Pilihan anda di PRU13

Rabu, 16 September 2009

Hampir membakar diri kerana rumah

14 September 2009. Mahkamah telah memutuskan untuk merobohkan 17 rumah penduduk kampung Buah Pala.Seorang penduduk , Madam R. Indrani mencurahkan minyak tanah sebelum di tahan oleh anak lelaki beliau C. Seelan.

Menurut Madam Indrani, mereka perlu mencari tempat untuk berlindung namun tidak berjaya sehingga kini.Kaum Cina tidak mahu menyewa kerana bulan "hantu lapar", menurut beliau tidak ada sesiapa pun mahu menyewanya apabila menyatakan bahawa penduduk Kampung Buah Pala ada gangster. [blog wrlr]



kedaikopi : kampung buah pala.... mendapat simpati ramai pada mulanya, namun kini masyarakat memandang serong kepada mereka kerana segelintir individu yang menyalahgunakan saluran yang diberikan. Permintaan pampasan yang tidak munasabah dan sebagainya. kerajaan negeri mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan memberi pampasan yang agak lumayan namun keperihatinan kerajaan negeri diputarbelitkan oleh segelintir individu demi menggambarkan kekejaman kerajaan negeri di bawah lim guan eng. setelah puas memporak-porandakan penduduk kini individu-individu tersebut menghilangkan diri dan membiarkan penduduk terkapai-kapai. kampung buah pala kini bakal tinggal sejarah .... sejarah kezaliman kerajaan BARISAN NASIONAL!!!

akira

2 ulasan:

  1. atakare semua tu....

    BalasPadam
  2. Itulah permainan 'Baling batu sembunyi tangan' Siapa rugi siapa susah? Diberi betis mahunya paha.Marah nyamuk bakar kelambu!Sekarang apa dah jadi? Sendiri juga rugi!!Kuat langkah seluar rabak! Kuat lenggang ketiak rabit! Kuat lonjak kepala bengkak!

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu