Pilihan anda di PRU13

Isnin, 4 Mei 2009

PENANTI - Ahli PAS jangan dok buat kacau!!!!

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam akatan PAS-DAP-PKR dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini.

"Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.

"Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon PAS bertanding di DUN Penanti, setelah kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas... mStar

"Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna."

Kepada ahli2 Pas, jangan terlalu fanatik. Lebih baik bantu PKR dalam PRK kali ni. Tunjukkan keikhlasan dalam perjuangan. Ada pengundi yang tak berpuas hati, cuba terangkan kedudukan sebenar, bukannya memburukkan lagi keadaan.

3 ulasan:

  1. betui tu berpolitik cara matang....pas penang kena pikiaq jangka panjang disamping kaji awat pengundi di kawasan kepala batas dan tasek gelugor tak pangkah pas..

    BalasPadam
  2. Ikut jee laa..hangpa bukan kaa boneka Nuar..takdak hai punya

    BalasPadam
  3. the crow scandinavia4 Mei 2009 4:15 PTG

    apa turrr....kita kena fanatik..,jadilah pengundi tongkoi untuk malaysia yang baru...kuikuikui...

    aku setuju apa yang ustaz nik aziz cakap. tapi hak mengundi adalah hak peribadi...tak payah bagi tau...hakhakhak

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu