KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mengkaji peluang dan kekuatannya di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk mencari pemimpin baru yang lebih sesuai di kawasan-kawasan itu.
Ketuanya Salahuddin Ayub berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada persiapan awal Pemuda PAS untuk memastikan sokongan orang muda terhadap parti itu dan pakatan pembangkang dapat dikekalkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Kita akan susun pimpinan baru, membuat kajian mendalam terhadap pendekatan baru yang akan kita lakukan nanti.
Salahuddin juga menasihatkan bakal pimpinan PAS yang baru agar mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat secara semula jadi dan bukan dengan niat menjadikan amalan itu sebagai satu strategi politik.
"PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka," katanya.... bernama
Jangan sombong,
Jangan bongkak,
Jangan lupa diri,
dan...
Jangan lupa senyum selalu.
- Terpadat dikalangan pemimpin2 Pas yang kurang dengan senyuman. Nak senyum tak payah kira dengan sapa. Kadang kala bila berjumpa dengan anak2 muda yang tak berkopiah atau berserban lepa siap jeling2 lagi, awat tak boleh nak senyum sikit ka. Jangan ingat anak2 muda yang tak berkopiah atau berserban tak dak perasaan, lepa pun ada yang berilmu. Kalau jumpa, tolong la senyum dan kalau boleh luangkan sikit masa untuk bersembang. Kalau dok berlagak macam tu, macam mana nak tarik lebih ramai anak2 muda masuk Pas.
LIMAU PURUT 3 SERANGKAI- PUAK PUAK BUTA PERUT TAK DAK AKAI...
13 jam yang lalu
boleh bagiatu tak sapa dia tu yg tak senyum..kami nak tau!!!
BalasPadamUntuk lebih positif katakan begini...
BalasPadamLebih merendah diri
Lebih merendah hati
Ingat diri
Ikhlas
dan
Ingat untuk senyum selalu!
Bersegeralah kerana mubaligh kristian sudah lama berdakwah di sana memberi segala bantuan terutama wang ringgit. Agama kristian makin berkembang di sana dan makin ramai penganutnya...Berdakwahlah dengan betul berkesan segera.....
BalasPadam