Pilihan anda di PRU13

Ahad, 10 Mei 2009

PENANTI - Golongan muda jangan diabaikan

Salam semua. Selamat berhari minggu..

Boleh dikatakan hujan turun setiap hari di sekitar Penanti. Hujan rahmat menyambut ketibaan pilihanraya. Walaupun dalam keadaan cuaca sebegini, calon PKR, Dr Mansor sudah mula mengorak langkah dalam usaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar Penanti. Alhamdulillah, penerimaan amat baik. Perwatakan yang merendah diri dan mudah bergaul dengan masyarakat setempat mampu melonjakkan namanya dalam masa yang singkat. Penduduk setempat cuma berharap, perwatakan ini adalah tulen dan berkekalan. Bukan janji sebelum pilihanraya yang dipinta oleh penduduk, tetapi keperihatinan tentang masalah penduduk menjadi agenda utama. Luka yang ditinggalkan oleh 'wakil' yang lepas masih terasa, pengajaran yang dikutip menjadikan penduduk lebih berhati-hati dalam menilai hati budi calon yang diletakkan.

Dalam pada itu, bukan sahaja calon PKR yang telah mengorak langkah, malahan calon UBN(berkemungkinan besar sekiranya UBN bertanding) juga telah melakukan perkara yang sama. Pendekatan yang agak berbeza. Sebagai anak watan kawasan ini, penduduk mengenali beliau berbanding Dr Mansor. Seorang peguam, juga peminat M.United (sanggup menyaksikan pertandingan pasukan pilihan beliau di luar negara). Pendekatan yang digunakan oleh beliau sama seperti mana2 calon UBN yang lain. Mengunakan RM sebagai umpan pancingan. Sanggup menaja beberapa program sukan di kawasan ini. Apapun, sekiranya beliau ikhlas menaja tanpa mengharapkan balasan, kami ucapkan ribuan terima kasih. (Bagi kami sapu, pangkah belum tentu).

Oleh kerana Dr Mansor dikatogerikan sebagai orang luar, beliau sewajibnya turun ke padang lebih kerap berbanding calon lain. Bukan sahaja berjumpa dengan wakil2 penduduk, tetapi beliau juga wajib mendekati golongan muda yang menjadi nadi dalam pilihanraya nanti. Kadang-kala kita lupa kepada golongan ini kerana taksub mendekati golongan vateran yang dikatakan mempunyai pengaruh (bagi aku, golongan2 ini cakap saja hebat, kerjanya hampehh).Padahal golongan ini umurnya tinggal tak berapa hari saja lagi (Kah kah kahhh). Selepas PRU12, kebangkitan golongan muda memberikan impak menggerunkan buat UBN, dan mampu menjatuhkan kembali PR sekiranya calon lalai dalam menjalankan tanggungjawab. Kiranya suara golongan muda jangan dipandang remeh. Buat masa ini, harap2 Dr Mansor dapat meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan pemuda2 di kawasan ini. Sekurang-kurangnya dapat memberi semangat untuk mereka terus bekerja dalam kempen pilihanraya yang akan datang.

akira8047
kedaikopitepimasjid

4 ulasan:

  1. Apa yang kita buat selalu betul, apa yang orang lain buat selalu salah ..begitu lah yang selalu Geng2 Pakatan fikirkan kan terhadap geng2 BN ..begitu juga lah apa yang Geng2 BN fikir terhadap geng2 Pakatan...semuga aku di bawah lindungan ALLAH dan di tunjukkan kebenaran berdasar Al-Quran Dan Hadith bukan emosi.

    BalasPadam
  2. Salam saudara.

    Mengenai golongan muda dianak tiri semasa pilahanraya adalah perkara BENAR. Terjadi di kebanyakkan pilihanraya. Pemimpin atau calon lebih mengutamakan wakil2 yang mempunyai 'NAMA'. Seolah-olah golongan yang dikatakan mempunyai 'NAMA' sahaja yang membawa kemenangan kepada mereka. Sikap double standard seperti ini berlaku dalam setiap parti. Jadi rasanya calon PKR kali ini dapat memberi tumpuan kepada golongan2 pemuda di peringkat akar umbi yang berkemungkinan akan meneruskan perjuangan dalam menegakkan keadilan.

    BalasPadam
  3. Satu peringatan yang baik untuk calon. tegur menegur dapat mengukuhkan lagi ikatan dalam pakatan rakyat.

    Insyaallah kemenangan untuk PKR

    BalasPadam
  4. Salam Bro,

    mana yang salah kita hentam,

    mana yang tak betul kita tegur.

    kalau boleh diperbaiki, Alhamdulillah.

    Tak jalan jugak....

    Kita kalih....

    Kah kah kah

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu