Pilihan anda di PRU13

Ahad, 20 September 2009

PAKATAN RAKYAT : Hasan Ali jahil amalan berparlimen

" keanggotaan Selcat boleh terdiri daripada bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat terkemuka." Hasan Ali






"Saya agak hairan dengan Datuk Hasan yang jahil dengan amalan berparlimen kerana ini adalah jawatankuasa hak dan kebebasan dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri.

"Tiada amalan sedemikian untuk tempoh selama 300 tahun yang lalu di mana jawatankuasa hak dan kebebasan dianggotai oleh bekas hakim dan anggota bukan Dewan... jadi, saya tidak tahu sama ada beliau jahil atau mahu mewujudkan sesuatu yang baru berhubung amalan berparlimen selama ini.

"Saya mengatakan bahawa berdasarkan amalan berparlimen di negara-negara Komanwel sejak 300 tahun lalu, saya tidak mendengar keanggotaan sedemikian, jawatankuasa hak dan kebebasan terdiri daripada mereka yang bukan anggota Dewan, sambil menjelaskan, aturan mesyuarat DUN juga menetapkan keanggotaan perlu datang daripada semua parti. "
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim

SUMBER : MSTAR

akira

3 ulasan:

  1. hampa ni bila org kritik PR, hampa kata jahillah, nak masuk UMNOlah. hasan kritik benda betul demi menjamin ketelusan dan kecekapan selcat. lgpun ADUN dlm selcat bukannya tahu pasal pengurusan dan tatacara berhubung dgn pegawai kerajaan, mrk tu ahli politik, buat kerja politik sudahlah. cadangan hasan agar ajk selcat dianggotai "BERSAMA"oleh pihak pakar spt hakim, pengamal undang2, bekas pegawai kerajaan dsbgnya krn mereka ini berautogriti drpd ahli politik yg banyak meNIPULASIkan pelbgai prkara. aku tengok hampa ni lg jahat dan bangang dari umno.

    BalasPadam
  2. ya cadangan biar benda yang logik perkara itu sudah ada dalam selcat cuma sekarang ini perkara itu baru tahap siasatan belum lagi kepringkat membuat keputusan. tunggulah sabarlah sedikit masa lagi

    BalasPadam
  3. kasim berkata Kalau SELCAT cakap semua betul jadi suruh dia aje jadi pegawai tertinggi kerajaan negeri baru senang nak jalankan dasar kerajaan negeri. Orang yang sokong parti pembangkang semua kena letak jawatan.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu