Ramai dikalangan ahli-ahli umno yang boikot. Pelbagai alasan diberikan kepada petugas yang meraih dan membawa pengundi ke pusat pembuangan undi. Alasan yang tak logik lansung. macam ni punya orang pun ramai lagi. Ada yang mintak Dr Mansor mai rumah lepa, baru lepa mau keluar mengundi. Ada yang mintak jaminan untuk baiki bumbung rumah. Ada yang nak suruh buat longkang dulu. Ada yang kata dah keluar mengundi, tapi petugas yang ada mengesahkan sebaliknya. Ada yang halau petugas. seribu satu alasan yang diberikan. Kiranya macam-macam ada.. dan yang pasti... rombongan yang diaturkan oleh UBN adalah benar.
Itu yang karat punya cerita. Macammana dengan PR?..
Nampaknya apa yang pernah aku tulis menjadi kenyataan(sini). Mungkin tak ramai, tapi kesannya tetap ada. Racun yang lepa guna agak berkesan. Ini pengalaman aku sendiri pada hari ini bila bertemu dengan penduduk kampung. Ada yang dah terkena racun sehingga tidak benarkan anak bini keluar mengundi. Punya la singgat taraf pemikiran.Mamat2 yang dok buat keja ni kiranya macam talam dua muka. Kategori HARAMJADAH.
Buat masa sekarang, usaha-usaha terus dijalankan oleh para petugas untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi. Petugas terpaksa mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk mengajak penduduk kampung menunaikan tanggungjawab. Keadaan lain yang menyebabkan peratusan keluar mengundi agak rendah berikutan banyak kenduri kahwin yang diadakan hari ini. Oleh kerana penduduk masih menggunakan kaedah gotong-royong, ramai yang masih belum sempat menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK kali ini, mana taknya, dari pagi dok masak tak habih2 lagi.
Apapun diharap peratusan akan terus meningkat sebelum pusat pengundian ditutup pada petang ini.
akira8047
kedaikopitepimasjid
MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...
5 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)