Pilihan anda di PRU13

Rabu, 20 Mei 2009

PENANTI - UBN cuba tipu satu Malaysia.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak guna taktik kotor dengan menaja calon bebas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei depan.

Beliau yang juga pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, parti itu yang memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil itu, bukan tamak dan terdesak.

Justeru, dakwaan yang mengaitkan Umno menaja calon Bebas adalah tidak berasas.

Itu pihak UBN kata la. Hangpa percaya ka?.... Kalau hangpa percaya, SAH tinggal 3 kali jumaat saja lagi... lepas tu padam. UBN kalau tak bertanding dia nak buat apa. Nak pulihkan ekonomi? Kah kah kah... Nak hancoqkan lagi ada la. Lepa ingat bila sembang bab ekonomi, rakyat tak tau apa2 ka. Lepa ingat rakyat bodo, lepa ingat kalau tak bertanding atas sebab nak bantu rakyat atau sebab pembaziran rakyat akan terima bulat2. Lepa nak bohong geng2 saluran satu boleh la. Mungkin ameno tak bertanding atas tiket BN, tapi berkemungkinan besar atas tiket bebas. Kalau yang ni pun hangpa tak percaya... sah tinggal lagi 2 kali jumaat. Abis tu puak2 karat ni kalut dok cari tapak untuk dijadikan markas calon bebas pasai apa. Karat ameno ni dia lain sikit, hangpa tak payah la nak kata apapun, lepa takkan dengaq. Macam tu jugak bila time nak pangkah, lain2 logo lepa tak pangkah punya, yang menjadi idaman kalbu lepa hanyalah logo kati. Tapi kali ni jadi pelik sikit, dok tak dok lepa sanggup bersengkang mata cari markas untuk calon bebas. Puak2 karat(berjawatan jugak dalam bahagian kwsn penanti) ni kalau tak terima arahan daripada bos lepa, takkan lepa sanggup belot. Cuba hangpa pikiaq, bila hangpa kata lepa bodo atau bangang pun, lepa boleh terima , tapi kalau hangpa kata ameno parti bangang cap tipu rakyat, hubungan adik beradik pun lepa sanggup putus. Tahap kekaratan lepa ni memang tak boleh nak buat apa dah, takkan dalam sekelip mata lepa boleh nak sokong bebas. Kalau bukan tajaan UBN, jangan harap puak2 ni sanggup buat keja. Kalaupun nak kata sebab duit, tahap mana calon bebas sanggup bagi kat lepa. Kalau stakat seratus dua, lepa ni takkan layan punya. Kalau nak bagi tiga empat ribu sorang, mati hidup balik pun calon bebas tu tak sanggup nak bagi. Jadi kesimpulannya, jangan kena tipu ngan UBN, takut tak dan nak sampai sekali jumaat lagi....

(hangpa paham ka apa aku tulih)


akira8047
kedaikopitepimasjid

6 ulasan:

  1. paham...paham...pahammmm/

    eh..eh.....

    bukan faham ka.

    BalasPadam
  2. Saya jangka Perak akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi!!!

    " Kembalikan Hak Rakyat! Bubarkan DUN Perak! "
    Suara Anak Perak

    Regards,

    Malaysian Come First

    GoMalaysian.Blogspot.Com
    http://gomalaysian.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. ish ,,,ish,,pahang ...dak aih,,,faham,faham

    BalasPadam
  4. aku paham perkataan jumaat saja.... bila malam jumaat paham la nak kena buat apa.

    BalasPadam
  5. bro,

    yang aku paham : UBN penipu

    BalasPadam
  6. Paham tuan,
    banyak duit nak pakai p kempen nooo
    Nak buka bilik gerakan lagi, poster lagi dll
    Banyak duit kot calon "BEBAS" tu. tak kisah hilang deposit lagi......

    Salam
    Pitt

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu