Pilihan anda di PRU13

Rabu, 2 September 2009

Kita ditindas, mereka lebih lagi.

Penindasan demi penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional selama mereka memerintah negara menaikkan semangat kita agar terus berjuang dalam menegakkan keadilan. Kebangkitan rakyat dalam menolak cara pemerintahan songsang yang diamalkan BN masih di fasa yang boleh dikategorikan kebangkitan secara aman. Kebangkitan melalui medium demokrasi. Namun selepas berlakunya kebangkitan dalam PRU12, demokrasi semakin hari semakin gelap dirasakan. Namun keyakinan rakyat bahawa keadilan perlu ditegakkan demi negara tercinta harus diberi kredit yang tinggi.Kebangkitan rakyat tanpa memperdulikan isu-isu perkauman yang sibuk dimainkan oleh media-media suruhan BN mempamerkan bahawa rakyat kini lebih terbuka dan cerdik dalam menilai tipu daya yang dimainkan.

Di sebalik apa yang berlaku, sedarkah kita bahawa masih ramai umat manusia yang seagama dengan kita ditindas. Lupakah kita pada mereka, biarpun wang ringgit tidak mampu kita hulurkan, kirimkanlah doa agar mereka tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Rabu, 02/09/2009 – Kementerian Pertanian Palestin telah meletakkan Tentera Laut Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ancaman nyawa kepada para nelayan Palestin di Gaza. Timbalan setiausaha Pertanian, Dr. Ibrahim Al-Qudra berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa organisasi antarabangsa harus campur tangan dan melindungi hak nelayan Palestin dalam mencari rezeki di laut.

Qudra yang melawat sebuah bot Palestin yang dibom sehingga hangus menuduh Israel mengguna bom yang boleh menyebabkan kebakaran dan berkata alasan Israel yang menuduh nelayan Palestin menangkap luar daripada kawasan adalah tidak masuk akal. Pengawai Pertanian akan mengambil langkah untuk mengelakkan serangan ke atas nelayan diulangi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Selasa, 01/09/2009 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada Isnin, bahawa 3 orang rakyatnya cedera selepas tentera Zionis melepaskan tembakan pada malam itu, seorang daripadanya serius, berhampiran antara Kem Pelarian Al-Jalazoun dan kawasan penempatan haram Yahudi di Beit El, timur Ramallah, Tebing Barat. Salah seorang rakyat Palestin yang tercedera itu merupakan paramedik. Sumber itu juga melaporkan, seorang remaja Palestin berumur 17 tahun, Mohammad Nayef, telah mengalami cedera parah, dan dikejarkan ke Hospital Israel Hadassah di Baitul Maqdis.

Remaja terbabit merupakan anak kepada Riyadh Nayef, Pegawai Keselamatan Palestin, yang telah dibunuh oleh tentera Zionis-Israel beberapa tahun lalu. Dua orang lagi yang tercedera adalah, Ali Al-Qaisi yang merupakan seorang pemandu ambulans, ditembak di lengan, manakala Osama Al-Najjar cedera di kaki sewaktu cuba merawat kecederaan yang dialami Mohammad Nayef.

Lebih memburukkan keadaan, tentera Israel dilaporkan telah menculik beberapa pemuda Palestin dan menyembunyikan mereka di kawasan yang tidak diketahui. Punca penahanan mereka juga tidak diketahui.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929

sumber : http://palestinkini.info

akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu