Pilihan anda di PRU13

Isnin, 14 September 2009

Ramadhan : Rasa hati di akhir Ramadhan

lailatulqadar
Kemunculanmu baru sahaja dirasai. Anak bulanmu seakan baru semalam ku tatapi.
Solat Terawih hanya seperti baru sahaja dihadapi. Pejam celik, pejam celik, engkau sudah berada disepuluh terakhir. Begitu cepat masa berlalu. Amalan tidak banyak yang dapat dilakukan. Kelebihan-kelebihan Ramadhan masih terlalu banyak yang belum direbut.
Sahabat, bagaimana Quranmu? Bagaimana Terawihmu? Bagaimana Qiamullailmu? Bagaimana hati dan jiwamu? Bagaimana tawakkal, harap dan takutmu kepada Penciptamu?

Kalau ada perubahan ke arah yang lebih baik, Alhamdulillah. Bererti Ramadhan yang dilalui tidak sia-sia. Tetapi kalau perubahannya sedikit, bermakna masih banyak yang perlu diselesaikan. Kalau langsung dirasai tidak ada perubahan, jawabnya ada masalah besar yang sedang melanda anda wahai sahabat. Carilah di mana silapnya. Silap makankah, silap minumkah, silap mulutkah, silap hatikah?
Sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan adalah saat-saat kritikal dan cukup penting. LailatulQadar sangat dinanti oleh sebuah hati yang sudah dibersihkan sepanjang duapuluh hari Ramadhan.
Ujiannya juga cukup kuat. Moodnya bukan lagi mood Ramadhan, tetapi mood Hari Raya. Nasyidnya bukan lagi tentang Ramadhan tetapi lagu Hari Raya. Persiapannya bukan untuk LailatulQadar tetapi untuk satu Syawal. Namun, bagi seorang mukmin yang telah melalui proses pembersihan dan penyucian jiwa, ia tahu yang mana patut didahulukan. Ia insaf yang mana mesti dibesarkan. Ia sedar yang mana mesti direbut dengan sebenar.
Ramadhan, engkau sudah sampai ke penghujung.
Namun amalanku masih banyak yang tergantung.
Kalau tidak dengan Belas dan RahmatMu
Tentu aku beramal dengan jemu
Mujurlah hati ini Engkau sayangi
Kau bersihkannya dari daki
Mujurlah lidah ini Kau basahi
Dengan KalamMu Yang Maha Suci
Mujurlah Kau gerakkan anggota badan ini
Untuk rukuk, sujud dan meletakkan dahi
Menjadi hamba dan khalifah di bumi
Kembali kepada fitrah di Eid al-fitri
‘Selamat Meneruskan Puasa Ramadhan dan Salam Eid al-Fitr’

SUMBER niknasri.com
akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu