Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 20 Jun 2009

YANG HIDUP PASTI MATI

Salam Semua,

Dah lama rasanya tak menulis, asyik copy paste artikel/berita orang lain. Biasalah, kerja agak teruk sekarang, bukannya senang nak senang. Tapi bila terkenangkan peristiwa dua hari lepas, rasanya perlu untuk dikongsi bersama pelayar. Nilai sebuah kekayaan bukan jaminan untuk ke SANA.

KENANGAN YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN.

Dua ari lepas, masa dok tunggu lampu isyarat bertukar hijau, sempat aku dok perati beberapa penunggang motosikal. Kebanyakkannya leka bersembang sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Nampaknya ramai yang tengah 'happy', sebab aku tengok majoriti di kalangan mereka asyik ketawa. Bila lampu bertukar ke hijau, sudah menjadi kebiasaan, para penunggang akan mengatasi pemandu2 kereta dan yang kenderaan yang lebih rodanya dari motosikal. Dalam sekelip mata mereka dah ke hadapan lebih kurang 700meter. Aku yang memandu kenderaan berat, terpaksa bersabar, biasalah....... barang berat....lambat pick-upnya.... Dalam asyik memerah keringat enjin menarik beban, nun jauh dihadapan aku terpandang beberapa biji motosikal bergeser sesama sendiri dan jatuh..... Dada berdebar kencang....

Aku parking kat tepi dan terus ke tempat kejadian. Kelihatan 5 orang terbaring. 3 buah motosikal berkelimpangan. 2 orang terbaring kaku tanpa nafas, seorang dengan motosikal di atas dada dan seorang lagi terperosok di penjuru longkang. Kedua2 pemuda ini merupakan penunggang dan pembonceng motosikal yang sama. Aku pasti!!! kerana mereka sempat senyum dan melambai tangan semasa aku sedang leka memerhati mereka di persimpangan lampu isyarat tadi. YA ALLAH.... lambaian dan senyuman terakhir mereka menginsafkan aku. ENGKAU tempatkanlah mereka dikalangan orang2 beriman.

Yang pasti, setiap 'YANG HIDUP AKAN MATI'. Dalam masa kurang seminit, manusia yang tersenyum riang dijemput kembali ke tempat asalnya. Tak kira yang sakit atau tidak, yang gembira atau berduka, yang tua atau muda, yang kaya atau miskin...... apabila tiba saat dan masanya..... MATI ITU PASTI.

***** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.

sumber : (Bila Malaikat Mencabut Nyawa)[klik sini]


akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu