Pilihan anda di PRU13

Khamis, 15 Oktober 2009

1 Malaysia : Layakkah Dr M digelar negarawan


Tun Dr Mahathir ialah PM paling lama memerintah Malaysia. Timbalan PM paling ramai juga ialah dizamannya. Dan bekas PM paling aktif beri pandangan politik sehingga sekarang ialah Dr M. Tun Dr M pernah sebut bahawa Tok Guru Nik Aziz wajar dipersalah atas kemunduran Kelantan. Beliau juga memberi komen ketika menyampaikan ucapan di UiTM Dungun (boleh pulak berpolitik di UiTM) bahawa Malaysia malap jika Pakatan memerintah Malaysia.

Nampaknya pandangan Tun Dr M terhadap PAS dan pembangkang kekal negatif, walaupun beliau pernah keluar UMNO ketika marah kepada UMNO tidak lama dahulu. Ketika itu, beliau menghentam sungguh-sungguh UMNO dan menyebut sedikit perkara kebaikan tentang PAS.

Beliau lupa ketika beliau menjadi PM Malaysia, banyak kerosakan yang berlaku. Tempoh pemerintahannya yang begitu lama telah menjahanamkan Malaysia dari aspek nilai dan akhlak, bahkan prinsip Rukunegara yang dipegang itupun hancur. Kalau kita mengambil Rukunegara sebagai panduan, kita boleh lihat bahawa semua prinsip rukunegara itu telah dicabul oleh Dr M:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

1. Kepercayaan kepada Tuhan-Di antara tuntutan percayakan Tuhan, dalam konteks seorang Islam, ia percaya Allah itu Tuhannya, ialah percayakan hukum-hakam dan peraturan yang diturunkan. Dr M antara orang paling lantang mengkritik hukum hudud (1994) dengan pelbagai cemuhan yang silap-silap boleh menggugurkan 2 kalimah syahadahnya dan burung-burung tiong UMNO. Ini juga ada kaitannya dengan isu kafir mengkafir dahulu (1983).

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara-Tun Dr M ialah orang yang mencabut kekebalan Raja dan menghina institusi beraja (1992).

3. Keluhuran Perlembagaan-Kerajaan di bawah Dr M sendiri acapkali menyanggahi Perlembagaan, termasuk isu pemecatan Ketua Hakim Negara (1988).

4. Kedaulatan Undang-Undang-Dr M pernah menafikan royalti minyak yang sepatutnya dinikmati oleh Terengganu, hanya semata-mata kerana Terengganu jatuh kepada PAS (2000). Segala dokumen perjanjian dan peruntukan undang-undang dicabul tanpa malu.

5. Kesopanan dan Kesusilaan-hedonisme, dadah, zina, arak, judi, bohsia dan keruntuhan muda-mudi gagal ditangani dengan baik di zaman Dr M jadi PM.

Apa yang dipaparkan di atas ialah sebahagian kemusnahan akhlak dan nilai di zaman Dr M menerajui negara. Selepas beliau meninggalkan jawatannya dan menyerahkan kepada Pak Lah dan kemudian Najib, kerosakan dan kemusnahan itu seakan-akan dilupakan begitu sahaja. Layakkah beliau digelar negarawan selepas matinya?


sumber : www.niknasri.com
akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu