Pilihan anda di PRU13

Selasa, 19 Mei 2009

PENANTI - Datang tak bersalam,

Salam semua,

Ari ni aku nak ucapkan ' Selamat Datang ' buat orang2 suruhan KERAjaan. Dalam dua hari ni, berduyun-duyun datang. Ada yang tiga paku dan ada yang takdak paku. Dengan kedatangan makhluk2 ini di Penanti, nampaknya ramai penduduk yang tak puas ati. Sama macam orang kampung,aku pun turut tak puas hati jugak, mana taknya, makhluk2 yang datang tak diundang ni teruk benar perangainya. Selalunya kita kalau pi tempat orang kena la bagi salam, ni tak, siap buat muka garang. POOO DAHHH!!!! Hangpa ingat dengan buat muka macam tu orang kampung takut ka... Hangpa nak pi gempaq mat skema dalam UBN boleh la... Siang malam lepa ni ronda sana ronda sini. Skali keluar macam semut merah. berkederet.... Dah tu naik trak buruk pulak. Bunyi enjin macam nak luruh. Trak zaman komunis pun lepa dok pakai lagi. Kita slalu dengaq peruntukan untuk lepa ni juta-juta, tapi nak beli trak baru pun tak boleh....heran....heran.... Yang naik waja ngan perdana, machonya bukan main. Biasa la, muda lagi...mungkin baru abis training. Pi sana pi sini, spek mata hitam tak penah buang. Yang naik motor besaq, lagi dasyat. Lepa buat jalan raya macam mak bapak lepa punya. Selit sana, selit sini... kalah mat rempit.

Kalau KERAjaan tak ajaq hangpa cara bertandang ke tempat orang. Mai sini baca...

ayat 27 hingga 29 surah An-Nur yang bermaksud:
27. Hai orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik itu lebih bagimu agar kamu (selalu) ingat.
28.Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu:"Kembalilah", Maka hendaklah kamu kembali Itu lebih baik bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
29.Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : Apabila seseorang itu telah meminta keizinan sebanyak tiga kali tetapi tidak diberi keizinan maka dia hendaklah pulang.

Begitu juga apabila tuan rumah tidak mengizinkan kita untuk masuk maka janganlah kita membantahnya dengan perkataan ataupun perbuatan.
Ni tak, kalau tuan rumah marah, hangpa kira nak 'TANGKAP'. Alasan 'IKUT ARAHAN'. Boleh masuk bakul la hangpa punya arahan.

akira8047
kedaikopitepimasjid

6 ulasan:

  1. Bro,

    ini kes teruk ni.
    dah tu, letih orang kampung nak kena samak.

    BalasPadam
  2. xsen la masa lepa ada pangkat..nanti hampa dah berenti jadi penyapu buruk la....kena ingat muda bukan memanjang..diri kena sedaq...keja buat cara keja...adab dalam masyarakat kena jaga...jangan jadi kurang ajaq...

    BalasPadam
  3. Bravo...bravo... hang punya alasan dan hujah cukup baguih punya.. kalau depa mai kedai kopi tepi masjid kubang semang tu.. kalu depa mai makan nasi kandaq tu.. letak mahai2 sikit.. baru depa tau...

    KERAjaan dok peghabih duit kat depa saja.. bodo betoi la.. depa dok sombong macam tu jugak la...

    BalasPadam
  4. salam bro,

    orang2 suruhan ni taraf mereka setakat tu saja. cuma tahu terima arahan. nak pikir sendiri dah tak pandai. mana nak pandai, kalau kena kursus, yang diajar taat pada kerajaan.... bila bab2 nak bermasyarakat lansung tak diajar. itu yang kurang adab sangat tu

    BalasPadam
  5. auk auk aukkkkkk.....

    BalasPadam
  6. ERMMMMMMMMMMM....
    MMG MCM TUE PERANGAI LEPA, PAKAT-PAKAT BUAT TAK TAU SAJA....
    LEPA MAI MAKAN NNT, KASI HARGA MAHAI MELAMBONG...
    LEPA TENGAH BANYAK DUIT....

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu