Pilihan anda di PRU13

Khamis, 12 Mac 2009

NAJIB- SELANGKAH LAGI

Najib merupakan TPM yang ke-9. Dan hanya selangkah lagi akan menjejakkan kaki di tangga teratas pemerintahan negara. Adakah si Najib ini akan berjaya atau kecundang di penghujung jalan? Pelbagai spekulasi yang timbul. Ada yang menyatakan si Najib ini hanya akan menjadi presiden UMNO dan tidak akan memangku jawatan sebagai Perdana Menteri dan ada yang berkata sebaliknya.

Kebanyakkan kedai kopi kat Malaysia dah jadi medan politik buat pakcik2 yang dulunya hanya menghabiskan masa terluang dengan bermain dam haji. Namun kebanyakkannya sepakat tak mahu si Najib ni jadi PM. Kiranya nama Najib ni dah jadi kain lap meja. Kalau ada kawan2 yang nama Najib, alamatnya hari2 dok kena kutuk. Pakcik2 yang ada anak remaja ni senyumnya lain sikit bila jumpa member, biasa la, petang2 suruh anak surf internet cari info pasal politik semasa. Bila lepas isya' pakat2 pi kedai kopi dia la yang jadi hero. Berita yang buruk ditambah burukkan. Najib yang dulunya nak kata wangi pun tak, nak kata busuk pun tak, tapi bila pakcik ni bercerita alamatnya busuk si Najib kalahkan bangkai.

Nak salahkan pakcik tadi pun tak boleh, si Najib ni memang banyak buruk dari baiknya. Banyak kontrovesi yang menimpa si najib ni belum terjawab. Kalau nak harap sumpah, orang kampung dari tokey kedai runcit sampai baby yang dok hisap puting pun tak percaya. Sumpah dah jadi mainan orang UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Mana ada lagi orang nak percaya.

Najib pernah berasa seram sejuk masa DSAI dibebaskan. Dia bimbang masa tu takut2 kedudukannya sebagai orang no-2 akan dirampas oleh DSAI sekiranya DSAI digamit untuk kembali kepada UMNO. Bila DSAI menyatakan pendirian untuk berjuang di bawah keADILan rasa seram sejuknya kembali pulih. Kemudiannya Najib kembali nak selsema bila dihujani pelbagai kontrovesi dari kapal selam hingga ke mongolia. lepas makan ubat dua tiga pek akhirnya pulih kembali walaupun tak sepenuhnya. Last2 si Najib ni terus demam bila dengar Pak Lah ada jumpa ngan DSAI masa sambutan maulidur rasul di madrasah Nurul Iman. Malamnya tidur pun tak berapa nak lena. Kiranya aura DSAI masih digeruni lawan.

Si Rosmah bini no-2 Najib ni dok pulun tenangkan lakinya. Dok nak risau apa, tak sampai sebulan lagi peralihan kuasa akan berlaku. Namun bagi si Najib setiap saat dirasakan bertahun lamanya. Sekiranya kaki tak berjaya dilabuhkan di kerusi no-1, alamat hancurlah impiannya, malah bala akan datang bertimpa-timpa. Dari kes tukang sapu hingga sampai kes tokey samsu akan di korek..korek...korekk. Dari kes kapal selam hingga kes altantuya made in mongolia akan terbongkar seluas-luasnya, itu yang ditakutinya. Rampasan kuasa yang berlaku di Perak atas pimpinan si Najib akan menambah gelora. Dulunya musuh tak berapa nak ramai, bila berlaku rampasan tersebut musuh dan keliling pinggang. Silap percaturan akan memakan diri, itu yang membuatkan si Najib ni bertambah pening. Dia sendiri paham, kalau silap langkah dan tersungkur di penghujung jalan akan mendapat tepukan gemuruh dari pembangkang malahan dari dalam UMNO sendiri....

Pakcik2 yang dok kat kedai kopi tadi hanya menghitung hari. Kalau jatuhnya si Najib, pakcik2 ini bersorak gembira dan kalau si Najib berjaya melangkah ke kerusi no-1 akan diteruskan acara politik kedai kopi. Yang diatas pasti akan tersungkur juga suatu hari nanti sekiranya Allah tak mengizinkan begitu juga sebaliknya. Yang boleh kita buat hanya TUNGGU DAN LIHAT.

4 ulasan:

  1. tunggu dan lihat?
    ramai2 rakyat berdoa agar najib terus tersungkur

    BalasPadam
  2. TAK SEMPAT NAK LANGKAH TERSEMBAM NAJIB ALTANTUYA DI DADA ROSMAH

    BalasPadam
  3. aku pun tumpang sekaki ngan pakcik2 tu main dam haji dulu2. sekarang dah tak layan dam haji dah. kami dok tunggu najib jatuh saja.

    BalasPadam
  4. tarikh peralihan kuasa pak lah kata dia dah pilih, cuma tunggu utk diumumkan. kita TUNGGU dan LIHAT.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu