Pilihan anda di PRU13

Ahad, 13 September 2009

Gadis Hilang : Pulanglah, Ibu menanti di hari lebaran

 
"PULANGLAH, KAMI AMAT MERINDUIMU"
 
 Blog kedaikopitepimasjid memohon para pembaca sekiranya  mempunyai sebarang info tentang gadis diatas agar segera menghubungi bapanya. Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lalu meresahkan seisi keluarga terutamanya Puan Salmah Ahmad, ibu kepada Norshafarahani bt Alias(gambar diatas) atau pangilan mesranya Syera. Kehilangan Syera yang juga pelajar Politeknik Kulim tidak diketahui puncanya namun berkemungkinan disebabkan terasa hati apabila En. Alias, bapa kepada Syera menanyakan tentang wang pinjaman PTPTN yang berkurangan tanpa sebab yang munasabah. Pesanan terakhir yang ditinggalkan kepada sahabat baiknya yang juga pelajar Polteknik Kulim " Terima Kasih kerana pernah menjadi sahabat" dan selepas itu beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Ramadhan yang menuju ke penghujungnya semakin hambar dirasakan keluarga En Alias. Ramadhan tanpa ditemani anak tersayang amat memilukan apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semoga para pembaca ataupun blogger dapat menyebarkan berita ini agar sama-sama kita membantu menemukan gadis ini kepada keluarganya.

En Alias Othman dapat dihubungi di talian 016-4833539 atau dialamat 257, Mukim 5 Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.



(kadang-kadang tidak bercermin mata)

lagi berita disini

akira

1 ulasan:

  1. kesian budak ni.. thah mana la die pergi.. mudah-mudahan Allah gerakkan hati dia untuk balik.. bulan puasa ni bile tgok kwn2 belikan baju raya etc pada mak diorang kat kampung.. teringat pusara mak yang dah ditinggalkan sepi ditanah perkuburan. Tanah perkuburan yang menempatkan wanita yang byk menabur jasa.. kadang2 pelik tgok ada orang yg sanggup balik beraya rumah bf masa hari pertama dari balik tgok parents sendiri.. huhu

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu