
Ia diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan sebentar tadi.
Bagaimanapun, kes tersebut akan diteruskan di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan yang timbul dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan.
Hakim Lau Bee Lan berkata, berdasarkan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terpakai kepada Undan-undang Tubuh Negeri Perak.
"Berdasarkan peruntukan itu mahkamah mempunyai kuasa untuk merujuk isu mengenai prosedur tubuh kerajaan Negeri Perak ke Mahkamah Persekutuan berhubung perlembagaan negeri,"katanya.
Mahkamah juga meminta, peguam kedua-dua belah pihak membantu beliau untuk memutuskan apakah isu undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan perundagan sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Hakim memberi masa selama sejam untuk kedua-dua belah pihak menyediakan persoalan-persoalan yang timbul sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Kes itu diambil alih Lau Bee Lan selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut. mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)