. Ya, memang ia digalakkan. Pas sememangnya dah maafkan UBN tentang peristiwa tersebut. Tapi, Pas tetap mengambil iktibar daripada pengalaman tersebut. Jangan sampai parut lama berdarah kembali. Dalam Islam sendiri kita digalakkan menuntut ilmu(belajar). Menuntut ilmu, sumbernya dari pelbagai, contohnya daripada pengalaman atau iktibar. Pas hari ini menganggap pengalaman yang pernah dilalui suatu ketika dulu adalah ilmu, berdasarkan ilmu tersebut, Tok Guru dan sebahagian besar ahli Pas merasakan kerjasama(UG) adalah tidak perlu. Jadi tidak perlu Timbalan Perdana Menteri sekarang menyuruh Tok Guru melupakan peristiwa tersebut. Ingat, "tempat jatuh tetap dikenang".

Tok Guru sendiri pernah menyatakan sekiranya hari ini UBN mengubah perlembagaan kepada ISLAM, malam ini juga Pas akan bubar. Yang menjadi persoalannya, sanggupkah UBN mengubah dasar perlembagaan mereka. Mahukah Muhyiddin mengajak Najib dan pemimpin-pemimpin tertinggi mereka berbincang untuk menukar perlembagaan sedia ada kepada perlembagaan ISLAM? Kami para penyokong Pas mengharapkan sebuah negara Islam, apabila UBN sanggup mengubah dasar perlembagaan kepada ISlam, nescaya ramai yang akan masuk UBN, jadi tak perlu lagi 'kerajaan perpaduan'.




akira8047
kedaikopitepimasjid

Khamis, 18 Jun 2009

PAS - Jangan sampai yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran

KERAJAAN PERPADUAN BOLEH HANCURKAN PAS DAN PR

Tak abih2 lagi lagi dengan citer Kerajaan Perpaduan. Betui kata TGNA. Kalo udah gatai dan tak dan2 nak jadi menteri, baik keluar jer dari PAS. UMNO Cheras siap offer lagi. Apa lagi yang ditunggu, keluar ler. Buat aper lagi duduk tercogok dalam PAS. Baikler berambus. Baikler jadi ustaz UMNO.

Sebenornye teman baru jer chek nama teman dalam PAS. Memang teman ahli PAS. Teman ahli tiga parti. Ahli UMNO, PAS dan PKR. Teman tak tahu macam mana tetiba teman jadi ahli UMNO. Lantaknye ler. Teman memang isi borang PAS tetapi tak tahu di mana ditala di deme akan teman ni. Oleh kerana PAS tak serius nak terima teman, temanpun isi borang PKR.

Tapi teman pelikler dengan PAS. Adaker ditalanye teman ke cawangan yang jauh daripada alamat teman. Lainler kalo tempat teman ni takde cawangan PAS. Udahler ditalanye entah kemana, tak berkhabor pulak tu. Setelah lebih 10 tahun, baruler teman tahu yang teman ni ahli PAS di cawangan..… Itupun sebab teman mencari. Kalo idak, sampai ke sudah teman tak tahu akan status keahlian teman.

Oleh kerana teman juga adalah ahli PAS, maka teman berhak menulis pasai PAS. Kepada pemimpin PAS yang nombor satu dan nombor dua serta SUnya, teman nak bagitahu yang mulut kome tu telah menyusahkan ahli PAS macam teman ni. Yang nak beradap dan berkempen face to face dengan pengundi, adalah orang macam teman ni. Kome tu tahu ceramah jer. Kome tu tahu nak jadi calon jer. Abih ceramah, kome balik. Yang kulu kelo ke darat ke baroh berkawan dengan pengundi, orang macam teman ini ler. Masa, tenaga dan duit yang abih usah citer ler.

Sebab itu teman katakan tadi yang kome ni bukan nyenangkan ahli PAS, tapi menyusahkan. Takkan kome tak tahu yang PAS udah elok pakatnya dengan PKR dan DAP . DAPpun udah mula boleh baca dan paham al-quran. Lim Guan Eng pun selalu nyebut nak tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pasai si Karpal Singh tu, lantaknyer ler. Dalam tempoh DAP udah mula berjinak dan cuba memahami PAS, tetiba kome pulak buat hal nak berkawan dengan UMNO. Pelik teman. PAS yang mengEsakan Allah tetiba nak percaya dengan UMNO yang lebih percayakan bomoh daripada Allah.

TGNA memang ada buat silap. Silap kerana mempertaruhkan Ibrahim Ali di Pasir Mas. DSAI juga selalu buat silap. Silap kerana percayakan Saiful. Silap kerana terlalu yakin akan 916. Silap kerana melantik Hj Othman mengemudi PKR Perak. Begitu juga dengan Karpal Singh yang buat silap pertikaikan hudud. Tetapi silap deme takdeler sampai nyusahkan parti. Parti masih kukuh. Sokongan masih bertambah.

Tetapi silap TGHA dan kumpulannya boleh menghancurkan PAS dan PR. UMNOpun tahu yang UMNO tidak lagi boleh bertahan pada PRU13. Walaupun pengundi Melayu kampung masih bersama UMNO, jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Sokongan bukan Melayu kepada PR pula telah bertambah dengan begitu ketara. Beberapa siri PRK termasuk PRK Bukit Gantang adalah buktinya. Dengan kata lain peluang PR memerintah Malaysia pada PRU13 lebih cerah berbanding UMNO. Sebab itulah UMNO memuji UG Presiden PAS. Najib kata PAS ikhlas. Kome ingat senangker UMNO nak muji PAS kalo takde udang di sebalik mee.

Tadi si SU PAS dengan bangganya mengatakan bahawa perbincangan dengan UMNO mesti melibatkan PKR dan DAP. Kenapa hari ni baru nak konar macam tu. Sebelum ni gah bebenor dengan UG. Siap dengan dalil lagi. Allah suruh kita berdamai. Jangan bergaduh. Berdamailer dengan UMNO. Tak payahler ungkit2 lagi pasai Altantuya. Tak payahler ungkit2 lagi pasai bomoh. Kata UMNO, bimbingler UMNO ke jalan yang benar.

Sepatutnya pimpinan utama PAS bantu MB Nizar di Perak. Sepatutnya PAS bersama PKR dan DAP memikirkan beberapa langkah proaktif ke arah memahamkan rakyat kampung tentang isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi PAS tetap dengan ceramah risalah, ceramah risalah, ceramah risalah tanda tangan. Takdeker mende lain yang lebih berpekdah dan berkesan yang kome boleh buat. Buatler Futsal Piala Nizar atau Speaker. Buatler Kuiz Merampas Perak peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan. Hakim2 peringkat negeri dan kebangsaan mesti terdiri daripada ADUN PR. Ate ngape, payah bebenorker nak buat yang lain selain daripada ceramah?

Pemimpin2 utama PAS hari ni seolah2 udah jadi seperti perumpamaan, Gajah depan mata yang begitu besor tak berapa nampak, tapi hama yang nun jauh di Putrajaya nampak bebenor. -dango mamamat


~ nak jadi pemimpin, kena pimpin diri dulu, lepas tu pimpin anak bini a.k.a keluarga, lepas tu pimpin masyarakat setempat dan seterusnya. macam tu jugak dengan dakwah. buat peringkat demi peringkat. tak semestinya nak berdakwah kena ada kerajaan perpaduan. masih banyak cabang untuk berdakwah. jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.~

akira8047
kedaikopitepimasjid

Kes Liwat DSAI - Apakah TSUNAMI REFORMASI bakal melanda?

TIADA BUKTI SAIFUL DILIWAT

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.
Yang menjadi persoalan kini, adakah badan kehakiman negara ini akan terus diperkudakan atau kembali menjadi sebuah badan dimana keadilan ditegakkan.

Kerajaan pimpinan UBN dengan segala daya upaya mahu memastikan DSAI disumbat kembali. Ini kerana lontaran Idea beliau amat digeruni dan mampu menarik minat rakyat. Kerana semangat perjuangan mahu memerdekakan rakyat, pelbagai helah dan tipu daya dilakukan oleh kerajaan UBN agar kemaraan DSAI mampu disekat. Mereka-mereka ini amat pasti, dengan adanya DSAI dipentas politik hari ini, mampu untuk membenamkan UBN dalam PRU13 kelak. Keperibadian dan aura yang dimiliki TIDAK mampu disaingi oleh mana-mana pemimpin UBN hatta Perdana Menteri sendiri.

Dengan kekuatan Pakatan Rakyat pada masa ini, kerajaan UBN tidak akan hanya memerhati. Perancangan demi perancangan dilakukan untuk menggoncang keutuhan PR itu sendiri. PAS digempur ' UBN tersenyum', mereka berjaya. Ya, bagi mereka apabila Pas berkocakan, itulah kejayaan buat mereka. Sedikit-demi sedikit racun ditabur ke dalam PR untuk mereka(UBN) terus bernafas dalam mengharungi jalan yang semakin berliku. Tapi bagi aku, pemimpin2 tertinggi dalam PR masih waras dan mampu mencari penyelesaiaan terbaik dalam mengharungi isu ini.

Berbalik kepada kes liwat yang dilemparkan kepada DSAI. Adakah ia mampu diadili dengan adil oleh mahkamah di negara ini. Yang pastinya, majoriti rakyat sudahpun hilang keyakinan dengan ketelusan badan kehakiman negara ini. Apapun keputusannya kelak, yang pasti rakyat akan terus bangkit. Sekiranya menang, kami bersyukur. Sekirnya disabitkan salah, kami akur dan berkemungkinan TSUNAMI REFORMASI akan melanda negara. Itulah kata warga-warga marhaen..........

akira8047
kedaikopitepimasjid

Dua hari punya cerita

salam semua,

dah dua hari aku tak menyelongkar alam maya berikutan masa tidak mengizinkian. dalam dua hari ini juga banyak berita yang tak dapat dilayari. dan hari ini banyak berita yang mengejutkan aku. contohnya :

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.nik aziz angry 170609

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

dan,

SPM: KERAJAAN PUTUSKAN 10 MATA PELAJARAN

Kerajaan memutuskan semua pelajar kecuali aliran Sains Agama hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun depan.

Bagi pelajar aliran Sains Agama, peraturan itu dikuatkuasakan mulai 2011 dan untuk tahun depan dibenarkan mengambil 11 mata pelajaran.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di sini hari ini.


dan

Sebelum ini sudah banyak kali orang kata Dr Mahathir kadang-kadang memberi pandangan aneh, seperti orang nyanyuk. Tapi Dr Mahathir sendiri secara terbuka tidak pernah mengulas mengenai tahap kesihatan mentalnya.

Tapi hari ini star online membuat kenyataan berikut mengenai Dr Mahathir:

Dalam pada itu ditanya mengenai tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok kerana dilihat menyokong idea kerajaan perpaduan, Dr. Mahathir berkata tindakan tersebut adalah sesuatu yang normal.

"Biasalah kadang-kadang dia marah, dia dah tua sikit, macam sayalah nyanyuk, saya pun kadang-kadang marah juga," katanya.

dan

Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.

Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini, lapor Bernama.


akira8047
kedaikopitepimasjid

Selasa, 16 Jun 2009

1 MALAYSIA@najibMongolia - Polis ugut peguam.

Polis digesa henti panggil peguam

Majlis Peguam memandang berat tindakan polis yang didakwanya terus bertindak menggangu dan menakut-nakutkan peguam dengan memanggil mereka untuk memberi kenyataan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas profesional mereka.

Terbaru, katanya, peguam Chan Kok Keong telah diberi notis mengikut Seksyen 111 yang tidak menyebut perkara yang akan disoal kepadanya.

Dalam pertemuan tersebut, beliau ditanya mengenai satu afidavit yang disahkan oleh pelanggannya, bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar, dalam kes saman di mana Chan mewakilinya.

Peguam-peguam yang mewakili Chan dalam kes tersebut juga dimaklumkan bahawa mereka akan diminta memberi kenyataan jika mereka ingin menemani Chan dalam pertemuan tersebut.bar council planning law forum 140607 ragunath kesavan

Dalam kenyataannya, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, tindakan itu memperolok-olokkan prinsiap asas kerahsian antara peguam dan pelanggan yang harus mereka patuhi.

Tindakan itu, katanya, menunjukkan bahawa tidak wujud rasa hormat kepada sistem kehakiman jenayah, di mana privilej peguam-pelanggan menjadi asasnya.

Gangguan seumpama itu, tegasnya, mesti dihentikan jika mahu dipertahankan prinsip kehakiman dan untuk menegakkan undang-undang.

Ragunath berkata, ia diiktiraf di peringkat antarabangsa bahawa peguam menjalan tugas penting apabila mereka mewakili pelanggan mereka dalam menegakkan keadilan.

Oleh itu, tegasnya, mereka mesti dibenarkan menjalan tugas mereka secara bebas.

Majlis Peguam, katanya, menggesa pihak polis supaya memberhentikan segera tindakan tidak wajar memanggil peguam yang mewakili pelanggan mereka, untuk memberi kenyataan.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya menghormati undang-undang, yang termasuk hak mendapatkan khidmat guaman tanpa sebarang gangguan dan ugutan terhadap peguam yang menjalankan tugas mereka sebagai pegawai mahkamah.


Satu Malaysia, Polis Didahulukan, Pretasi Diutamakan

Ini jelas mempamerkan penyalahgunaan kuasa.

Hak dan undang2 yang melindungi peguam pun tidak diperdulikan lagi.

Berbekalkan uniform biru, dan beberapa ketul paku, mereka-mereka ini terus menindas dan menafikan hak warga negara ini.

Jadi apa yang kita nak heran, peguam pun mereka boleh ugut, apatah lagi kita rakyat bawahan.

sumber : malaysiakini.
akira8047
kedaikopitepimasjid

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu