Aku dah penah keluarkan catatan nie. Tapi dah nak dekat dgn masa mengundi, rasa2nya masih relevan untuk disiarkan.
Salam kepada semua warga di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Sedarlah wahai diri kamu bahawa keputusan yang akan kamu buat pada pilihanraya kecil ini bakal diadili di SANA kelak. Buatlah pilihan yang tepat mengikut ciri2 yang ditetapkan oleh Islam. Renung dan fikirlah sebaik2nya.
mari menilai dan terus menilai..............
Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan
bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik,
cerdas dan amanah, nescaya rakyatnya akan makmur.
Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta
menzalimi rakyatnya, nescaya rakyatnya akan sengsara.
Oleh kerana itulah Islam memberikan pedoman dalam
memilih pemimpin yang baik.
Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan umat Islam
untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman:
"Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan
bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi
pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan
kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu
menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah
orang2 yang zalim" (At Taubah:23)
“Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang
menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan
melindungi negara yang zalim (tiran) walaupun ia
muslim”. (Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib)
Dari Ma’qil ra. Berkata: saya akan menceritakan kepada
engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw.
Dan saya telah mendengar beliau bersabda: “seseorang
yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat
, kalau ia tidak memimpin rakyat dengan
jujur, nescaya dia tidak akan memperoleh bau syurga”.
(HR. Bukhari)
Pilih pemimpin yang mahu mencegah dan memberantas
kemungkaran seperti korupsi, nepotisme, manipulasi,
dll:
“Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia
merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka
hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu,
maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah
selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)
Pilih pemimpin yang mampu mempersatukan umat, bukan
yang fanatik terhadap kelompoknya sendiri:
Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyatakan
dalam Al Qur’an :
Imam Ibnu Katsir menukil satu hadis yang berbunyi :
“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah
maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.”
Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa
dan solat?” “Ya, walaupun dia puasa dan solat,
walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian
dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas
kalian, yaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba
Allah.” (HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)
Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda:
adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu
hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh
Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan
berkata: ‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang
sebelum kamu itu rosak/binasa kerana apabila
orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka
bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri,
mereka berikan kepadanya hukum’. (HR. Bukhari, Muslim,
Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu
Majah)
“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan
sebagai saksi kerana Allah. Dan janganlah rasa benci
mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah,
kerana itu lebih dekat dengan taqwa…” (Q.s. Al-Maidah
5: 8)
Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar
berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya mampu
menjual aset negara atau kekayaan Malaysia untuk
kepentingan peribadi dan kelompoknya.
Oleh kerana itu, umat Islam dan rakyat berbilang kaum yang bakal
mengundi di 3 pilihanraya kecil ini harus mencari dan
memilih pemimpin yang baik dan mampu memberi kesejahteraan
kepada rakyat dan negara. Dengan berpandukan ajaran Islam,
seseorang yang dilantik menjadi pemimpin semestinya dapat
memberi kesejahteraan bukan sahaja kepada umat Islam malah
kepada bangsa dan agama lain. Semasa zaman Nabi Muhammad
SAW terdapat masyarakat pelbagai agama dan bangsa namun
dengan ciri2 kepimpinan yang digariskan oleh Islam, mereka dapat
hidup dengan aman dan damai.
LIMAU PURUT 3 SERANGKAI- PUAK PUAK BUTA PERUT TAK DAK AKAI...
13 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)