Pilihan anda di PRU13

Ahad, 13 September 2009

1 Malaysia : Cina boleh terima undang-undang Islam, Amno bila lagi?

Sememangnya rakyat Malaysia malahan Pi Em Satu Malaysia sendiri mengetahui bahawa undi kaum cina dan india telah banyak memihak dan membantu kemenangan pakatan rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas dan tidak terkecuali dalam pilihanraya kecil yang menyebabkan Amno hampir gila. Pengalaman bersembang dengan seorang kontraktor besar berbangsa cina sedikit sebanyak membayangkan bukan sahaja Pakatan Rakyat diterima mereka malahan Islam yang diperjuangan oleh PAS itu sendiri menggamit mereka untuk mengenali dan mendekati.

Selalunya kita akan lihat ahli-ahli kelab penyokong PAS hanya akan memakai pakaian yang berlogokan PAS apabila tiba musim pilihanraya atau PRK, tetapi kini tidak lagi. Dua tiga malam yang lepas, aku ada berjumpa dengan seorang cina yang memakai pakaian berlogokan PAS dan gambar TOK GURU di bahagian hadapan dan ISLAM FOR ALL di bahagian belakang. Kerana rasa tertarik aku menegur lalu mengajak beliau berborak.
Soalan pertama yang aku tanya, " Uncle, lain cina takdak marah ka U pakai baju ini macam, lagi ada tulis itu  ISLAM FOR ALL".
Dengan selambernya dia kata, aku ni dah orang yang ke berapa ratus tanya dia bab nie. Dia menerangkan bahawa sejak berlakunya tsunami politik di Malaysia dan selepas PRU12, banyak ceramah anjuran PAS yang dia dah pi dengaq. Jadi, banyak perkara yang dulunya dia tak tahu kini dah jelas. Islam yang diketahui dan dibawa dalam ajaran BN banyak yang bohong katanya. Rasuah contohnya, kalau dalam Barisan lepa tak kata rasuah tapi dikira saguhati. Bila selalu dengaq ceramah, baru dia tahu bahawa rasuah HARAM dalam ISLAM tapi tidak dalam BN. Dia menerangkan untuk mendapatkan projek di bawah kerajaan BN, beratus-ratus ribu terpaksa dihabiskan untuk mendapatkan satu projek, itupun belum confirm, kalau ada kontraktor besar  lain labur lebih, hangus begitu saja duit tu. Berbeza dengan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat sekarang. Walaupun tidak 100% bebas dari rasuah,  dan boleh diperbaiki lagi tapi perbezaan terlalu banyak macam langit dengan bumi. Beliau juga ada meneliti perjalanan kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh Tok Guru, walaupun mendapat kekangan kewangan daripada kerajaan pusat, namun kerajaan negeri mampu melaksanakan pembangunan. Kerana rasuah tiada. Kalau kerajaan Kelantan mengamalkan rasuah dengan peruntukan yang kurang, alamatnya rakyat Kelantan tak bersekolah. Habis peruntukan untuk membina sekolah pun disebat. Kerana keperibadian dan ketokohan Tok Guru, dia langsung tak pernah segan memakai baju berimejkan Tok Guru walau kemana dia pergi.

"Uncle, sekarang sudah banyak tau tentang Islam, Uncle takdak takut ka nanti kalau PR sudah pegang, itu HUDUD diaorang buat.  curi kalu kasi potong tangan"

"Haiya... apa mau takut. Kita takdak curi punya. Sekarang kerajaan BN pegang... dia punya law banyak kasi olang jadi penculi. Skali culi dapat berpuluh libu, kena tangkap baru brapa dia punya denda. Kalau kena lokap... nanti keluar culi balik... Kalau potong tangan, uncle lasa mesti dia sudah tak mau jadi penculi. Lagi bukan saja-saja hentam potong itu tangan, lagi mau ada cukup bukti sama saksi. Itu Hudud baik maa. Dulu kita takdak tau ini betul-betul punya hudud, sikalang bila sudah tau... kita takdak bantah punya. Manyak baik ooo ini law."

Sekarang orang Amno apa macam, cina pun dah terima undang-undang Islam, lu orang bila lagi?

akira

1 ulasan:

  1. betulllbetulllbetulll...

    sekarang memang kaum cina dah faham sedikit sebanyak tentang islam tapi melayu islam yang banyak terlupa tentang hukum hakam dalam islam.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu