Yang menguasai kita sekarang, bukan raya sahaja, ialah sistem yang tidak tunduk kepada Quran, biarpun Quran itulah yang dibaca dalam bulan Ramadhan. Justru, saya mengambil kesempatan dari semangat Ramadhan yang sentiasa mengibarkan bendera TAQWA itu mengajak sidang Jumaat dalam khutbah hari ini untuk menukar sistem jahiliah ini kepada sistem berlandaskan Quran. (audio: khutbah jumaat 6 syawal 1430H 25 sep 09)
Kuasa perlu dikembalikan kepada mereka yang takutkan Allah. Kuasa ditegak melalui pilihanraya. Pengundi berdaftar sahaja yang layak memilih dalam pilihanraya. Satu undi boleh menetukan sistem itu jahiliah atau Islam. Oleh itu, mendaftar menjadi pengundi (yang akan mengundi untuk Islam, atau sekutunya) nanti adalah juga kesan dari taqwa dari Ramadhan. Taqwa bukan hanya untuk peribadi, tetapi biarlah taqwa itu merebak dalam masyarakat, terutamanya dalam sistem yang memerintah.
Terawih hanya dalam Ramadhan. Sebulan berpuasa juga pada Ramadhan. Tetapi solat sunat berterusan. Witir sentiasa dituntut sepanjang malam. Puasa sunat Isnin Khamis dan sempena tertentu berterusan. Quran mesti dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan sepanjang masa. Ini bererti taqwa tidak bermusim. Ramadhan hanya tempat berlatih secara intensif.
Seperti yang saya katakan di atas, tarbiah Ramadhan memupuk TAQWA tidak terhenti dalam bulan Ramadhan sahaja, tetapi TAQWA mesti disuburkan berterusan sepanjang masa. TAQWA pula tidak memadai untuk individu tetapi biar seluruh sistem hidup itu diasaskan di atas TAQWA. Ketika itulah barakah dari langit dan bumi diturunkan.
sumber : NikNasri.com
akira

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)