Jika Umno mahu memenangi semula hati rakyat dengan lebih berkesan, parti itu harus membayangkan mereka sebagai gadis yang ingin dipikat untuk dijadikan isteri, kata perwakilan Wilayah Persekutuan.
"Bayang bagaimana kita hendak memikat isteri kita apabila nak kahwin dahulu. Pertama, nak pikat kena tengok apa minat dia.
"Tunjukkan kita ambil berat pada dia, cuba selalu berdamping dengan orang yang kita minati ini.
"Dan kita mesti teruskan mendekatinya. Inilah asas hendak mendekati semula rakyat," kata Datuk Mohd Shafie Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno hari ini.... malaysiakini
Ceh.....
nak pilihanraya baru pikiaq semua tu.
buat apa nak tunjukkan kata hangpa ambik berat kat rakyat.
kalau betui2 jangan tunjuk saja.
ambik berat betui2, yang tu yang rakyat mau.
bukannya kepura-puraan hangpa.
jangan jadi hipokrit.
dulu ada kuasa hangpa tindas rakyat.
la dah sedar kuasa rakyat ladi kuat baru nak terhegeh-hegeh.
jangan ingat rakyat bodoh.
rakyat dah mampu menilai yang mana benar yang mana palsu.
dah menjadi resam umno.
bila pilihanraya baru nak tunjuk muka.
bila pilihanraya baru nak buat projek mee segera.
dah lama rakyat nampak semua tu.
sekarang dah ada alternatif lain untuk rakyat.
rakyat takkan dipijak selama-lamanya.
APA MACIAM... SUDAH NAK RUNDING????
3 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)