Pilihan anda di PRU13

Selasa, 3 Mac 2009

SULTAN OH SULTAN,....

Ampun Tuanku....

Patik hanya hamba yang memohon budi bicara tuanku untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat negeri perak.

Ampun Tuanku...

Patik sekalian hamba rakyat negeri ini hanya memohon tuanku menitahkan pembubaran dun negeri ini untuk patik dan sekalian hamba rakyat memilih kerajaan yang baru.

Ampun Tuanku....

Sememangnya berita yang dikhabarkan hari ini bahawasanya dun telah dibubarkan dengan sebulat suara dibawah sepohon pokok adalah benar2 belaka. Dan dengan titah tuanku diharap ia dapat melenyapkan suara2 pemimpin yang korupsi daripada menyangkal perkara tersebut.

Ampun Tuanku.....

Dalam sejarah telah ada sultan yang disanggah oleh sekalian rakyat jelata dan hal ini diharap tuanku bijak dalam menentukan hala tuju negeri tuanku.Kami sekalian hamba rakyat negeri ini amat sayangkan tuanku dan diharap tuanku dapat mengambil iktibar dari sejarah Sultan Mahmud Shah II.

Ampun Tuanku....

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri.Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.

Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari tahta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.

Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai muslim), Megat Seri Rama pun membunuh Sultan gila itu dan tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'.

2 ulasan:

  1. Sejarah berulang lagi.....

    BalasPadam
  2. kembalilah tuanku kejalan yang diredhai Allah.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu