Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa,
Pejam celik pejam celik dah sebulan berpuasa,
Makin dipejam celik makin banyak salah dan dosa,
Sementara masih celik banyak-banyaklah buat pahala,
Sebelum pejam tak celik-celik harap maaf jika tersalah kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Lahir,
Moga dipanjang Umur di murah rezeki,
Maaf Zahir Batin.Sejak petang kelmarin, berjela-jela sms masuk ke Hp cap ayam aku. Semuanya ayat bunga-bunga dan mendayu-dayu memohon maaf, jangan risau, semua aku maafkan. Cuma yang nie agak lain, kawan aku yang dah hampir 5 tahun tak jumpa. Budak Kampung Jawa, Gombak. Baca punya baca pelik semacam je ayatnya. Selamat Hari Lahir..... buka dompet check ic.... Cisssss patut pun... tarikh lahir aku rupanya, 26 tahun hidup kat muka bumi ni baru aku sedaq aku beranak tarikh nie... 20092009 memang bermakna.... kahkahkahhhh hari lahir aku disambut seluruh umat islam di malaysia, indonesia, bahrain, lubnan, kuwait, arab saudi, dan beberapa buah negara lagi. Lu orang sudah berapa kali sambut hari lahir serentak ngan eidul fitri.
akira
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)