Pilihan anda di PRU13

Khamis, 3 September 2009

1 Malaysia : KD Altantuya membuka tirai sejarah



Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini...malaysiakini

Kapal yang berharga RM3.4b dan mempunyai sejarah baru buat tatapan anak-anak muda di masa akan datang. Sejarah pembaziran kerajaan Malaysia. Sejarah pembelian yang menelan komisyen bernilai ratusan juta ringgit dan sejarah pembunuhan seorang gadis mongolia yang menyayat hati menggunakan bahan letupan (c4). Sejarah yang menyaksikan beberapa nyawa yang terpaksa menjadi 'kambing korban' demi menutup jenayah si pelaku sebenar. Sejarah yang meruntuhkan badan kehakiman dan kepolisan negara. Sejarah yang menyaksikan bagaimana 'orang jahat' mampu berkuasa di Malaysia. Dan sejarah ini tak mungkin ditulis dalam mata pelajaran Sejarah.


gambar : mob's crib
akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu