Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno semalam kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah.
"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," tulis mantan perdana menteri dalam blognya hari ini.
"Mereka memilih sebagai ketua mereka, seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai ketua Pemuda.
"Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal?
"Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia," tambahnya
Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kenapa lebih enam jam diperlu untuk mengira hanya 790 undi.
TUN TUN,
KAN SAYA DAH KATA DUDUK DIAM2. BILA TUN BUKAK MULUT, MESTI ADA PERKATAAN BAHLUL YANG TUN UCAPKAN. AWAT DULU TUN BERSIH DARI RASUAH KA. TUN DULU PUN 2 X 5 SAJA.
LAGI SATU KALAU TUN NAK TAU SEBAB APA DIA ORANG AMBIK MASA 6 JAM NAK KIRA 790 UNDI. LEPA TAK RETI NAK KIRA DALAM BAHASA INGGERIS. DULU LEPA BLAJAQ PAKAI B.MELAYU, LA KENA KIRA PAKAI B.INGGERIS TU YANG TAK BERAPA NAK RETI. BUKAN TAK TAHU NAK TAMBAH, TOLAK ATAU BAHAGI, CUMA TAK PAHAM BILA BIG BOS BAGI ARAHAN DALAM B. INGGERIS.
KAN SAYA DAH KATA DUDUK DIAM2. BILA TUN BUKAK MULUT, MESTI ADA PERKATAAN BAHLUL YANG TUN UCAPKAN. AWAT DULU TUN BERSIH DARI RASUAH KA. TUN DULU PUN 2 X 5 SAJA.
LAGI SATU KALAU TUN NAK TAU SEBAB APA DIA ORANG AMBIK MASA 6 JAM NAK KIRA 790 UNDI. LEPA TAK RETI NAK KIRA DALAM BAHASA INGGERIS. DULU LEPA BLAJAQ PAKAI B.MELAYU, LA KENA KIRA PAKAI B.INGGERIS TU YANG TAK BERAPA NAK RETI. BUKAN TAK TAHU NAK TAMBAH, TOLAK ATAU BAHAGI, CUMA TAK PAHAM BILA BIG BOS BAGI ARAHAN DALAM B. INGGERIS.
Bukankah sesungguhnya perkataan buruk dan kesat yang keluar dari mulut itu merupakan gambaran kepada nilai diri mereka yang mengungkapkan perkataan tersebut. Cubalah menegur dengan bahasa yang baik tanpa maki hamun dan carutan.
BalasPadamLihat hasil tulisan Tun, semua tersusun dari tampak sehinggilah isinya. Penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Ejaan yang digunakan juga betul. Kalaupun ada kesalahan, besar kemungkinan kesalahan yang tidak disengajakan.
Memalukan apabila kita mengatakan dan menegur kesalahan orang, mengatakan orang itu tidak betul, sedang kita mengemukakan teguran dengan menggunakan bahasa yang tidak teratur dengan banyak kesalahan ejaan dan kata-kata kesat.
Bayangkan sekiranya saudara mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 9 tahun dan dia membaca hasil tulisan ayahnya seperti tulisan dan ulasan saudara. Adakah saudara akan berasa bangga dan mengatakan "Ayah yang tulis tu".
Bayangkan anak saudara pula menggunakan perkataan-perkataan kesat apabila bercakap dengan pakcik dan makciknya. Adakah saudara akan merasa bangga.
Saya harap tidak kerana sekiranya ia, maka terbuktilah bahawa masyarakat kita hari ini sudah tidak lagi tahu membezakan antara yang betul dan salah atau mereka tahu membezakan tetapi tidak peduli lagi samaada apa yang mereka lakukan betul atau salah.
Saya sendiri tidak tahu yang mana lebih buruk tetapi saya yakin kedua-duanya tidak patut.
Terima kasih.
terima kasih kepada Wong Pencen kerana memberi ulasan dan nasihat yang berguna.
BalasPadamtuan jangan risau, saya tak akan buang post yang tuan tinggalkan.
sudah menjadi fitrah manusia apabila menyampaikan rasa tidak puas hati dalam pelbagai cara. nasihat daripada tuan amat berguna. lain orang lain ragamnya. ada yang menulis dalam perkataan yang berhemah, tetapi hatinya tetap menyumpah, jangan jadi hipokrit dalam penulisan. apabila ramai yang menulis dengan menggambarkan emosi mereka, ini sedikit sebanyak akan membantu orang yang diperkatakan itu berfikir, kenapa ramai orang tak puas hati dengan beliau, sekurang2nya beliau dapat merenung kembali apa yang pernah dilakukan sebelumnya.
dulu, org kata lidah tu tajam dari pedang..
BalasPadamtapi sekarang ni tajam tu bukan datang dari lidah kan..
datang dari jari...
so, jari lebih tajam dari pedang...
tak...!!! no no no...
hati itu lubuk segalanya...
adakala kita bercakap, menulis, beri isyarat menngunakan perkataan yang lembut... tetapi...yang menentukan tajam atau tidak adalah hati sendiri...biar hati luahkan segalanya...jika itu benar!!! :)