Pilihan anda di PRU13

Khamis, 11 Jun 2009

KerajaanPerpaduan - Mereka ini 'BONEKA UMNO' - Tok Guru

(Bernama) - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin PAS dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu. "Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya.

akira8047
kedaikopitepimasjid

3 ulasan:

  1. saya sokong Tuan Guru 100%.Kenapa kita nak bagi talian hayat kepada musuh ketat kita?

    BalasPadam
  2. Salam.....

    TG Hj Nik Aziz kata - IDEA KERAJAAN PERPADUAN IDEA MENGARUT.

    TG Hj Nik Aziz kata - INDIVIDU YANG MENCETUSKAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN ADALAH BONEKA UMNO.


    Siapakah individu itu ?

    A - Mustapha Ali

    B - Nasaruddin Mat Isa

    C - TG Hj Hadi Awang

    D - A dan B

    E - Semua di atas


    www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

    BalasPadam
  3. salam bro,

    Alhamdulillah, bertemu lagi. lama rasanya tak menjengah ke alam maya. Kesibukan membataskan saya melayari berita2 terkini di alam maya.

    Pendirian Tok Guru tetap teguh, Tidak perlu kerajaan perpaduan. Saya sokong sepenuhnya kenyataan Tok Guru. Beliau lebih arif tentang kerjasama tersebut, dan beliau pernah melalui pengalaman dalam kerjasama dengan bn, ia dapat dijadikan iktibar untuk kita semua. Tak perlu lagi kita membantah. Kita lebih sejahtera tanpa bn, jadi apa perlunya kerajaan perpaduan?

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu