Pilihan anda di PRU13

Ahad, 31 Mei 2009

PENANTI - Himpunan gambar dari pelbagai blog

Semua gambar adalah dari pelbagai sumber dan blog. Terima Kasih kepada pemilik2 blog tersebut yang gambarnya di'copy' 'paste'kan disini.

ANUGERAH GAMBAR TERBAIK DAN MODEL TERBAIK PRK N12 PENANTI


































akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Alhamdulillah. Dr Mansor bakal TKM1

Salam semua.

Akhirnya selesai sudah PRK N12. Walaupun keadaan agak hambar, proses demokrasi berjalan lancar. Peratusan keluar mengundi mencatat sejarah apabila hanya 7100 atau 46.15% dari pemilih berdaftar yang keluar mengundi. 2 sejarah tercipta di Penanti :- KERAjaan UBN tak bertanding dan Peratusan keluar mengundi terendah setakat ini. Kedua-duanya berkaitan. Pelbagai andaian yang dapat dibuat. Ini kita boleh tunggu prof2 yang lebih arif memberikan hujah mereka. Lihatlah bagaimana media arus perdana nak hentam PKR esok... Menang kena hentam, kalah pun kena hentam....

Nak hentam apa pun la ni, rakyat dah tak percaya..... Apapun, Alhamdulillah diatas kemenangan calon PKR, Dr Mansor yang bakal dilantik menjadi TKM1. Tahniah diucapkan.

Sesebuah kemenangan harus disudahi dengan rasa bersyukur. Jangan bangga dan takbur di atas kemenangan ini. Pakat2lah lakukan solat sunat syukur tanda terima kasih diatas kemenangan yang diberikan oleh Allah SWT.

Allahuakhbar!!!


akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - DR Mansor menang majoriti 5558 undi

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Keputusan terkini PRK N12

Keputusan terkini tidak rasmi bagi PRK N12

PKR - 6266
WAU - 534
KUNCI - 390
PAYUNG - 48


Pusat kiraan undi lengang. Sekatan jalanraya dibeberapa tempat sekiranya anda melalui jalan BM - Mengkuang. Penyokong lebih selesa menunggu di Yayasan Aman.

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Makan Gaji Buta


Tunggu punya tunggu.... last2 aku terlena.... Kah Kah Kahhhhh...
Perabih duit rakyat.... Makan gaji buta...

sumber : mafrel
akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - 44% keluar hingga jam 4ptg

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 4 petang ialah 44.36 peratus atau 6,824 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Tinggal lagi 5 minit sebelum pusat pengundian ditutup.

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Sapa kata ahli UBN tak keluar mengundi.

Terdapat ahli dan penyokong Umno di DUN Penanti keluar mengundi hari ini, terutama di kawasan Kuala Mengkuang, dakwa calon bebas Aminah Abdullah.

Calon bebas yang menggunakan lambang kunci itu berkata, beliau sendiri yang pergi mengangkut pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Saya tahu mereka ahli dan penyokong Umno kerana saya pergi sendiri ke rumah mereka.

"Tetapi jumlahnya tidak terlalu ramai, berpuluh orang sahaja.

"Dan mereka kata hendak pangkah calon kunci (Kak Min)," katanya ketika dihubungi hari ini...malaysiakini...

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI : 42% keluar mengundi

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 3 petang ialah 42.2 peratus atau 6,492 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Woit...
Hangpa pi mana, takkan tak kuar mengundi..
Tu la... aku dah pesan, makan kenduri sikit2 dah la...
bila dah kenyang, jadi ular sawa....


akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Penunggu Gua

KAH KAH KAHHHH.....
Sejak bila Penanti ada GUA....
Ini la sebab PR suruh mansuhkan PPSMI, makin ramai yang bahlul bahasa melayu.
Polis a.k.a Penunggu Gua???
kah kah kahhhh....

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - 3.00PM

Sehingga jam 3.oo petang, peratusan undi makin meningkat. Sumber tidak rasmi menyatakan hampir menjejah 50%.

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Satu undi amat bermakna

"SATU UNDI AMAT BERMAKNA"

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - 10000 belum keluar mengundi

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 2 petang tadi, adalah 38.77 peratus atau 5,964 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Para petugas masih menggiatkan usaha untuk memastikan pengundi untuk keluar mengundi.

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Ini HARAMJADAH punya angkara

Ramai dikalangan ahli-ahli umno yang boikot. Pelbagai alasan diberikan kepada petugas yang meraih dan membawa pengundi ke pusat pembuangan undi. Alasan yang tak logik lansung. macam ni punya orang pun ramai lagi. Ada yang mintak Dr Mansor mai rumah lepa, baru lepa mau keluar mengundi. Ada yang mintak jaminan untuk baiki bumbung rumah. Ada yang nak suruh buat longkang dulu. Ada yang kata dah keluar mengundi, tapi petugas yang ada mengesahkan sebaliknya. Ada yang halau petugas. seribu satu alasan yang diberikan. Kiranya macam-macam ada.. dan yang pasti... rombongan yang diaturkan oleh UBN adalah benar.

Itu yang karat punya cerita. Macammana dengan PR?..

Nampaknya apa yang pernah aku tulis menjadi kenyataan(sini). Mungkin tak ramai, tapi kesannya tetap ada. Racun yang lepa guna agak berkesan. Ini pengalaman aku sendiri pada hari ini bila bertemu dengan penduduk kampung. Ada yang dah terkena racun sehingga tidak benarkan anak bini keluar mengundi. Punya la singgat taraf pemikiran.Mamat2 yang dok buat keja ni kiranya macam talam dua muka. Kategori HARAMJADAH.

Buat masa sekarang, usaha-usaha terus dijalankan oleh para petugas untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi. Petugas terpaksa mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk mengajak penduduk kampung menunaikan tanggungjawab. Keadaan lain yang menyebabkan peratusan keluar mengundi agak rendah berikutan banyak kenduri kahwin yang diadakan hari ini. Oleh kerana penduduk masih menggunakan kaedah gotong-royong, ramai yang masih belum sempat menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK kali ini, mana taknya, dari pagi dok masak tak habih2 lagi.

Apapun diharap peratusan akan terus meningkat sebelum pusat pengundian ditutup pada petang ini.

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Keadaan suram.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 12 tengahari ini adalah 29.86 peratus atau 4,593 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Keadaan lengang di setiap pusat mengundi. Lalulintas berjalan lancar. Tiada sebarang kesesakan yang berlaku. Ini berikutan arahan SPR yang melarang pondok panas didirikan berhampiran pusat mengundi. Keadaan dingin juga berikutan UBN tidak bertanding. Pihak Polis juga menahan dan melarang kereta dari memasang bendera atau poster calon.

akira8047
kedaikopitepimasjid

Ini dia orang kaya Malaysia

Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia bagi tahun 2009 menunjukkan Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok kekal sebagai rakyat Malaysia yang paling kaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu. Menurut Forbes, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

Tan Sri Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya dan mereka juga orang terkaya di Asia Tenggara.

Peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia, Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan rakyat Malaysia ketiga terkaya. Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan mempunyai nilai harta bersih AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lalu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini. Ia adalah perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia:
(dalam kurungan ranking 2008)

1.(1) Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.

4.(5) Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.

5.(4) Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.

6.(6) Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10) Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.

10.(9) Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.

12.(12) William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.

13.(26) G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

14.(15) Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.

15.(19) Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.

16.(20) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

17.(17) Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.

18.(-) Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.

19.(21) Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

20.(24) Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.

21.(-) Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.

22.(13) Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.

23.(22) Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

24.(27) Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.

25.(34) Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.

26.(23) Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.

27.(29) Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.

28.(16) Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.

29.(33) Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.

30.(32) Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.

31.(-) Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.

32.(36) Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.

33.(18) Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.

34.(-) Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.

35.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.

36.(31) David Law Tien Seng AS$ 105 juta.

37.(-) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.

38.(-) Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.

39.(-) Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.

40.(28) Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

Tiga individu yang baru tersenarai di dalam kumpulan terkaya ini ialah anggota Lembaga Pengarah IOI, Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi, Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian, Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).

Manakala empat orang menyertai semula kumpulan ini selepas terkeluar selama setahun atau lebih. Mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjual saham Southern Bank beberapa tahun lalu dan kini membuat pelaburan baru.

Mereka yang terkeluar daripada senarai tahun ini;

Ong Beng Seng, 64 (AS$ 470 juta)
Yaw Chee Ming, 50 (AS$ 240 juta)
Abdul Hamed Sepawi, 59 (AS$ 180 juta)
Ong Leong Huat, 65 (AS$ 130 juta)
Lim Thian Kiat, 51 (AS$ 115 juta)
Khoo Kay Peng, 70 (AS$ 110 juta)
Nazir Razak, 42 (AS$ 100 juta)

Angka dalam kurungan merupakan kedudukan tahun lepas.

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai mereka boleh diperolehi di dalam majalah Forbes Asia terbitan 8 Jun 2009.

Sumber : Forbes

..............................................................................................

KAYA-KAYA......
"KIRA DUIT TIMBANG KILO" -
mat sabu

sumber : http://blog.azhad.com
akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Aminnnnnnn......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala kepujian bagi Allah Tuhan Pentakbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia pesuruhnya, serta atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Ya Allah , ya tuhan kami, kurniakanlah kepada kami keinginan bersungguh-sungguh untuk mengikut jejak langkah junjungan kami Nabi Muhammad SAW awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.

Ya Allah, hidupkanlah kami dalam keadaan beriman dan matikanlah kami dalam keadaan beriman dan kau tetapkanlah hati kami dari terpesong angkara syaitan -syaitan yang ingin menyesatkan kami di dunia ini. Kau kuatkanlah iman kami dari terpengaruh dengah dakyah-dakyah palsu ciptaan umno yang mahu menyesatkan kami. Dan akhirnya Kau matikanlah kami dalam keadaan beriman.

Ya Allah, Tuhan penunjuk sekalian orang-orang yang sesat dan pengasih orang-orang yang berdosa. Kau terangkanlah hati mereka yang hitam agar dapat menerima perubahan. Kau berikan petunjuk kepada mereka tentang keadilan. Kau berikan kekuatan kepada mereka agar dapat berhijrah dari kezaliman. Sesungguhnya, tidak ada daya upaya kami untuk merubahnya melainkan Engkau.

Ya Allah, ya tuhan kami, Kau berikan kebebasan kepada kami di muka bumi ini, Kau berikan petunjuk untuk kami mentakbirnya. Malangnya, kerakusan rejim umno telah melenyapkan kebebasan itu. Maka, kami memohon kepada agar Engkau memberi kesedaran keatas sikap mereka yang menzalimi kami dan bumi yang diciptaMu.

Ya Allah, tuhan yang Maha Mengetahui, kami memohon agar Engkau membalas tipu daya umno di dalam pilihanraya kali ini. Kau musnahkanlah rejim yang bersekongkol dengan syaitan. Kau hapuskanlah rejim yang merampas hak kami dan Kau lenyapkanlah rejim umno ini dari muka bumiMu ya Allah. Kami memohon agar kebenaran dapat ditegakkan dan kezaliman mereka dikuburkan.

Ya Allah, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. Kami memohon kepadaMu agar diperkenankan doa kami. Sesungguhnya Engkau tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Amin.

Allahhuakhbar!!

akira8047
kedaikopitepimasjid

Sabtu, 30 Mei 2009

PENANTI - Ini baru membazir

Ini yang dikatakan membazir... sejak jam 2.50 ptg hingga ke saat ini masih berlegar-legar diruang udara Penanti. Agak-agak berapa kos minyak yang lepa guna? Rasa-rasanya duit nak isi minyak heli ni, cukup untuk buat kenduri sekampung. Ni belum campur kenderaan polis yang dok ronda kat atas darat. Campoq punya campoq, bukan setakat kenduri sekampung, nak buat kenduri satu DUN pun cukup.


akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Pengundi tunggu kejutan Kak Min

Salam semua.

Keadaan di Penanti terkawal setakat ini. Tiada sebarang pergaduhan atau kekecohan besar berlaku. Dalam tempoh kurang 12 jam dari sekarang, kira2 15k pengundi akan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk menetukan pemimpin di kawasan ini. Dr Mansor dilihat sebagai calon pilihan berikutan UBN tidak meletakkan calonnya di N12 Penanti.

Sejak bermulanya kempen, calon bebas cap kunci Aminah a.k.a minah ronggeng merupakan calon yang menjadi sebutan. Bukan kerana kewibaannya, tapi kontrovesi yang dibawanya. Malahan media2 arus perdana lebih memfokuskan dirinya berbanding calon bebas yang lain. Oleh kerana kenyataannya banyak dikeluarkan oleh media, ramai yang tertanya-tanya kesahihan kenyataan beliau. Sehingga hari ini, masih belum nyata apa yang nak didedahkan oleh beliau.

Bila lagi nak bagi kejutan. Ramai yang ternanti-nanti di Penanti. Nak tunggu bila?, Masa berkempen dah nak hampir tamat. Nampaknya, kejutan yang dikatakan beliau adalah pembohongan semata-mata. Atau mungkin mat ezam belum membawa kotak2 ajaib untuk didedahkan. Hanya kunci ditangan kak min, kotak dan isinya di tangan mat ezam.

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Gambar hari ini










akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - KOMUNIS mainan UBN

Sudah hampir dua minggu kita di buai dengan isu komunis (Chin Peng), adakah keterlaluan jika aku mengatakan bahawa isu ini adalah mainan Parti Rasuah Negara iaitu umno dan komponennya (UBN).

Hakikatnya kita semua tahu bahawa tiada siapa pun yang ingin membela atau menyokong komunis di Malaysia ini. Semua bangsa pernah menjadi mangsa kekejaman komunis termasuklah orang Cina, India dan juga Melayu.

Perspektif Perjuangan.
Seperti posting aku sebelum ini berkaitan Chin Peng, ianya dari sudut perjuangan menentang penjajah Inggeris, Parti Komunis Malaya (PKM) pun ada jasanya, walaupun sebelum itu PKM juga bersekongkol dengan Inggeris bagi mengusir tentera Jepun dari Tanah Melayu. Akhirnya mereka di liwat oleh Inggeris dan menyebabkan PKM berpaling tadah dan menentang Inggeris kembali.

Perspektif Ideologi.

Isu komunis adalah isu idealogi, Chin Peng hanya menentang Inggeris dan Jepun bukannya menentang orang-orang Melayu, tetapi malangnya orang Melayu yang menjadi balaci dan barua tentera kepada Inggeris yang memburu komunis malahan pejuang-pejuang tulen Melayu sepeti Tok Janggut, Mat Kilau dan beberapa lagi.

Idealogi yang di bawa oleh komunis ditentang oleh Inggeris. Dan Inggeris menggunakan sentimen memburukkan dan menakutkan rakyat dengan kekejaman Komunis, ianya menjadi ikutan sama seperti sentimen yang umno mainkan pada hari ini. Bukankah umno itu anak didik kepada Inggeris… kemana tumpahnya kuah jika bukan ke pingan nasi…

Berbalik kepada isu yang dicanangkan iaitu isu kemasukkan bekas anggota komunis ke Malaysia adalah satu isu lapuk dan ianya telah mati ditelan zaman sejak tahun 80an lagi.

Jadi siapakah yang memanaskan isu ini kembali…?

Kalau aku katakan bahawa rakan sebantal dengan umno iaitu parti Gerakan sengaja jolok atau sengaja menimbulkan isu ini dan kemudiannya disambut dengan penuh keghairahan oleh umno kerana hendak menutup beberapa isu yang melanda negara kini, dan mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar umpamanya kemerosotan ekonomi, isu pilihanraya kecil, isu Altantuya, isu negeri Perak dan pelbagai lagi yang mengugat Kerajaan UBN khususnya Perdana Menteri.

Dan sudah tentu objektif utamanya untuk menyelamatkan parti yang dalam keadaan tersepit dan hampir nazak ini, isu atau sentimen perkauman adalah fokus utama mereka untuk dilagukan supaya kaum Melayu kembali bersatu, bagi meraih sokongan itulah matlamat utama mereka kononnya hanya umno sahaja yang boleh menyatu-padukan orang-orang melayu.

Kepada yang pernah dilatih oleh BTN, mungkin sangat faham dengan apa yang dimaksudkan dengan “games politics” yang sedang dimainkan saban hari akhir-akhir ini. Inilah strategi yang sedang digunakan oleh ahli-ahli politik UBN kini….

Agenda begini bukan sahaja dimainkan oleh umno dan bEnd tetapi juga oleh semua pemimpin negara-negara lain. Ianya supaya rakyat merasa takut dengan ancaman, lalu kembali bersatu. Agenda ini bukannya boleh dimainkan begitu sahaja. Ianya hasil dari suatu perancangan yang amat rapi.

Contohnya: pemimpin Singapura dan Malaysia akan duduk semeja dan merancangkan agenda bagi menakutkan rakyat. Tidak lama itu akan keluarlah kenyataan dari kedua-dua pihak bahawa mereka merasa terancam dengan jiran mereka. Singapura akan mengadakan penerbangan melintasi sempadan Malaysia dan menunjukkan kekuatan dengan senjata yang mereka ada. Dalam masa yang sama Malaysia pula akan mengeluarkan kenyataan yang memberi amaran kepada rakyatnya seolah-olah Singapura sedang mengancam Malaysia.

Isu ancaman ini akan menjadi topik utama di dada akhbar tempatan. Ini akan menimbulkan suasa resah dan panik, rakyat mula berpusu ke pasaraya untuk membeli stok makan untuk simpanan jika berlaku sesuatu, isu-isu remeh antara kaum atau antara parti-parti politik diketepikan buat sementara waktu dan rakyat perlu bersatu dalam menghadapi ancaman.

Adakah kalian masih ingat dua tiga tahun yang lepas berita kononnya Singapura hendak menyerang Malaysia gara-gara kes Pulau Batu Putih…. sehinggakan berduyun trak tentera dan kereta kebal menuju ke selatan dan aku sendiri berselisih dengan kenderaan tentera ini di atas lebuhraya.

Agenda ini bukan sahaja boleh dimainkan oleh negara-negara jiran tetapi juga antara parti-parti didalam negara.

Percayakah anda bahawa satu masa dulu UMNO dan PAS telah berpakat memainkan isu orang Melayu diancam bukan Melayu di Malaysia. Hasilnya dapat kita lihat dalam beberapa minggu. Ingatkah anda isu apakah itu? Apakah hasilnya ?

Kalau nak cerita lebih-lebih disini... agak berbahaya kerana nanti tak pasal-pasal pula nama aku Isa di sumbat kedalam ISA…. siapa nak jaga anak-isteri aku…

Sendiri fikir... walaupun permainan ini agak bahaya tetapi sedikit sebanyak ianya telah menyebabkan orang Melayu kembali bersatu.

Oleh yang demikian janganlah… kita terlalu ghairah terikut dengan permainan puak Gerombolan Parti Rasuah ini. Hanya membuang masa melayan propaganda mereka dan kadangkala menyebabkan pertelingkahan sesama kita.

Aku ingin menyatakan bahawa isu ini dimainkan oleh umno dan bEnd. Percayalah bahawa bEnd kini makin terdesak dan mereka perlu berbuat sesuatu agar rakyat percaya bahawa hanya BN yang mampu menjamin keselamatan rakyat.

Isa: Lepas ni kita tengok isu apa pulak yea… ? Aku dah boleh agak dah.... kalian bagaimana pula?

“Perjuangan Islam di injak…. Pengaruh Inggeris di sanjung… itulah umno parti terbesar orang melayu”

Nota: Sebahagian artikel ini di petik dari “mail groups sumbangan Uncle Hidden”, aku terpaksa edit dan mengolah kembali atas sebab tertentu. Harap maklum.

sumber : IkutSukaAku
akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Siapa yang menggadaikan agama?

Perjuangan Islam adalah perjuangan suci yang mengagungkan al Quran dan as Sunnah. Namun, di sana, disebabkan terdapatnya golongan-golongan yang mengganggu, maka, terancamlah perjuangan Islam ini. Di sana, kedapatan beberapa golongan yang menganggap mereka cerdik, sedangkan hanya menggunakan akal sahaja, dan mentafsirkan al Quran dan Hadis tanpa mempelajari ilmunya.

Mereka mendakwa mereka lebih faham, tetapi yang menjadi kekeliruan, mereka menjatuhkan orang yang dikatakan separuh faham ini. Mereka juga mengatakan bahawa, jemaah ini bukannya faham sangat, jemaah kita lebih memahami. Sedangkan mereka sedaya upaya menjatuhkan jemaah yang dikatakan kurang memahami tersebut.

Kelakuan mereka ini tidak lain, hanya menjahanamkan Islam semata-mata. PAS tidak pernah terlintas untuk menjatuhkan Hizbut Tahrir, Tabligh, JIM dan sebagainya, tetapi segelintir daripada yang dengkikan perjuangan PAS, menolak PAS mentah-mentah. Sekiranya anda merasakan manhaj anda lebih hebat dan bermutu, teruskanlah dengan manhaj tersebut. Adakah di dalam manhaj tersebut menyuruh kita menjatuhkan jemaah lain tanpa sebarang sebab?

Mereka juga mendakwa bahawa mereka dibarisi oleh ulama’ mereka, dan ulama’ PAS hanya memperjuangkan sesuatu yang kotor. Sedangkan mereka cuba mengotori dan menajiskan perjuangan Islam. Berdalih-dalih mereka mengemukakan hujah, sedaya upaya menampakkan kecerdikan mereka dalam berhujah, tetapi hakikatnya, kebodohan mereka yang lebih terserlah.

Kebodohan ini seharusnya ditutup dengan bertanya, dan mempelajari. Adakah setakat baru memahami terjemahan sekerat dua ayat al Quran, sudah mampu menaikkan seseorang itu lebih canggih daripada ulama’? Apabila disebutkan kitab tauhid, terus sahaja dikatakan “Kamu hanya berpegang dengan kitab kamu sahaja, sedangkan al Quran dan as Sunnah tergadai”.

Entah, saya kurang pasti, dia tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan kitab tauhid yang berjuta-juta terdapat di dunia ini. Kadangkala merasa bosan apabila ingin menjawab kritikan orang-orang seperti ini. Mereka seolah-olah mengatakan mereka mempunyai dalil yang lebih kukuh. Maka persilakanlah anda dengan dalil anda.

Mungkin ramai yang keliru, siapakah yang dimaksudkan sebagai pelempar najis kepada perjuangan Islam sepertimana yang dimaksudkan? Maka, jawapannya ada pada sesiapa yang merasa pedih dengan pekara ini. Sesiapa yang tidak merasainya, maka bukanlah mereka orangnya. Maka, saya menasihatkan kepada mereka agar tidak sekepala dengan UMNO untuk menajiskan perjuangan Islam yang suci ini.

Persoalan yang dari dahulu lagi tidak dapat saya rungkaikan, iaitu, kenapakah mereka bersungguh-sungguh menjatuhkan PAS? Apakah dosa PAS lebih teruk berbanding UMNO? Atau apa? Saya harap mereka dapat menjawab soalan ini dahulu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - 5000 pengundi tidak keluar

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.


5000 ahli, biar betul......... tapi kalau betul 5000 pengundi yang juga merupakan ahli umno tak keluar, maka majoriti untuk calon PKR sekiranya menang akan bertambah.

Calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Aminah Abdullah mendakwa ahli Wanita Umno turut memberi sokongan kepadanya.

"Mereka kata, mereka sokong kak Min tetapi tak tahulah sama ada mereka akan mengundi Kak Min," katanya yang menggunakan lambang kunci.

Aminah juga mendakwa, ahli-ahli Wanita Umno gembira kerana beliau bertanding menentang calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.

????????
Sapa lagi yang nak mengundi minah ronggeng ni, Timbalan Pengerusi UBN P.Pinang dah kata 5000 ahli mereka tak akan keluar megundi. Wanita Umno tu tak daftar ahli ka?.... ni mesti kes nak cari populariti.... tak pun nak bawak mai pengundi hantu... Kah Kah Kahhhh...



akira8047
kedaikopitepimasjid

HAKIM perlu disiasat - ALIRAN

Sebuah badan bukan kerajaan, Aliran Kesedaran Negara (Aliran) mendesak agar Kod Etika Hakim 1994 digunapakai bagi menyiasat hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang secara terang-terangan membuat penghakiman bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Negara dan semangat keadilan berhubung kes kemutlakan bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan semalam Presiden Aliran, P. Ramakrishnan berkata apabila hakim membuat keputusan yang menimbulkan rasa sangsi rakyat maka ia juga akan menimbulkan persoalan mengenai kesesuaian mereka dilantik ke jawatan tersebut.

Aliran juga membawa perhatian kepada sebuah artikel yang ditulis oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengemukakan hujah yang kukuh dan mantap bahawa hakim-hakim kedua-dua mahkamah terbabit telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 kerana membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

sumber : suara perak
akira8047
kedaikopitepimasjid

Jumaat, 29 Mei 2009

PENANTI - UBN, Najib dan komunis sama saja.

Sekiranya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dihalang dari kembali ke Malaysia. Macammana dengan Najib, UBN dan sekutunya. Adakah mereka pun patut dihalau keluar dari Malaysia. Sama saja, 2 X 5. Sekiranya Chin Peng dikatakan oleh sejarah malaysia sebagai zalim, Najib pun 2 X 5, zalimnya menyamai tentera zionis. Rampasan kuasa, rampasan tanah, merompak kekayaan negara, menyalahguna kuasa,...memb***h, malah demokrasi yang sepatutnya menjadi hak mutlak rakyat pun hendak dirampasnya. Kejam.... kalau dikatakan komunis kejam, kerajaan UBN di bawah pimpinan Najib lebih kejam.

Ayuh, singkirkan segara UBN dari terus memerintah negara.


link :
sejarah komunis.
berita kepulangan chin peng dan reaksi.
pendapat.

akira8047
kedaikopitepimasjid

Al-Fatihah.. Zalimnya ISA ciptaan UBN

ISA memisahkan nenek dan Abah hingga hujung nyawa...

Jam 2.30 petang, jenazah telah disembahyangkan, namun belum ada tanda-tanda yang Abah akan tiba dari Taiping. Dimana saja kelibatku berada, pasti tetamu akan bertanya "bila lagi Mat Sah akan sampai? ". Aku hanya mengangkat bahu sambil memberi senyuman nipis.

Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah.Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau. Abah duduk berteleku disebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan..... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek....Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa..... Ahh...terlalu zalim ISA ini ku rasakan.....
Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali.Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit, tidak kesampaian.....

Menyaksikan peristiwa itu, semua yang berada disekeliling jenazah nenek, turut merembeskan airmata .Masing-masing tak tertahan untuk meluahkan sebak didada. Tok Matcuba menenteramkan Abah dengan kata-kata yang baik.
Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek.Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa kedalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut.Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan....


Aku memandu sendiri ditemani Suhaib ke Segambut. Abah telah lama tiba disana dan beliau dibenarkan keluar dari Van untuk sama-sama membantu pengkebumian itu. Kesemua polis brpakaian biasa turut berada dikawasan sekitar lahad yang digali untuk menyimpan tubuh arwah nenek.
Aku menunggu hingga segalanya selesai termasuk bacaan doa talkin. Kemudian Tok Mat dan anak-anak bergilir-gilir menyiram air mawar dipusara nenek. Sebaik saja siap siraman terakhir, Abah diberi masa beberapa minit untuk bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara yang hadir di tanah perkuburan itu...... termasuk aku dan Suhaib.Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya.....peganganitu terlepas dan bila kepala ku angkat, beliau telah berada beberapa meter jaraknya dariku , berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul dihadapan kawasan perkuburan.......
Selepas itu, aku tidak tahu dimana Abah berada... adakah beliau masih bermalam di salah satu balai polis di Kula Lumpur ini, atau pun terus dibawa pulang ke Kem Kamunting.....
Yang jelasnya, kerinduan, cinta dan kasih sayang dari seorang ibu seperti nenek, yang telah dipisahkan dengan anaknya tanpa perikemanusiaan oleh akta Zalim ISA ini.... akhirnya dibawa bersama ke liang lahad..
Al Faatihah..


sumber : Merah Hitam
akira8047
kedaikopitepimasjid

PENANTI - Sah Kak Min calon UBN!!!



PENYAMARAN PALING BIJAK

Malam jadi Minah Ronggeng

Siang jadi Mat Dang Dut

Tak percaya lihat perhatikan gambar betul-betul kah kah kah.


sumber : hishamuddin rais
akira8047
kedaikopitepimasjid

Khamis, 28 Mei 2009

Najib Terkejut Beruk!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang. Laporan penuh [klik sini]

Macam mana dengan pembunuhan Altantuya? Najib tak pernah mengeluarkan kenyataan terkejut dengan kes pembunuhan tersebut. Dan dia tak pernah terkejut apabila namanya dikaitkan dengan pembunuhan tersebut.

maksud :
terkejut - terperanjat, tersentak. (apabila perkara yang tidak disangka-sangka berlaku.)


contoh ayat :

Lah : "Terkejut aku dengar lepa kata hang bunuh orang" - reaksi semulajadi bagi manusia, perasaan yang lahir apabila berlaku perkara yang tak disangka-sangka.
Jib : " Nak terkejut apanya, memang betui pun aku yang bunuh" - reaksi semulajadi, tidak akan rasa terkejut sekiranya perkara tersebut sememangnya diketahui atau dilalui atau dilakukan sendiri.

sendiri pikir la......................

akira8047
kedaikopitepimasjid

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu