Pilihan anda di PRU13

Selasa, 29 September 2009

PRK BAGAN PINANG : Tun, I'm sorrrryyyy........

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Isa Samad.. Dan tahniah juga diucapkan kepada Pi Em satu Malaysia kerana mencalonkan Isa Samad. Ini baru betul dikatakan rakyat didahulukan. Kerana kehendak akar umbi yang mahukan Isa Samad sebagai calon, Umno tiada sebarang pilihan walaupun terpaksa mengabaikan saranan bekas PM Malaysia yang mahu calon bersih untuk mewakili Umno dalam PRK Bagan Pinang.

Tun, I'm sorrryyyyyyyyyyyy....

akira

Isnin, 28 September 2009

PRK BAGAN PINANG : Projek Tandas Misteri




Inilah gambar tandas awam yang dikatakan bernilai RM200,000.00 tetapi sampai sekarang tdk boleh digunakan. Siapa yg patut dipersalahkan. Pada nilaian seorg kontraktor adakah projek tandas awam ini boleh dikategorikan nilainya RM200,000.00 fikirlah sendiri

Mengapa tandas yg bernilai terlalu mahal yg telah lama siap tidak boleh digunakan sampai skrg? Pertanyaan ini tlh diajukan ke MPPD oleh masyakat setempat dan pelancong2 yg hendak bersihkan diri selepas mandi laut tetapi pihak majlis diam seribu bahasa.

Untuk pengetahuan masyarakat Malaysia tandas awam ini terletak di KM.3 Kg. Bagan Pinang. sempena PRK ini den timbulkan lagi masalah ini utk masyarakt menilai hasil kerja2 kerajaan yg memerintah UMNO BN.

Yg musykilkan lagi den tandas awam ini bagaimana bentuk pembuangan sisa kumbahan cuba tengok dalam gambar di atas belum pakai lagi, air tersumbat hitam legam. Agaknya macamana pengguna2 guna tandas ini. Lu pikirlah sendiri.......................

Diharap dengan pendedahan ini pada masa berkempen PRK Bagan Pinang diharap pemimpin Pakatan agar mendedahkan masalah tandas awam ini utarakan siapakah yg dapat tender ini dan nilaikan berapa harga sebenar tandas ini.

sumber :  http://baganutama.blogspot.com/
akira

Hasan Ali : Teng Kritik, Dr Asri Sokong

Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".

Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya..
.malaysiakini

"Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan,"mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin...mStar



akira

Apa Selepas Ramadhan?

Ramadhan berlalu. Sebulan cukup pantas. 1 Syawal juga demikian. Seperti tahun-tahun sebelumnya, warisan cara beraya jahiliah berterusan. Yang gedik, yang melalak, yang tak tahu batas hukum, mereka itulah yang mendominasi dan mencorakkan hari raya kita. Bagi mukmin yang mahu membersihkan dirinya, tentu berusaha mengelakkan dari semua perkara lagha tersebut walaupun ia bukannya mudah.
Yang menguasai kita sekarang, bukan raya sahaja, ialah sistem yang tidak tunduk kepada Quran, biarpun Quran itulah yang dibaca dalam bulan Ramadhan. Justru, saya mengambil kesempatan dari semangat Ramadhan yang sentiasa mengibarkan bendera TAQWA itu mengajak sidang Jumaat dalam khutbah hari ini untuk menukar sistem jahiliah ini kepada sistem berlandaskan Quran. (audio: khutbah jumaat 6 syawal 1430H 25 sep 09)

Kuasa perlu dikembalikan kepada mereka yang takutkan Allah. Kuasa ditegak melalui pilihanraya. Pengundi berdaftar sahaja yang layak memilih dalam pilihanraya. Satu undi boleh menetukan sistem itu jahiliah atau Islam. Oleh itu, mendaftar menjadi pengundi (yang akan mengundi untuk Islam, atau sekutunya) nanti adalah juga kesan dari taqwa dari Ramadhan. Taqwa bukan hanya untuk peribadi, tetapi biarlah taqwa itu merebak dalam masyarakat, terutamanya dalam sistem yang memerintah.
Terawih hanya dalam Ramadhan. Sebulan berpuasa juga pada Ramadhan. Tetapi solat sunat berterusan. Witir sentiasa dituntut sepanjang malam. Puasa sunat Isnin Khamis dan sempena tertentu berterusan. Quran mesti dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan sepanjang masa. Ini bererti taqwa tidak bermusim. Ramadhan hanya tempat berlatih secara intensif.
Seperti yang saya katakan di atas, tarbiah Ramadhan memupuk TAQWA tidak terhenti dalam bulan Ramadhan sahaja, tetapi TAQWA mesti disuburkan berterusan sepanjang masa. TAQWA pula tidak memadai untuk individu tetapi biar seluruh sistem hidup itu diasaskan di atas TAQWA. Ketika itulah barakah dari langit dan bumi diturunkan.



 sumber : NikNasri.com

akira

Sabtu, 26 September 2009

1 Malaysia : Boleh mampuih la dengan 1 Malaysia!!!

KISAH HARI INI

RENIEW ROADTAX

PERBEZAAN KOS TAHUN LEPAS DAN TAHUN INI

JENIS KENDERAAN : VAN NISSAN VANETTE(1991)

2008-2009(3RD PARTY)


ROAD TAX            RM120
INSURAN              RM137
JUMLAH                RM257

2009-2010(1ST PARTY)


ROAD TAX            RM120
INSURAN              RM354
PA INSURAN        RM86
JUMLAH               RM560

Apa beza 1st party ngan 3rd party. Untuk pengetahuan umum, tiada beza!!!! Kenderaan lama yang masih beroperasi di atas jalan raya malaysia tidak akan diendahkan oleh mana-mana bengkel-bengkel kereta (wakil pihak insuran) untuk dibaiki sekiranya berlaku kemalangan. Anda tak percaya, carilah mana-mana bengkel wakil insuran yang mahu membaiki kenderaan lama anda. Seribu satu alasan akan diberikan oleh bengkel tersebut.

Untuk memperbaharui road tax, pengguna kenderaan lama akan memilih insuran 3rd party kerana lebih murah dan sememangnya perlu memperbaharui insuran walaupun ia tidak bermakna sekiranya berlaku kemalangan. Pada tahun ini, insuran 3rd party dilupuskan untuk kenderaan lama, maknanya pengguna tiada pilihan selain terpaksa membayar insuran 1st party yang lebih mahal sekali ganda. Sedangkan insuran yang terpaksa diambil tidak mempunyai fungsi dan merugikan pelanggan.


CUBA BAYANGKAN.

Ada dikalangan saudara-saudara anda yang mempunyai anak yang ramai. Hasil pendapatan untuk menyara anak-anak dan keluarga adalah melalui perniagaan sayur-sayuran secara kecil-kecilan menggunakan sebuah van. Pada penghujung bulan Disember, road tax dan insuran van tersebut tamat tempoh dan perlu diperbaharui. Dalam masa yang sama perbelanjaan untuk persekolahan anak perlu dikeluarkan memandangkan pembukaan sesi persekolah bakal bermula. Cuba bayangkan kos yang perlu dikeluarkan oleh keluarga tersebut, kos persekolahan dan tambahan kos insuran kenderaan yang tidak munasabah akan membebankan mereka. Sekiranya anda bekerja dengan gaji melebihi RM2000, mungkin ini perkara kecil dalam hidup anda. Tapi sekiranya anda penduduk kampung yang pendapatannya tak menentu bagaimana?... Inilah yang dikatakan rakyat didaHULUkan.. 


Boleh mampoih la dengan 1 Malaysia!!!


akira

Jumaat, 25 September 2009

PAKATAN RAKYAT : Tuan Presiden

Kecik-kecik dulu, kalau aku ada buat salah, gerenti kena tegur dan nasihat ngan ayah ataupun mak aku.Kalau tak dengaq jugak, tali pinggang jadi habuan. Lepa tegur untuk kebaikan...

Bila besaq sikit masuk ke sekolah pun sama jugak. bila ada buat silap, cikgu-cikgu pula akan tegur dan nasihat.

Bila abis saja zaman persekolahan, masuk pulak zaman pekerjaan. Disamping mencari rezeki halal untuk santapan keluarga kadang-kala berlaku juga kesilapan semasa membuat kerja... ketua pulak yang tegur. Untuk memperbaiki kelemahan diri kita dan memajukan syarikat.

Pendek kata, teguran dan nasihat memang berguna untuk mendidik diri kita dari terus menerus melakukan kesilapan. Kalau zaman persekolahan, apabila dinasihat atau ditegur oleh cikgu tapi masih melakukan kesalahan yang sama, pasti rotan menjadi habuan.... kalau tak jalan jugak... gantung sekolah alamatnya. Bila bekerja... tak boleh nak ditegur atau dinasihati... alamatnya kena buang kerjalah.

Macam PJ PAS kat Selangor jugak. Dalam PAS ada Presiden selaku ketua.... jadi bila dah jadi ketua, anak buah buat silap kena la nasihat... kalau nasihat pun tak jalan jugak... kenakan hukuman yang lebih berat.... kalau tak jalan jugak buang saja dari terus merosakkan . Lagipun dia PJ pilihan Presiden bukannya pilihan akar umbi.... Jadi sekarang dah jadi tugas tuan presiden untuk tegur... kami ni anak-anak bilis kalau tegur pun sapa yang nak dengaq. Kalau tuan presiden pun tak boleh nak tegur... elok la tuan presiden sekali letak jawatan.. Tak guna jadi pemimpin yang tak boleh memimpin. Kami rakyat bawahan mengundi untuk kemenangan Pakatan Rakyat bukan untuk melihat pemimpin-pemimpin gila kuasa.... kami mahukan pemimpin yang mampu membuat perubahan.



akira

PKFZ : LPK saman RM920juta

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memfailkan saman RM920 juta terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan konsultan yang dilantik bagi projek itu BTA Architect, dalam aspek pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006... malaysiakini


akira

Khamis, 24 September 2009

1 Malaysia : Sultan mahu rakyat sokong BN


 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.
bernama

kedaikopi : Apasal kat jepun takdak kerajaan BN tapi negara dia maju aaaa.... korea, iran pun maju tanpa kerajaan BN. Kat Malaysia kalau selain BN takleh maju ke... ishhh..isshhhh kesian betui kat Malaysia, kalaulah kerajaan BN tumbang masa PRU13 nanti, alamatnya, mundurlah negara.... Aku ingat pakcik2 yang betui-betui berkarat saja pikiaq camtu... rupanya yang bijak pandai pun ada lagi...AMPUN TUANKU....

akira

1 Malaysia : Besar kemungkinan Umno akan jatuh pada PRU13 : Madey


"Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.


Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.."   Mahathir Mohamad


akira

PAKATAN RAKYAT :Gila Perubahan atau Gila Kuasa

Saya berkhidmat untuk rakyat? Tidak!!



Ramai yang bertanya, mengapa saya tidak mahu menjadi ahli politik. Saya cuba memberitahu orang-orang ini, saya bukan orang politik tetapi aktivis politik. Ramai yang nampaknya tidak tahu apakah perbezaannya. Saya cuba menerangkan semudah mungkin. Ahli politik meahukan kuasa. Aktivis politik mahukan perubahan. Saya mahukan perubahan, bukan kuasa. Jadi, saya seorang aktivis politik, bukan ahli politik.
Mungkin itu bukan cara yang tepat untuk menerangkannya tetapi mungkin ini dapat menjelaskan mengapa saya mahu menjadi aktivis politik, tetapi bukan ahli politik. Contoh yang biasa saya gunakan ialah perbandingan diantara Fidel Castro dan Che Guevara. Castro mahukan kuasa. Che hanya mahukan perubahan. Dan apabila mereka menjatuhkan kerajaan Cuba dan membentuk kerajaan baru, Castro menjadi pemimpin kerajaan sementara hanya selepas enam tahun didalam kerajaan, Che emmulakan satu lagi revolusi dinegara lain…dan ..mati.
Tak perlu berselindung. Ramai orang memilih untuk menyertai politik kerana inginkan kuasa…baik parti pemerintah ataupun pembangkang. Mereka bukan berada didalam politik untuk perubahan ataupun berkhidmat untuk rakyat. Semuanya adalah keinginan untuk berkuasa dan gila kuasa. Dan itulah sebabnya, amat susah untuk mengawal tingkahlaku ahli politik, termasuk mereka didalam pembangkang.
Ambil Selangor sebagai contoh. Sejak tahun 1999, sudah terdapat perebutan kuasa diantara dua orang anak Ali…Hasan Ali dan Azmin Ali. Satu dari Pas…satu dari PKR. Kedua-duanya merasakan parti mereka akan memenangi majoriti kerusi di Selangor..lantas kedua-duanya bercita-cita untuk menjadi Menteri besar. Kesudahannya, pembangkang tewas dan ‘ini ‘menyelesaikan’ masalah.
Itu yang berlaku 10 tahun dulu. Tetapi apabila pembangkang akhirya menang di Selangor dalam bulan Mac 2008, perebutan kuasa ini berulang. PKr memenangi jumlah kerusi terbanyak sementara DAP ditempat kedua. PAS ditempat terakhir dalam jumlah kerusi yang dimenangi.
Ini bermakna, Menteri Besar yang baru mesti datang dari PKR…bukan PAS. Oleh itu, persoalan sama ada Hasan Ali patut menjadi Menteri Besar tidak timbul, malah tidak perlu dibincangkan. Tiada sebab mengapa dia mesti menjadi Menteri Besar. Menteri Besar mesti datang dari PKR.
Tetapi sekiranya Anwar melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar, ini akan menjadikan Hasan Ali marah. Sebenarnya, Hasan Ali telah pun mengadakan perbincangan rahsia dengan Umno untuk mengkaji kemungkinan Umno dan PAS membentuk kerajaan baru dimana Hasan Ali menjadi Menteri Besar. Ini bukan kerana Umno lebih baik dari PKR-DAP. Tetapi tentang apakah yang boleh menguntungkan Hasan Ali. Dengan PKR-DAP, Hasan Ali tidak mungkin akan menjadi menteri besar. Dengan Umno…boleh.
Tetapi pakatan PAS-Umno tidak dapat memberikan jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan. Mereka memerlukan beberapa kerusi lagi dan ini hanya dapat dilakukan sekiranya ada ADUN yang melompat dari PKR. Jadi, ianya tidak boleh dilakukan hanya diantara Pas dan Umno. Pakatan baru ini perlu dilakukan diantara Pas, Umno dan beberapa ADUN dari PKR. Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka tidak dapat menarik ADUN dari PKR untuk melompat, rancangan itu terpaksa dibatalkan.
DAP merasakan ia akan mendapat kerusi terbanyak di Selangor. Masalah mungkin akan timbul kerana mereka tidak mempunyai ADUN dari kalangan orang Melayu. Bagaimana mereka mengisi jawatan Menteri Besar? Sebenarnya, ini juga berlaku di Perak. walaupun DAP memenangi jumlah kerusi terbanyak, mereka terpaksa memberikan jawatan tersebut kepada parti yang memenangi jumlah kerusi paling sedikit…PAS, dan pilihan itu mungkin terbaik memandangkan Nizar Jamaludin merupakan calon paling ideal.
DAP dapat menerima bahawa PKR memenangi jumlah kerusi terbanyak di Selangor, dan jawatan Menteri Besar perlu datang dari parti tersebut. Tetapi DAP memenangi jumlah kerusi kedua terbanyak, dan sepatutnya mereka diberikan jawatan Timbalan Menteri besar. Lagi pun, pembangkang menang di Selangor disebabkan undi bukan-Melayu dan bukan kerana undi Melayu. Melayu terpecah kepada dua…50-50. Undi bukan-Mayulah yang menyebabkan pembangkang menang di Selangor.
Tetapi ini menyebabkan berlaku lagi satu masalah. Pertama, memang benar Selangor dimenangi dengan undi bukan-Melayu dan undi Melayu 50-50. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Tetapi ini juga bermakna, sokongan orang-orang melayu menjadi runcing. Umno sudah pun mencanangkan bahawa orang Cina menguasai Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Sekiranya jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan di selangor, maka pembangkang akan masuk keperangkap Umno. PEmbangkang sebenarnya membantu Umno membuktikan bahawa Selangor juga sudah jatuh dibawah penguasaan Cina dan retorik Umno itu sebenarnya fakta yang tidak dapat dinafikan.
Ini bukan cerita tentang pembangkang tidak mahukan orang Cina menjadi Timbalan Menteri besar selangor. Ianya adalah satu pertimbangan yang teliti untuk tidak memberikan peluang kepada Umno mengeksploit perasaan orang Melayu seperti mana perancangan mereka memainkan sentimen perkauman. Umno mencanangkan bahawa 8 Mac 2008 adalah ulangtayang kepada pilihanraya 11 May 1969.Untuk itu, Umno mengatakan bahawa mereka memerlukan ‘penyelesaian’ 13 Mei 1969 untuk menyelesaikan masalah. Ingat tentang ‘penyelesaian terakhir’ Hitler?
Adalah penting bagi pembangkang untuk tidak membenarkan Umno menggunakan hujah bahawa Selangor telah ‘jatuh’ ketangan Cina. Umno telahpun menggunakan hujah ini tentang Perak dan Selangor. Dan Selangor merupakan negeri terpenting diantara tiga negeri ini yang menyumbang lebih daripada separuh ekonomi negara.
Masalah kedua ialah masalah dalaman DAP sendiri. DAP selangor terbahagi kepada beberapa puak, semuanya berseteru diantara satu sama lain. Jadi, siapakah yang akan menjadi Timbalan Menteri Besar sekiranya pembangkang berani menongkah arus dan melantik seorang Cina dari DAP menjadi Timbalan Menteri Besar? Ada dikalangan mereka dalam DAP telah pun bersedia untuk memprotes sekiranya ada dikalangan puak yang lain dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar. DAP Selangor akan berpecah, malah sebahagiannya mungkin akan keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas…seperti ADUN DAP perempuan dari Perak.
Jika sekiranya tiada dariDAP yang dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Besar,semua orang akan gembira. Tak mengapa kalau aku tak dapat, kalau orang lain pun tak dapat. Tetapi sekiranya seseorang dilantik dari satu-satu puak, maka puak yang lain akan memprotes.

Dan itulah sebabnya mengapa Anwar membuat keputusan untuk melantik Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Kahlid bukanlah calon pilihan utama. Setengah orang merasakan, dia merupakan pilihan terakhir. Setengah orang merasakan Azmin Ali lebih baik. Saya juga berfikir begitu. Tetapi sekiranya Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar, maka Hasan Ali sudah pasti akan merajuk dan akan menimbangkan secara serius cadangan Umno untuk membentuk kerajaan PAS-Umno di Selangor.
Hasan Ali bersikap tidak realistik. Memang Umno sentiasa cuba untuk memikat  beliau. Walaubagaimanapun, Umno mahukan Hasan Ali bukan kerana Hasan Ali seorang yang fantastik tetapi mereka tahu bahawa Hasan Ali mengidamkan jawatan Menteri Besar. Lantas mereka mengumpan Hasan Ali dengan jawatan Menteri besar, dan memerhatikan Hasan Ali terkebil-kebil. Sebaik saja hajat mereka tercapai, mereka akan memasuki fasa 2 perancangan mereka. Dan Fasa 2 ialah bagaimana untuk menyingkirkan Hasan Ali.
Sebenarnya, tidak susah untuk ‘membunuh’ Hasan Ali sekiranya dia bersekongkol dengan Umno. Umno tahu bahawa Sultan Selangor tidak sukakan Hasan Ali. dan saya mendapat pengesahan dari sumber istana.Jadi, apa yang diperlukan ialah mengumumkan bahawa PAS dan Umno akan membentuk kerajaan baru Selangor dan memohon untuk mengadap Sultan. Oleh kerana Umno dan PAS…dengan beberapa ADUN Bebas dari PKR/DAP yang mereka harapkan…sekarang menguasai jumlah kerusi terbanyak di Selangor, Sultan tidak mempunyai pilihan dan akan membenarkan kerajaan baru ditubuhkan.
Walaubagaimanapun, biarpun Sultan tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bersetuju dengan pembentukan kerajaan PAS-Umno, tidak semestinya dia juga perlu bersetuju bahawa Hasan Ali menjadi Menteri Besar. Dan sebenarnya, baginda tidak akan bersetuju. Umno hanya perlu mengatakan, bahawa mereka bersetuju…tapi Sultan tak setuju! Sorry brader..Hasan Ali tak boleh jadi Menteri Besar. Calonnya mestilah dari Umno.
Hasan Ali boleh di’tembak’ sementara masih diatas landasan ataupun sebelum berlepas. Ingat Pearl harbour dan apa yang dibuat oleh tentera Jepun terhadap Amerika? Hasan Ali akan menjadi Pearl Harbour ditangan Umno dan dengan bantuan Sultan.
Tidak susah untuk memahami mengapa terlalu banyak kemelut didalam Pakatan Rakyat selangor. Bukan saja PKR, DAP dan PAS yang cuba membelit pihak lain. Malah didalam PKR, DAP dan PAS sendiri terlalu banyak puak dan setiap satu cuba menyingkir puak yang lain.

Kita mempunyai perang antara-parti dan juga perang dalaman parti. Dan semuanya kerana tiada siapa yang berminat untuk membawa perubahan ataupun berkhidmat untuk rakyat. Mereka hanya berminat untuk merebut kuasa kerana memang itulah yang diidamkan oleh ahli politik.

oleh itu, kita sebagai rakyat, perlu memerhatikan mereka. Kalau sudah gila kuasa,  mereka akan lupa bahawa rakyat lah yang meletakkan mereka disana Mereka akan lupa bahawasanya mereka sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Mereka akan menjadi seperti Barisan Nasional yang merasakan bahawa rakyat adalah hamba dan mereka adalah tuan.
Jangan sesekali percaya kepada ahli politik. Mereka akan mempergunakan kita untuk kepentingan mereka. Dan kemudian mereka akan melupakan kita dan menggadaikan amanah yang kita berikan. Dan itulah sebabnya mengapa sebahagian daripada kita perlu kekal sebagai aktivis politik dan tidak menjadi ahli politik. Ini untuk membolehkan kita menghentam ahli politik apabila mereka lupa diri, sebaik saja mereka menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan baru.
(Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal tulisan Raja Petra,Me serve the rakyat? Nah! yang disiarkan dalam Malaysia Today


akira

Rabu, 23 September 2009

1 Malaysia : Adakah suara Mahathir masih laku?



Mampukah Mahathir pengaruhi keputusan Umno di Bagan Pinang?

Tekanan daripada pucuk pimpinan Umno nasional supaya parti itu meletakkan calon selain daripada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memuncak apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menggesa Barisan Nasional supaya tidak mencalonkan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu demi menjaga imej.

Sebelum Mahathir seorang lagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga telah turut sama membuat kenyataan yang serupa dengan mengatakan kemenangan harus diperolehi dengan maruah dan mengembalikan keyakinan rakyat. Pendirian Mahathir ini dan ramai lagi pimpinan Umno lain sudah tentu berbeza dengan keadaan sebenar di akar umbi.
Di sekitar bandar Port Dickson yang turut menempatkan kawasan pilihan raya Dun Bagan Pinang, kain-kain rentang dengan gambar Isa dan ucapan Selamat Hari Raya sudah mula digantung sejak sebelum berakhir Ramadhan lagi.
Mesej daripada penyebaran poster ini jelas: Isa mesti dicalonkan di Bagan Pinang supaya beliau dapat kembali ke Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan selepas lima tahun.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu merupakan Adun Linggi sehingga tahun 2004 apabila beliau dipindahkan ke Parlimen Jempol dan kemudian menjawat jawatan menteri Wilayah Persekutan.
Beliau kehilangan jawatan kabinet itu pada pertengahan 2005 selepas digantung keahlian Umno kerana terbabit dalam politik wang semasa pemilihan parti pada September 2004.
Bermula dengan hasrat Umno Bahagian Teluk Kemang yang hanya mahu mencadangkan nama Isa sebagai calon tunggal, konflik timbul apabila timbalan presiden Parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta lebih daripada satu nama supaya penilaian yang lebih objektif dapat dibuat.
Bagi penyokong Isa, mereka tidak berdiam diri dan membiarkan serangan peribadi daripada pimpinan Umno peringkat nasional terus tersebar.
Di laman-laman blog pro-Umno kisah sebalik tabir penggantungan Isa diceritakan semula dengan tujuan mendedahkan bahawa tindakan disiplin parti itu merupakan sebahagian daripada konspirasi pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak senang dengan pengaruh kuat Isa di akar umbi Umno.
�Pada pandangan penulis, Isa sudah teraniaya terlalu lama dan kini masa yang sesuai untuk mendedahkan kebenaran. Tatkala nama Isa kembali menjadi sebutan ramai, pendedahan ini tepat masanya,� kata satu tulisan dalam blog Another Brick In the Wall yang menerbitkan siri pendedahan bagaimana bekas naib presiden Umno itu digantung keahliannya.
Oleh itu kritikan terbaru Mahathir ini yang berbeza dengan pandangan umum akar umbi Umno sudah tentu agak mengejutkan.
Namun ini bukanlah kali pertama bekas perdana menteri itu mengkritik calon pilihan Barisan Nasional.
Pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu awal tahun ini Mahathir menyelar pencalonan Datuk Wan Ahmad Farid Salleh yang juga ketua Bahagian Umno di situ.
Ketika itu Mahathir bimbang bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu akan menjadi proksi Abdullah dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. _

Ramlan Joharee
sumber : harakahdaily
akira

Selasa, 22 September 2009

1 Malaysia : Ada yang tidur tak lena

"Umno harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang." Mahadhir Mohamad

Maknanya : Ada yang tidur tak lena malam nie.... kah kah kahhhh


akira

PAKATAN RAKYAT : Bersiap sedia untuk diajar pada PRU13

Apa yang dilakukan pembangkang 10 tahun lalu



Pada tahun 1999, sebaik saja Parti keadilan Nasional (keADILan) dilancarkan pada 4 April, pembangkang mula menyusun langkah. PKN, DAP, PAS dan PRM bersatu dibawah satu pakatan pembangkang yang dinamakan Barisan Alternatif.
Walaupun ianya satu pakatan yang longgar, dan ramai yang berpendapat BA perlu didaftarkan secara sah dan mempunyai satu logo dan bendera, ianya tidak berlaku. Alasan yang diberikan ialah ianya memerlukan sekurang-kurangnya tujuh parti untuk didaftarkan sebagai pakatan dan BA tidak memenuhi syarat ini kerana ia mempunyai hanya empat parti.
Tetapi, walaupun ianya satu pakatan yang longgar tanpa mempunyai status yang sah disisi undang-undang, ataupun mempunyai satu lambing dan bendera, pembangkang boleh dianggap berjaya pada pilihanraya umum November 1999. Pembangkang bukan saja dapat mempertahankan Kelantan dengan majority yang tinggi malah ia juga memenangi Terengganu. Di Kedah, pembangkang memperolehi 8 daripada 15 kerusi Parlimen. BA tidak mampu untuk memenangi cukup kerusi untuk menawan Kedah, tetapi setahun kemudiannya, ia mampu menafikan majority dua pertiga di DUN Kedah apabila memenangi PRK Lunas.
Banyak perkara yang dilakukan oleh BA dalam masa tujuh bulan sebelum Pilihanraya Umum November 1999. Begitu juga setahun selepas itu. BA mewujudkan Majlis Presiden dimana pemimpin tertinggi keempat-empat parti bertemu sebulan sekali untuk membincangkan tentang dasar, strategi dan program. BA juga mempunyai Unit Penyelaras Media yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan media bagi pihak keempat-empat parti dibawah nama BA.
Malah, sebelum Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi, Unit Penyelaras Media mengadakan siding akhbar hamper setiap hari supaya media mendapat maklumat terkini. Dan Rustam Sani dari PRM dipertanggungjawabkan untuk mengetuai unit ini dan menjadi jurucakap rasmi BA. Parti-parti Keadilan, DAP, Pas dan PRM tidak digalakkan untuk mengeluarkan kenyataan media berasingan kerana tidak mahu dilihat bercanggah dengan pendirian rasmi BA.
Pakatan pembangkang mempunyai cabinet bayangan sendiri dimana setiap ‘kementerian’ diketuai oleh seorang ‘Menteri’. Dan mereka akan memantau pencapaian kementerian-kementerian yang diketuai oleh Barisan Nasional. Umpamanya, beberapa hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan di Parlimen setiap tahun sekitar November, BA akan membentangkan belanjawan mereka sendiri di PArlimen dan media akan dijemput dan digalakkan bertanya soalan.
Pembangkang mengetahui apa yang terkandung dalam belanjawan kerajaan (walaupun adanya OSA), dan apa yang perlu dilakukan ialah membuat satu cadangan balas untuk belanjawan yang lebih sempurna. Beberapa kali kerajaan terpaksa menilai kembali belanjawan mereka untuk memastikan belanjawan mereka lebih baik dari pembangkang. Sekurang-kurangnya pembangkang dapat mendesak kerajaan memberikan yang lebih baik kepada pengundi dan pembayar cukai walaupun kerajaan yang mendapat nama, bukan pembangkang.
Terdapat unit kajian dan pembangunan (R&D) yang membuat kajian dan membantu menyediakan data dan statistic untuk Ahli Parlimen pembangkang. Dalam banyak perkara, ‘menteri’ pembangkang mampu mengetahui lebih baik tentang apa yang berlaku dan perkembangan didalam kementerian, berbanding Menteri kerajaan. Beberapa kali Menteri terpaksa meminta Speaker memberikan masa untuk memberikan jawapan secara bertulis kerana Menteri tidak mampu menjawab soalan dari pembangkang.
Ahli-ahli PArlimen BA lebih menyinar dari Ahli-Ahli Parlimen BN, termasuk dikalangan Menteri BN. Unit-unit, jawatankuasa dan kumpulan pemikir ditubuhkan untuk membantu parti pembangkang dan pemimpin pembangkang begitu professional dan efektif sehingga menyebabkan Ahli Parlimen BN dilihat lebih bodoh.
Balik kepada tahun 1999, pembangkang pada masa itu mempunyai ahli politik, aktivis, ahli akademik dan cendekiawan. Satu pasukan yang cukup mantap. Terdapat professor, pensyarah, wartawan, penulis dan apa saja. Barisan Alternatif mempunyai pemikir-pemikir yang terbaik. Dan mereka ini sangat kreatif dan progresif dan bersedia melakukan perkara-perkara baru, kebanyakannya berjaya dilakukan dengan keputusan yang cukup positif. Pasukan ini benar-benar memberikan satu makna baru dalam politik baru.
Barisan Alternatif mempunyai Manifesto Bersama BA, tentang apa yang dimahukan oleh BA, bukan apa yang dimahukan oleh Keadilan, Pas, DAP atau PRM. Apa yang dimahukan oleh PAS, DAP, Keadilan dan PRM, tidak penting. Apa yang dimahukan oleh BA lebih penting. Dan Manifesto Bersama BA sangat jelas dan pengundi amat meminatinya.
Kemudian PAS membuat keputusan untuk melakukan apa yang baik kepada partinya dan bukan apa yang baik terhadap pakatan. Ia mencadangkan undang-undang Islam di Terengganu. Dan DAP kemudiannya melakukan apa yang baik untuk partinya dan bukan apa yang baik terhadap pakatan. DAP meninggalkan BA kerana memprotes dan menentang cadangan undang-undang Islam Pas. Kemudian, Keadilan dan PRM bersatu menjadi sebuah parti.
Kemudian, pada Pilihanraya Umum berikutnya pada tahun 2004, parti-parti pembangkang memutuskan untuk tidak bekerjasama sebagai pakatan sebaliknya bertanding secara solo. Didalam beberapa kawasan pilihanraya, terdapat pertandingan tiga atau empat penjuru. Pembangkang bukan saja kalah teruk, malah ada yang kehilangan wang pertaruhan.
Pembangkang disembelih. DAP, PAS, Keadilan dan PRM merasakan mereka tidak memerlukan satu sama lain. Masing-masing merasakan mereka mampu melawan Barisan Nasional secara solo, dan kemudian bersatu membentuk kerajaan baru. Pembangkan tewas. Bukan saja gagal membentuk kerajaan, malah ada yang kehilangan deposit.
Ianya sangat memalukan.
Pembangkang menjadi angkuh. Terlalu takbur. Malah merasakan Tuhan pun tidak dapat menahan mereka dari membentuk kerajaan. Dan mereka tidak memerlukan pakatan untuk membentuk kerajaan. Malah ada yang merasakan mereka mampu menewaskan Barisan Nasional tanpa pakatan.
Mungkin mereka juga merasakan perkara yang sama terhadap Titanic apabila mengatakan Tuhan pun tidak mampu menenggelamkan kapal tersebut. Tetapi ia karam, sama seperti parti pembangkang karam pada tahun 2004. Ia menjadi satu pengajaran yang tidak mungkin dilupakan untuk satu jangka masa yang panjang.
Pada tahun 2008, parti-parti pembangkang kembali bersatu sebagai Pakatan Rakyat. Dan ianya lebih baik dari tahun 1999, tetapi belum mencukupi. Pakatan Rakyat perlu melihat kembali apa yang dilakukan oleh BA pada tahun 1999 dan mengulangi kejayaannya. Malah, hari ini, PR mampu berbuat lebih baik dari BA pada tahun 1999 kerana hari ini, lebih ramai yang yakin dengan Pakatan Rakyat.
Pembangkang sekali lagi menjadi angkuh. Kita mengharapkan mereka tidak menjadi besar kepala seperti yang mereka lakukan pada tahun 2000-2001. Sekiranya ia berlaku, maka pada pilihanraya yang akan datang, atau bila-bila masa saja pun, bala yang berlaku pada 2004 sudah pasti akan berulang.
Ramai cerdik pandai diluar sana bersedia memberikan sumbangan masa dan pemikiran mereka untuk pembangkang.Malah, setengah daripada mereka sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi pembangkang perlu berhenti berfikir bahawa mereka sudah pandai dan tidak memerlukan bantuan orang lain. Semua orang memerlukan bantuan, terutamanya pembangkang. Cuma perlu tahu siapa yang perlu ditanya. Dan kalau pembangkang terlalu angkuh dan besar kepala dan merasakan mereka tidak memerlukan sesiapa kerana mereka mampu melakukannya bersendirian, maka bersedialah untuk diajar dalam pilihanraya akan datang.
Dan memang patut pembangkang diajar.
(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal karya Raja Petra What the opposition did right ten years ago yang disiarkan di Malaysia Today.)



akira

Ahad, 20 September 2009

PAKATAN RAKYAT : Hasan Ali jahil amalan berparlimen

" keanggotaan Selcat boleh terdiri daripada bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat terkemuka." Hasan Ali






"Saya agak hairan dengan Datuk Hasan yang jahil dengan amalan berparlimen kerana ini adalah jawatankuasa hak dan kebebasan dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri.

"Tiada amalan sedemikian untuk tempoh selama 300 tahun yang lalu di mana jawatankuasa hak dan kebebasan dianggotai oleh bekas hakim dan anggota bukan Dewan... jadi, saya tidak tahu sama ada beliau jahil atau mahu mewujudkan sesuatu yang baru berhubung amalan berparlimen selama ini.

"Saya mengatakan bahawa berdasarkan amalan berparlimen di negara-negara Komanwel sejak 300 tahun lalu, saya tidak mendengar keanggotaan sedemikian, jawatankuasa hak dan kebebasan terdiri daripada mereka yang bukan anggota Dewan, sambil menjelaskan, aturan mesyuarat DUN juga menetapkan keanggotaan perlu datang daripada semua parti. "
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim

SUMBER : MSTAR

akira

1 Malaysia : Terengganu makin runcing

KERAJAAN TERENGGANU BEROPERASI TANPA SOKONGAN MAJORITI 

Krisis politik Terengganu dilihat semakin runcing apabila beberapa usaha termasuk lawatan khas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan Ketua Perhubungan Datuk Hishamudin Husein gagal menampakkan hasil positif untuk memulihkan keadaaan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana semakin jelas beliau kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam dewan berkenaan.
"Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa perbalahan antara kumpulan Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hanya akan dicari penyelesaian selepas hari raya jelas menunjukkan krisis ini amat serius," kata jurucakap PKR Terengganu, Hashimi Datuk Haji Abbas dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Bagi menghormati amalan demokrasi kata beliau, kerajaan negeri tidak lagi layak untuk terus mentadbir dalam keadaan Menteri Besar hanya disokong oleh segolongan minoriti ahli dewan undangan negeri.
Menurut beliau, kumpulan penyokong Idris yang terdiri lebih 12 ahli dewan jika dicampur dengan ahli dewan daripada PAS jelas telah menafikan majoriti penyokong Ahmad Said dalam DUN.
"Kita yakin keadaan ini dari segi semangat demokrasi akan menjadikan kerajaan berjalan dalam keadaan tidak sah dan bercanggah dengan kehendak rakyat," jelas beliau.
Krisis politik Tergengganu tercetus dengan desas desus sekumpulan ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar akan melompat menyertai pembangkang.
Tindakan kumpulan itu dkatakan tidak menjadi kenyataan kerana pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak positif dengan pelan berkenaan. Bagaimana pun Harun menafikannya kerana tidak ada sebarang perbincangan mengenainya.
Perkembangan terakhir di mana Muhyidin Yasin membuat kenyataan bahawa krisis politik Terengganu hanya akan dicari penyelesaian selepas hari raya menimbulkan persoalan baru bahawa pihak yang menentang Menteri Besar serius untuk mengambil tindakan drastik.
Tinjauan MI di sekitar Terengganu menunjukkan kain-kain rentang ucapan selamat hari raya di kawasan dikuasai kumpulan anti Ahmad Said tidak meletakkan gambar menteri besar itu besama ADUN.
Adun Kuala Besut misalnya meletakkan gambar beliau bersama dengan Idris Jusoh bukannya Ahmad Said. Ia dilihat satu keganjilan walaupun Idris adalah ketua bahagian Umno Besut.


sumber : http://www.themalaysianinsider.com

akira

Sembang-sembang : 20092009


Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa,
Pejam celik pejam celik dah sebulan berpuasa,
Makin dipejam celik makin banyak salah dan dosa,
Sementara masih celik banyak-banyaklah buat pahala, 
Sebelum pejam tak celik-celik harap maaf jika tersalah kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Lahir,
Moga dipanjang Umur di murah rezeki,
Maaf Zahir Batin.

Sejak petang kelmarin, berjela-jela sms masuk ke Hp cap ayam aku.  Semuanya ayat bunga-bunga dan mendayu-dayu memohon maaf, jangan risau, semua aku maafkan. Cuma yang nie agak lain, kawan aku yang dah hampir 5 tahun tak jumpa. Budak Kampung Jawa, Gombak. Baca punya baca pelik semacam je ayatnya. Selamat Hari Lahir..... buka dompet check ic.... Cisssss patut pun... tarikh lahir aku rupanya, 26 tahun hidup kat muka bumi ni baru aku sedaq aku beranak tarikh nie... 20092009 memang bermakna.... kahkahkahhhh hari lahir aku disambut seluruh umat islam di malaysia,  indonesia, bahrain, lubnan, kuwait, arab saudi, dan beberapa buah negara lagi.  Lu orang sudah berapa kali sambut hari lahir serentak ngan eidul fitri.

akira

Sabtu, 19 September 2009

Salam Eidul Fitri.. Aloq Setaq melambai, poketku terkapai-kapai



Aku mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada semua pelayar, pembaca, pengomen, pelawat dan sahabat-sahabat blogger yang menghargai kehadiran blog kedaikopitepimasjid yang sebesar kutu di alam maya ini. Maaf Zahir dan Batin andai ada yang terguris ketika membaca penulisan di blog ini yang bahasanya kadang-kadang OK kadang-kadang KO.


Tahun nie turn raya belah mertua aku kat alor setaq. Kalau raya kat belah mertua nie, paham-paham la... memanjang kena pau cara extreme punya. Rabak lagi poket aku tahun nie. Sesak-sesak!!!!  Setahun sekali.... biarkan....biarkan...


Malam nie baru nak berangkat. Nak balik awal, heheheee... biasa la.... aku nie bukan tahap rajin sangat pun. Lagipun jalan jem, dengaq kata 1.5 juta kenderaan sedang bergerak skang nie. Biaq lambat sikit takpa. Janji sampai sudah.


Harap-harap hangpa doakan perjalanan aku selamat hendaknya. Aminnn...


akira

1 Malaysia : Bila Ustazah dan Hajjah berbicara tentang ISLAM

Sisters in Islam (SIS) telah memfailkan permohonan agar hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, yang mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, ditangguhkan sementara ia dikaji semula.

"Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi wanita dalam Islam, SIS bertindak atas kepentingan orang ramai selain mahu menyelesaikan kontroversi-kontroversi yang timbul dan untuk memperjelaskan isu ini," kata Pengarah Eksekutif SIS, Dr. Hamidah Marican






berta penuh [ disini ]


jom shopping di anggunayu



akira

Jumaat, 18 September 2009

Majlis Rumah Terbuka. Semua dijemput hadir


akira

1 Malaysia : Sindir Anak Godam Menantu

 "Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan,"

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga,"

 "Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab,"


KAHKAHKAHKAHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
BINI ROSMAH ADA DENGAR KAAA APA INI MAMAK CAKAP!!!

akira

1 Malaysia : Saiful Bukhari INSAF!!!!

Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tuduh mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau. Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci". Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful. Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.


Aksi menarik, Saiful dan bapanya di dalam Masjid Wilayah itu

Kelibat Saiful Bukhari, seolah-olah untuk mencari populariti dilihat di Masjid Wilayah baru-baru ini. Masjid yang menjadi saksi "sumpah laknat" anak muda itu, dikunjungi sekali lagi oleh Saiful untuk tujuan "bergambar dan membuat rakaman video" atas nama bersolat Tarawih. Apakah benar niat Saiful ini, atau hanya kerana untuk mencari satu lagi "publisiti murahan" selepas setahun berlalu. Kehadiran Saiful siap dengan jurugambar jelas sekali menunjukkan bahawa niat beliau sememangnya untuk "menunjuk-nunjuk". Kononnya beliau dipihak yang benar dan sudah insaf atas segala keterlanjuran yang berlaku selama ini. Malahan kelibat beliau itu langsung tidak mendapat perhatian dari kalangan jemaah yang hadir, kerana mereka tahu siapakah Saiful sebenarnya. Saiful adalah "manusia munafik dan terkutuk" kerana sanggup membenarkan "duburnya ditusuk dari belakang" oleh orang lain. Itu pun jika ia benar-benar berlaku. Namun, ramai dikalangan rakyat sebenarnya melihat apa yang terjadi ini hanya "imiganasi Saiful Bukhari" sendiri, yang amat mengidamkan untuk popular dan hidup dalam kemewahan selepas berjaya melakukannya. Kini, harapan beliau untuk "menuju puncak" dalam sandiwara ini sudah hampir tercapai, pabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar baru-baru ini. Saiful bertambah yakin yang beliau pasti akan berjaya dan habuan yang dijanjikan bakal diterima bila-bila masa sahaja selepas ini agaknya.


 sumber : pahangdaily
akira

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu