Pilihan anda di PRU13

Isnin, 31 Ogos 2009

Katak Oh Katak : Perak,Lunas, Terengganu dan kini Johor.

Seperti yang berlaku keatas 3 adun di Perak yang melompat menjadi adun bebas dan menyokong pentakbiran Perdana Menteri satu Malaysia, pengundi di Lunas  bangkit menuntut wakil rakyat mereka iaitu Radzhi agar meletak jawatan. Mereka memerlukan seorang wakil rakyat yang ber'PARTI' dan bukannya BEBAS. Satu demo telah diadakan hari ini menuntut agar wakil rakyat tersebut meletak jawatan. Demo yang dihadiri lebih 300 orang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran FRU.
P1000298..........................................................................................................................................

RUANGAN FIKIR SEJENAK

Terfikirkah kita apa yang akan berlaku sekiranya adun-adun daripada BN melompat menjadi bebas dan menyokong pentakbiran Pakatan Rakyat. Adakah mereka akan kita anggap sebagai wira atau kita akan bersama-sama dengan penyokong-penyokong BN turun ke jalan menuntut wakil rakyat tersebut meletak jawatan.

Ura-ura mengenai adun-adun di Terengganu akan melompat masih lagi bertiup kencang. Kini berita mengenai adun-adun daripada MCA di Johor pula kedengaran. Beberapa adun MCA di Johor dikhabarkan akan melompat menyertai PKR  berikutan krisis dalaman yang berlaku dalam MCA sendiri.

akira

1 Malaysia : Rakyat dihulukan, minyak naik lagi

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 yang menggantikan RON92 kepada RM1.80 seliter, kuatkuasa esok.

Manakala harga RON97 juga turut dinaikan kepada RM2.05 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

akira

Ahad, 30 Ogos 2009

Krisis Perak : Speaker Haram bersuara

 Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan hari ini berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.


Beliau berkata, tindakan ADUN Tronoh, V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker. [sumber berita : mStar]

akira

Ramadhan : Bersihkan hatimu wahai pemuda

JAGALAH KEBERSIHAN HATI

Apabila orang tidak menerima dakwah bahkan membenci kita, maka pertamanya kita mesti menyalahkan diri kita sendiri. Kita tidak boleh menuding jari kepada mereka, seolah-olah mereka tidak bersedia menerima hidayah dan nasihat.

Mungkin sebenarnya kita tidak mempunyai hubungan yang erat dengan Allah swt, menyebabkan pintu keberkesanan dakwah itu tidak terbuka seluasnya. Mungkin juga kerana skill dan teknik dakwah kita masih kurang menarik dan memerlukan kepada pembaik pulihan dari masa ke masa.

Sesungguhnya dosa dan maksiat yang kita lakukan akan menghalang keberkatan dari langit. Menurut al-Jailani sekalipun, hanya yang berjiwa gemerlapan sahaja mampu memperluaskan empayar dakwah. Al-Buti menjelaskan dalam bahasa yang penuh nasihat, masakan yang berhati gelap mampu memberikan cahaya kepada orang lain, sedangkan ia sendiri tidak mempunyai cahaya yang mencukupi.

Orang yang melakukan maksiat secara berterusan ini telah dijelaskan oleh Allah swt, sebagai ornag yang redup dan gelap wajahnya. Semacam terdapat kepingan gelap malam pada wajahnya. Menyebabkan orang tidak berkenan untuk menerima nasihatnya bahkan orang menjadi benci kepadanya.

Keimanan kepada Allah akan memudahkan proses dakwah. Islam tidak akan menang di tangan pelaku maksiat meskipun Allah boleh memenangkan Islam di tangan pelaku maksiat. Memang Islam tidak perlukan kita, namun secara munasabahnya, Islam amat memerlukan pemuda yang beriman dan cerdik untuk mempercepatkan proses kebangkitan islam.

Kaedah terbaik dalam mendidik hati kita ialah dengan mencari seorang murabbi yang mampu mendidik kita. Murabbi ini ibarat seorang ayah yang memberikan kasih sayang kepada anak, seorang sheikh yang membersihkan hatinya dan seumpama seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan.
sumber : http://dzulkhairi.blogspot.com
akira

Sabtu, 29 Ogos 2009

1 Malaysia : 31 Ogos Misi Tawan Selangor

Dalam tempoh lebih kurang 30 jam lagi, rakyat Malaysia dikatakan akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Walaupun kebenarannya, hanya separuh merdeka. Separuh merdeka yang  membawa maksud kita selaku rakyat masih belum benar-benar bebas untuk melaksanakan sesuatu. Banyak konkongan daripada pihak kerajaan yang membataskan perlakuan kita sebagai rakyat dalam misi mereka(kerajaan) untuk menjaga perjalanan pentakbiran yang sonsang. Mana mungkin kerajaan di bawah Barisan Nasional akan memberi sepenuhnya kemerdekaan kepada rakyat sedangkan mereka selaku pemimpin-pemimpin negara masih lagi ingin menjaga periuk nasi yang bersumberkan hasil bumi negara dan titik peluh rakyat sendiri melalui amalan rasuah.

Dalam kempen menyambut kemerdekaan yang dilaungkan oleh kerajaan pada tahun ini, ada lagi misi mereka(BN) yang belum tercapai. Ya, 31 Ogos 2009, misi menawan Selangor. Mampukah Barisan Nasional selaku pemegang tampuk pemerintahan negara merampas kerajaan Negeri Selangor secara haram, iaitu tidak melalui sistem pilihanraya. Usaha-usaha yang tidak mengenal erti jemu ini lebih bermakna sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam membasmi amalan rasuah. Namun berlaku sebaliknya apabila mereka lebih berminat untuk menggunakan segala jenis macam tanpa mengira sensitiviti rakyat demi mengapai tujuan dan impian mereka.

SPRM dijadikan tangan untuk parti pemerintah dalam usaha merampas negeri yang terkaya di Malaysia. SPRM dijadikan balaci dalam erti kata budak suruhan dalam melaksanakan misi-misi terancang mereka.  Kemuncakkan kepada penyalahgunaan suruhanjaya ini membawa kepada kematian seorang anak muda. Rakyat Selangor terutamanya menjadi bingung apabila kes-kes yang nilainya jutaan ringgit ditenggelamkan dan kes-kes kecil yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat diperbesarkan hingga meragut nyawa anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinannya. Rakyat di negeri ini tertunggu-tunggu dan mahukan jawapan kemana hilangnya jutaan ringgit semasa BN berkuasa, namun kerajaan BN di bawah pimpinan Najib lebih selesa untuk menyalahgunakan kuasa dalam menghalal cara.

Usaha-usaha BN tidak terhenti disitu sahaja, isu-isu yang tak mampu mereka tangani semasa memerintah dijadikan modal untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tan Sri Khalid. Isu penternakan babi secara moden dan isu arak dijadikan modal sedangkan selama mereka memerintah Selangor,  apa yang mereka buat? Dan apabila isu-isu yang dimainkan tidak mampu membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, isu agama pula dimainkan. Perarakan ‘Kepala Lembu Berdarah’ jelas dilakukan untuk menyemarakan api  perkauman. Dengan tindakbalas polis yang kurang cekap/cerdik atau sememangnya mengikut arahan dari kerajaan BN, perarakan ini tidak langsung mendapat tentangan daripada pihak polis sebaliknya anggota polis yang berada disitu hanya menjadi pemerhati kepada kebiadapan segolongan manusia.

Rentetan perancangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam misi menawan Selangor, agensi-agensi kerajaan malahan isu ‘agama’ menjadi dagangan mereka. Apakah hasilnya memberansangkan buat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional? Yang pastinya, ‘dateline’ meraka dalam merampas Selangor sudah hampir. Dalam tempoh lebih kurang 30jam ini sepatutnya perlaksanaan mereka berada di fasa terakhir dalam misi besar mereka. Ataupun hanya angan-angan yang mampu mereka kecapi. Nantikan 31 Ogos 2009....  tunggu dan lihat.


akira

Perarakan kepala lembu : Di mana MUFTI?

Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam.
"Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam.
Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam..
Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno.
Mereka turut disertai oleh beberapa orang yang mendakwa penduduk kawasan berkenaan.
Mahfuz menyifatkan perbuatan itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno.
"Jika pemimpin Umno mendalangi perarakan ajaran sesat itu, mereka sepatutnya merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan yang akan menyebabkan pihak lain memburukkan Islam dan umatnya," katanya.
Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mana-mana pihak sekalipun boleh membantah apa yang tidak mereka setujui.
"Tetapi, bantahlah secara bertamadun," kata beliau.
Perbuatan menghina agama lain, kata Mahfuz, adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat nas yang jelas mengenainya,
Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".
Malaysiakini melaporkan, polis hanya memerhati sahaja perbuatan kumpulan itu.
Mengulas kejadian tersebut dalam blognya, Datin Paduka Marina Mahathir menulis posting yang bertajuk "Barbarians at the gate".
Beliau menyifatkan perbuatan kumpulan itu mencemarkan agama mereka sendiri.

sumber : harakahdaily
akira

Krisis Terengganu : Benarkah ada perjumpaan bersama DSAI?



Kebelakangan ini terdapat sebaran SMS mengenai pembubaran DUN Terengganu...
Berikut adalah isi kandungannya:

9 ADUN BN Trgnu setuju sertai PKR tubuh kerajaan baru. 11 ADUN BN telah bertemu dgn DSAI di sebuah hotel di Kemaman.

Pemimpin PKR iaitu shamsuliskandar juga ada mengatakan perkara tersebut dalam twitternya [shamsuliskandar's twitter]

Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat 9 ADUN Terengganu yang melompat?






Ya, Sekiranya sebanyak 9 ADUN Terengganu melompat, maka DUN Terengganu akan dibubarkan...

Walaubagaimanapun, salah satu wakil daripada 9 ADUN Terengganu tersebut iaitu Datuk Rosol Wahid telah menafikan laporan itu, apa yang hanya boleh buat sekarang ialah tunggu dan lihat.

sumber : GoMalaysian

 kedaikopi : Lompat PARTI tetap merupakan perkara yang tak bermoral!!


akira

Fenomena Hunain Sedang Berlaku?

Pasca PRU11 memperlihatkan kekalahan yang maha dahsyat kepada pembangkang. kejatuhan PAS Terengganu memberi tamparan cukup hebat kepada petugas parti. Parti Keadilan kehilangan hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan. Hanya DAP sahaja ketika itu mampu bertahan.

Alhamdulillah ketika itu, Kelantan masih mampu dipertahankan walaupun dengan majoriti yang agak tipis dan membimbangkan. persoalan rasuah dan lompat parti mula kedengaran di negeri Kelantan. hasil daripada tarbiyyah PAS kepada ahli, gejala lompat parti dapat dibendung sama sekali daripada berlaku.

walaupun PAS telah mengemukakan segala bentuk analisa kekalahan, tetapi para perwakilan muktamar telah bertindak menegur pimpinan tentang timbulnya gejala hunain dalam pimpinan. kepimpinan terlampau yakin dengan kemenangan hasil apa yang berlaku pada tahun 1999.

Perwakilan menimbulkan kembali persoalan tarbiyyah yang semakin ditinggalkan kerana masing-masing terlampau sibuk berpolitik. Perbincangan muktamar ketika itu lebih berkisar persoalan tarbiyyah, pembinaan kekuatan para jentera PAS.

Kekalahan yang berlaku merupakan satu hikmah yang besar buat PAS untuk terus bermuhasabah punca dan kenapa kekalahan berlaku.

apabila PAS berdepan dengan kekalahan teruk, aspek tarbiyyah pasti akan dibangkitkan. lihatlah kepada tajuk-tajuk ucapan dasar selepas kekalahan PAS pada tahun 1986. kesemua tajuk memaparkan kepentingan peningkatan tarbiyyah dari kalangan ahli.

suasana sebegini berlaku kembali selepas 2004. bermula dari cawangan sehingga ke pusat, agenda tarbiyyah menjadi agenda perbahasan. ada tempat yang terlaksana, ada yang hanya berdengan dalam mesyuarat, tetapi ia berlaku bagai habuk berterbangan.

Alhamdulillah selepas PRU12, PAS diberi kemenangan oleh Allah SWT melalui kerjasama politik bersama PKR dan DAP. hasil daripada permuafakatan ini tertubuhnya PAKATAN RAKYAT.

selepas itu, suasana politik tidak pernah suram. bermula dengan isu 16 september, pergolakan politik di perak, kerajaan perpaduan, Pilihanraya Kecil yang tidak kesudahan dan pelbagai isu lagi yang begitu melemaskan keadaan.

Kebanyakan isu yang berlaku memberi keuntungan politik kepada PAKATAN RAKYAT. khususnya apabila tiba Pilihanraya kecil. setakat ini, momentum penolakan kepada BN terus berkekalan walaupun mengalami sedikit kemerosotan.

kepelbagaian isu ini mungkin menguntungkan ahli politik tetapi mungkin akan melemaskan pemikiran rakyat jelata. kelemasan rakyat jelata ini mungkin boleh membahayakan pengundian dalam masa akan datang. waallahu'alam

ini bukan niat yang ingin penulis timbulkan. apa yang ingin ditimbulkan di sini ialah sikap sesetengah ahli dan pimpinan kita dalam menangani arus momentum ini.

Isu Hunain menjadi perbahasan hangat sewaktu kalah. tetapi, selepas kemenangan isu hunain tidak lagi diperbahaskan. Segelintir pimpinan begitu berkeyakinan dengan sokongan yang begitu hebat kepada PAKATAN sehingga terlupa agenda tarbiyyah.

Manik Urai antara kemuncak kesombongan. alhamdulillah telah diberi pengajarannya. pun begitu, terdapat mereka yang masih tidak menyedari persoalan ini sehingga menimbulkan sebab-sebab duniawi semata-mata.

Pasca PRU12 juga menyaksikan segelintir antara kita terlampau menjaga pengundi dan semangat PAKATAN sehingga hampir-hampir tergadai prinsip sendiri. setiap tindakan amar ma'ruf dan nahi mungkar selalu dikaitkan dengan pengundi.

kalau melarikan pengundi, sesuatu isu mesti diholdkan terlebih dahulu. kalau menguntungkan pengundi mesti diletup dan diperbesar-besarkan. seolah-olah pengundi adalah segala-galanya.

begitu juga dengan semangat PAKATAN. pastikan sesuatu agenda mesti menguntungkan PAKATAN bukan merugikan PAKATAN. kononnya kalau silap langkah, PAKATAN tidak akan dapat mengambil alih kuasa dalam PRU13 nanti.

Sedarkah kita, siapa yang memiliki hati pengundi ini.? sedarkah kita siapa yang menggerakkan golongan bukan Islam memberi sokongan kepada kita.? kalau bukan Allah, siapa lagi.?

penulis tidak berniat untuk mengsia-siakan segala usaha yang dilakukan. tetapi sekadar untuk mengingatkan kembali bahawa apa pun berlaku, agenda untuk memartabatkan Islam mesti diutamakan.

Apabila Dewan Pemuda PAS ingin mengembalikan suasana pentarbiyyah 80'an ke dalam parti. mereka disanggah kerana dianggap kolot oleh sesetengah pihak. tetapi inilah yang sepatutnya diutamakan selepas era kemenangan.

Jangan selepas mengalami kekalahan pada PRU13 nanti, baru persoalan tarbiyyah menjadi agenda perbincangan. jangan selepas nasi menjadi bubur, baru ingin kembalikan balik zaman kegemilangan tarbiyyah.

Perjuangan memartabatkan Islam akan terus menerus diperjuangankan. cara dan bagaimana diserahkan kepercayaan kepada pimpinan. yang penting, perjuangan kita bukan untuk meraih undi semata-mata. tetapi lebih untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Jangan biarkan fenomena Hunaian berlaku kembali dalam PRU13 nanti...cukuplah 2004 menjadi pengajaran.

Kemenangan hak milik mutlak Allah SWT. manusia hanyalah berusaha untuk mencapainya.

attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

akira

1 Malaysia : Wajah-wajah manusia berotak lembu

WAJAH-WAJAH MANUSIA BEROTAK LEMBU

 


lagi gambar di sini

 Kepada penduduk area Shah Alam, kalau jumpa mamat-mamat dalam gambaq ni, tolong kasi penampaq sorang skali... bodohnya mengalahkan lembu... bodo-bodo lembu tu pun, kalau sembelih boleh jugak dibuat kenduri.... nie bodo tak guna seduit.

akira

Jumaat, 28 Ogos 2009

1 Malaysia : Protes yang memalukan umat ISLAM







 pakai kopiah macam alim... tapi bodoh piang.... memalukan umat islam seluruh dunia .

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan. (al-An'am: 108)

 artikel berkaitan :

Arak kepala lembu bantah pindah kuil

Jangan bodoh awak menyusahkan orang


umno perlu basuh dinding yang diconteng

akira

N11 Permatang Pasir : Umno latih pelajar hina Pakatan Rakyat

PERMATANG PAUH, 28 Ogos - Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.

Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.

Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Pemuda Satria' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.

Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, 'pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka', 'siapa barua DAP jawapannya PAS', dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Namun, apa pun cubaan Umno dan BN untuk mencetuskan pergaduhan, jentera Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kawasan yang dikhaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbanding dengan jentera BN terutamanya Wanita Umno yang memakai pakaian bertemakan kemerah-merahan dan Puteri Umno yang dilihat lebih suka berteduh di rumah penduduk atau di bawah rimbunan pokok di kiri kanan bahu jalan bahkan kereta pengangkut undi BN juga berehat awal.

Inilah perbezaan antara jentera Pakatan Rakyat dan BN mereka sanggup berpanas dan berhujan kerana perjuangan untuk menegakan keadilan dan kebenaran tambahan lagi pilihanraya kecil itu diadakan pada awal Bulan Ramadhan.

Tentunya tekak terasa pahit dan dahaga tetapi kerana memartabatkan perjuangan Islam yang dibawa PAS jentera Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdiri teguh sambil melaungkan perkataan membesarkan Allah SWT dan sekali sekala mengajak orang ramai yang melalui hadapan mereka supaya memberikan sokongan pada calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 - RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.

"Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

"Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, " ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh,Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.

"Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, " ujarnya lagi.

sumber : Pas Pulau Pinang
akira

1 Malaysia : Lompat sana, lompat sini.... sama saja

 Beberapa hari kebelakangan ini, di gemburkan dengan berita adun BN di Terengganu akan melompat masuk ke dalam PKR. Sekiranya ini benar-benar berlaku, Terengganu akan mencatat sejarah mempunyai KATAK terbanyak di dalam Dewan Undangan Negeri. Cuba bayangkan 9 ekor katak.... banyak tuu..

Apabila adun-adun dari parti pembangkang lompat menjadi adun bebas dan menyokong kerajaan Barisan Nasional, maka akan bertempiklah para pemimpin dan penyokong PR mengatakan itu dan ini. Tak kurang juga menyuruh si Katak ini meletak jawatan. Tapi apabila terdapat ura-ura yang mengatakan adun BN yang melompat ke sebelah sini, kenapa diam?.. Malahan sudah ada pemimpin PR yang tersenyum membayangkan jawatan... cittt poodahhh...

Adakah perbuatan itu dianggap bermoral...  sedarkah kita bahawa atas sebab apa mereka sanggup melompat... semuanya kerana pangkat dan kuasa... janganlah sampai penyokong-penyokong PR menganggap PR sama saja dengan BN... Sanggup menghalal cara.

akira

1 Malaysia : Setuju! Ya aku setuju......

 Apa pandangan hangpa kalau kerajaan di bawah pakatan rakyat naikkan signboard anti ISA nie. Aku amat bersetuju sekiranya ini berlaku kerana dasar ISA sememangnya  menjadi dasar yang ditolak oleh Pakatan Rakyat. Sebagai tanda menyokong, blog ini akan menaikkan banner ini sebagai tanda menyokong.

Artikel mengenai signboard ini boleh didapati di sini dan sini


Gambar diatas ciptaan asal.... yang kat bawah rekaan ciplak oleh blog kedaikopitepimasjid.. ada orang marah kaaaa... 

akira

Khamis, 27 Ogos 2009

1 Malaysia : Lepas MCA, MIC pula bercakaran

 MIC PUNYA CERITA

 Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau telah memutuskan hubungan dengan anak didiknya, Datuk S Sothinathan yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 12 September ini.
"Saya tidak akan menerima beliau kerana beliau telah membelakangkan hasrat saya (dengan bertanding jawatan nombor dua)," katanya yang sekaligus menamatkan spekulasi beliau kemungkinan akan menerima Sothinathan selepas pemilihan parti.
"Saya tidak pernah mengiktiraf atau menyokong beliau. Saya meminta beliau supaya menyokong penyandang jawatan timbalan presiden Datuk G Palanivel, tapi beliau tidak dengar cakap saya," katanya...mStar

...............................................................................................................................
MCA : EPISOD BARU

Kurang 24 jam selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada MCA, usaha sedang dilakukan untuk mendesak supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan.

Anggota MCA bahagian Puchong Datuk Theng Book, yang mengetuai jawatankuasa 'Selamatkan MCA', berkata anggota jawatankuasa itu akan menjelajah ke seluruh negara dalam masa dua minggu akan datang untuk mendapatkan sokongan satu pertiga daripada 2,500 perwakilan pusat parti itu supaya EGM diadakan.

Beliau berkata EGM itu bertujuan mengembalikan semula keanggotaan Dr Chua dan meluluskan usul tidak percaya terhadap Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pada sidang akhbar di sini Khamis, Thean mencabar Ong supaya mengadakan EGM sekiranya beliau yakin mendapat sokongan majoriti anggota parti.

Beliau menafikan jawatankuasa 'Selamatkan MCA' ditubuhkan atas perintah Dr Chua... bernama

 Enam bahagian MCA Johor pada Khamis meminta biro disiplin parti itu melucutkan secara sementara kuasa presiden parti yang kini disandang Datuk Seri Ong Tee Keat...bernama



lawan jangan tak lawan... rakyat sedia bertepuk tangan... melayu umno gaduh sama melayu umno, cina mca gaduh sama cina mca, india mic pun nak bergaduh jugak... gaduh jangan tak gaduh... kami anak bangsa malaysia  bertepuk tangan

akira

1 Malaysia : Kenyataan Pemimpin Umno Menghina Islam

Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:

i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris)  yang terjemahannya:

(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.

Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19:  Surah Ali’Imran).”

Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan?  Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan  “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi.   Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu)  memberi  erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia  tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.

Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam.  Inilah salah satu puncanya sehingga  saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik.  Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.

Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama?  Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais?   Sama?   Tak serupa?   Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu.   Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri?   Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?

Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama  ini serupa  tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?

Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama.   Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.

Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan  berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS  jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan  “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.

Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini?  Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.

Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk  hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan  Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.

Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda  dan program perjuangan.

Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?

Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”   (Surah Ibrahim : Ayat 41).



NIK ABDUL AZIZ  BIN NIK MAT

Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.

 sumber : blogtokguru
akira

1 Malaysia : Tiada bendera, Tiada Jiwa.... Ciiittt Pooodaaaahhhhh...

Bila menjelang bulan Ogos setiap tahun, akan menjelmalah makhluk-makhluk yang menyatakan mereka patriotik melebihi manusia lain. Akan dicanang kemegahan mengibarkan jalur gemilang. Kononnya jalur gemilang ini bendera keramat. Citt.. poodahhh... Kalau tak percaya hangpa boleh baca sini dan sini.

Apakah kerana seseorang itu tidak mengibarkan jalaur gemilang dikatakan tidak merdeka atau tiada jiwa?
Fahamkah anda apa ertinya merdeka? Adakah kita sebagai rakyat Malaysia di era Satu Malaysia boleh dianggap RAKYAT yang merdeka.?...

Rakyat yang merdeka adalah rakyat yang bebas. Sebagai contoh, Kalau hak untuk rakyat berhimpun pun diabaikan... merdekakah kita. Masih ingatkah lagi peristiwa himpunan mansuhkan ISA.. berapa ramai yang ditahan... merdekakah kita.
Peristiwa rampasan Negeri Perak... Sebuah negara yang merdeka tak akan sesekali merampas kerajaan pilihan rakyat... merdekakah kita.
Merdekakah kita apabila di suatu pagi , bila anda bersarapan di kedai mamak dan datang sekumpulan polis menangkap anda dan menyatakan kesalahan anda adalah berbaju hitam.. Merdekakah kita.
Merdekakah kita bila hendak solat subuh di masjid, tetapi masjid ditutup atas arahan kerajaan... Merdekakah kita.
Merdekakah kita apabila ugutan demi ugutan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan apabila berlakunya sesuatu pilihanraya... Merdekakah kita untuk membuat pilihan..
Dan yang paling penting, Merdekakah kita kalau sejarah kemerdekaan negara kita sendiri pun diputarbelitkan.
Itu beberapa contoh.... masih banyak bukti yang memperakui bahawasanya kita RAKYAT Malaysia sebenarnya masih belum merdeka.


 Yang betulnya, apabila rakyat menyahut cabaran mengibar jalur gemilang... yang untungnya... towkey kilang bendera tersebut dan yang pasti, towkey tu pun tak pasang jalur gemilang kat bmw dia. Tak Percaya!!!!

Sempena perlantikan Najib sebagai Perdana Menter Malaysia




akira

1 Malaysia : SPR... bila lagi


Bila SPR nak umum tentang kekosongan Dun mamat nie.. Kata lepas habis PRK N11 Permatang Pasir nak  buat keputusan, Nie dah habis pilihanraya dah.... bendera pun dah habis turun... Woiii.... bila lagi,.... rakyat dah tak sabaq nak tau.....takkan nak tunggu jawapan dari Najib Satu Malaysia... 



akira

N11 Permatang Pasir : Analisa - Rakyat yang menang sebenarnya

 PRK N11 Permatang Pasir sudah berlalu pergi. Yang bakal mendatang.... mungkin banyak lagi. Bila habis satu-satu pilihanraya, maka akan berkokoklah para penganalis politik. Ada yang kata macam tu dan ada yang kata macam ni. Ciitttt... kebanyakkannya hampasss. Buat analisa bodek membodek boleh la. Kalau setakat duduk ngadap komputer 5 jam sehari kat KL dan nak buat analisa melalui internet tanpa turun padang, hasilnya pasti taraf.............. sendiri paham laaa... Dalam banyak2 analisa, penilaian daripada Mat Saman Kati (MSK) adalah yang paling baik. Aku sebagai penduduk di dun Permatang Pasir mengakui apa yang ditulis oleh MSK adalah realiti sebenar, biarpun pahit untuk diterima namun benar tetap benar. Penilaian yang dihasilkan adalah telus, tiada unsur bodek membodek.... orang nak kata apa pun dia tak kisah...  buat pimpinan PR, hangpa kena baca penilaian daripada.... kalau ketegaq jugak... MSK kata mampuih pi laaa..


Lebih spesifik lagi, kemenangan Pas di Permatang Pasir bukan kerana kegagahan Pas, tetapi adalah kerana kelemahan BN. Dan Umno memberikan bola tanggung kepada Pas, dan Pas hanya perlu membuat satu pukulan smash. Umno lingkup.
Adalah lebih elok sekiranya Pakatan melihat kembali kelemahan-kelemahan yang mana boleh diperbaiki untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Permatang Pasir banyak mengajar kita tentang corak politik masa depan. Itu pun kalau pemimpin Pakatan mahu ambil pot. Kalau tak mau…mampuih pi la.
Kita buat perbandingan diantara Pas dan Umno…kerana dalam PRK Permatang Pasir ini, Umno dan Pas yang memimpin kempen dan strategi. Yang lain hanya membantu.


Jentera
Umno
Umno menggunakan sepenuhnya jentera-jentera kerajaan malah buat pertama kalinya, tentera turut dikerah untuk melakukan program-program untuk membantu Umno. Belum pernah berlaku dimana tentera terlibat dalam pilihanraya membantu BN, tetapi apabila ajensi-ajensi kerajaan lain gagal membantu, tentera terpaksa digunakan. Dalam pilihanraya akan datang, bukan sahaja anggota tentera akan digunakan, malah seramai 5,000 anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) telah diagih-agihkan bagi setiap DUN untuk memastikan kemenangan BN.
Umno mempunyai wang untuk dibelanjakan. Walaupun jentera Pemuda Umno Nampak tidak bermaya, tetapi mereka mampu menggerakkan petugas-petugas dengan imbuhan kewangan. Malah mereka mampu membayar Mat Rempit untuk melakukan kekacauan pada hari mengundi.
Wanita dan Puteri Umno patut diberi kredit kerana kegigihan mereka.
Tapi apa nak buat… kesilapan memilih calon menyebabkan mereka patah semangat. Isteri pertama Rohaizat sendiri turut turun berkempen pada dua hari pertama, tetapi apabila kes isteri kedua meletup, isteri pertama pun tak nampak muka.
Wanita Umno masuk kekampung-kampung ketika orang-orang Pas sibuk kepentas ceramah. Sekurang-kurangnya, usaha wanita dan Puteri Umno ini berjaya mengekang orang-orang atas pagar dari beralih kepada Pas.
Pas
Jentera Pas kawasan kaput. Pas Permatang Pauh hanya pandai bercakap tapi tak tau mengatur kerja. Jadual ceramah masih belum tersedia walaupun selepas hari Penamaan Calon. Di Permatang Pauh, Lim Kit Siang dijemput untuk berucap, tapi bila sampai…tak boleh bercakap kerana namanya tak ada dalam permit. Chegu Bard diminta berceramah, tapi bila pergi ketapak ceramah, tak ada orang.
Cuma apabila jentera pilihanraya diambil alih oleh Pas Pusat, baru nampak koordinasi diantara parti. Sebelum itu, koordinasi diantara Pas dan PKR cukup lemah. Kita pun tahu macam mana perangai Pas Permatang Pauh. Sekurang-kurangnya menjadi pengajaran kepada mereka.
Sebelum PRK Penanti, Pas Permatang Pauh menuntut supaya Penanti diberikan kepada Pas. Bila tak dapat, depa boikot. Sehinggakan bila tiba hari mengundi, ramai yang tak mahu mengundi. Bila kena kat Permatang Pasir, baru tahu malu.


Calon
Umno
Umno memang cari nahas bila memilih Rohaizat sebagai calon. Tapi jangan seronok sangat mengatakan Umno bodoh, tak tau pilih calon. Mungkin ada rahsia tersendiri, mengapa mereka memilih calon yang bermasalah. Mungkin Umno sengaja memilih Rohaizat untuk dijadikan kambing hitam.
Rohaizat sudah out pada hari pertama lagi. Umno sepatutnya menyuruh Rohaizat menarik diri, dari membiarkan dirinya menjadi punching bag Pakatan. Tak tau apa yang akan terjadi kepada Rohaizat selepas ini. Nak balik rumah isteri tua, takut. Nak balik rumah isteri muda..malu. Mungkin lepas ini dia kena daftar dalam Adult Friend Finders pulak.
Pas
Calon Pas bernasib baik, macam Dr. Mansor di Penanti. Tak ada isu peribadi yang boleh digunakan oleh Umno. Walaupun ada propaganda yang dilakukan oleh Umno, tapi mereka gagal membuktikannya. Tidak macam apa yang berlaku terhadap Rohaizat. Sekali dia nafi, sepuluh bukti keluar.


Isu
Umno
Aku percaya, Rohaizat sengaja dipilih, walaupun Umno tahu latarbelakangnya, kerana mahukan Rohaizat dijadikan kambing hitam untuk mengalih pandangan daripada isu-isu nasional. Isu Altantuya dan Rampasan Kuasa di Perak tenggelam. Nama Najib menjadi bersih, tidak lagi menjadi bahan kutukan. Semuanya tertumpu kepada Rohaizat. Najib sendiri tidak turun berkempen, kerana tidak mahu isu Altantuya timbul kembali.
Tidak banyak isu-isu nasional yang ditimbulkan. Walaupun pada awalnya, Umno cuba membawa isu Anwar pengkhianat, tetapi dapat dipatahkan seawall malam penamaan calon. Pada malam sebelum penamaan calon, Anwar berucap di Permatang Pauh tentang skandal Muhyidin Yassin yang menjual tanah dan pasir kepada Singapura. Begitu juga pertemuan Zahid Hamidi dengan Menteri Israel. Semuanya menyebabkan Umno ketiadaan isu. Sebaliknya terpaksa bertahan kerana serangan terhadap Rohaizat.
MCA dan Gerakan gagal membantu Umno menarik pengundi Cina. BN masih lagi memainkan isu perkauman dan pembangunan untuk menarik undi menyebabkan mereka nampak bodoh. Mungkin mereka ingat, pengundi Permatang Pasir masih bodoh macam orang Umno.
Dalam ceramah di Kg. Cross Street, Mukhriz berceramah tentang jalan yang becak dan ada rumah yang masih lagi tidak mempunyai bekalan air. Nampak sangat bodohnya Mukhriz. Selama 51 tahun Umno memerintah, mengapa tak buat?
Pas
Umno memberikan bola tanggung kepada Pas terutama dalam isu skandal Rohaizat dan kematian Beng Hock. Pas hanya perlu smash.
Kesepakatan pemimpin Pakatan Rakyat berkempen memberikan kesan besar kepada kemenangan Pas. Anwar dan Guan Eng berkampung di Permatang Pasir untuk memastikan kemenangan calon Pas. Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Umno dapat dipatahkan dengan baik.


Imej/persepsi
Umno/BN
Nampak sangat berlaku pergeseran dikalangan BN. Pada hari penamaan calon lagi, tidak ada pemimpin-pemimpin ternama dari BN yang hadir. Begitu juga semasa berkempen. Yang datang hanyalah pemimpin cokia dari Umno.
Imej Umno sebagai gangster semakin terserlah yang menyebabkan ramai orang sudah tidak berminat dengan mereka. Orang-orang Cina juga semakin meluat dengan Umno dan contoh terbaik ialah di Kg. Cross Street dan Samagagah. Walaupun mereka menghadiri program-program Umno, tetapi hakikatnya, mereka hanya mahu menunjuk muka. Undi bagi Pas.
Pas.
Gandingan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diatas satu pentas memberikan imej yang baik. Pada hari penamaan calon lagi, semua pemimpin tertinggi PR hadir. Ini memberikan imej yang cukup baik. Walaupun terdapat banyak pergeseran yang berlaku, namun ‘unity show’ yang dibuat cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan mampu memerintah negara. Ronnie Liu datang dan bergurau dengan pemimpin Pas yang lain, cuma Hasan Ali yang tak nampak muka.
PRK Permatang Pasir juga menunjukkan kematangan kepimpinan. Kalau dalam PRK Penanti yang lalu, cuma Nik Aziz saja yang turun membantu, sedangkan Hj. Hadi langsung tak nampak muka, tetapi dalam PRK Permatang Pasir, semuanya allright. Tak ada isu boikot memboikot macam yang dilakukan oleh Pas Permatang Pauh.


Kesimpulan

Kemenangan Permatang Pasir adalah kemenangan rakyat. Ketika ditanya oleh Chegu Bard semasa dalam kereta kerumah Din Binjai, aku kata Pas boleh menang dengan 4000-5000 undi. Chegu Bard kata tinggi sangat. Pas sendiri menjangkakan kemenangan dibawah 2000 undi.
Banyak ceramah-ceramah yang dibuat mendapat sambutan yang kurang memuaskan. Di Samagagah, kehadiran pengundi Cina keceramah Pas sangat rendah. Malah di Kg. Cross Street, kehadiran mereka keceramah BN lebih ramai dari yang datang keceramah Pas. Malam tu aku kurangkan jangkaan aku kepada 3,000-4000 undi.
Apabila tiba hari mengundi, lagi membosankan. Pondok-pondok panas sudah tidak lagi dibenarkan, menjadikan plihanraya ini hilang kemeriahan. Kereta mengangkut pengundi pula tak banyak kelihatan kerana hanya kereta yang mempunyai sticker SPR dibenarkan mengangkut pengundi. Dan apabila kereta-kereta ini kebanyakannya kereta BN, aku mula rasa risau. Aku kurangkan jangkaan kepada 2000-3,000. Pas pula menjangkakan majoriti diantara 1,000-2,000.
Bila keputusan keluar, semua salah.
Dalam PRK Permatang Pasir ini, isu utama ialah personaliti dan kewibaan calon. Umno cuba mencemarkan karektor Anwar dengan isu pengkhianat, tapi memakan diri. Sebaliknya Pakatan berjaya mencemarkan personaliti Muhyidin dan Zahid Hamidi.
Rohaizat pula membenarkan dirinya menjadi bahan ketawa sehinggakan digunakan sepenuhnya oleh Pas. Pas menggunakan sepenuh peluang untuk membunuh karektor Rohaizat dan berjaya.
Ada sapa-sapa nak jadi calon dalam pilihanraya akan datang? Ingat baik-baik. Sesiapa saja yang mempunyai rekod buruk, jangan ingat boleh disorok atau ditutup dengan tudung saji. Ada saja yang akan membuka tudung tersebut, terutamanya bloggers, kerana bloggers mempunyai hidung yang lebih baik dari anjing kastam.
Baik BN atau Pakatan, personaliti calon menjadi kriteria penting untuk menentukan kemenangan. Rakyat, terutamanya pengundi baru melihat kedua-dua Pakatan dan BN, sama saja. Baik dari segi taktik atau strategi. Kalau dulu, Pakatan yang lantang bercakap tentang pengundi hantu, tapi dalam PRK ini, Umno yang bercakap tentang pengundi hantu.
Pelik, mengapa kali ini tak ada sesiapa pun dari Pakatan yang bising tentang pengundi hantu! Sebabnya, dulu pengundi hantu mengundi Umno, sekarang mengundi Pas.
Sudah tidak banyak bezanya diantara politik BN dan Pakatan. Kekuatan jentera belum tentu menjamin kejayaan. Dari segi isu, baik BN atau Pakatan, masing-masing sudah ada skandal yang boleh dieksploit. Yang membezakan mereka ialah keperibadian calon.
 sumber : PerakExpress
akira

1 Malaysia : MCA berkocak, Umno pening-pening, Barisan masuk kubur...

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu. malaysiakini

lawan jangan tak lawan.... rakyat seronok tengok aksi gaduh pemimpin-pemimpin dalam barisan. umno lawan umno, mca lawan mca, mic lawan mic.... PRU13... tanam satu kubur.....

akira

Rabu, 26 Ogos 2009

1 Malaysia : 80 sebatan untuk peminum arak

"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" Mufti Perak ,Harussani Zakaria,

"Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.

"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," Presiden Pas,TG Haji Hadi

sumber : malaysiakini
..............................................................................................................................................................

kalau setakat nak bercakap saja tak jadi..... laksanakan hukum Islam. Jangan sampai rakyat bercakap "ulama kat Malaysia hanya pandai bercakap"..... kalau enam sebatan pun tak mampu nak laksanakan lagi, apatah lagi 80. Kalau ISA dan PPSMI boleh ditentang hingga ke 'JALAN RAYA', Himpunan menyokong hukum HUDUD Insyaallah akan mendapat sambutan. Terangkan kepada yang bukan Islam tentang kelebihan hukum hudud, orang bukan Islam menentang hudud kerana tak faham cara perlaksaannya, adakan sesi penerangan HUKUM TUHAN ini, nescaya orang bukan Islam akan menerimanya.... Bila adakan PERHIMPUNAN menyokong HUDUD, nescaya melayu, cina, india akan turut serta.

akira

N11 Permatang Pasir : Semalam dan Hari ini

Semalam dan hari ini... jauh berbeza. Ku buka mata terasa sunyinya... Tiada keriuhan dan tiada sapa pengenalan. Yang tinggal hanya kenangan... Namun silaturahim yang terjalin... tidak putus ditelan zaman. Terima kasih diucapkan kepada sekalian.. Yang sudi membanting demi sebuah kemenangan.

Semalam dan hari ini.... jauh berbeza. Berakhirnya pilihanraya, lenyaplah segala pesta. Tiada lagi alunan bendera di sepanjang jalan yang menggamit perhatian. Apa yang tinggal hanyalah sebuah kenangan. Gambar dan berita buat tatapan, sebagai bukti generasi hadapan. UMNO KIAN LENYAP DITELAN ZAMAN.

Allahuakhbar!!!

akira

N11 Permatang Pasir : Keputusan mengikut UPU

Peti undi                     PAS                BN                  MAJORITI

Samagagah               1397               594                    803

Pmtg Ara                   1397              1075                   322

Pmtg Pauh                 875                 354                    521

Bkt.Indera Muda     1302               862                    440

Kg Pelet                    738                 546                    192

Kubang Semang        773                275                    498

Tanah Liat                 971                500                    471

Cross Street              938                 300                   638

Pmtg Tengah             1225               555                   570

Undi Pos                      2                     6                      -4  


KEPUTUSAN RASMI N11 PERMATANG PASIR
No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Mohd Salleh Man Parti Islam Semalaysia 9618
2 Rohaizat Othman United Malay National Organisation 5067

Total Majoriti:

4551





akira

1 Malaysia : Lepas Pejabat, Kilang pula diserbu


 




Selepas menyerbu pejabat Gedung Kartun semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyerbu kilang percetakannya dan merampas plat reka bentuk cetakan majalah humor itu.

Enam pegawai bahagian penerbitan kementerian itu tiba di K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang jam 11.30 pagi ini dan berada di situ selama hampir sejam.

Mereka juga merampas lebihan helaian-helaian majalah edisi sulung "majalah jenaka alternatif" bawah pimpinan kartunis politik terkemuka Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque. [berita penuh]


akira

1 Malaysia : Polis diminta bayar gantirugi

KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya.

Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.
Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu.
Beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 3 petang ini bagi menjelaskan lagi kes ini.harakahdaily


akira

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu