Pilihan anda di PRU13

Ahad, 8 November 2009

Lepas ni tak payah tegur PAS.

PAS TIDAK BOLEH DITEGUR

"Setelah seminar selesai, pada pendapat saya hanya satu kesimpulan yang tepat dapat disimpulkan dari persepsi orang yang mengikuti perkembangannya. Yang jelas dan nyata adalah : tidak payah bersusah payah menegur PAS, PAS sudah elok dan sempurna.

Tentu sahaja akan ada pula yang menjawab, bukan tidak boleh ditegur, tetapi gunalah cara berhemah jika hendak menegur PAS. Jadi, kalau hendak menegur PAS, tanyalah Ustaz Kocik bagaimana caranya kerana Kocik sangat sentimen dengan orang yang menegur

Kenapa ramai pemimpin PAS tidak faham apa itu persepsi? Kenapa ramai pemimpin PAS tidak mengkaji apa persepsi pengundi terhadap PAS? Jika persepsi pengundi terhadap PAS adalah buruk, apakah silap persepsi tersebut atau silap pengundi?

Jika baju yang anda pakai dilihat tidak sesuai dari pandangan ramai, apakah silap persepsi tersebut ataupun anda sendiri yang silap. Rasanya dalam isu pandangan orang ramai terhadap PAS, pemimpin PAS sering menafikan pandangan tersebut. Penafian hanya dengan kata kata, tanpa membuktikan dengan langkah dan perancangan yang rapi.

Jika Islam yang dibawa PAS dipandang menggerunkan oleh pengundi, PAS sering beralasan UMNO yang merosakkan imej Islam. Segala hujah yang mengatakan UMNO yang merosakkan imej Islam dapat PAS manifestasikan dalam gerak kerja PAS dan kemesraan PAS mendekati pengundi bukan melayu. Alhamdulillah setakat ini PAS telah berjaya meyakinkan bukan Islam bahawa Islam bukanlah buruk sepertimana digambarkan oleh UMNO selama ini.

[baca lagi]

SUMBER :detikdaily
akira

10 ulasan:

  1. kerja melaga-lagakan orang ni kerja setan

    BalasPadam
  2. Persepsi mengikut tanggapan masing-masing. Lain orang lain persepsinya. Kita berjuang bukan kerana persepsi orangramai. Tidak semua perkara kena ikut orang ramai. Landasan persepsipun masih amat boleh dipertikaikan. Ini persepsi saya. Mestikah Prof. Persepsi menyetujui persepsi saya??

    BalasPadam
  3. KALU TAK MAHU KENA TEGUR BUAT KERJA BETUL-BETUL LAH DAHLAH KITA MALAS TEGUR ORANG KITA PERANGAI BURUK, ORANG LAIN TOLONG BAGI PERINGATAN KITA MARAH....MALAS BUAT KERJA SAMA DENGAN TIDAK AMANAH JANGAN MENGAKU ULAMAK KALAU MALAS BUAT KERJA, SATU LAGI ULAMAK JANGAN ADA RASA DENGKI DALAM HATI...SATU LAGI NAK BAGI TAHU...HENTIKANLAH MELINDUNGI HASAN ALI TU...

    BalasPadam
  4. Persepsi orang ramai terhadap PAS sekarang adalah...
    1.Ulamak PAS sahaja yg boleh jadi pemimpin, lain pada ulamak, tak boleh jadi pemimpin.
    2.Pimpinan ulamak PAS sahajalah yg paling betul, paling pandai, paling handal, paling top, paling canggih, lain orang semua tak betul, tak teliti, tak pandai, tak menyeluruh.
    3. Apa saja yg ulamak PAS buat, adalah betul dan pandai, tak boleh dikritik, tak boleh ditegur. Orang lain hanya perlu patuh, wala', sokong kepimpinan ulamak PAS dan bagi sumbangan.
    4. Akhir sekali kerana dia ulamak, dia mau semua rakyat sokong dan undi mereka, hanya kerana dia ulamak, walaupun ulamak PAS ini lembab, bodoh, tak membela rakyat, tak mengambil hati budi rakyat, tak tahu mengenang jasa rakyat yang menyokong mereka.

    BalasPadam
  5. tak yah tegur...tak yah undi...abis cerita...

    BalasPadam
  6. Masalah besar bila yang digelar Ulamak memaksumkan diri.

    Tegur tak payah, undi pun tak payah. Kalau memerintah lagilah payah!

    BalasPadam
  7. ulamak = tamak

    BalasPadam
  8. susah juga ye1

    BalasPadam
  9. Yang menyokong UMNO di atas ni tak sedar2 lagi ke bangang oii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Minyak naik, harga rumah naik...buta lagi ke?!!! UMNO lagi la khurafat...dia pikir dia tu maksum...dia aje yang memerintah.

    BalasPadam
  10. Putri Alia Soraya19 Disember 2010 8:46 PG

    "Kemenangan Kita terletak pada kezaliman dan kemungkaran yang di buat oleh pihak musuh, tetapi andainya kita jua zalim dan berbuat mungkar, maka pertolongan Allah tidak sampai kepada kita, lalu penentu kemenangan itu adalah kekuatan kebendaan, teknik perang-saraf dan kebijaksanaan mencatur!

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU