Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 18 September 2009

1 Malaysia : Saiful Bukhari INSAF!!!!

Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tuduh mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau. Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci". Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful. Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.


Aksi menarik, Saiful dan bapanya di dalam Masjid Wilayah itu

Kelibat Saiful Bukhari, seolah-olah untuk mencari populariti dilihat di Masjid Wilayah baru-baru ini. Masjid yang menjadi saksi "sumpah laknat" anak muda itu, dikunjungi sekali lagi oleh Saiful untuk tujuan "bergambar dan membuat rakaman video" atas nama bersolat Tarawih. Apakah benar niat Saiful ini, atau hanya kerana untuk mencari satu lagi "publisiti murahan" selepas setahun berlalu. Kehadiran Saiful siap dengan jurugambar jelas sekali menunjukkan bahawa niat beliau sememangnya untuk "menunjuk-nunjuk". Kononnya beliau dipihak yang benar dan sudah insaf atas segala keterlanjuran yang berlaku selama ini. Malahan kelibat beliau itu langsung tidak mendapat perhatian dari kalangan jemaah yang hadir, kerana mereka tahu siapakah Saiful sebenarnya. Saiful adalah "manusia munafik dan terkutuk" kerana sanggup membenarkan "duburnya ditusuk dari belakang" oleh orang lain. Itu pun jika ia benar-benar berlaku. Namun, ramai dikalangan rakyat sebenarnya melihat apa yang terjadi ini hanya "imiganasi Saiful Bukhari" sendiri, yang amat mengidamkan untuk popular dan hidup dalam kemewahan selepas berjaya melakukannya. Kini, harapan beliau untuk "menuju puncak" dalam sandiwara ini sudah hampir tercapai, pabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar baru-baru ini. Saiful bertambah yakin yang beliau pasti akan berjaya dan habuan yang dijanjikan bakal diterima bila-bila masa sahaja selepas ini agaknya.


 sumber : pahangdaily
akira

4 ulasan:

  1. aku rasa nk pang!! je mamat sial nie..bln2 puasa pn nk berlakon.

    BalasPadam
  2. pasal la kamu menghakimi seseorang tanpa perbicaraan? Belum terbukti benar salahnya dah kutuk mengutuk.Ingat Allah yang Maha Adil pun mengadili hamba-hambanya. Jangan kerana taksub membuatkan kamu berlaku zalim pada orang lain.

    BalasPadam
  3. sape yg menghakimi nie?org dah tau la beb..buat tuduhan x berasas mcmtue,senang2 tuduh org liwat tnpa bukti,blh ker nk tuduh org tanpa ada bukti?mahkamah malaysia nie pn bkn bleh pcaya pn dlm mengadili sesuatu kes,korang jwbla kt akhirat nnti,antara org byk msuk negara nnti hakim n pemimpin yg x adil,so renung2kn la yer..

    BalasPadam
  4. ORANG YANG GEMAR BERSUMPAH DAN JADIKAN SUMPAH SBG MAKANAN RUJI HARIAN HIDUPNYA ADALAH ORANG CELAKA ORANG YANG GEMAR MELAKUKAN DOSA KERANA ESOK DIA BLH BERSUMPAH LG DAN LG SEHINGGA DIA NK MAMPUS PUN MASIH SEMPAT NK SUMPAH BAHAWA DIA BENAR SUCI DAN DI LIWAT

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu