Pilihan anda di PRU13

Selasa, 31 Mac 2009

~Antara Dua Persimpangan~Hujah & Ceramah~

PENING! PENING! PENING!

Nak tengok Hujah kat TV9 ka nak pi S.Petani( ceramah DSAI n Johari Abdul)
Dua2 best...
Hujah pun aku tak penah tinggal lagi...
Hujah best sebab yang menang tiap2 minggu mesti Prof Agus..
Prof... aku memang respek kat hang....
Moga kalau musim depan ada hujah pihak TV9 tak akan ambil orang lain...

Kalau pi ceramah... banyak yang nak kena stanby...
baju hujan kena ada..
payung...
spek mata renang....
kasut kena ikat elok2..
kain pelekat tak boleh pakai....
lastik tak boleh bawak aaaaaaaaa...

amacam... hensem ka dak
ingat boleh dapat awek macam
altantuya tak .
Hahahahaaa.....

Pemecah Berita - Makhluk Asing Kini Menuju Ke Bukit Gantang

LONDON - Imej sembilan buah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang membentuk satu formasi di angkasa dirakam secara tidak sengaja oleh perkhidmatan baru Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang gadis, Faye Sharpe, 18, menemui imej tersebut ketika dia menggunakan perkhidmatan tersebut untuk meninjau kawasan kediaman di Wolverley Street, Bethnal Green, timur London.

"Saya sangka ia adalah kapal terbang tetapi kedudukan objek itu adalah terlalu dekat antara satu dengan lain. Mungkin ia adalah UFO," ujarnya.

Seorang pengkaji UFO, Nick Pope berkata, dia berasa teruja dengan imej gambar yang dirakamkan itu dan menganggapnya sebagai mempesonakan. - Agensi

NAK MENSENSASIKAN LAGI BERITA!!!!

UFO tersebut berkemungkinan sedang menuju ke sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia kerana diberitakan terdapat spesis2 baru di negara tersebut. Antara spesis2 baru tersebut adalah beberapa ekor katak yang berwajah manusia di sekitar Perak, spesis buaya berlidah bercabang di sekitar Kelantan dan beberapa lagi spesis yang sedang dalam proses dikenalpasti.
UFO tersebut juga dikhabarkan teruja untuk melihat sebuah kerajaan HARAM yang terdapat di Malaysia.

RENUNGAN BUAT PENGUNDI2 SEKALIAN.

Salam kepada semua warga di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Sedarlah wahai diri kamu bahawa keputusan yang akan kamu adili pada pilihanraya kecil ini bakal diadili di SANA kelak. Buatlah pilihan yang tepat mengikut ciri2 yang ditetapkan oleh Islam. Renung dan fikirlah sebaik2nya.

Bacalah sebelum kamu dibacakan....

Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan
bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik,
cerdas dan amanah, nescaya rakyatnya akan makmur.
Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta
menzalimi rakyatnya, nescaya rakyatnya akan sengsara.

Oleh kerana itulah Islam memberikan pedoman dalam
memilih pemimpin yang baik.
Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan umat Islam
untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman:

"Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan
bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi
pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan
kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu
menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah
orang2 yang zalim" (At Taubah:23)

“Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang
menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan
melindungi negara yang zalim (tiran) walaupun ia
muslim”. (Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib)

Dari Ma’qil ra. Berkata: saya akan menceritakan kepada
engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw.
Dan saya telah mendengar beliau bersabda: “seseorang
yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat
, kalau ia tidak memimpin rakyat dengan
jujur, nescaya dia tidak akan memperoleh bau syurga”.
(HR. Bukhari)

Pilih pemimpin yang mahu mencegah dan memberantas
kemungkaran seperti korupsi, nepotisme, manipulasi,
dll:

“Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia
merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka
hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu,
maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah
selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)

Pilih pemimpin yang mampu mempersatukan umat, bukan
yang fanatik terhadap kelompoknya sendiri:

Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyatakan
dalam Al Qur’an :

“ … Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian,
orang-orang Muslim, dari dahulu … .” (QS. Al Hajj :
78)

Dalam menafsirkan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir
menukil satu hadis yang berbunyi :

“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah
maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.”
Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa
dan solat?” “Ya, walaupun dia puasa dan solat,
walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian
dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas
kalian, yaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba
Allah.” (HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)

Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda:
adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu
hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh
Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan
berkata: ‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang
sebelum kamu itu rosak/binasa kerana apabila
orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka
bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri,
mereka berikan kepadanya hukum’. (HR. Bukhari, Muslim,
Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu
Majah)

“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan
sebagai saksi kerana Allah. Dan janganlah rasa benci
mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah,
kerana itu lebih dekat dengan taqwa…” (Q.s. Al-Maidah
5: 8)

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar
berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya mampu
menjual aset negara atau kekayaan alam Malaysia untuk
kepentingan peribadi dan kelompoknya.

Oleh karena itu, ummat Islam dan rakyat yang bakal
mengundi di 3 pilihanraya kecil ini harus mencari dan
memilih pemimpin yang baik dan mampu memberi kesejahteraan
kepada rakyat dan negara.

BUKIT GANTANG ~ umNO pening kepala

Najib tidoq tak lena, Moooohyidin pening2, Zamry Mamak rasa loya2, BN/UMNO hampir parah.

video
video

kalau nak dikira dari segi undi rakyat, berkemungkinan UMNO akan kalah teruk, kalau guna taktik kotor wallahhualam.

Isnin, 30 Mac 2009

BLOGGER-BLOGGER tersohor bersama PR

Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang.

"Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.

"Kami sepakat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat kerana telah muak dengan politik kuno yang masih menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional" tegas Harris.


Beliau juga menegaskan penulis-penulis blog yang bersama beliau akan memastikan segala maklumat akan dapat disampaikan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang.

Selain itu tegas Harris, jika memerlukan mereka berkempen untuk pihak Nizar, mereka semua tidak akan teragak-agak untuk melaksanakannya.

Menjelang hari Jumaat lebih ramai penulis blog yang akan berada di Bukit Gantang untuk sama-sama membantu dan menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Pagi tadi mereka semua mengikuti rombongan Dato' Seri Mohd Nizar melawat pekan Kuala Sepetang dan beramah mesra dengan peniaga dan penduduk setempat.

Selain Harris, penulis blog lain turut kelihatan antaranya Zorro Unmasked,Del Capo, Shah OBE dan beberapa nama lain. - mks. _harakahdaily..

DAN RAMAI LAGI BLOGGER YANG AKAN TURUT MEMBANTU UNTUK MEMBERIKAN KEMENGANGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT SELAGI PR BERADA DI LANDASAN YANG BENAR. INSYAALLAH DOA2 PARA BLOGGER DAN RAKYAT AKAN DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T.

Ahli PEKIDA dihukum gantung

SHAH ALAM 30 Mac - Seorang lelaki suku Suluk dari Sabah yang juga ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang lelaki Bajau.

Irwan Amat, 32, sebelum ditangkap bekerja sebagai penarik kereta didakwa membunuh Jibal Salim, 34, buruh, pada pukul 9 malam, 16 Oktober 2003 di ruang letak kereta antara blok Anggerik dan blok Cempaka, Country Homes Rawang dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa menikam Jibal sebanyak sembilan kali menggunakan senjata tajam hingga isi perut mangsa terburai. Mangsa mengalami kecederaan dalaman dan pendarahan serius. Doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa mengesahkan bahawa tali perut, usus besar, salur kencing terpotong hingga menyebabkan berlaku kebocoran air kencing. - Utusan

MANA PERGINYA 'AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR'.

Ahad, 29 Mac 2009

pakat mai layan video penamaan calon di bukit gantang

salam buat semua.
korang nak tengok video semasa penamaan calon boleh ke ruangan LAYANKOPIKATSINI di bahagian bawah blog ini dan masukkan perkataan akira8047 diruangan search untuk menonton video tersebut.

aku dah try banyak kali nak upload video tu masuk kat blog ni, tapi ada masalah teknikal yang tak dapat diselesaikan. jadi aku harap korang layan dulu dulu.

buat saudara2ku,
terima kasih kerana melayari blog ini. semoga dipanjangkan umur dan dimurahi rezeki. berjuanglah untuk maruah bangsa dan negara, dan janganlah berjuang untuk duit dan harta.

gambar penamaan calon bukit gantang meriah

jom layan gambaq kat sini. gambaq ambik hanya guna hanphone, minta maaf sebab digital camera tercicir semasa berasak2 keluar. tak tahan, nak terkucil. apapun layan gambaq ni pun dah ok.

klik gambar utk besarkan
dari atas bukit yang berjaya ditawan

pakar2 sedang mengarang lagu

boleh kira sendiri ka berapa orang


semangat yang membara para pejuang PR






inilah bukit yang berjaya ditawan, try kira...1...2...3...4..


kapal selam najib altantuya


mohon maaf bebanyak. disebabkan kehilangan digital camera aku takleh nak kongsi gambar special bersama Ustaz Harun Din, Karpal Singh, team makkal sakti, apek DAP yang sporting, peniaga2 dan macam2 lagi. Nak sesal pun tak guna, benda dah nak jadi.

Sabtu, 28 Mac 2009

TUN SEDIA KEMBALI KEPADA UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau akan menyertai Umno semula.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri hari terakhir perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Dr Mahathir menulis di dalam blognya bahawa beliau tidak hadir pada perasmian perhimpunan agung Umno Khamis lepas kerana menganggap parti itu telah tercemar dengan amalan rasuah dan politik wang.

Dr Mahathir mengumumkan keluar parti pada 19 Mei 2008 kerana hilang keyakinan terhadap Umno... mStar

macam2 dengan mantan PM Malaysia ni.
kejap keluar, lepas tu nak masuk balik.
sat dia takut tercemar kalau menghadiri PAU, last2 pi jugak.
sebagai budak kampung, aku boleh kata lidah dia ni bercabang.
nak kata lebih2 pun tak guna, aku mengaji tamat darjah enam saja,
lepa sampai ada pangkat Dr.

PIKAT RAKYAT MACAM PIKAT BINI- DATUK MOHD SYAFIE

Jika Umno mahu memenangi semula hati rakyat dengan lebih berkesan, parti itu harus membayangkan mereka sebagai gadis yang ingin dipikat untuk dijadikan isteri, kata perwakilan Wilayah Persekutuan.

"Bayang bagaimana kita hendak memikat isteri kita apabila nak kahwin dahulu. Pertama, nak pikat kena tengok apa minat dia.

"Tunjukkan kita ambil berat pada dia, cuba selalu berdamping dengan orang yang kita minati ini.

"Dan kita mesti teruskan mendekatinya. Inilah asas hendak mendekati semula rakyat," kata Datuk Mohd Shafie Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno hari ini.... malaysiakini

Ceh.....
nak pilihanraya baru pikiaq semua tu.
buat apa nak tunjukkan kata hangpa ambik berat kat rakyat.
kalau betui2 jangan tunjuk saja.
ambik berat betui2, yang tu yang rakyat mau.
bukannya kepura-puraan hangpa.
jangan jadi hipokrit.
dulu ada kuasa hangpa tindas rakyat.
la dah sedar kuasa rakyat ladi kuat baru nak terhegeh-hegeh.
jangan ingat rakyat bodoh.
rakyat dah mampu menilai yang mana benar yang mana palsu.
dah menjadi resam umno.
bila pilihanraya baru nak tunjuk muka.
bila pilihanraya baru nak buat projek mee segera.
dah lama rakyat nampak semua tu.
sekarang dah ada alternatif lain untuk rakyat.
rakyat takkan dipijak selama-lamanya.

Jumaat, 27 Mac 2009

aPaBila Mahaf****n a.k.a ManTan PM BerSuaRa....


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno semalam kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah.

"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," tulis mantan perdana menteri dalam blognya hari ini.

"Mereka memilih sebagai ketua mereka, seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai ketua Pemuda.

"Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal?

"Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia," tambahnya

Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kenapa lebih enam jam diperlu untuk mengira hanya 790 undi.

TUN TUN,
KAN SAYA DAH KATA DUDUK DIAM2. BILA TUN BUKAK MULUT, MESTI ADA PERKATAAN BAHLUL YANG TUN UCAPKAN. AWAT DULU TUN BERSIH DARI RASUAH KA. TUN DULU PUN 2 X 5 SAJA.
LAGI SATU KALAU TUN NAK TAU SEBAB APA DIA ORANG AMBIK MASA 6 JAM NAK KIRA 790 UNDI. LEPA TAK RETI NAK KIRA DALAM BAHASA INGGERIS. DULU LEPA BLAJAQ PAKAI B.MELAYU, LA KENA KIRA PAKAI B.INGGERIS TU YANG TAK BERAPA NAK RETI. BUKAN TAK TAHU NAK TAMBAH, TOLAK ATAU BAHAGI, CUMA TAK PAHAM BILA BIG BOS BAGI ARAHAN DALAM B. INGGERIS.

aPaBila ToYoL sElanGor BerSuaRa..


Dr Khir Mohd Toyo has blamed the Pakatan Rakyat as one of the reasons behind his failure to fulfil his dreams of wresting the Umno Youth chief post in the party polls on Wednesday.

Speaking to a press conference this morning at the Putra World Trade Centre where the Umno general assembly is being held, Khir said the Pakatan-led Selangor government's inquiry on the Balkis fiasco had influenced the way delegates voted.

TOYO YANG HAPRAK. DOK NAK SALAHKAN ORANG LAIN LAGI. DAH ORANG TAK SOKONG DOK DIAM2. TAK PAYAH DOK NAK TUNDING JARI SANA-SINI. KALAU PAYAH SANGAT, JADI GEMBALA LEMBU LAGI BAIK, TAK PUN BUKA KILANG PENYAPU. DAN YANG PALING BAGUIH, BUKA KLINIK BOTOX.

Shahrir Samad letak jawatan Menteri

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Datuk Shahrir Abdul Samad memutuskan untuk meletakkan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna setelah tidak terpilih sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan Umno semalam dan ia adalah muktamad.

"Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri," katanya.

"Umpamanya saya (sebagai) menteri kena hadir di Parlimen. Bagaimana saya nak menjawab soalan dengan begitu yakin kalau saya tak dapat sokongan dari parti.

"Itu jadi masalah bagi saya. (Orang akan mengatakan) YB ini, parti pun tak terima, kalah dalam pemilihan parti, macam mana boleh jadi menteri," katanya.

YANG TAK DAPAT SOKONGAN LETAK JAWATAN.
YANG DISABITKAN DENGAN POLITIK WANG BILA LAGI?

anak-anak UDANG bukan anak- anak BILIS

Kelmarin ari khamis, ada member ajak mancing udang galah di sungai Kerian, Nibong Tebal. Alang2 masih lagi penganggur, rasanya tak dak hal kalau setakat nak pi mancing. Walaupun bukan musim udang galah, tapi kalau kena dengan lokasi yang sesuai masih ada udang galah yang mampu dinaikkan. Walaupun udang2 galah ni tak bersaiz jerangkung, tapi layan tetap layan. Jom cuci mata ngan foto2 ni.

Hasil yang dipeolehi dalam masa 2 jam setengah.
Cukup la banyak ni, jangan tamak macam
pemimpin2 umno, dari projek sapu sampah sampai
projek kondo 14 tingkat, semua dia nak sapu.

Ini aku punya member. Nama dia Atan,
partner aku bila turun mancing.
Kat mana aku ada, mesti dia ada punya( time mancing saja
la, jgn ingat lain pulak). Peneman setia dari pancingan
kolam hingga ke laut dalam.

Kan aku dah kata, nak dapat yang besar kurang, anak2 banyak.
Sama gak dengan SPRM, nak tangkap jerung susah,
anak2 bilis banyak diorang tangkap.

Yang ni pelik sikit, bukan sebarangan anak. Kalau manusia,
makluk ni kategori mafia la. Tengok badan kecik, dia punya sepit
boleh gagah, mau putus jari dikepitnya.
Kalau yang macam ni, SPRM payah mau tangkap.

Khamis, 26 Mac 2009

apa nak jadi dengan MALAYSIA? renungan dari ......

salah seekor beruk yang sedang memikirkan halatuju negara. pening rasanya apabila pemimpin2 muda yang diangkat di dalam PAU penuh dengan kontrovesi. namun si beruk ini akan tetap memberi sokongan padu kepada sesiapa pun yang terpilih.

Berita yang sah diterima:- walau apapun yang terjadi beruk ini akan tetap setia sebagai AHLI UMNO

sEkALuNg tAHnIAh BUAT khairi dan juga syarizat

TAHNIAH..... TAHNIAH.....
KEPADA KHAIRI DAN JUGA SYARIZAT..
MENANG BERSAMA KONTROVESI...
MENANG BERSAMA PENIPUAN...
APAPUN TAHNIAH DIUCAPKAN DARI WARGA PERMATANG PAUH.

BAGAIMANAKAH PENILAIAN PERWAKILAN?
ADAKAH DISEBABKAN SALAM BERISI?
WALAUBAGAIMANAPUN TAHNIAH SEBAB BAGI NAJIB PENING.
DAN MENYEBABKAN CHE DET TERKENA HEART ATTACK.
TAHNIAH.... TAHNIAH...

YANG DISABITKAN RASUAH JADI KETUA PEMUDA.
YANG DITOLAK RAKYAT SEMASA PILIHANRAYA JADI KETUA WANITA.
KALAU TGK GAMBAQ MAMI JARUM, LEPA MESTI KATA APA PUNYA 'TURRRR'
TAKDAK AKAI KAAA...

SEKALUNG TAHNIAH BUAT MEREKA BERDUA.
KERNA MEMBERI LEBIH INSPIRASI.
AKAN DISEDIAKAN KERANDA 152,
KERNA UMNO BAKAL DITALKINKAN TAK LAMA LAGI.

-WANITA UMNO ,KERA dan KAMBING MEMBER AKU-


kah...kah...kahh..
gelak jangan tak gelak....

tengok gelagat wanita semasa pengumuman pemenang......
nak macam kera pun ada...
tak dengaq arahan langsung....
kalau orang kampung takpa la jugak...
ni semuanya bakal pemimpin....
tapi tak berapa nak paham bahasa....
buat malukan kaum hawa....
tok nek aku tengok pun dia geleng kepala...
macam ni ka pimpin negara...
kalau kera pun reti bahasa....

teringat kat member kampung...
kerja dia cuma gembala kambing..
tapi kalau dia tiup wisel..
siap berbaris lagi dia punya kambing..
kira reti bahasa la kambing tu..

ni apa punya wanita...
ada otak boleh pakai pun tak reti nak guna...
tunjuk la sikit sifat profesional tu...
jangan la jadi kera tiga suku..

penyamun, perompak, perasuah- inilah dia keputusannya

inilah dia bakal2 pemimpin di bahagian sayap. yang bakal memacu umno untuk terus maju. nampak keputusannya najib tak boleh tidur lena. perancangan tidak mengikut skrip asal. Che Det pun tengah dok garu kepala, anak kesayangan tertewas jua.

keputusan adalah sumber dari malaysiakini

WANITA

Pengerusi tetap
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)

Timbalan pengerusi tetap
Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)

Ketua
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)


Naib ketua
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)


Ahli jawatankuasa

1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)

11. Jamelah A Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)


PEMUDA

Pengerusi tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)

Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)

Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)

Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)

11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)


PUTERI

Pengerusi tetap
Azlieza Azizan (445 undi)

Timbalan pengerusi tetap
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)

Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)


Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)


Ahli jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)

11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)

Rabu, 25 Mac 2009

kan betui aku kata P*L*S BAHLUL!!!!

Polis mencari seorang lelaki untuk hadir sebagai saksi penting perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah 4, Jalan Duta di sini Khamis.

Pegawai Hal Ehwal Awam Polis Dang Wangi, Inspektor Darlina Darno dalam satu kenyataan berkata, saksi yang dicari itu ialah Mohd Noor Razak, 50, kad pengenalan bernombor 590304-03-5011 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Kok Pasir, Palekbang, Tumpat, Kelantan.

Saksi tersebut diminta agar hadir ke perbicaraan mahkamah bagi sebutan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada pukul 8.30 pagi....bernama

kah...kah...kah... kan betul aku kata polis bahlul....
cuba hangpa pikiaq, ari ni baru nak cari saksi, esk dah nak naik court.
apa kebahalul punya cerita.
tak bleh cari awai sikit ka.
hangpa dok buat keja apa.
makan angin ka dok kalut nak sekat PR buat ceramah.
tak pun jaga beruk2 ameno kat PWTC
dah tau saksi penting, cari la awai2.
orang kata bodoh... hangpa nak saman.
apa ke mangkaq punya otak.

Didenda RM80 sebab kata polis BODOH!!!

Akibat mengeluarkan perkataan kesat, "polis bodoh" kepada polis yang menyamannya, seorang pemandu teksi didenda RM80 di Mahkamah Majistret di sini Rabu.

Majistret Nor Azah Kasran menjatuhkan hukuman tersebut setelah Wong Yoot Weng, 62, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di hadapan lampu isyarat, Jalan Hang Lekir, pada pukul 5.32 petang semalam....bernama

kah.... kah....kah.... polis bodoh...... kah... kah... kah...
kau kutuk lagi, kan dah kena.....
tu baru kata, kalau kau jentik lagi teruk kena saman...
lain kali jangan kata bodoh....
kata bahlul......
kalau rakyat yang dok kena tembak ngan water kenen tu boleh saman polis dak...
sure tak boleh punya..
negara ni negara polis..
mak bapak lepa yang berjuang nak dapat kemerdekaan dulu...
tu yang lepa keras kepala...

~Gegarkan Dua Bukit dan Satu Batang Dengan Laungan ALLAHUAKBAR~

Wahai rakyat2 Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, bangun dan perangilah kebiadaban UMNO merampas hak kamu. Tunjukkan kuasa rakyat lebih besar dari kuasa wang mahupun kuasa sultan. Suara rakyat suara keramat. Launglah Allahuakbar hingga bergegar seluruh alam. Bukalah mata dari lena yang tak berpenghujung. Bangkitlah menentang kezaliman rejim UMNO. Kami sudah buktikan di Permatang Pauh bahawa suara rakyat mampu merobohkan tembok keangkuhan UMNO laknatullah. Begitu juga rakyat Kuala Terengganu, laungan Allahuakbar kaum bawahan menyerap ke dalam diri. Api dan semangat perjuangan tidak akan padam selagi rejim UMNO tidak dikuburkan dalam lipatan sejarah.

Panglima Perang UMNO Sudah Menyalak

Sewaktu majlis perasmian Pemuda, ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih meneruskan tradisi baru tetapi kontroversinya yang mengarak dan mencium keris .

Dalam ucapannya tadi, beliau menempelak projek peralihan kerajaan persekutuan "16 September" yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya "petualang yang cuba mengajar anak ketam berjalan betul".

"Ada petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia.

"Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya; apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Demikian kebenaran ketentuan Ilahi menidakkan dakwaan orang yang bersifat takabbur, bersifat riak, bersifat sombong.

"Demikian bidalan Melayu kepada ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul," katanya.

Tambahnya, "petualang" tersebut seorang yang "gilakan kuasa, sanggup bersekongkol dengan musuh, menghina tanah air sendiri di serata dunia, mempersenda institusi raja, manusia berbagai-bagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi dan lain di depan, lain di belakang."

"Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri," katanya.

"Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh Si Petualang ini."

"boleh cakap MELAYU lagi mamat nie"
......aku ingat dah tak reti......
siap main pantun2 pulak tu

"kah..kah...kah ......sapa yang nak jual negeri......ish...ish...ishhhh....
baik lagi jual ikan senohong, gelama dan ikan duri......
takpun boleh jugak jual keris kontrovesi........
sapa yang nak jadi petualang......
lu ka, wa ka, dia ka, tapi wa rasa lu la....
sendiri cakap pun tak serupa bikin....

Jom Layan Gambaq Nie Dulu

pagi2 nie elok layan gambaq yang boleh buat kita tersengih. rajin-rajin sengih umoq panjang, orang2 dulu la kata. semangat pun lebih sikit, baru boleh nak gempur tentera laknatullah.

~Malaysia-Demokrasi Sepinya~

Aku copy hasil karya nie kat blog ummi. dicatat olh Bikir Perak pada 23 mac 2009 : 23.12

~~~DEMOKRASI SEPINYA~~~

KINI TANAH AIRKU HILANG SERI
TIDAK ADA LAGI DEMOKRASI
BILA HAK RAKYAT DI ANAK TIRI
GEROMBOLAN TOPI MERAH
SEPERTI TAK SEDAR DIRI
MEMBEDIL MENAMBAK KESANA KEMARI

DIKEPALAI.....!!!!
AL NAJIS TUAN AMPUNYA DIRI
BERSAMA BINI YANG SYOK SENDIRI
SEDANG BERMIMPI DISIANG HARI
DI PWTC HARI INI....????!!!


WAHAI PENIPU & PERASUAH SERTA KRONI
SELAMAT BERSIDANG
BERSAMA SANG ULAR, SANG KATAK JUGA SANG BEDAL ADA DI SINI
TIDAK KETINGGALAN SANG BOMOH MR JI
DIIMPOT KHAS DARI LUAR NEGERI

BERADU NASIB DIRI
KEMPUNAN AMAT KERUSI
PERDANA MENTERI...????

ATAUPUN HANYA SECEBIS MIMPI
SEPERTI LEDAKAN C4 NGERI
KE TUBUH MODEL TINGGI LAMPAI
AKHIRNYA MAKAN DIRI...!!
SANG NAJIS DAN BINI...???

TUNGGULAH JERITAN KERAMAT AL-TANTUYA DI
BUKIT SELAMBAU JUA BUKIT GANTANG SERTA DI BATANG AI.....????

PAKATAN RAKYAT SEDIA MENANTI
UNDUR DIRI JAUH SEKALI
WAHAI! KERIS TERLANJANG YANG PENUH PROVOKASI
PARTI BERLANDASKAN KATI..!!
KELENTONG, SANA SINI !!
TAK AKAN TIMBUL LAGI
TERBENAM BERSAMA NAJIS & TAHI..??

KELAK NANTI
DUNIA JADI SAKSI
DEMOKRASI PASTI
DIBUMI TANAH AIR KU KEMBALI...

~~~ALLAHUAKBAR~~~~

Selasa, 24 Mac 2009

HAKIM TARIK DIRI- KES SAMAN SPEAKER

IPOH: Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim membuat keputusan untuk menarik diri daripada mendengar kes saman membabitkan Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Ridwan membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengarahkan agar kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, kata Chan Kok Keong, seorang daripada peguam yang mewakili Sivakumar.

Zambry dan enam anggota exco itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri persidangan DUN, masing-masing untuk 18 bulan dan 12 bulan, sebagai tidak sah dan terbatal. - Bernama

FRU antara rela dan terpaksa




Antara anggota keselamatan yang sama mengaminkan doa
di majlis penamaan calon Bkit gantang


ANTARA RELA DAN TERPAKSA







Dalam keterpaksaan melaksanakan tugas.
Namun sebagai manusia, anggota keselamatan
masih mempunyai pilihan samada menzalimi rakyat
atau mencari rezeki di bidang lain.
Allah sentiasa membuka pintu rezeki untuk
umatnya yang ikhlas mencari.

KENALI DS NIZAR

Nama: Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Tarikh dilahirkan: 17 Mac 1957 ( Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. )

Pendidikan awal:
Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar
Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.

Kelulusan:
Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.(1972)
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Bidang pekerjaan yang telah diceburi:
Jabatan Kerja Raya, Bahagian Bengkel dan Kuari
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus),
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Projek yang pernah diurus:
Dayabumi fasa 2 & 3 (1983)
Projek Pusat Islam (BAHES), Jabatan Perdana Menteri (1984),
Projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985),
Pengurusan Bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Projek Terkini:
Pengarah Urusan di beberapa firma swasta dan di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Bidang politik:
Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001).
Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini)
Bendahari PAS Negeri (2001- 2006)
Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.
Menteri Besar Perak ( Mac 2008~kini)

Keluarga:
Isteri: Datin Seri Hajjah Fatimah Taat.
Anak-Anak:Lapan orang cahaya mata.
Anak pertama lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan.
Anak kedua lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan.
Anak ketiga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon.
Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Agenda Dato Sri Nizar Jamaluddin:
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Bahasa:
Boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.


~APA LAGI YANG WARGA BUKIT GANTANG MAHU. SEORANG PEMIMPIN YANG BERWIBAWA UNTUK ANDA TELAH DILAHIRKAN. GUNAKAN KUASA ANDA SEBAGAI RAKYAT UNTUK MEMBOLEHKAN PEMIMPIN INI MEMBERI KHIDMAT~

Isnin, 23 Mac 2009

Perwakilan mahu PAU ditunda

Sekumpulan perwakilan Umno akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) esok untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.


"Kita juga hendak meminta ROS menjelaskan bagaimana Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini,"

Mengulas lanjut, Kadar berkata, menurut perlembagaan parti, apabila kedua-duanya didapat bersalah, maka mereka tidak boleh hadir mesyuarat parti.

Kadar juga mendakwa, 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung kali kerana muflis

Antara mereka yang akan menemui ROS pada jam 2 petang esok ialah ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor.... malaysiakini


"BERSILAT DALAM GELANGGANG SENDIRI"

HARAKAH, SUARA KEADILAN DIGANTUNG

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan - masing-masing selama tiga bulan...malaysikini

SATU LAGI TINDAKAN BACUL DARIPADA KERAjaan BN.
NAMPAKNYA KERAjaan BN DALAM KEADAAN TERDESAK
HINGGA SANGGUP MENGGANTUNG AKHBAR HARAKAH
DAN SUARA KEADILAN.
TAK LAMA LAGI MUNGKIN SEMUA BLOG AKAN DITUTUP
UNTUK MENGELAKKAN BERITA TERKINI DAN BENAR SAMPAI
KEPADA RAKYAT.
SEKIRANYANYA BLOG PUN DITUTUP, TERHAPUSLAH DEMOKRASI
DI MALAYSIA

DOlah oh doLAH

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang menunjukkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sunyi daripada menghadapi masalah.

"Mereka bukan tak pernah ada masalah. Masalah banyak tapi mereka suka cakap pasal kita supaya kita tak cakap pasal mereka

Kata Abdullah: "Mereka pun ada masalah, anggota mereka tu bukan semuanya orang yang baik-baik belaka. Ada juga yang tak betul, memang adalah dalam mana-mana parti politik pun sebenarnya."

DOLAH OH DOLAH!
MASALAH MEMANG ADA DIMANA2
CUMA CARA PENYELESAIAN SAJA YANG BERBEZA
YANG BERMASALAH LETAK JAWATAN
YANG TAK BETUL DIPERBETULKAN

MACAMANA PULA DENGAN UMNO
YANG BERMASALAH BILA NAK LETAK JAWATAN
YANG TAK BETUL BILA NAK DIPERBETULKAN
PERASUAH DISIMPAN
PEMBUNUH DI BELA
PEROGOL DI PUJA
PENDERHAKA DI SANJUNG
TAK NAMPAK SEKOQ PUN YANG NAK LETAK JAWATAN

NAMPAKNYA MASALAH UMNO LAGI BANYAK KALAU NAK DIHURAIKAN

PerJuangan Atas Nama Keadilan

AKAN KAMI BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
BERJUANG MENENTANG KEZALIMAN
BERJUANG MENENTANG KEMUNGKARAN
BERJUANG MENENTANG PENINDASAN
BERJUANG MENEGAKKAN KEADILAN
BERJUANG ATAS NAMA ISLAM
BERJUANG ATAS NAMA RAKYAT
DEMI NEGARAKU YANG TERCINTA

Boleh Tak Kita Dapat Pemimpin Macam Nie

TOKYO - Ketika pengurus-pengurus syarikat Amerika Syarikat(AS) dikecam hebat kerana mengambil bonus lumayan, golongan eksekutif Jepun berjaya mengelak kontroversi dengan memotong gaji mereka atau bekerja secara percuma sewaktu dunia dilanda krisis ekonomi.

Apabila ketua-ketua syarikat pengeluar kenderaan AS diselar baru-baru ini kerana menggunakan jet peribadi ke Washington bagi merayu peruntukan kerajaan, bos syarikat penerbangan terbesar di Asia iaitu Sistem Penerbangan Jepun (JAL) berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki bas seperti pekerja biasa.

Preiden JAL, Haruka Nishimatsu turut memotong gajinya dan beliau juga sanggup berbaris bersama-sama kakitangan lain untuk makan tengah hari di kafetaria syarikat itu.

Langkah berjimat cermat itu turut dilaksanakan presiden sebuah firma pengeluar cip komputer, Yukio Sakamoto yang bekerja tanpa gaji selama dua bulan pada tahun lalu bagi membantu memulihkan prestasi syarikat.

Selain mereka, menurut tinjauan akhbar Nikkei, ketua di lebih 200 firma besar Jepun turut memotong gaji mereka sejak April tahun lalu.

Pengeluar kereta terbesar di dunia Toyota membatalkan pembayaran bonus untuk kakitangan eksekutifnya pada tahun ini.

Seorang pakar ekonomi, Profesor Hideaki Miyajima berkata, perbezaan antara ketua-ketua pegawai eksekutif (CEO) Jepun dan AS itu adalah kerana ketua-ketua syarikat di Jepun bermula dari bawah justeru mereka lebih memahami kesusahan orang bawahan. - AFP


BOLEH KE TAK KITA DAPAT PEMIMPIN MACAM NIE?

JANGANKAN NAK BERKORBAN MACAM NIE, DUIT RAKYAT PUN LEPA SAPU BERSIH.

Kekuasaan Blog

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Blog media baru berpengaruh

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.

Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.

Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.

Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.

Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.

Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.

Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.

Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.

Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.

Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.

Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.

Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.

Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.

Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.

Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.

Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.

Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.

Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.

“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.

Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.

Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.

Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri

LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.

Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.

Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.

“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.

Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.

Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.

Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.

Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.

Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.

Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.

Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.

Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.

Ahad, 22 Mac 2009

CHE DET TETAP PILIH MUHYIDDIN

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap konsisten memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang paling layak menjawat jawatan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri yang seterusnya.

"Ya, saya menyokongnya. Saya percaya beliau mampu melakukannya," katanya dalam satu temubual dengan The Star baru-baru ini.

Bagaimanapun, penyokong-penyokong kepada seorang lagi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak berpuas hati dengan perkara itu dan berkata, pilihan sepatutnya terserah kepada perwakilan....sumber mStar

..........TUN...TUN....TUNNNNN...........
.......TIMA KASIH SEBAB TUN DAH BERJAYA.........
........BERJAYA APA?......
.........HAHAHAHA....
...BEJAYA MEMECAHBELAHKAN PUAK2 UMNO...

SAMI VELLU KEKAL PRESIDEN MIC

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC buat penggal kesebelas tanpa cabaran.

Kemenangan beliau itu berikutan beberapa pencalonan kepada saingannya bagi jawatan itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan telah ditolak atas beberapa sebab tertentu.

Difahamkan, kira-kira lapan pencalonan daripada 53 yang diterima oleh Muthupalaniappan ditolak sekaligus gagal memenuhi kuota 50 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Pencalonan bagi jawatan Presiden telah ditutup pada pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, Muthupalaniappan ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan yang beliau tidak layak bertanding jawatan itu.

Katanya, beliau difahamkan, kesemua pencalonan yang diterimanya telah ditolak.

"Saya difahamkan kesemua pencalonan saya telah ditolak. Saya sangat terkejut.

"Bukan dua tiga (yang ditolak)...semua ditolak," katanya...sumber mStar

Sabtu, 21 Mac 2009

labun KULUP SAKAH!: "Abang takkan sembah ameno, biarlah merempat gini!" bekas askar dalam peristiwa memali

labun KULUP SAKAH!: "Abang takkan sembah ameno, biarlah merempat gini!" bekas askar dalam peristiwa memali

GERAK lapor salahguna kuasa RAFIDAH

SHAH ALAM - Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung dakwaan kes penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Tan Sri Rafidah Aziz.

:Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, sebanyak lima pertuduhan dikemukakan dalam laporan terhadap bekas Menteri Kabinet itu dan berharap siasatan segera dapat dilakukan SPRM.

:"Antaranya, kemungkinan wujud elemen rasuah membabitkan pembahagian peruntukan saham khas Bumiputera yang terletak di bawah bidang kuasa Miti yang pada asasnya diagihkan kepada pemilik ekuiti selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.

:"Namun, berdasarkan maklumat dan bukti dokumen yang kita ada, matlamat tersebut dikhuatiri tidak tercapai apabila ada orang perseorangan yang mempunyai hubung kait dengan beliau menerima agihan tersebut," katanya kepada :Sinar Harian: semalam.

:Menurut Mohd Nazree, segala maklumat dan dokumen berkaitan dakwaan itu akan diserahkan bersama laporan SPRM termasuklah bukti yang mengaitkan Rafidah terlibat dalam beberapa siri mesyuarat berhubung pengagihan tersebut.

:"Kita berharap SPRM akan menjalankan siasatan segera terhadap laporan ini," katanya.

:Mohd Nazree berkata, segala maklumat berhubung baki empat pertuduhan salah guna kuasa dan penyelewengan lain akan didedahkan pada sidang media sejurus selepas laporan dibuat.

:Katanya, laporan tersebut boleh disiasat mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No.22 Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1070, Akta SPRM 2009.

:Laporan Gerak terhadap Rafidah itu akan dibuat oleh Srikandi Gerak di Ibu Pejabat SPRM Selangor, di Plaza Massalam, di sini jam 3 petang ini...... sumber dari sinar harian online.

ADAKAH SPRM AKAN MENYIASAT KES INI DENGAN TELUS?
SEMUA RAKYAT SEDANG MEMERHATI CARA SPRM BEKERJA.
SELALUNYA KALAU KES YANG BERKAITAN DENGAN PEMBANGKANG AKAN DISIASAT DENGAN SEGERA, BAGAIMANA PULA DENGAN KES YANG BERKAITAN DENGAN PEMIMPIN UMNO. ANAK BILIS DAH BANYAK YANG KENA, BILA PULA JERUNG NAK DITANGKAP.



Ali akan letak jawatan kalau.....

Pak Ali dari Melaka sebaik-baiknya meletak jawatan demi membersihkan imej parti yang disertainya dengan segera. Namun Pak Ali ni masih berdegil dan akan terus menjadi Ketua Menteri Melaka walaupun diselubungi dengan politik wang.

Pak Ali menegaskan beliau akan terus memberi sumbangan kepada parti, agama dan bangsa.
Tetapi berdasarkan khabar angin yang diterima, Pak Ali hanya akan meletak jawatan setelah produser dari India memberikan tawaran kerja sebagai pelakon tambahan di Bollywood.

Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat oleh Pak ALi.

PENJENAYAH AKAN BERMAHARAJALELA SEMASA PAU BERLANSUNG

Kawalan keselamatan pada Perhimpunan Agung Umno ke-63 yang akan bermula Selasa ini akan diperketatkan bagi mengelak kejadian tidak diingini, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Beliau berkata lebih 2,000 anggota keselamatan ditugaskan sepanjang tempoh perhimpunan itu berlangsung selama lima hari.

RAMAI ANGGOTA KESELAMATAN PAKAT PI JAGA PERHIMPINAN AGUNG UMNO(PAU) SAPA NAK JAGA KESELAMATAN RAKYAT?
PARA PEROMPAK, PENCURI DAN PENYAMUN SEDANG MERANGKA JENAYAH UNTUK DILAKUKAN SEMASA PAU BERLANSUNG BERIKUTAN RAMAI ANGGOTA KESELAMATAN TERTUMPU DI PERHIMPUNAN TERSEBUT. KADAR JENAYAH AKAN MENINGKAT UTK BEBERAPA HARI KERANA PEMIMPIN2 UMNO YANG MENGADAKAN PERHIMPINAN TERSEBUT LEBIH MEMENTINGKAN KESELAMATAN MEREKA BERBANDING KESELAMATAN RAKYAT.

SAH FAIRUS LETAK JAEATAN

PETALING JAYA: Selepas desas-desus sejak tiga hari lalu, Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan ahli Exco negeri.

Keputusan itu berkuat kusa 8 April ini - sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi.

Fairus mengambil keputusan tersebut di sebalik siasatan berhubung isu rasuah berkaitan dengan aktiviti kuari di Pulau Pinang.

Fairus dilantik Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.

Sebenarnya desas-desus Fairus akan meletakkan jawatan itu sudah kedengaran sejak Disember lalu.

Sejak pertengahan minggu ini sudah kedengaran desas-desus Fairus sudah diarahkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar meletakkan jawatan itu dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Kata Lim, beliau telah pun menerima surat peletakan jawatan Fairus hari ini.

Bagaimanapun katanya, Fairus akan kekal sebagai ADUN Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penanti merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Permatang Pauh yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya.

Lim bagaimanapun enggan mendedahkan sebab Fairus meletakkan jawatan.

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Fairus atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau menafikan desas-desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

http://www1.mstar.com.my

TERIMA KASIH KEPADA FAIRUS KERANA MELETAK JAWATAN. ITU ADALAH PERKARA TERBAIK UNTUK RAKYAT. BERIKAN TUGAS KEPADA YANG DAPAT MELAKSANAKANNYA DENGAN AMANAH.

Jumaat, 20 Mac 2009

TUN Marah ka...

Rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar jangan melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri datangnya daripada orang yang bukan betul-betul waras pemikirannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis.

"Dia berhak berkata. Dia (cuma) satu orang (sahaja). Sama ada Yang di-Pertuan Agong mendengar pendapat satu orang itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada media ketika diminta mengulas tentang rayuan itu yang dibuat oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim semalam... mStar.


APA YANG TUN DOK KALUT SANGAT.

DAH TUA2 TU DOK UMAH DAH LAA.

MAIN NGAN CUCU2.

BUAT AMAL IBADAT BANYAK2.

IDUP PUN TAK TAU TINGGAI BRAPA ARI LAGI.

CUKUP2 LA NGAN DUNIA POLITIK.

TAK PAYAH NAK SUSUN PENTAKBIRAN NEGARA.

TUN BUKAN NAK BAGI ELOK.

NAMPAK NAK BAGI HANCUR NEGARA ADA LAA.

SAYA NASIHATKAN TUN DOK UMAH SUDAH, JGN DOK NAK KALUT LAGI.

SAYA TEGUQ NI TUN JGN MARAH PULAK,

SEBAB RAKYAT DAH MUAK DGN SANDIWARA POLITIK TUN NI,

UMNO Sudah Bersedia Berubah? Betui ka..

Umno, yang akan mengadakan perhimpunan agungnya minggu depan, sudah bersedia untuk membuat perubahan dan pembaharuan yang dikehendaki, kata Naib Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Perhimpunan ini membuktikan tidak ada perpecahan di dalam parti dan ini merupakan satu perhimpunan di mana kita hendak tunjuk kepada masyarakat bahawa kita memang parti yang memberikan perhatian kepada soal perpaduan," katanya.

Beliau berkata perhimpunan itu diharap dapat memulihkan keadaan dan meningkatkan keyakinan anggota parti untuk menghadapi masa depan dengan harapan baru di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bakal mengambil alih kepimpinan parti daripada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

APA PERUBAHAN YANG NAK DILAKUKAN?
APA PEMBAHARUAN YANG NAK DILAKUKAN?

eemmm............. aku rasa aku tau perubahan apa yang dimaksudkan....
dulu rasuah sejuta...... berubah jadi 10juta....
dulu projek kelas F..... berubah ambik projek MEGA....
dulu tak berapa nak rakus..... la kena berubah makin rakus...
dulu big mama malaysia comel...... la berubah jadi king kong la alamatnya...
dulu patek pilip 150k...... la kena 'up' sikit lagi la...
duli beg LV nilai 10k... la siap dlm beg LV tu ada ngan rm100k lagi....
semuanya kena berubah...
biaq rakyat papa kedana....... janji pemimpin kaya raya....

TAPI...

kalau semua pemimpin UMNO betui2 dgn nawaitu yang baik untuk berubah... Alhamduillah....
tapi rasanya boleh banjir satu malaysia kalau lepa boleh berubah.....

Khamis, 19 Mac 2009

Parti Pemusnah Bahasa

FAIRUZ BUAT HAL LAGI

Aku ada baca post dari wak kat Al-banjari online tentang Fairus.[lihat sini]
Apa nak jadi la dengan si Fairus ni, aku sebagai rakyat permatang pauh amat berduka cita bila dengaq kes macam ni. DSAI dah pernah bagi warning kat dia, tapi dok tak berubah jugak lagi. Ramai budak2 PR terutamanya dari Qariah KS kurang berpuas hati dengan kerja dia. Bila DSAI bagi warning ari tu, ingat dah boleh berubah.
Bila dah makin teruk macam ni lebih baik letak jawatan. PR diminta jangan simpan orang yang tak boleh buat kerja. Takut pulak jadi macam dibukit gantang, sebab nak settle kes lepa, dah sanggup jadi KATAK JADIAN.
Kami sebagai penduduk2 permatang pauh amat menyokong sekiranya pemimpin2 yang tak boleh buat kerja dan ada pelbagai skandal disingkirkan. Takut nanti sel2 barah yang dok ada merebak. Lagi parah buatnya.
Bersihkan PR daripada individu2 yang berkemungkinan akan menjadi duri dalam daging. Jangan dok kesian kat lepa. Rakyat mahukan pemimpin yang bersih. Yang boleh bekerja untuk rakyat, bukan yang dok perabih duit rakyat.
Dalam bab ni mungkin geng2 bloger BPN akan bersorak, tapi biaq pi kat lepa. Kita mau pemimpin yang bersih. Yang tak baik kita buang, ambik yang baik. Jangan sampai jadi bangkai baru nak buang, kurang2 pun busuk tu lekat jugak kat tangan. Tumpang tak berapa nak berbau lagi, tendang buang siap2.

Rabu, 18 Mac 2009

NIK AZIZ AKAN LANCARKAN BLOG.

Blog yang paling dinanti-nantikan

Sebuah laman blog yang paling dinanti-nantikan ramai akan mula dilancarkan pada minggu hadapan.

Blog ini juga dijangka dapat menandingi blog terkenal kepunyaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah berjaya meraih kunjungan yang tertinggi.

Pemikiran dan kupasan pemilik blog baru ini yang senantiasa melangkaui rasional akal dan berpandukan Al-Quran dan hadis telah lama saya nantikan.

Dengan terbitnya sebuah blog yang melangsungkan buah fikiran dan juga pandangan peribadi beliau, lebih mudah rakya berbilang kaum dan agama menghadam sesuatu isu itu tanpa putar belit pihak- pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Blog yang dimaksudkan itu adalah milik tulisan TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

http://ajijoi.blogspot.com


ZAID MAHU AGONG BIJAK

KUALA LUMPUR : Ketika tinggal beberapa hari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap Yang di-Pertuan Agong akan melantik pengganti yang benar-benar dapat memenuhi kehendak rakyat jelata.

“Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuang Agong,” katanya.

Berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini, Zaid yang meletakkan jawatan ekoran isu syor pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun lalu memberitahu, tidak pernah dalam sejarah negara seorang Yang di-Pertuan Agong diletakkan dengan tugas amat berat bagi Seri Paduka membuat keputusan berani dan yang tepat.

“Tiada beban perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri.

“Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas,” kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.

Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.

“Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa,” katanya.

“Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.

“Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah,” kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Zaid telah dipecat dari Umno tahun lalu memberitahu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal menggantikan Abdullah akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Sebelum itu beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Senat.

http://www1.mstar.com.my

TERDAPAT BEBERAPA HADIS YANG MENERANGKAN TENTANG PEMILIHAN CALON PEMIMPIN.

hadis riwayat Al-Hakim dan Sohehnya:

"Siapa yang menyerahkan sesuatu tugas(jawatan) kepada seseorang di dalam sesuatu jemaah, padahal masih ada orang yang layakdiserahkan tugas itu(tetapi tidak diberikan) maka sesungguhnya dia telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya serta dia telah berkhianat kepada kaum muslimin seluruhnya".


Nabi S.A.W bersabda:

"Apabila jawatan atau tugas itu diserahkan kepada bukan ahlinya (orang yang tidak pakar di dalam bidang tertentu) maka tunggulah saat kehancuran dan kerosakan (kelamkabut)". (Riwayat Bukhari)

Selasa, 17 Mac 2009

ALI RUSTAM DILARANG BERTANDING

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.

Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.

Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.

Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.

Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.

JERUNG TAK KENA GANTUNG, ANAK BILIS HABIS SEMUANYA RENTUNG

Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran.






JADI PERASUAH PUN HANYA KENA WARNING. PELIK..PELIK...




Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir.




TOYOL OH TOYOL, HANG PAKAI ILMU APA GAMAKNYA.

Manakala yang lainnya yang turut didapati bersalah dan digantung keahlian ialah Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Wanitanya, Salmah Pin.

Mokhtar digantung keahlian selama setahun manakala Salmah digantung keahlian selama tiga tahun, berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Turut dikenakan tindakan ialah empat pemimpin dan ahli Umno Umno bahagian Paya Besar, Pahang. Mereka ialah ahli biasa Datuk Abdul Manan Ismail yang digantung keahlian selama setahun,kerana mengadakan majlis dan pertemuan serta membuat kenyataan akhbar.

Manakala tiga lagi pemimpin bahagian tersebut diberi amaran atas kesalahan yang sama, iaitu Timbalan Ketuanya, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Naib Ketua bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan AJK bahagian, Mohd Zaili Besar.

Turut digantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Maran, Pahang, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (digantung tiga tahun mulai 13 Mac); Timbalan Ketua bahagian Kuala Krai, Kelantan, Amran Mat (digantung setahun mulai 12 Mac) dan ketua cawangan di Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain (digantung setahun mulai 12 Mac)

LAST-LAST ANAK BILIS JUGAK YANG KENA. JERUNG2 MASIH TERSENYUM.

EH! APA PASAI TAK NAMPAK ORANG2 SPRM, LEPA DOK TIDOQ LAGI KA...
HAMPA TOLONG PI GERAK SAT..

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu