Seperti yang berlaku keatas 3 adun di Perak yang melompat menjadi adun bebas dan menyokong pentakbiran Perdana Menteri satu Malaysia, pengundi di Lunas bangkit menuntut wakil rakyat mereka iaitu Radzhi agar meletak jawatan. Mereka memerlukan seorang wakil rakyat yang ber'PARTI' dan bukannya BEBAS. Satu demo telah diadakan hari ini menuntut agar wakil rakyat tersebut meletak jawatan. Demo yang dihadiri lebih 300 orang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran FRU.
..........................................................................................................................................
RUANGAN FIKIR SEJENAK
Terfikirkah kita apa yang akan berlaku sekiranya adun-adun daripada BN melompat menjadi bebas dan menyokong pentakbiran Pakatan Rakyat. Adakah mereka akan kita anggap sebagai wira atau kita akan bersama-sama dengan penyokong-penyokong BN turun ke jalan menuntut wakil rakyat tersebut meletak jawatan.
Ura-ura mengenai adun-adun di Terengganu akan melompat masih lagi bertiup kencang. Kini berita mengenai adun-adun daripada MCA di Johor pula kedengaran. Beberapa adun MCA di Johor dikhabarkan akan melompat menyertai PKR berikutan krisis dalaman yang berlaku dalam MCA sendiri.
akira
LIMAU PURUT 3 SERANGKAI- PUAK PUAK BUTA PERUT TAK DAK AKAI...
13 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)