Menjawab soalan daripada Alang yang meminta aku ulas serba sedikit tentang Mansor Othman. Nak ulas panjang pun aku tak berapa nak kenal pun mamat ni. Malah ada dikalangan orang kampung yang tak tau pun sapa mamat ni. Tapi melalui DSAI punya ucapan di Yayasan Aman sebentar tadi, Mansor merupakan salah seorang yang memperkenalkan TEKUN. Taraf pendidikan, mempunyai 3 Master. Beliau merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Yang lain2 hangpa tak payah tanya aku. Kalau ada sapa2 yang ada lebih detail tentang Mansor tolong habaq mai.
Melalui pengamatan aku semasa pengumuman calon sebentar tadi, para pembodek2 yang berada di barisan hadapan pakat ramai2 bertepuk tangan apabila nama calon diumumkan. Kadangkala pemimpin yang sedang berucap tak sempat nak habiskan ayat dan pakat2 tepuk. Sebijik macam perhimpunan agung Umno. Mungkin budaya Umno masih tak dapat dibuang 100%. Tapi dari kalangan penduduk setempat agak hambar. Kebanyakkan dari mereka tertanya2, samada mansor dipilih untuk mengisis kekosongan DUN Penanti atau untuk mengisi kekosongan jawatan TKM1. Dua jawatan dan tugas yang berbeza. Bab ni aku akan ulas esok pagi(pemilihan mansor di kacamata rakyat setempat). Insyaallah.
LIMAU PURUT 3 SERANGKAI- PUAK PUAK BUTA PERUT TAK DAK AKAI...
13 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)