Pilihan anda di PRU13

Khamis, 10 September 2009

Lebihkan Ramadhan berbanding Hari Raya

surah alqadr
Ramadhan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding Hari Raya. Justru, para salafussoleh cukup gembira apabila datangnya Ramadhan, cukup dukacita apabila Ramadhan berlalu. Mereka menyambut Hari Raya pun dengan cukup sederhana. Yang penting Ramadhan telah dilalui dengan cara paling dikehendaki oleh Allah. Hati telah dibersihkan. Jiwa lebih hampir kepada Allah. Bekalan Akhirat sudah dibawa semampu mungkin.
Kita masih berada di bulan Ramadhan, sedang menuju 10 hari terakhir. Tetapi segala moodnya telah bertukar kepada mood Hari Raya. Justru, masa ini ialah masa yang kritikal. Agar kita tidak terseleweng dari landasan syarak dalam meraikan Ramadhan dan Syawal, kita membandingkan kedua-duanya seperti di bawah:

Bandingan di antara Ramadhan dan Hari Raya
Bil Ramadhan Hari Raya
1 Tempoh sebulan Hanya sehari (ziarah tak kisah berapa lama pun)
2 Ada LailatulQadar Tiada
3 Turunnya al-Quran Tiada
4 ‘Ramadhan’ disebut dalam al-Quran Tiada
5 Pahala 1fardhu=70 kebajikan Seperti hari lain
6 Pahala 1 kebajikan=1 fardhu Seperti hari lain
7 Pintu syurga dibuka,
pintu neraka ditutup
Seperti hari lain
8 Syaitan dibelenggu Syaitan berkeliaran
9 Rahmat, pengampunan,
merdeka dari Neraka
Seperti hari lain
10 Seribu satu macam kelebihan Seperti hari lain
Diceritakan bagaimana seorang lelaki masuk kepada Saidina Ali di Hari Raya. Hanya beberapa keping roti keras pada hidangan. Lelaki tersebut bertanya Saidina Ali: ‘Hari Raya dan hanya roti-roti keras wahai Amirul mukminin?’ Saidina Ali menjawab, di antara katanya: ‘Setiap hari adalah Hari Raya bagi orang mukmin jika tidak menderhakai Allah.’ Satu jawapan paling tepat dari menantu seorang Nabi paling mulia yang memahami hakikat Hari Raya. Tentunya Saidina Ali meraikan Ramadhan lebih dari Hari Raya.
Hari Raya juga bukan hanya bermakna kuih Raya, baju Raya, kasut Raya, langsir Raya atau perabut baru raya. Juga bukan hanya bermakna konsert Raya, tayangan sempena Hari Raya atau lagu Raya.
Apa yang disebut oleh Saidina Ali ialah satu ucapan dari mulut khazanah ilmu yang diakui oleh Nabi Muhammad saw sendiri.
Malangnya menjadi trend sebahagian (besar?) umat Islam meraikan Hari Raya dengan cara melampau-lampau, bahkan sehingga mengadakan bid’ah dhalalah pada hari Raya seperti konsert Raya, tayangan Raya, lagu Raya dan lain-lain kemungkaran yang disandarkan kepada Hari Raya. Sedangkan Hari Raya Aidil-Fitri itu bermaksud hari untuk seorang mukmin kembali kepada fitrah semulajadinya selepas sebulan menjalani latihan taatkan Allah dan sebagai hari meraikan kemenangan melawan nafsu selama sebulan.
Marilah kita memahami hakikat Ramadhan dan Hari Raya menurut perspektifnya yang sebenar, melalui kacamata syarak, bukannya kacamata media massa atau akal dan nafsu semata-mata, supaya kita tidak dimurkai oleh Allah selepas sebulan kita berhempas-pulas diajar untuk taat kepada Allah.
 sumber : http://www.niknasri.com 

Ini tak... posa terbarai.... raya nak lebih.

akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu