JAM 2.31 - TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA BERMULA
PARA DEMONSTRAN TELAH DISERANG OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA.PARA DEMONTRAN MASIH MENERUSKAN KE ISTANA NEGARA.
BERITA BARU MASUK
--------------------
PULUHAN TEMBAKAN TELAH DI ARAHKAN KEPADA PARA DEMONSTRAN
TETAPI MEREKA MASIH BERGERAK MENUJU KE ISTANA NEGARA.
----------------------------
JAM 2.35 - KE ISTANA NEGARA
KEADAAN KACAU BILAU. JALAN JAM. INI KERANA SERANGAN GAS PEMEDIH MATA.
HON HON KERETA MASIH KEDENGARAN TANDA SOKONGAN TERHADAP PERJUANGAN GERAKAN MANSUH PPSMI.
GERAKAN INI BERTUJUAN UNTUK MENGHAPUSKAN PEMBELAJAARAN BAHASA INGGERIS. GERKAN INI MAHU PEMBELAJAYAN MATHS DAN SAINS DI AJAR DALAM BAHASA IBUANDA.
---------
JAM 2.39 - KE ISTANA NEGARA
PARA DEMONSTRAN YANG DI GANGU OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA KINI TELAH BERJAYA BERKUMPUL KEMBALI.PARA DEMONSTRAN BERTEKAD UNTUK SAMPAI KE MASJID NEGARA.
HELIKOPTER SEDANG BERLIGAR DI BELAKANG ISTANA NEGARA.
------
JAM 2.40 - KE ISTANA NEGARA
PARA DEMONSTRAN MASIH CUBA KE ISTANA NEGARA.SATU KILOMETER DI JALAN SYED PUTRA ADA LAPORAN DI TERIMA YANG MEREKA
DAPAT MENDENGAR TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA YANG BERTERUSAN TIDAK HENTI HENTI.
HELIKOPTER SEDANG BEERLIGAR-LIGAR DARI ISTANA NEGARA ARAH KE TAMAN SEPUTEH DAN PULANG KEMBALI KE ISTANA NEGARA.
TEMBAKAN INI BETUL BETUL MENYUSAHKAN KANAK KANAK DAN ORANG TUA YANG INGIN TURUT SAMA KE ISTANA NEGARA.
PARA DEMONSTRAN MASIH BERTEKAD KE ISTANA NEGARA.
JAM 2.46 - MENUJU KE ISTANA
KAMPONG ATAP DI SEBELAH ISTANA NEGARA TELAH DI SERANG OLEH MERIAM KIMIA.MAT SABU BERSAMA 5000 PENYOKONG SEDANG BERHADAPAN DENGAN GAS PEMEDIH MATA DAN LEDAKAN KIMIA.
UNIT AMAL TERUS MEMGERAKAN DEMONSTRAN UNTUK KE ISTANA.
DALAM MASA YANG SAMA GAS PEMEDIH MATA MASIH DI TEMBAK DI MERATTA TEMPAT UNTUK MEMASTIKKAN PARA DEMONSTRAN TIDAK DAPAT BERKUMPUL.
12 KILOMETER DI KELILINGI KOTA KUALA LUMPUR JALAN JALAN TELAH DITUTUP/SEKAT INI UNTUK MEMASTIKKAN RAMAI DEMONSTRAN TIDAK DAPAT TURUT SAMA KE ISTANA NEGARA.
CUACA CUKUP CUN. RENYAI BERHENTI. REDUP DAN MEMAYUNGI PARA DEMONSTRAN
JAM 2.53 - KERANDA 152
KERANDA 152 YANG DI USONG OLEH PKPIM MASIH LAGI SELAMAT. ADA HAMPIR 5000 PELAJAR DAN ANAK MUDA SEDANG BERKUMPUL DI KAMPONG ATAP.MEREKA TELAH DI SERANG DENGAN MERIAM KIMIA DAN TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA.
MEREKA MASIH BERTAHAN DALAM PERJALANAN KE ISTANA NEGARA.
JAM 2.56 - MAT SABU
MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA.
BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.
JAM 2.59 - PUBLIC BANK
SERANGAN MERIAM KIMIA BARU SAJA BERMULA DI HADAPAN PUBLIC BAK.DI HADAPAN BANK INI ADA BERIBU DEMONSTRAN YANG MASIH INGIN MENERUSKAN PERJALAN KE MASJID NEGARA.
KETIKA BERITA INI DI TULIS SERANGAN MASIH DI TERUSKAN.
HELIKOPTER SEDANG BERLIGAR LIGAR DI KAWASAN MASJID NEGARA,PASAR SENI, SOGO DAN JALAN SYED PUTRA.
JAM 3.03 - MASJID NEGARA
Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.JAM 3.08 - KE MASJID NEGARA
Para demonstran yang kini sedang di serang di hadapan Istana Negara sedang berundur ke Masjid Negara.Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di hadapan Stesen Keretapi sedang di kepong oleh mata mata dan Fru.
Demonstran yang sempat berkumpul telah masuk ke dalam masjid.
Ini samalah seperti yang berlakau di Gaza. Apabila tentera Zionis Isreal menyerang warga Gaza akan mencari perlindungan di masjid.
JAM 3.14 - KERANDA 152
Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur ke Masjid Negara.
Arahan telah di buat untuk kembali berkumpul ke Masjid Negara.
Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di sekitarnya masih dikawal oleh mata-mata dan FRU.
KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.
lagi laporan akan menyusul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)