Pilihan anda di PRU13

Isnin, 2 Mac 2009

BERITA HANGAT DARI PERAK

DUN PERAK DITUTUP, ELAK SIDANG TERGEMPAR
kemaskini 4.20pm
Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

perak state assembly building closed on 3rd march 2009 notice 020309Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.

Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta
undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.

Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.

Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.....malaysiakini

3 ulasan:

  1. Be End dah semakin terdesak nampaknya. Aku ingat najib nak letup bangunan tu guna C4 la.

    BalasPadam
  2. Kita tutup semua perlembagaan. Kita buat perlembagaan uang baru. Perlembagaan BE END.

    BalasPadam
  3. kalau la aku jadi Najib....
    itupun kalau la aku jadi najib....
    aku takkan bising2.....
    malam nie aku kena tidoq puas2 tepi aku punya bini....
    itupun kalau aku jadi najib laa....
    esok terus bangun pagi2....
    aku terus gosok gigi....
    heheheeeee hihihiiii....
    terus aku pasang strategi....
    maklumlah, bangun awai pukul 4 pagi..
    tel sana tel sini.......
    Pak lah dah kata hang buat la sendiri...
    Musa hassssannn kata "aku pun suka hati"...
    dalam hati dok kata tunggu apa lagi....
    strategi dah nak menjadi....
    C4 dah ada 4, 5 biji......

    BERITA TERGEMPAR!
    UTUSAN MELAYU & TV TIGA SUKU
    PERAK- Bangunan Perak Darul Ridzuan telah meletup, dipercayai angkara pengganas.Pihak polis memberi jaminan akan menyiasat perkara ini secepat mungkin.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu