Pilihan anda di PRU13

Khamis, 18 Jun 2009

Kes Liwat DSAI - Apakah TSUNAMI REFORMASI bakal melanda?

TIADA BUKTI SAIFUL DILIWAT

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.
Yang menjadi persoalan kini, adakah badan kehakiman negara ini akan terus diperkudakan atau kembali menjadi sebuah badan dimana keadilan ditegakkan.

Kerajaan pimpinan UBN dengan segala daya upaya mahu memastikan DSAI disumbat kembali. Ini kerana lontaran Idea beliau amat digeruni dan mampu menarik minat rakyat. Kerana semangat perjuangan mahu memerdekakan rakyat, pelbagai helah dan tipu daya dilakukan oleh kerajaan UBN agar kemaraan DSAI mampu disekat. Mereka-mereka ini amat pasti, dengan adanya DSAI dipentas politik hari ini, mampu untuk membenamkan UBN dalam PRU13 kelak. Keperibadian dan aura yang dimiliki TIDAK mampu disaingi oleh mana-mana pemimpin UBN hatta Perdana Menteri sendiri.

Dengan kekuatan Pakatan Rakyat pada masa ini, kerajaan UBN tidak akan hanya memerhati. Perancangan demi perancangan dilakukan untuk menggoncang keutuhan PR itu sendiri. PAS digempur ' UBN tersenyum', mereka berjaya. Ya, bagi mereka apabila Pas berkocakan, itulah kejayaan buat mereka. Sedikit-demi sedikit racun ditabur ke dalam PR untuk mereka(UBN) terus bernafas dalam mengharungi jalan yang semakin berliku. Tapi bagi aku, pemimpin2 tertinggi dalam PR masih waras dan mampu mencari penyelesaiaan terbaik dalam mengharungi isu ini.

Berbalik kepada kes liwat yang dilemparkan kepada DSAI. Adakah ia mampu diadili dengan adil oleh mahkamah di negara ini. Yang pastinya, majoriti rakyat sudahpun hilang keyakinan dengan ketelusan badan kehakiman negara ini. Apapun keputusannya kelak, yang pasti rakyat akan terus bangkit. Sekiranya menang, kami bersyukur. Sekirnya disabitkan salah, kami akur dan berkemungkinan TSUNAMI REFORMASI akan melanda negara. Itulah kata warga-warga marhaen..........

akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu