Pilihan anda di PRU13

Ahad, 12 Julai 2009

Manek Urai - Awas!!! Buat Warga Gemuk

WASHINGTON: Orang yang gemuk namun sihat mungkin berisiko khas menghadapi masalah kesihatan lebih teruk termasuk kematian akibat virus selesema babi (H1N1), lapor penyelidik Amerika Syarikat, kelmarin.

Mereka mendedahkan kes 10 pesakit di sebuah hospital Michigan yang terpaksa diberi bantuan pernafasan, tiga daripadanya maut.

Selain itu, sembilan daripada mangsa terbabit adalah dalam kategori obes, tujuh orang dalam keadaan kegemukan sederhana termasuk dua daripada tiga yang maut.

Kajian itu diterbitkan bagi laporan mingguan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit CDC) berhubung kematian dan penyakit, turut mencadangkan doktor boleh menggandakan dos biasa ‘oseltamivir’, ubat antiviral Roche AG yang dijual atas jenama Tamiflu.

“Kes mereka membawa pandangan bahawa komplikasi teruk boleh berlaku apabila mereka dijangkiti virus itu terutama di kalangan pesakit yang obes teruk,” kata pakar virus CDC, Dr Tim Uyeki.

“Lima daripada pesakit itu mengalami darah beku dalam paru-paru. Ia sebelum ini tidak diketahui berlaku terhadap pesakit yang teruk kerana virus influenza,” kata Uyeki dalam temubual telefon.

Dr Lena Napolitano dari Pusat Perubatan Universiti Michigan dan rakannya mengkaji kes 10 pesakit itu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi universiti dengan sindrom kesukaran pernafasan teruk disebabkan jangkitan H1N1.

“Daripada 10 pesakit, sembilan obes (dengan indeks jisim tubuh lebih 30), termasuk tujuh yang obes melampau (BMI lebih 40),” menurut laporan mereka.

Kajian mereka tidak direka untuk melihat jika obesiti atau punca lain memberi faktor risiko khas bagi selesema. Namun, penyelidik terkejut atas apa yang berlaku kerana tujuh daripada 10 pesakit obes melampau.

Malah, sembilan daripada mereka mengalami kegagalan pelbagai organ yang biasa dilihat selepas jangkitan influenza namun lima mengalami darah beku pada peparu dan enam lagi didapati kerana buah pinggang gagal berfungsi.

Tiada seorang pun daripada mereka pulih sepenuhnya, kata penyelidik. Virus selesema babi pertama kali muncul di Mexico pada Mac lalu sebelum merebak di luar kawalan di Amerika ketika sedang dikenal pasti April lalu.

H1N1 begitu mengancam hingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan pandemik, Jun lalu. Selesema boleh menyebabkan penyakit sederhana dan semua virus influenza boleh membawa maut, termasuk H1N1 yang mengorbankan hampir 500 orang di seluruh dunia, lebih 200 di Amerika saja.

Virus baru itu sedikit berbeza daripada selesema bermusim kerana merebak pada musim panas, menyerang dewasa dan kanak-kanak serta mungkin menjejaskan tubuh pesakit. - Reuters



akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu