Kemelut politik di negeri Perak seolah-olah tiada bernoktah berpunca dari hasad dengki, nafsu serakah UMNO yang tidak menghormati proses demokrasi. Sejarah tercatat UMNO/BN 'merampas kuasa' daripada Pakatan Rakyat.
Kini ia tempias ke negeri Terengganu. Kemelut ciptaan sendiri menghangatkan lagi iklim politik Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Sekarang sudah jelas di depan mata, UMNO yang mengaku mendokong demokrasi, UMNO jugalah yang akan meruntuh demokrasi.
Terengganu yang terkenal dengan negeri yang kaya dengan hasil mashul, tetapi rakyatnya miskin. Terengganu didalam ertikata yang sebenar masih belum lagi menikmati sepenuhnya nikmat pembangunan samada fisikal mahupun rohani.
Menteri Besarnya sentiasa bertukar tangan, tetapi rakyatnya tidak sempat menikmati hasil mashul kerana UMNO sentiasa bergolak di Terengganu. Daripada ketujuh-tujuh daerah di Terengganu, semua daerah telah merasai menjadi Menteri Besar kecuali daerah Dungun dan Setiu (Setiu daerah bongsu,ditubuhkan pada 1 Januari 1985)
Setiap daerah akan berebut untuk menjadi Menteri Besar, jika tidak mampu maka ia cuba berpakat-pakat dengan daerah lain lalu terbentuklah pakatan di dalam UMNO.
Itulah pola politik UMNO Terengganu semenjak dari dulu, kini dan selama-lamanya, mereka tidak akan aman, saling peteh memeteh, penuh dengan hasad dengki, walaupun sesama UMNO. Jadi musuh politik UMNO Terengganu ialah PAS dan UMNO sendiri (yang tidak berada di dalam clique yang sama).
Pola ini pun berlaku juga di negeri-negeri lain, kerana acuannya adalah sama iaitu UMNO. Tok guru dia pun memang mengamalkan pecah dan perintah (divide et impera) yakni British dulu.
Mangsa percakaran, mangsa percaturan, mangsa hasad dengki dan mangsa peteh memeteh ini adalah rakyat.
Sekarang UMNO bukan saja di'serang' oleh PAS, ia juga dihimpit dan di'jolok' oleh 'orang'nya sendiri, yakni sesama UMNO, 'sedarah merah', 'setinggi songkok' dan 'setumpul keris'
Jalan paling baik, pulangkan kembali kuasa kepada rakyat. Biar rakyat menentukan kuasa pemerintahan kepada siapa. Rakyat Terengganu sepatutnya telah membuka mata semenjak dari dulu lagi, tetapi apakan daya, diri dihimpit kemiskinan sehingga ada orang kampong yang ber'zikir' siang dan malam, 'tangan yang menyuap tidak akan digigit'. Maka berlagaklah si UMNO hingga ke hari ini.
SUMBER :al-brangi
LIMAU PURUT 3 SERANGKAI- PUAK PUAK BUTA PERUT TAK DAK AKAI...
11 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)