Pilihan anda di PRU13

Khamis, 30 April 2009

PENANTI - APA strategi PKR umum calon awal?

PKR mengumumkan calonnya lebih awal daripada kebiasaan. Sesuatu yang luar biasa. Apakah strategi yang digunapakai oleh DSAI kali ini. Hangpa jangan tanya aku pulak, bab ni hangpa kena tanya DSAI sendiri sebab beliau saja yang boleh bagi jawapan.

Mungkin tak mau bagi ahli2 PKR jadi berpuak2..

Mungkin jugaK nak tengok reaksi BN.

Mungkin jugak nak test market Mansor kat sini.

Mungkin saja-saja......

mungkin.....................................................

Apa pun bagi aku semua tu tak penting. Sekiranya Mansor ingin menambat hati para pengundi disini, beliau harus bekerja keras. Jangan hanya hadir di ceramah2 dan majlis rasmi sahaja. Beliau sepatutnya cuba mendekati masyarakat setempat bermula dari sekarang. Cuba turun ke masjid2 berjemaah dengan pengundi2 disini. Turun ke kedai2 kopi bersembang dengan penduduk. dengar sendiri pandangan penduduk. Baiki apa yang lemah. Dengan cara sebegini, sekurang-kurangnya pengundi akan kembali membuka minda dan menerima beliau.

Ada pelayar yang kata aku anti orang luar sebab gaya penulisan aku macam tak berapa setuju dengan mansor. Kahkahkahhh..... Aku tak anti dengan orang luar, jangan salah sangka. Aku menulis melalui pemerhatian aku. Kalau pengundi tak setuju, aku tulis tak setuju. Kalau pengundi kata OK, aku tulis OK. Buat apa aku nak tulis pusing2, aku bukannya dibayar pun dan aku tak rela dibayar untuk kelentong hangpa.

Rabu, 29 April 2009

PENANTI - ??? Ni Apa Cerita.???

PULAU PINANG, 29 April (Bernama) -- Exco kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan berhubung hasrat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pada dasarnya beliau tiada bantahan berhubung cadangan itu bagaimanapun perbincangan bersama exconya perlu diadakan terlebih dahulu.

"Berilah peluang untuk kami berbincang dahulu dan saya berjanji esok akan umumkan keputusan berhubung isu itu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Jawatan TKM1 telah dikosongkan oleh penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin pada 8 April lepas kerana mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

PATUT LA ORANG KAMPUNG DOK KATA MANSOR BUKAN BERTANDING UNTUK DUN TAPI UNTUK TKM1.

KAH KAH KAHHHH....

MENANG KALAH BELUM TENTU LAGI

LAIN KALI, BAGI ABIS PILIHANRAYA DULU BARU BINCANG BAB NI.

HARUS DIINGAT, KUASA TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA.

....................................................................................................................................

PENANTI - Calon Rakyat atau Calon Parti??

Assalamualaikum.
Apa yang aku utarakan disini hanyalah pandangan peribadi dan tidak melibatkan mana-mana pihak. Aku menghormati mana-mana pandangan dan sedia menerima teguran jika apa yang diulaskan aku salah dan sedia memohon maaf sekiranya mengguris hati mana-mana pihak.

Tentang perlantinan saudara Dr. Mansur sebagai calon N12 DUN Penanti. Kalau itulah konsensus keputusan pimpinan PR dekat Penanti, adakah diterima rakyat??

Apa yang perlu dipersoalkan ketika ini, pemimpin pilihan parti atau pemimpin pilihan rakyat??yang mana lebih utama??

Adakah pilihan pucuk pimpinan PKR mencerminkan pilihan rakyat di Penanti....alahai sedihnya seolah-olah rakyat perlu terima saja bulat-bulat apa keputusan yang dibuat pimpinan parti. Apa nie??

Berapa kali dah calon-calon yang tidak dikenali rakyat, calon bidan terjun/calon part time ditampilkan.. (yang kenal pun dikalangan parti tue sendiri...).

Mana mereka sebelum nie...adakah hanya tampilkan diri semasa menjadi calon/wakil rakyat sahaja dan hilang selepas tempoh wakil rakyat expired!!

Adakah calon ini yang terbaik dalam PKR, tiada lagikah calon yang lebih berwibawa dalam PKR atau PR?? Ingat kami mengundi bukan atas nama PKR!! tapi atas semangat keadilan dan perjuangan dalam Pakatan Rakyat dan kami mahukan calon yang benar-banar berwibawa dan tahu mengemudi aspirasi rakyat!!!

Calon yang tahu membawa rakyat untuk berfikir. Calon yang menguasai ilmu kejuruteraan rakyat. Calon yang benar-benar tahu permasalahan rakyat bukannnya calon yang buat kerja dalam ruang lingkup parti saja!!

kepada pengundi di Penanti, bukakan fikiran anda...kita tidak mahu hanya dua tiga orang membuat keputusan atas diri dan masa depan kita disini. Kita Rakyat yang sebenarnya ‘penentu’ siapa pemimpin kita...

Aku tidak mahu apa yang terjadi kepada saudara Fairuz berulang lagi. Begitu juga apa yang yang dilakukan oleh Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi diPerak berlaku lagi. Bukankah mereka semua ini adalah pilihan pucuk pimpinan parti??Adakah rakyat sendiri yang mengangkat mereka sebagai calon dan seterusnya mewakili rakyat??Serahkanlah kuasa memilih calon/wakil rakyat kepada rakyat semula. Aku mahu pucuk pimpinan khususnya PKR memberi ruang kepada rakyat di Penanti membuat keputusan seterusnya memilih calon yang selayaknya!!!Insya'Allah pilihan Rakyat mesti tidak akan mengecewakan.

Aku syorkan supaya aktivis parti dalam PR turun padan buat survey dan tanya Rakyat siapa pemimpin yang hendak diangkat mereka!!! Adakah sudah tidak cukup masa pimpinan PKR turun padang, tanya sendiri dengan rakyat siapa calon wakil rakyat pilihan mereka!!


Keputusan Rakyat perlu diutamakan sebelum penamaan calon 23 Mei ini!!! Ingat kita semua dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak.

sekian, wassalam.

Shikarishyna
N12

PENANTI - MANSOR DI KACAMATA PENGUNDI

Salam semua.

Pagi ni rasanya malas nak ulas panjang2 tentang calon drpd PKR.

Nak tau penerimaan rakyat setempat?

Nak tau apa yang orang kampung dok tertanya2

"Anak sapa mansor tu"

"Rumah dia yang mana satu"

"Tak pernah tengok pun si mansor tu kat sini, boleh ka dia wakil rakyat kita"

"Dia boleh buat keja ka"

"Pasai apa yang anwar pilih dia"

DAN INI ADALAH PENDAPAT SALAH SEORANG PENDUDUK KAMPUNG YANG SEMPAT AKU DENGAQ KAT KEDAI KOPI

"aku rasa anwar pilih dia bukan untuk jadi wakil rakyat tempat kita, tapi untuk isi jawatan TKM1"

APAPUN... PENYOKONG2 PR HARUS TERIMA HAKIKAT BAHAWA MANSOR ADALAH PILIHAN PEMIMPIN2 TERTINGGI PKR

PENANTI - Kenyataan media oleh DSAI

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM



Selasa, 28 April 2009

PENANTI - Siapa Mansor?

Menjawab soalan daripada Alang yang meminta aku ulas serba sedikit tentang Mansor Othman. Nak ulas panjang pun aku tak berapa nak kenal pun mamat ni. Malah ada dikalangan orang kampung yang tak tau pun sapa mamat ni. Tapi melalui DSAI punya ucapan di Yayasan Aman sebentar tadi, Mansor merupakan salah seorang yang memperkenalkan TEKUN. Taraf pendidikan, mempunyai 3 Master. Beliau merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Yang lain2 hangpa tak payah tanya aku. Kalau ada sapa2 yang ada lebih detail tentang Mansor tolong habaq mai.

Melalui pengamatan aku semasa pengumuman calon sebentar tadi, para pembodek2 yang berada di barisan hadapan pakat ramai2 bertepuk tangan apabila nama calon diumumkan. Kadangkala pemimpin yang sedang berucap tak sempat nak habiskan ayat dan pakat2 tepuk. Sebijik macam perhimpunan agung Umno. Mungkin budaya Umno masih tak dapat dibuang 100%. Tapi dari kalangan penduduk setempat agak hambar. Kebanyakkan dari mereka tertanya2, samada mansor dipilih untuk mengisis kekosongan DUN Penanti atau untuk mengisi kekosongan jawatan TKM1. Dua jawatan dan tugas yang berbeza. Bab ni aku akan ulas esok pagi(pemilihan mansor di kacamata rakyat setempat). Insyaallah.

PENANTI - DSAI telah mengumumkan calon untuk Dun N12

DSAI telah mengumumkan Mansor Othman sebagai calon Dun Penanti sebentar tadi di Yayasan Aman. Turut hadir di majlis pengumuman calon ialah YB2 dari PKR, PAS dan DAP. Bekas TKM1, Fairus juga turut hadir dan memberi ucapan disusuli Wan Azizah dan Lim Guan Eng.

PENANTI - Calonnya ialah ..................

Malam ni DSAI akan mengumumkan calon untuk kerusi dun Penanti. Siapakah yang bakal terpilih? Semua itu akan terjawab di Yayasan Aman, Penanti pada malam ini. Pemilihan kali ini agak penting untuk menentukan kalah dan menang Parti Keadilan Rakyat disini. Ini berikutan reputasi Adun daripada PKR selepas PRU12 agak kurang mememuaskan dengan berlakunya beberapa kontrovesi.

Oleh sebab itu, pemilihan calon kali ini harus diberi penekanan dan bukannya hanya untuk 'tangkap muat'. Ramai yang menjangkakan Mansor akan dipilih, tapi bagi penduduk disini mereka mahukan DSAI menerima calon pilihan mereka. Calon yang dikenali dan boleh bekerja untuk penduduk disini. Beberapa nama meniti dibibir penduduk. Antara calon popular dikalangan penduduk ialah Abang Mat(calon Pas) dan Pak Rahman( bekas YB kwsn ini). Dua calon ini merupakan pilihan penduduk, tapi kuasa menentukan berada di tangan DSAI.

Kita hanya mampu menunggu keputusan yang dibuat oleh DSAI. Diharap DSAI mendengar pandangan penduduk untuk pemilihan calon kali ini. Kerana penduduk yang akan menentukan kemenangan PKR disini. Walaupun Abang Mat adalah calon Pas, tapi rasanya tak salah dia bertanding dibawah kerusi PKR. Niat seorang Adun adalah berkhidmat untuk rakyat, jadi sekiranya dia bertanding di bawah parti manapun, tanggungjawab yang dipegang harus ditunaikan.

Isnin, 27 April 2009

Lagi MB disaman

MB Pahang dah disaman,

kini,

MB Johor pulak yang disaman.

Kah Kah Kahhh....

Pening lagi la tuan hakim....

PENANTI - SPR terlupa 31 mei hari Ahad.

Kenapa kali ini SPR menetapkan hari mengundi pada hari Ahad?

Pelik dan ajaib sejak kena selesema babi.

Kah kah kahhh....

SPR dijangkiti wabak selesema babi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir pada hari pengundian.

Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa mulai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini.

KAH KAH KAH.................

SPR MEMANG GILA-GILA...

TAPI

SEJAK WABAK SELESEMA BABI MELANDA...

LAGI GILA BABI JADINYA...

KALAU NAK LAGI GILA....

HANYA PENGUNDI YANG DIBENARKAN KELUAR...

ORANG LAIN YANG KELUAR KASI TARUK DALAM LOKAP...

Kenapa PDRM menggunakan kepakaran YAHUDI Israel?

PDRM dikatakan menggunakan kepakaran warga ISRAEL untuk membina sistem komunikasi mereka. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih merupakan warga Israel. Paling membimbangkan, Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah pakar sistem komputer yang telah memenangi anugerah daipada kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sitem komunikasi PDRM ialah Ido Scchescter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli npasukan yangbertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah dan bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang2 Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Mengapa tidak diambil programmer2 dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar daripada Israel.

sumber : kliksini

BETUL tak BETUL aku pun tak pasti. Tapi sekiranya betul, aku pun tak tau nak kata apa.....

PENANTI - Jadi ka tak jadi.

Hari ini SPR akan mengumumkan keputusan tentang kekosongan DUN Penanti.
Jadi ka tak jadi kita kena tunggu, kalau tak silap SPR akan buat pengumuman pada pukul 10.30pg.
Kalau mengikut situasi semasa dan keadaan persekitaran kawasan Penanti, berkemungkinan besar jadi la, kalau tak kenapa hotel kwsn sini dah hampir penuh di tempah bermula 11.05.09. Sapa lagi yang nak tempah, kalau bukan puak gerombolan. Sebab puak2 ni lepa dapat kelebihan, lepa boleh tau awai lagi samada pililhanraya akan berlansung atau tidak. Maklumlah SPR merupakan salah sebuah parti kompenen BN.

kita tunggu keputusannya. Samada menjilat atau tidak.

Ahad, 26 April 2009

PENANTI - ~VIDEO~ KENANGAN PRK PMTG PAUH IGAUAN BURUK BUAT UMNO

Buat semua Blogger Pulau Pinang

Salam semua.

aku ada terima email dari beberapa orang blogger yang katanya berasal dari Pulau Pinang yang mahukan logo dibawah,

jadi sapa2 yang rasa nak copy masuk kat blog hangpa boleh copy logo tersebut kat sini.


TERIMA KASIH buat semua pelayar dan blogger seluruh Malaysia yang sudi tempek logo ni kat blog hangpa.

ROSMAH BERHATI MULIA!

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mencadangkan syarikat pengendali telekomunikasi di negara ini memberikan laluan percuma kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mengumpul sumbangan orang ramai kepada Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin (Pemangkin).

Katanya, ini berikutan SMS berkenaan bertujuan memungut dana bagi membangun dan menyediakan keperluan anak yatim, yatim piatu dan golongan miskin melalui Skim Sumbangan Amal Jariah untuk pembangunan anak-anak yatim atau miskin.

"Sesungguhnya usaha murni ini telah mengukuhkan lagi YaPEIM sebagai Institusi Amal Jariah dan Pembangunan Sosio-ekonomi yang diasaskan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat di negara kita," katanya.

Pemangkin kini memberikan tumpuan khusus kepada melaksanakan Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin dan Anak Yatim Nasional (Santun) dan Program Pembangunan Anak Yatim dan Miskin Mangsa Tsunami di Acheh... BERITA HAIRAN.

ALHAMDULILLAH.

MULIA SUNGGUH HATI LAKI NAJIB NI.

TAPI,

KALAU BELIAU DERMA ELAUN SHOPPING SELAMA SETAHUN,

ATAU,

KOMISYEN KAPAI SELAM,

GERENTI DAPAT BANTU ANAK2 YATIM SELAMA BERPULUH TAHUN.

SELESEMA BABI ATAU GILA BABI!!!!!!

Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.

Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.... Utusan merapu...ops....Utusan Malaysia.

DATUK SERI KENA PANTAU BETUL2...

BAHAYA PENYAKIT TU....

TAKUT NANTI HABIS SELUT KAT MALAYSIA LEPA GUNA UTK SAMAK...

LAGI SATU DATUK SERI,

JANGAN LUPA PANTAU PENYAKIT GILA BABI....

SEBAB DAH RAMAI PEMIMPIN2 BN YANG KENA....

TAKUT MEREBAK............................

PENANTI - Kak Min ex-PKR

PETALING JAYA, 26 April (Bernama) -- Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang menawarkan diri sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti berharap beliau dapat bertanding satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil itu.

KAK MIN, KAK MIN......
AKU MEMANG RESPEK KAT KAK MIN....
TAK MACAM UMNO.....
TAK MACAM NAJIB.......
TAK DAK TELOQ.......
TAPI PASAI APA YANG KAK MIN BERHARAP DAPAT 1 LWN 1.....
KALAU 1 LWN 1 TAK BERAPA NAK SYOK LA KAK MIN....
AWAT KAK MIN TAK AJAK UMNO SKALI.....
BARU LA MERIAH SIKIT....
TAK PUN KAK MIN BOLEH AJAK MEMBER2 BEBAS YANG LAIN....
MAT EZAM CAP KOTAK PUN OK JUGAK....
BARU GEMPAK SIKIT...
KURANG2 PUN MAU 20 CALON.....
BARU BOLEH BUAT WORLD RECORD......
NAK LEBIH 'WORLD'....
AJAK MADEY SKALI.....

@ZZZZZZ........kak min bertanding atas tiket umno la lagi senang... semua ditanggung... be**k pulak dalam tong.... abis cerita.... la nama kak min dah mula popular, macam mana dgn kedai ukiran kayu kak min..... gerenti laris..... last skali, SEMOGA BERJAYA.

PENANTI - SELAMAT PAGI

Selamat pagi semua.

Semoga sihat sejahtera.

Selamat berhujung minggu.

Selamat bershopping.

Selamat berkelah.

Selamat bekerja.

Diharap hujung minggu anda menggembirakan.

Dan,

Pesanan buat YB,

jangan lupa hadiri kenduri hari ini, anda sedang dinilai sekarang.

Sabtu, 25 April 2009

katak Pasir Mas dah panggil hujan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik pada ketika ini, tetapi akan menemui pengundi kawasan Pasir Mas awal Jun ini untuk mendapatkan input sama ada wajar kekal sebagai wakil rakyat Bebas ataupun menyertai Umno.

Bagaimanapun beliau akan menemui pengundi kawasan Pasir Mas awal Jun ini untuk mendapatkan pandangan sama ada perlu kekal sebagai wakil rakyat Bebas ataupun menyertai Umno.

"Buat masa ini biarlah dulu. Saya lebih selesa menjadi ahli Parlimen Bebas tak berpihak kepada mana-mana parti. Apa yang penting saya dapat berkhidmat sebaik mungkin di kawasan saya," katanya kepada mStar Online hari ini.

Bagiamanapun Ibrahim mengesahkan beliau akan mempertimbangkan opsyen terbaik sebaik mendapatkan maklumat daripada pengundi-pengundi di kawasannya.

"Saya akan adakan Konvensyen Perjuangan Rakyat di Pasir Mas pada 6 Jun ini... saya lihat inilah platform terbaik untuk saya mendapatkan maklum balas daripada pengundi-pengundi di kawasan saya.

"Saya mahu mendapat maklumat mengenai hala tuju dan masa depan saya sebagai ahli Parlimen.

"Jika mereka (pengundi Pasir Mas) mahu saya masuk parti Umno atau PAS saya akan mempertimbangkan opsyen berkenaan demi kebaikan mereka (pengundi)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai konvensyen itu, Ibrahim berkata beliau mungkin juga akan mempertimbangkan cadangan untuk menyertai mana-mana parti politik yang dilihat sesuai dengan perjuangan yang dimahukan oleh pengundi-pengundinya.

"Kira-kira 1,500 dikalangan jentera pengundi di kawasan Pasir Mas akan mentertai konvesyen selama sehari ini.

"Insya-Allah kita akan buat di Kota Bharu cuma tempat masih belum ditetapkan lagi.

"Ini bermakna setiap peti undi di kawasan Pasir Mas akan diwakili oleh 32 orang. Saya mahu mereka membawa suara akar umbi. Sebaik berakhirnya konvesyen itu baru saya buat keputusan," katanya.

Jelasnya, beliau juga akan melihat kepada trend politik semasa sebelum sebarang membuat keputusan.

Pada 11 April lalu, Ibrahim berkata beliau menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh. Ibrahim sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr. Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008 Mac lepas..mStar.

MUSIM TENGKUJUH BAKAL MELANDA PASIR MAS

BANJIR BESAR DIJANGKAKAN BERLAKU

DIMINTA PARA PENDUDUK BERSIAP SEDIA

YANG ADA DUIT, SIAP2 BELI BOT

YANG KURANG MAMPU, SEDIAKAN PAYUNG

SEBABNYA KATAK DAH PANGGIL HUJAN

KAH KAH KAHHHH...

PENANTI - Umno berkemungkinan akan bertanding

Umno berkemungkinan akan bertanding.

Apa pasal aku kata camtu.

Sebab 1) Bangunan umno pmtg pauh sentiasa ada orang(slalunya tak dak orang pun) dan pelbagai aktiviti dijalankan.

Sebab 2) Pemimpin2 dah mula mai minum kat kedai kopi( slalunya setahun skali pun susah). cthnya ari ni arif shah dah singgah kat kedai kopi tepi masjid ptg tadi. TERIMA KASIH YB SEBAB SUDI MAI KEDAI KOPI TEPI MASJID

Sebab 3) Tapak2 untuk bilik gerakan sudah mula dicari.

Sebab 4) Geng2 tiga line dah kerap adakan perjumpaan. (lepa ni slalu jadi pemerhati untuk umno dikawasan pmtg pauh)

Sebab 5) Abang2 SB dah mula memenuhi kedai2 kopi.

Sebab 6) Bilik hotel dah banyak yang ditempah bermula 11.5.09

Sebab 7) Calon yang akan mewakili Umno juga sudah mula tersenyum lebar (identiti terpaksa dirahsiakan)

Jumaat, 24 April 2009

PENANTI - fairus vs sprm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa di mahkamah berhubung siasatan rasuah kerana tidak cukup asas.

Dalam alasannya itu, SPRM mendapati Fairus ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London, bagaimanapun, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Fairus.

Namun, keputusan itu dikatakan 'kurang disenangi' SPRM Pulau Pinang, yang menyiasat kes tersebut yang berpendirian sebaliknya.

Menurut sumber, sebelum itu pihak SPRM negeri telah mencadangkan agar Fairus didakwa. Ini berdasarkan bukti kukuh yang diperolehi sewaktu siasatan.

Dalam pada itu, pihak SPRM Pulau Pinang dikatakan tidak dimaklumkan keputusan itu terlebih dahulu. Sebaliknya 'sumber SPRM' di ibu pejabatnya dipercayai telah menghubungi Fairus secara langsung.

Malah sehingga kini, media hanya menyatakan keputusan itu daripada sumber SPRM, tanpa memetik jurucakapnya.

Ketika ditanya media semalam, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim enggan mengulas kes berkenaan, dipercayai kerana pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi.

Seorang pegawai SPRM Pulau Pinang yang dihubungi Alahai... mengesahkan pihaknya belum dimaklumkan keputusan tersebut, dan terkejut dengan keputusan berkenaan.

Dan lebih menimbulkan persoalan, apabila Fairus sendiri merasakan seolah-olah terkejut, apabila mengetahui dirinya 'bebas' dan tidak akan didakwa.

''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya kepada Utusan Malaysia .

Apakah ada tangan ghaib yang mempengaruhi keputusan SPRM di Kuala Lumpur, yang dikatakan keputusan itu ada hubungkait dengan pilihanraya kecil Penanti yang mungkin akan diadakan nanti ?

sumber : http://zulmamakpng.blogspot.com/

Ini pula cerita kedai kopi.
(Bukan fitnah atau menghasut, ada otak pikiaq sendiri.)

Keputusan yang dibuat oleh SPRM sememangnya mengejutkan warga Pmtg Pauh. Baik dri penduduk kampung mahupun apek tokey kuari itu sendiri. Keputusan yang dibuat nampaknya mampu membuatkan Fairus tersenyum. Walaupun majoriti rakyat tertanya2 betulkah keputusan yang dibuat oleh SPRM ataupun ada tangan2 halimunan yang menjadi pengarah di pintu belakang.

Kes rasuah kuari bukannya bermula semasa Fairus menjadi TKM1, tetapi rasuah kuari sudah menjadi amalan turun-temurun sejak era pemerintahan kerajaan BN lagi. Sekiranya Fairus disabitkan dengan kesalahan rasuah tersebut, tidak mustahil pemimpin2 BN yang terdahulu akan dikaitkan sama. Dan perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pilihanraya yang bakal berlansung. Najib tidak akan mengizinkan perkara ini berlaku walaupun beliau sudah menjangkakan BN akan kalah di Penanti. Najib sedaya upaya akan berusaha untuk mendekatkan jurang majoriti . Sekiranya terdapat pemimpin2 BN terdahulu atau yang masih berkhidmat terkait sama dengan kes rasuah kuari, maka populariti BN akan terus merosot.Apabila SPRM melepaskan Fairus, maka kaum kerabat BN juga akan terselamat.

.................................................................................

PENANTI......
kami MENANTI.....
BN KALAH......
sudah GERENTI....

Khamis, 23 April 2009

PAT TAHIL - MY BEST PREN!!!...

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Khamis membenarkan permohonan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencelah dalam prosiding kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam penghakiman lisannya berkata Peguam Negara sebagai pelindung kepentingan awam harus dibenarkan menjadi pencelah dalam prosiding yang mempunyai kepentingan orang ramai.

Beliau turut berkata isu dalam kes tersebut membabitkan tafsiran Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang sama dengan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan.

"Sudah tentu mahkamah boleh mempelawa Peguam Negara sebagai sahabat mahkamah tetapi selepas mempertimbangkan isu utama di sini, saya berpendapat untuk membenarkan Peguam Negara mencelah dan membantu mahkamah.

"Lebih-lebih lagi, isu ini adalah sesuatu yang mempunyai ciri-ciri sejarah.

"Seorang Menteri Besar dilantik dan seorang lagi tidak meletakkan jawatan," kata Abdul Aziz yang merupakan hakim ketiga mendengar permohonan itu selepas Mahkamah Persekutuan merujuk kes itu semula ke Mahkamah Tinggi. BERNAMA.

LAGI PARTI KOMPENEN BN PUNYA HAL.

APA KEPENTINGAN PAT TAHIL DI SITU

NAK MEMBANTU MAHKAMAH ATAU NAK MEMBANTU KERAJAAN.

ADA UDANG SEBALIK BATU....

dey mamakkkkk...... ku ci ku ci he pat tahil.....

PENANTI - TERNANTI-NANTI DI PENANTI

PUTRAJAYA: Penundaan pengumuman mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, yang sepatutnya diadakan esok kepada Isnin ini, adalah kerana urusan pentadbiran, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sehingga ini SPR belum menerima kenyataan bertulis daripada pemilik-pemilik bangunan yang akan digunakan termasuk bagi penamaan calon dan pengiraan undi, juga kenyataan bertulis mengenai persetujuan pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus pilihan raya untuk mengendalikan pilihan raya itu.

"Bila urusan pentadbiran belum selesai bagaimana kita nak umumkan?" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Aziz menolak tanggapan kononnya terdapat "pengaruh luar" yang menyebabkan penundaan tersebut.

"Ini tidak ada kena-mengena dengan pengaruh politik, ini isu dalaman kami sendiri. Kami sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya dan sebaik sahaja kami dapat pengesahan mengenai perkara-perkara ini maka kami akan umumkan," katanya.

Abdul Aziz hari ini turut mempengerusikan mesyuarat bersama wakil partiparti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengenai penguatkuasaan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk bagi melarang sebarang bentuk kempen pada hari mengundi.

Bagaimanapun, katanya, larangan bagi mengelak sebarang masalah daripada segi keselamatan awam dan pengundi itu belum dapat dilaksanakan kerana kata sepakat masih belum dapat dicapai.

"Ini merupakan perjumpaan pertama dan kita akan terus berbincang. SPR perlu melihat perkara ini secara mendalam supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah apabila dilaksanakan nanti," katanya.

Mengenai dakwaan beberapa pihak kononnya SPR mengikut nada BN dalam mencadangkan agar pindaan terhadap akta bagi menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah, Abdul Aziz berkata ia hanya pandangan SPR sebagai badan yang melaksanakan pilihan raya di negara ini bukan kerana dipengaruhi manamana pihak.

Beliau berkata walaupun ia merupakan hak individu untuk meletakkan jawatan sebagai anggota DUN, namun untuk mengadakan suatu pilihan raya bukan mudah dan melibatkan banyak kerja, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku secara berterusan.

"Kita perlu lihat masa yang sesuai, sama ada ada program-program lain atau musim-musim tertentu seperti musim tengkujuh, kena tentukan tempat-tempat pengundian, pengurus-pengurus pilihan raya, tentukan daftar pemilih, kursus latihan kepada kakitangan dan belanjawan.

"Perbelanjaan juga semakin meningkat apabila semakin banyak pilihan raya diadakan, jadi kita harap perkara-perkara sebegini dapat dikurangkan," katanya. BERNAMA


KAH KAH KAH....... AKU LANSUNG TAK PERCAYA KAT MAMAT NI....

CAKAP TAK SELUPA BIKIN..... KELENTONG SANA KELENTONG SINI....

MASALAH PENTAKBIRAN APA KEBENDANYA LAGI....

NAK TENGOK MASA YANG SESUAI.....KAH KAH KAHHH...

HARI BEKERJA TU SESUAI KA BUAT PILIHANRAYA....

LEMBU PUNYA S**.

Rabu, 22 April 2009

PENANTI - Datuk Jalil dengan dot..dot..dot

BUKIT MERTAJAM, 22 April (Bernama) -- Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.

"Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Permatang Pauh malam tadi.
-- BERNAMA

Datuk Jalil... kalau hang kumpul semua pendapat pengundi kat sini, majoriti mau BN bertanding.

sebab :

1) penyokong PR - mahu melihat BN terus dikuburkan disini.

2) penyokong BN - bila BN bertanding, duit masyukkkk...

3) penduduk kampung - banyak "mee segera akan sampai"

4) peniaga - dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda

5) tayar motor - dapat merasa Tar baru....kah kah kahhh....

tak payah buat servey pun dah boleh tau apa keputusannya......

atau...

datuk jalil teringin nak jadi calon kot..... ari tu menonggeng sebab arif syah yang dipilih....

kah kah kahhh...

PENANTI - SPR semakin sasau

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti, Pulau Pinang, Isnin ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pada Isnin ini, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.

"SPR yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang.

"Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini, telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

INI DAH JADI CERITA APA.

SEMAKIN PELIK BIN AJAIB SEJAK BINI ROSMAH JADI PM.

(SPR dah semakin menyerlah sebagai salah sebuah parti kompenen BN)

............................................................................................................

info terkini - SPR dah buat tinjauan di Dewan Maktab Perguruan Tunku Bainun. Berkemungkinan besar pilihanraya akan berlangsung juga, tapi tak tahulah sekiranya bini Rosmah menggunakan kuasanya untuk menidakkan perkara ini.
sumber : dari rakan2 yang berkerja di Maktab tersebut (sumber yang 100% tepat)

PENANTI - PERINGATAN BUAT SPR

SELAMAT PAGI ABANG2 SPR.

APA KABAR SEMUA.

SUDAH MAKAN KA BELUM.

MAKAN TU BAGI KENYANG.

SATGI BAWAK KETA HATI2.

TAKUT TAK SAMPAI TEMPAT MENSYUARAT.

Selasa, 21 April 2009

Harussani!!! Nie apa cerita? Hang tak mau ulas ka.

Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!

Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!

Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!

Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!

Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.




















Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!

Na'uzubillahimin zalik!









Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.

Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.

Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!

Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!

Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!

Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!

lagi berita di kerabubersuara

Contoh2 pembaziran kerajaan

salam semua.


semalam time dok sembang2 ngan member, dia ada cerita tentang masalah kesihatan anaknya yang berusia 3 tahun. anak dia nie, setiap seminggu kena tambah darah satu beg(ala, yang slalu dok tergantung kat spital tu). Tiap2 minggu dia akan ke hospital ambik darah dan lain2 kelengkapan seperti kapas ,jarum dan macam2 benda lagi(banyak sangat istilah saintifik yang dia sebut, aku pun tak paham).
Kira tinggi jugak la kos perubatan bulanan anak dia ni,.
Yang dia tak puas hati , pasai apa dia mintak permohonan untuk mengurangkan beban kos ditolak. Dan dalam masa yang sama kerajaan siap bagi jarum ngan kondom percuma kat penagih. Siap tak payah beratur lagi bila nak ambik jarum. Kenapa tak boleh nak bagi kat bantuan kat orang yang memang selayaknya menerima bantuan. Korang rasa berkesan ka kerajaan buat camtu.

Cuba baca sini:

Penagihan dadah merupakan masalah serius di Malaysia dengan purata 16 penagih baru dan 18 penagih berulang dilaporkan setiap hari di sepanjang tahun lepas.

Satu lagi hakikat yang patut diberi perhatian dalam statistik 2008 yang dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi) ialah 6,413 (51.92 peratus) daripada 12,352 penagih dadah yang dikenalpasti merupakan penagih berulang.

Berdasarkan kepada angka penagih berulang ini, Tan Sri Lee Lam Thye, bekas pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), membuat kesimpulan bahawa program pemulihan yang dijalankan selama ini gagal memenuhi objektifnya.

Lee menyatakan ini semasa rundingan meja bulat Persatuan Perubatan Penagihan Malaysia (AMAM) di sini yang bertemakan `Looking Into the Window of Treatment Opportunities for Drug Dependence'.

Satu lagi kenyataan ketara mengenai senario proses pemulihan di negara ini datang daripada Prof. James F. Scorelli yang menyebut di dalam jurnal `International Journal of Psychosocial Rehabilitation' bahawa program pemulihan dadah di Malaysia kurang berkesan, memandangkan kadar penagihan berulang melampaui 50 peratus.

Beratus juta ringgit dibelanjakan selama ini dalam memulihkan penagih yang bilangan mereka terus meningkat selain aktiviti jenayah mereka yang mengancam masyarakat.

Sapa yang lebih ngok... kerajaan atau penagih.....

KRISIS TERENGGANU - JOM JOIN AKU.

KUALA TERENGGANU: Pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Datuk Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

“Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak,” katanya.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini,” katanya.

http://mstar.com.my

AKU NAK PINDAH PI JADI RAKYAT TERENGGANU PULAK LEPAS NI.

BODEK SIKIT-SIKIT MB TU.

KOT-KOT BLEH JADI PENGARAH MANA-MANA SYARIKAT GLC.

KAH..KAH...KAH.....

PENGANGUR YANG TAMAT TINGKATAN 5 PULAK JADI PENGARAH.

GERENTI MELETUP.....

KAH..KAH...KAH....

JOM KITA SERBU TERENGGANU.

DARI PERAK KE TERENGGANU

Kemelut politik di negeri Perak seolah-olah tiada bernoktah berpunca dari hasad dengki, nafsu serakah UMNO yang tidak menghormati proses demokrasi. Sejarah tercatat UMNO/BN 'merampas kuasa' daripada Pakatan Rakyat.

Kini ia tempias ke negeri Terengganu. Kemelut ciptaan sendiri menghangatkan lagi iklim politik Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Sekarang sudah jelas di depan mata, UMNO yang mengaku mendokong demokrasi, UMNO jugalah yang akan meruntuh demokrasi.

Terengganu yang terkenal dengan negeri yang kaya dengan hasil mashul, tetapi rakyatnya miskin. Terengganu didalam ertikata yang sebenar masih belum lagi menikmati sepenuhnya nikmat pembangunan samada fisikal mahupun rohani.

Menteri Besarnya sentiasa bertukar tangan, tetapi rakyatnya tidak sempat menikmati hasil mashul kerana UMNO sentiasa bergolak di Terengganu. Daripada ketujuh-tujuh daerah di Terengganu, semua daerah telah merasai menjadi Menteri Besar kecuali daerah Dungun dan Setiu (Setiu daerah bongsu,ditubuhkan pada 1 Januari 1985)

Setiap daerah akan berebut untuk menjadi Menteri Besar, jika tidak mampu maka ia cuba berpakat-pakat dengan daerah lain lalu terbentuklah pakatan di dalam UMNO.

Itulah pola politik UMNO Terengganu semenjak dari dulu, kini dan selama-lamanya, mereka tidak akan aman, saling peteh memeteh, penuh dengan hasad dengki, walaupun sesama UMNO. Jadi musuh politik UMNO Terengganu ialah PAS dan UMNO sendiri (yang tidak berada di dalam clique yang sama).

Pola ini pun berlaku juga di negeri-negeri lain, kerana acuannya adalah sama iaitu UMNO. Tok guru dia pun memang mengamalkan pecah dan perintah (divide et impera) yakni British dulu.

Mangsa percakaran, mangsa percaturan, mangsa hasad dengki dan mangsa peteh memeteh ini adalah rakyat.

Sekarang UMNO bukan saja di'serang' oleh PAS, ia juga dihimpit dan di'jolok' oleh 'orang'nya sendiri, yakni sesama UMNO, 'sedarah merah', 'setinggi songkok' dan 'setumpul keris'

Jalan paling baik, pulangkan kembali kuasa kepada rakyat. Biar rakyat menentukan kuasa pemerintahan kepada siapa. Rakyat Terengganu sepatutnya telah membuka mata semenjak dari dulu lagi, tetapi apakan daya, diri dihimpit kemiskinan sehingga ada orang kampong yang ber'zikir' siang dan malam, 'tangan yang menyuap tidak akan digigit'. Maka berlagaklah si UMNO hingga ke hari ini.

SUMBER :al-brangi

Isnin, 20 April 2009

UMNO semakin DAYUS

Kenapa dengan Umno sejak kebelakangan ini nampak macam dayus untuk berjuang di landasan demokrasi sebenar walhal parti itu baru sahaja mendapat kepimpinan baru yang membawa slogan 'Satu Malaysia' selepas 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang' berlalu pergi dengan pencipta yang sudah pencen sebagai Perdana Menteri.

Sepatutnya dalam sebuah kepimpinan baru mesti kuat untuk berhadapan dengan musuh politik maklumlah bukan sahaja berkepala baru bahkan mendapat sayap baru yang tentunya bagaikan penyapu baru yang boleh meningkatan prestasi gerak kerja ke arah yang lebih sistematik.

Harapan ahli Umno terhadap kepimpinan baru pastinya melonjak dan mahu membuktikan prestasi seperti dulu boleh menang setiap kali diadakan pilihanraya kecil apatah lagi pilihan raya umum yang masing-masing sibuk di kawasan sendiri.

Dulu Umno dan Barisan Nasional (BN) rasa tidak tertekan bilamana ada pilihan raya sama kecil atau umum tetapi kini lain pula terasa. Mungkin itulah tanda-tanda hayat Umno sudah di penghujung perjuangan.

Umno dulu juga berbangga dan yakin boleh menang dengan calon yang ditampilkan manakala pembangkang sering mengigit jari menempuh hari-hari kekalahan.

Semasa era mantan Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad semua rakyat boleh lihat jika Umno mencalonkan 'batang kayu buruk' sekali pun pastinya menang berbanding pembangkang yang mencadangkan seorang yang kaya dengan ilmu agama atau profesional.

Nampak gayanya senario itu sudah berlalu bagi Umno dan BN. Rakyat secara umumnya tahu menilai di antara kaca dan permata.Perkara itu terbukti ketika berlakunya reformasi di mana Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Anwar dipecat daripada kabinet rata-rata kemarahan rakyat membuak-buak berbanding kejadian pertelingkahan Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa nama besar sehingga Umno di haramkan sejurus kemudian keluar Umno dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Waktu itu gelombang sekadar pergolakan kepimpinan sahaja tidak mencuri perhatian rakyat sebagaimana yang berlaku sekarang ini berpunca daripada cetusan ketidak puasan naluri rakyat.

Tiba-tiba sahaja Perdana Menteri ke lima Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat keputusan drastik tidak sepertimana Perdana Menteri terdahulu ada pilihan raya pasti meletakan calon.

Pantang menang percuma

Pantang memberi pembangkang menang percuma.Di era melinium mengkaji tindakan samada mahu meletakan calon atau sebaliknya tentu menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Hal ini tidak pernah berlaku melainkan di bawah kepimpinan baru yang dianggap terbaik apatah lagi dikatakan pemimpin berjiwa rakyat sepertimana kejayaan ayahdanya, Tun Abdul Razak yang jelas mencetuskan ideal membuka tanah rancangan Felda untuk bumiputra memperbarui masa depan serta menerokai impian baru memupuk rakyat berdikari serta berbakti pada tanah menerusi 'bumi hijau'.

Namun, kes Pilihanraya kecil di N12 Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh setelah perletakan jawatan penyandangnya, Mohamad Fairus Khairudin dan sewaktu Najib yang baru mendapat kuasa mentadbir negara ini semangat juangnya lutur dan kendur.Ramai yang berpandangan jika Umno dan BN kecundang lagi ke mana parti yang didakwa nadi orang melayu itu hendak digalas?

Lagipun, kemungkinan Najib sudah terasa bahang kejatuhan sebagaimana yang diingatkan oleh mantan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar Umno dijagai kerana parti itu boleh berubah atau rebah ekoran kes yang membelenggu parti itu sejak dulu.Selepas Najib memberikan kata dua antara bertanding atau tidak tiba-tiba muncul pula Tun Mahathir Mohamad yang bergegas mahukan Umno dan BN bertanding di Penanti jangan biarkan pembangkang menang percuma setelah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Trengganu dan merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang, Permatang Pauh dan Bukit Selambau.

Walaupun memenangi kerusi Dun Batang Ai di Sarawak sebenarnya tidak membawa erti pada kedudukan politik yang kini menyebelahi Pakatan Rakyat.Tun Dr Mahathir tentu tahu betapa pedihnya kalah sebelum bertarung lebih-lebih lagi di era Najib sebagai Perdana Menteri.

Tun Mahathir bimbang pengaruh Pakatan Rakyat meningkat 100 peratus kerana berjaya memenangi pilihanraya kecil padahal BN dan Unmo memperuntukan sebilang besar wang rakyat untuk perbelanjaan setiap pilihanraya termasuk jutaan untuk pasukan polis yang dikhaskan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Bagi Mahathir ia satu bencana jika Umno mengambil sikap berdiam diri sedangkan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat terus diterima.

Sebelum itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar dalam satu ucapanya di Yayasan Aman, Penanti dua tiga hari lepas mengucapkan terima kasih pada Najib kerana prihatin terhadap masalah negara terutama berkaitan ekonomi daripada menghabiskan wang rakyat, masa dan tenaga kerana menumpukan kepada pilihanraya kecil N12 yang sengaja dicipta pembangkang.

Beliau mencadangkan, Umno dan BN tidak meletakan calon sekaligus memberi peluang Pakatan Rakyat menang percuma demi pembentukan kekuatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kembali setelah diasak Umno bertalu talu.

sumber : harakahdaily
ditulis oleh Mohd Sabri Said

PENANTI - Kalau tak mau bertanding, bendera ni untuk apa?

Gambaq ni aku ambik pukul 8 pagi tadi.
Pukul 6 petang, bendera bertambah di sekeliling bangunan UMNO Bahagian Permatang Pauh.





kalau tak mau bertanding, buat apa pasang bendera awai-awai....
ish...ish... konpiussss konpiussss.....

Ahad, 19 April 2009

PENANTI - SIAPA YANG LEBIH BERMARUAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponennya.

.......................................................................................

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkan pertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar. "Bagaimanapun, kita tidak boleh bagi mereka (PKR) menang percuma. "Kalau BN tidak mahu bertanding, BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding atas tiket Bebas.( Pasai apa nak taja BEBAS, awat kalau calon BEBAS tak payah pakai duit ka)

..............................................................................................................

Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk T Murugiah berkata, pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsung tidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja.

..............................................................................................................

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkan tindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat. "Jika (BN) bertanding, ini akan menghabiskan masa kita dan wang pembayar cukai," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. ( Pasal apa nak guna wang pembayar cukai.... pasai apa tak guna wang parti...ish...ish.... konpius betui la aku)

..............................................................................................................

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Veelu berpendapat BN patut meletakkan calonnya. Katanya, BN perlu bertanding bagi menjaga imej dan integriti gabungan itu.

..............................................................................................................

Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata jika kepimpinan BN berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu adalah muslihat politik PKR dan pembaziran wang rakyat maka parti itu akan mematuhi sebarang keputusan yang diambil. "Sebagai individu, saya berharap BN akan bertanding merebut kerusi itu kerana tidak mahu melepaskan atau menghampakan penyokong setia BN di kawasan itu.

..............................................................................................................

Bagi Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BN tidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuat pembangkang.

...............................................................................................................

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

PAKAT-PAKAT PIKIAQ SENDIRI LA...

PENANTI - Najib!! Sila dengaq cakap Madey

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub hari ini.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu..
Malaysiakini

madey :
"JIB...... LAWAN TETAP LAWAN...
JANGAN MENGECEWAKAN AHLI DAN PENYOKONG.
KALAH LAIN CERITA".

jib:
" MANA BOLEH MACAM TU. AKU DAH KENA 2-1 ARI TU.
TAKKAN NAK KENA LAGI KOT".

Sabtu, 18 April 2009

PENANTI - Kah Kah Kahhhhh....

Penanti…
Itulah satu penantian…
yang menjadikan aku ternanti-nanti,
aku terus menanti,
sedangkan dia mula nak berhenti,
katanya takut rugi…
kah…kah…kah…aku jadi geli,
saat-saat begini yang dinanti,
akan muncul lagi..
dan terlalu ramai yang sedia berbakti..
untuk mengukur,
mana rendah mana tinggi,
untuk melihat,
berapa banyak tangan,
berapa banyak kaki…
untuk mengira,
berapa banyak untung,
berapa banyak rugi..
siapa akan jadi tauke,
siapa pulak akan jadi kuli..
siapa akan kena belasah,
siapa akan jadi kaki buli..
apa-apa pun terjadi,
semua perlu hati-hati,
jangan untung sekarung,
tapi ruginya seguni……………..

sumber: ulasan Akura dalam post yang lepas.[klik sini]
Terima Kasih kerana mengulas.

PENANTI - Umno parah kerana barah

Umno dan BN kini berada di penghujung hayat. Jantungnya dalam keadaan tidak stabil. Kecederaan paru-paru semakin parah. Kompilasi buah pinggang semakin serius. Barah mula menular. Hanya mampu menggunakan talian hayat untuk meneruskan hidup di bumi bertuah ini.

Walaupun berada di penghujung hayat, keegoan dan kezaliman masih belum mampu dibuang. Kejahatan bagai sudah sebati dalam diri. Lihatlah bagaimana mereka memperkudakan PDRM, SPRM dan badan kehakiman. Dan memperlembukan media arus perdana dan SPR. Mereka ingin mengaburi mata rakyat dengan kebaikan yang direka-reka. Menampak cantikkan apa yang hodoh. Mengecat kembali kehitaman dengan kepuraan-puraan.

Namun mereka harus mengakui bahawa rakyat sekarang sudah pandai menilai. Dah ramai yang mengaji tinggi. Dah ramai yang masuk U. Bukan seperti rakyat dahulukala (saluran 1), pengetahuan mereka terhad tidak seperti rakyat sekarang yang dapat mencari berita dalam pelbagai sumber. Bagaimana lagi mereka mampu utk melindungi keburukan dan kehodohan para pemimpin mereka. Semuanya sudah jelas di kaca mata masyarakat.

PENANTI - Najib kata membazir Hishamudin Rais kata apa?

Najib kata PRK Penanti membazir, sekarang kita baca Hishamudin Rais kata apa.
Sumber : Tukar Tiub

Rakyat amat suka dengan pilihanraya kecil - PRK.

Ketika PRK berjalan banyak projek masyuuuk.

Ketika PRK berjalan perniagaan tempatan menuai.

Ketika PRK berjalan banyak rumah boleh disewakan.

Ketika PRK berjalan hotel di sekitar kawasan penuh.

Ketika PRK berjalan anak muda dapat kerja pasang bendera.

Ketika PRK berjalan banyak ada kenduri.

Ketika PRK berjalan anak kanak akan berpesta.

Ketika PRK berjalan Balak dan Minah dapat bertemu.

Itu pasal rakyat selalu berdoa agar YB mereka mati empat bulan sekali.

PENANTI - BN mungkin tidak bertanding

Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti jika mendapat kata sepakat daripada parti-parti komponen BN.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN, demikian menurut The Star.

Kerusi DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh kosong selepas penyandangnya, Mohammad Fairus meletak jawatan kelmarin.

Semalam, Najib berkata, pilihanraya kecil hanya membazir wang, kecuali jika kekosongannya disebabkan oleh kematian penyandangnya, bukan atas sebab-sebab lain....malaysiakini

kahkahkahhhhh......
BN tak mau bertanding....
dengan alasan membazir...
hang tak layak cakap pasal membazir....
sebab satu Malaysia dah tau tabiat laki hang..
kahkahkahhhh...

PENANTI - luahan orang kampung

Apa yang dibualkan oleh masyarakat satempat di dun Penanti sekarang?

Tentunya tertanya-tanya siapakah calon yang bakal diletakkan oleh PKR. Adakah calon itu berwibawa dan mempunyai daya tahan godaan. Majoriti masyarakat seakan-akan tiadak sabar-sabar mengetahui siapakah calon yang akan menerajui dun Penanti dan mampukah calon tersebut membuat kerja. Sedikit sebanyak keraguan timbul berikutan calon yang sebelum ini menerajui Penanti agak kurang turun padang. Rata-rata kedai kopi asyik membincangkan perkara yang sama dan majoritinya mahukan anak tempatan yang boleh bekerja.

Sekiranya saudara/saudari turun ke sini, mesti perkara2 ini kan berkumandang di setiap kedai kopi. Tapi yang nyata, ramai rakyat disini mahukan calon daripada PAS. Rakyat mahukan PKR melakukan sesuatu terhadap pemimpin2 mereka yang kurang lasak dan mudah tergoda dengan umpan yang akhirnya merugikan rakyat sendiri. Adakah PKR berani untuk melepaskan kerusi ini kepada PAS. Rasanya mungkin tidak.

Tetapi PKR harus ingat, kuasa di tangan rakyat. Turun dan dengar sendiri apa kemahuan rakyat. Jangan nak sedapkan pemimpin atasan sahaja.

PENANTI - Kedatangan tetamu yang tak diundang

SPR belum menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian (belum mesyuarat pun lagi), tapi yang herannya PENANTI sudah menerima saudara-saudara baru yang tak diundang. Mungkin datang nak buat tinjauan atau saja-saja makan angin. Kedai-kedai kopi dah mula jadi tempat lepak saudara baru ini siang dan malam. Apa yang best sangat mai makan angin kat sini aku pun tak tau. Mungkin nak try mai makan nasik itik pmtg tok kandu tak pun nasi puyuh guar perahu. La nak sembang-sembang kat kedai kopi pun dah kena pandang-pandang dulu baru sembang.

Korang tau ka sapa yang aku maksudkan?

Jumaat, 17 April 2009

PENANTI - Ustaz sepak tong dah jadi tukang TILIK

Bekas timbalan ketua bahagian Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail berkata, isu tempatan seperti perasaan terpinggir masyarakat Melayu dalam beberapa dasar kerajaan pimpinan DAP itu boleh mempertingkatkan sokongan terhadap BN.

Tambahnya yang kini pegawai khas Datuk Seri Hishammudin Hussein, bagaimanapun sokongan pengundi bukan Melayu dilihat sukar ditembusi BN kerana “kepentingan Cina terjaga baik” di negeri itu.

Ditanya analisisnya tentang pilihanraya kecil yang bakal diadakan itu, beliau menjawab ringkas: “(BN) kalah”.

“PKR (akan) menang. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yakin menang. Sebab itu dia kosongkannya (kerusi Penanti). Mereka menang, tapi tidak akan menang banyak,” kata bekas imam Masjid Negara itu lagi.

USTAZ TONG SEKARANG DAH PANDAI MENILIK.

"Mereka menang, tapi tidak akan menang banyak."

TUNGGU DAN LIHAT SAJA TILIKAN USTAZ NI.

PENANTI - Zahrain nafi terlibat konspirasi

PKR Pulau Pinang menafikan dakwaaan wujudnya konspirasi hendak menjatuhkan Mohammad Fairus Khairuddin sehingga beliau terpaksa berundur semua jawatan, termasuk ADUN Penanti.

Pengerusi perhubungannya Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan bekas timbalan satu ketua menteri itu meletakkan jawatan atas keputusan peribadi setelah berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama.

"Saya tak tahu apa konspirasi yang dia maksudkan kerana selama ini perkara ini tidak pernah disebutkan dan setahu saya tiada sesiapapun nak buat jahat atau nak menjatuhkan dia.

"Dia yang ambil keputusan untuk letak jawatan kerana mahu sambung belajar tetapi bagaimana pula dia boleh kata ada konspirasi untuk menganiayainya.

"Saya tak faham, lagipun saya tidak fikir Anwar akan buat begitu
pada dia," katanya kepada kepada agensi berita itu.

Zahrain berharap semua pihak tidak membuat spekulasi buruk dan sebaliknya menghormati keputusan pemimpin muda itu.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan dan tindakan Mohammad Fairus itu langsung tidak melibatkan pucuk pimpinan PKR negeri dan yakin tindakan ADUN itu tiada kaitan dengan dakwaan wujud masalah
dalaman parti itu.

Ditanya mengapa Mohammad Fairus seolah-olah membelakangkan pemimpin negeri dan berurusan secara langsung dengan penasihat PKR, beliau berkata:

"Mungkin dia lebih selesa dengan Anwar, saya tidak tahu."

Zahrain diminta mengulas pendedahan Mohammad Fairus kepada sebuah akhbar berbahasa Cina sehari sebelum mengumumkan keputusannya mengosongkan kerusi DUN itu - mendakwa beliau diperangkap oleh orang dalam partinya sendiri.

Menurut akhbar itu, Mohammad Fairus mahu PKR membela dan membersihkan namanya daripada pelbagai dakwaan yang mengaitkan namanya dengan operasi kuari di negeri ini dan akan mendedahkan "cerita dalaman" berkaitan dengan operasi gabungan pembangkang itu.

malaysiakini

PALESTINE - KAMI MASIH BERSAMA ANDA

Hanya doa yang mampu kami hulurkan untuk kalian.

PENANTI @ Najib ulas perletakan jawatan Fairus

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah satu keputusan politik.

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya dalam satu sidang media di Klang, hari ini...mStar


Oh Najib si bini Rosmah.

Bukankah duit negara banyak lagi.

Kurang2 pun bila ada pilihanraya ni, dapat la jugak orang kampung merasa.

Yang kroni2 hang dok sapu, hang buat tak kisah.

Atau hang dah tau nak kalah.

Penduduk Penanti bukannya tak tau hang punya kisah,

Masjid pun hang tipu sah-sah.


Khamis, 16 April 2009

PENANTI - raya lagi kampung aku

Kali ke -3 aku mengundi dalam tempoh tak sampai 2 tahun.
Dasyat...dasyatttttttt.

@jenuh Raya la budak2 kampung aku..
campuq raya posa ngan raya aji dah 5 kali kami raya.

PENANTI - apa khabar orang kampung

Apa khabar orang kampung.

Dah lama tak berjumpa.

Harap2 sihat hendaknya.

Hamba datang nak bertanya.

Apa pasai tak nampak dah muka?

Dah dipilih apa pasai tak buat kerja?

Yang dok ambik rasuah tu pasai apa?

Awat gaji hang dah tak cukup ka?

Atau hang ni tamak haloba?

La ni hang dok tunggu apa?

Tak paham lagi ka?

Kami semua dah tak suka.......

Zambry dan 6 exco bebas


Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mambatalkan keputusan speaker Perak, Sivakumar menggantung Zambry dan 6 exco.

@nampaknya keputusan speaker sudah mampu dicabar. kepada tuan2 speaker di negeri lain, anda kena hati2. exco dah boleh bawak anda semua ke mahkamah.

@Pakatan Rakyat kesal kerana mahkamah campurtangan dalam urusan DUN

Rabu, 15 April 2009

KERAJAAN HARAM PERAK MULA BERTINDAK

KLIK UTK BESARKAN

sumber : misbahul munir

Pihak Berkuasa Negeri dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Mac yang lalu telah memutuskan bahawa semua Ketua Kampung dan JKKK ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa pada 16 April 2009.

Di daerah Kuala Kangsar Surat pemakluman penamatan perkhidmatan telah dihantar dan ditandatangani oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Kangsar kepada semua Ketua Kampung daerah Kuala Kangsar.

Dengan keluarnya surat ini, sahlah bahawa semua Ketua Kampung di seluruh Perak dipecat dan JKKK dibubarkan oleh kerajaan BN. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Zambry di awal-awal perlantikannya sebagai MB bahawa Ketua Kampung dan JKKK tidak akan ditamatkan perkhidmatan.

Ketua Kampung dan JKKK yang dilantik oleh kerajaan PR adalah sah sehingga tamat tempoh perkhidmatan selama dua tahun. Kerajaan boleh bertukar tetapi tidak semestinya Ketua Kampung dan JKKK juga bertukar sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi.

Berbeza sama sekali dengan amalan Kerajaan PR di bawah kepimpinan Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin. Hj Nizar di awal pemerintahan PR telah membuat kenyataan terbuka bahawa semua Ketua Kampung dan JKKK boleh terus berkhidmat dengan kerajaan negeri sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 31.12.2008, tetapi seluruh Ketua-ketua Kampung melalui Pengerusi persatuan Ketua-ketua Kampung sendiri yang membuat kenyataan bahawa Ketua-ketua Kampung seluruh Perak tidak akan memberi kerjasama dengan Kerajaan PR walaupun mereka berkhidmat dengan kerajaan PR. Ini adalah kenyataan bodoh seorang Pengerusi Persatuan.

Hj Nizar telah memanggil semua Ketua Kampung seluruh Perak untuk diberi taklimat oleh Kerajaan Negeri di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sebahagian besar Ketua-ketua Kampung hadir, dalam sessi dialog ada di kalangan Ketua Kampung bersetuju terus berkhidmat dan ada juga yang akan meletakkan jawatan. Hj Nizar menjelaskan bahawa semua Ketua kampung berhak menentukan sikap masing-masing, mereka diberi pilihan samada terus berkhidmat atau sebaliknya.

Selang beberapa minggu kemudian, semua Ketua Kampung seluruh Perak meletakkan jawatan beramai-ramai, surat perletakkan jawatan beramai-ramai ditandatangani oleh setiap Ketua Kampung dan diserahkan ke Pejabat Menteri Besar, ada juga Ketua kampung yang tidak bersedia meletakkan jawatan, mereka dipujuk, dirayu dan dipaksa oleh AJK Persatuan Ketua-ketua Kampung supaya letak jawatan, ada yang datang ke pejabat MB berjumpa saya dan MB menyatakan mereka tidak bersetuju meletakkan jawatan tetapi dipaksa oleh Persatuan.

Kerajaan Negeri tidak ada pilihan, perletakan jawatan beramai-ramai itu diterima oleh MB. Mesyuarat EXCO memutuskan kaedah pemilihan Ketua kampung di seluruh Perak dibuat melalui pungutan suara iaitu Ketua Kampung dipilih melalui pilihanraya. Sesiapa sahaja yang layak boleh dicalonkan dan di undi. Kaedah ini dilaksanakan di seluruh Perak kecuali di kampung-kampung yang Ketua Kampungnya tidak meletakkan jawatan. Bulan Ogos selesai proses pemilihan dan yang terpilih diberi watikah perlantikan oleh YAB MB Perak ketika itu, dan tempoh perlantikannya adalah selama dua tahun.

Ini adalah amalan yang paling adil dibuat oleh Kerajaan PR. Tradisi yang diamalkan oleh UMNO BN dulu ialah memberi kuasa kepada Ketua UMNO bahagian atau wakil rakyat untuk melantik Ketua Kampung, biasanya Ketua kampung yang dilantik ialah Ketua-ketua UMNO Cawangan yang sudah tentu ada yang tidak disenangi oleh orang-orang kampung. Berbeza dengan PR yang memberi peluang kepada orang kampung memilih Ketua Kampung yang mereka suka.

Apa salahnya mereka diberi peluang berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, kerajaan berhak menentukan polisi dan dasar, mereka pula berkhidmat berdasarkan polisi dan dasar. Sebagaimana kerajaan PR, sewaktu kerajaan PR menawarkan Ketua Kampung zaman BN untuk terus berkhidmat, mereka hendaklah terikat dengan polisi dan dasar-dasar kerajaan, begitu juga Ketua-ketua Kampung yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, yang terpilih tidak semua penyokong dan ahli mana-mana parti PR, semua yang terpilih mesti mengikut polisi dan dasar-dasar kerajaan PR.

Jelas kerajaan PR lebih terbuka sikapnya berbanding kerajaan BN, malahan supaya semua pembangunan dapat dilaksankan secara saksama, kerajaan PR negeri Perak juga telah menubuhkan JKKK di perkampungan Cina, malahan Ketua Kampung dan JKKK perkampungan orang-orang Asli juga akan ditubuhkan.

Hj Nizar selaku MB juga menunjukkan sikap keterbukaan yang begitu tinggi kepada semua kakitangan kerajaan, tidak ada yang dipecat, sebarang pertukaran yang ada unsur-unsur penganiyaan dan fitnah dibatalkan pertukaran. Dua orang pemandunya adalah pemandu MB lama, Hj Nizar mengekalkannya sehingga mereka sendiri yang telah berkhidmat selama 11 bulan itu terasa sangat sayang kepada MB Nizar, ada kelainannya kata mereka, menjadi pemandu Hj Nizar mereka dapat solat berjamaah dengan Hj Nizar dan ada peluang mendapat ilmu melalui tazkirah dan kuliah yang disampaikan oleh Hj Nizar di surau atau masjid. semua kakitangan di rumah kediaman tidak ada seorang pun yang ditukar, mereka terus berkhidmat dengan Hj Nizar sehingga mereka juga seronok, Hj Nizar buat surau yang agak besar bagi membolehkan semua pekerja di rumah kediaman solat berjamaah di surau dan sekali sekala MB akan mengimami solat dan menyampaikan tazkirah. Yang bertukar cuma PA Datin Seri yang kurang memberi kerjasama dengan Datin Seri.

Semua pekerja dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang 11 bulan di bawah PR cukup selesa dan terasa kelainannya berbanding puluhan tahun bersama BN. Saya yakin kalau pilihanraya semula diadakan di Perak, Kerusi PAS dan PKR akan bertambah banyak manakala DAP tetap kekal dengan jumlah kerusi yang sedia ada, kerana rakyat 11 bulan di bawah PR jauh lebih baik daripada 50 tahun bersama BN. Rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian, kecuali mereka yang benar-benar buta hati dan jumud.

ZAMBRY MUNCUL KEMBALI

Perak peruntuk RM8j bantu pelajar miskin

SUNGAI SIPUT: Kerajaan Perak memperuntukkan sejumlah RM2 juta lagi bagi membantu pelajar miskin dan kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, menjadikan peruntukan bantuan itu meningkat kepada RM8 juta tahun ini.


Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata dengan tambahan peruntukan itu, lebih 6,000 pelajar berpeluang menikmatinya apabila mereka mula mendapat tawaran ke IPT pertengahan tahun ini.

"Peruntukan RM8 juta itu adalah untuk keluarga yang susah, berpendapatan rendah bagi membantu anak-anak mereka yang berjaya melanjutkan ke peringkat lebih tinggi.

"Ini termasuk bagi anak-anak mereka di peringkat kursus persijilan yang mungkin berkaitan teknikal selain diploma dan ijazah pertama. Peruntukan ini kita buka kepada semua anak Perak," katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Bersama Rakyat di sini hari ini.


ALHAMDULILLAH..... SYUKUR...

HARAP2 JANGAN CAKAP KOSONG SAJA.

JANGAN MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.

.....................................................................................

@slalunya apabila seseorang manusia itu dalam keadaan terdesak, macam2 janji akan ditabur untuk memperlihatkan kebaikannya. Harap2 zamry tak macam tu la.Apapun demi pendidikan dan kebaikan rakyat, aku sokong 100%.

@orang cakap- mamak cakap tak brapa nak boleh percaya

Oh! Rais Ku Sayang

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau tidak fikir rakyat di negara ini akan meniru gelagat seperti yang berlaku di Thailand baru-baru ini.

"Saya tidak fikir mereka akan meniru gelagat di Bangkok," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Jabatan Penerangan di sini hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan mana-mana pihak supaya jangan sesekali cuba mencontohi perbuatan itu, kerana menurut beliau, undang-undang di Malaysia adalah khusus, jelas dan dapat dilaksanakan berbanding undang-undang di beberapa negara jiran.

"Jika sebarang tindakan menyalahi undang-undang negara, pihak berkuasa akan ambil tindakan," katanya.

OH! RAIS KU SAYANG.
Mana mungkin rakyat Malaysia seganas itu,
Rakyat Malaysia hanya tahu angguk dan angguk saja,
Tapi....
itu cerita dulu,
sekarang,
tiada yang mustahil,
Apabila rakyat ditindas, hak mereka diketepikan.
Apapun boleh jadi.

ADUN TAK DIBAYAR GAJI

Hashim Jasin (Pas-Sanglang) menggemparkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam apabila mendakwa tidak menerima apa-apa bayaran, termasuk gaji daripada kerajaan negeri bagi jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang disandangnya sejak September lalu.

"Saya tidak tahu di mana silapnya kerana mustahil kerajaan negeri terlalu miskin sehingga tidak mampu membayar gaji seorang Adun atau mungkin gaji yang sepatutnya saya terima masih dibayar kepada wakil rakyat terdahulu (Abdulllah Hassan), sedangkan terbukti kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, tidak sah.

"Saya bukan pentingkan diri sendiri kerana wang gaji yang saya terima itu akhirnya akan disalurkan kepada rakyat juga. Malah, ada gaji atau tidak, saya tetap perlu jalankan amanah sebagai wakil rakyat seperti dipertanggungjawabkan.

"Justeru, saya minta kerajaan negeri melihat isu ini sebaik mungkin bagi membolehkan saya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna," katanya.


APA DAH JADI?
KERAJAAN NEGERI DAH POKAI..
ADA KETIRISAN..
ATAU
SAJA2 SYOK TAK MAU BAGI GAJI.

TAKKAN LA PERLIS MISKIN SANGAT

Eli Wong kekal EXCO

berita terkini dari SK :

MB Selangor, Tan Sri Khalid sebentar tadi mengumumkan keputusan kerajaan negeri kekalkan status Eli Wong sebagai exco dan adun bukit lanjan setelah kegagalan polis untuk kemukakan hasil siasatan.

Najib - Ini bukan krisis besar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, krisis politik di Terengganu bukan sesuatu yang luar biasa sehingga tidak dapat diselesaikan.

"Ia bukannya satu krisis yang besar," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan hari ini kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan....mStar


APA DAH JADI?

TERIMA UGUTAN BUNUH MASIH PERKARA KECIK.

KALAU KENA BUNUH PUN KECIK JUGAK KA.

HAHAHAHAAAAAA.....

MACAM BIASA SAJA........

Selasa, 14 April 2009

umno yang HURU HARA


umno huru hara
umno dah pening kepala
umno dah hilang arah tuju
umno dah tak bersatu

ini persediaan buat umno

Keranda
Kain kapan
Kapur Barus
Kayu cendana
Air mawar
Bunga
Sintok
Kemenyan
Minyak wangi
Sabun dan daun bidara
Sarung tangan, kain sugi dan kain murung

tambah lagi :

Duit upah gali lubang ( harga ikut kawasan )
Batu Nisan ( kena tgk kualiti )
Upah orang baca Yassin
biskut kering
kopi 'o'.

Terkini!! Kes Zambry vs Sivakumar

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco beliau telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker DUN, N. Sivakumar Februari lalu.

Ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.... mStar


TAPI

Mahkamah belum lagi mengesahkan sama ada hukuman pergantungan itu sah atau tidak sah.
Pening lagi si zambry... masa dah semakin suntuk.... bila mahkamah nak buat keputusan?
Ayoyooooooo....................... mati la ini macam...

Ir Nizar dalam sejarah

Kebangkitan pejuang2 di Perak

Maka tercatatlah dalam sejarah bangsa Melayu dan Negeri Perak nama-nama saperti Dato Maharajalela, Si Puntum, Dato Sagor Pandak Endut, Che' Gondah,Ngah Ahmad, Laksamana Tun Mohamad Amin , Syahbandar, Che' Ngah Ibrahim dan lain-lain lagi disamping Sultan Abdullah sendiri sebagai penebus maruah bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dan hak mutlak Kesultanan Melayu. Ramai diantara mereka yang dihukum gantung dan di buang negeri di asingkan di Pulau Seychelles di Lautan Hindi tetapi perjuangan mereka akan terus menjadi aspirasi generasi kini.

Penyebab kebangkitan para pejuang

Percampuran dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu di akhir kurun ke 19 telah mendorongkan pihak British untuk mengubah sikap berdagang dan campurtangan dalam urusan politik dan pertadbiran - iaitu penjajahan secara langsung atau tidak langsung terhadap kesemua Negeri Melayu di Semenanjung. Saperti helang kelaparan mereka hanya menunggu peluang dan ketika yang sesuai untuk menyambar terus kemakmuran Negeri Perak. Inggeris yang telah lama mengkaji sistem pentadbiran, struktur, sosial, ekonomi dan politik bumiputera di Negeri-Negeri Selat dan di negara-negara yang dijajahnya. Peluang ini tercapai apabila berlaku perselisihan merebut takhta kerajaan semasa Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke 24 mangkat di Sayong pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini telah mengakibatkan jenazah Almarhum tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masaalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.

Maka berlakulah perselisihan yang berlarutan diantara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail. Di samping ini terdapat pula pergaduhan besar dan sikap bermusuhan diantara dua kongsi gelap pelombong-pelombong Cina, Ghee Hin dan Hai San disekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri lain. Peperangan telah berlaku disepanjang tahun 1861- 1862 dan 1871-1874.

Pergaduhan-pergaduhan dan perselisihan merebut takhta kerajaan ini telah di pergunakan sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencampuri urusan dalam Negeri Perak supaya kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan Negeri Perak dapat di eksplotasikan sepenuhnya bagi menampung keperluan ekonomi negara ibunda mereka. Dengan kepintaran siasah dan ilmu penjajahan yang telah berkurun dipelajari, Inggeris telah berjaya memerangkap Raja Abdullah dan beberapa orang Orang Besar-Besar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut hadir bagi membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada mereka. Maka pada20 Februari 1874 berlakulah satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterinya satu perjanjian yang di namakan Perjanjian Pangkor.

Kejayaan Inggeris dalam babak pertama dalam siri penjajahan mereka di Tanah Melayu ini telah menjatuhkan mertabat kuasa mutlak Raja Melayu terhadap tanah air mereka sendiri dengan hanya menjadi Sultan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Urusan pentadbiran dan ekonomi dalam negeri terserah bulat-bulat kepada budibicara Residen Inggeris yang secara langsung di pertanggung jawabkan oleh Gabenor Negeri Selat untuk melaksanakan rancangan pembangunan raksaksa - Sistem Residen.

Perjanjian Pangkor dan perlaksanaan sistem Residen ini pada dasarnya telah dapat meredakan seketika persengketaan di antara golongan-golongan yang bersengketa dalam Negeri Perak. Dengan bersenjatakan Perjanjian Pangkor yang pada anggapan Inggeris akan di patuhi oleh semua pihak dan tidak akan di tentang oleh orang-orang Melayu yang selama ini dianggap mudah di pergaul-gaulkan, J.W.W.Birch, Residen Inggeris yang pertama telah memulakan tugasnya tanpa menaruh sebarang buruk sangka atau perasaan curiga.

Orang Besar-Besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya menyedari akan kesilapan mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara langsung mengetepikan hak tradisi mereka dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil mahsul dalam jajahan masing-masing telah menghadapi jalan buntu bagi menghadapi kekuatan kuasa penjajah Inggeris ini. Akhirnya mereka telah mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W. Birch dan pengiring-pengiringnya di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Berikutan daripada peistiwa berdarah ini Inggeris telah melancarkan perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W. Birch. Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguh pun kekurangan senjata dan tektik peperangan oarng-orang Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris saperti yang di lakukan di Kota Lama. Peperangan Perak ini telah berlanjutan hingga ke tahun 1876 dan akhirnya kesemua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W. birch ditangkap dan dibicarakan peperangan ini ditamatkan.

Siapa pejuang Perak moden

Nizar Jamaluddin bakal tercatat dalam sejarah Perak moden bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan di dalam menuntut kembali kerajaan Perak yang telah dirampas secara haram oleh kerajaan Barisan Nasional. Perjuangan didalam mengembalikan hak dan kuasa rakyat. Namun yang menjadi persoalan.... Adakah BN mengizinkan nama beliau dikenang sebagai pejuang sebaris dengan pejuang2 silam dalam mempertahankan negeri Perak? Siapakah yang berani menjadi penulis sejarah tersebut? Biarpun berbeza situasi, namun rampasan kuasa secara haram di Perak secara tidak lansungnya telah menjadi lakaran sejarah.

Anwar vs Najib @ 18 April 2009

KUANTAN - Ini berita yang baru kami terima, jika tidak ada aral melintang rakyat Pahang bakal menyaksikan satu pertembungan dua pemimpin utama negara berlainan ideologi yang akan mengadakan program mereka pada hari Sabtu, 18 April 2009 ini. Kami difahamkan Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan satu majlis sambutan besar-besaran atas perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada hari itu. Sambutan itu bagi menghargai Najib selaku anak jati Pahang yang berjaya mengisi jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 selepas 33 tahun. Justeru itu kerajaan negeri dijangkan mengadakan sambutan gilang-gemilang bagi meraikan kepulangan Najib ke bumi Pahang ini. Rakyat Pahang dijangka akan hadir beramai-ramai untuk beramah mesra dengan Najib dalam program-program yang diadakan di Kuantan dan Pekan Pahang itu. Manakala itu, satu lagi program pada tarikh yang sama melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dijangka mengadakan lawatan kerja sehari ke Pahang bagi merasmikan Pejabat PKR Negeri yang baru di Kuantan. Menurut sumber, satu jamuan "Hi-Tea" akan diadakan bermula jam 5 hingga 7 petang, manakala disebelah malamnya Anwar dijangka mengadakan satu Ceramah Perdana di Pejabat PKR Negeri Pahang dekat sini. Orang ramai adalah dijemput hadir.

Bagi mereka yang ingin menghadirkan diri ke ceramah perdana Anwar di Pejabat PKR Negeri yang baru, lokasi pejabat terbabit ialah jalan menghala ke Beserah dari arah bandar Kuantan, berhadapan dengan Klinik Kesihatan Beserah dan Petronas di sebelah kanan

sumber : http://pahangdaily.blogspot.com

Petembungan antara dua pemimpin. Siapa yang akan lebih menyerlah?
Seorang berstatus PM manakala seorang lagi hanyalah 'budak' Cheruk To'Kun.
Mampukah si 'budak' yang bijak berpidato ini menyaingi PM?
Kita tunggu dan lihat...

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu