Aku ada baca post dari wak kat Al-banjari online tentang Fairus.[lihat sini]
Apa nak jadi la dengan si Fairus ni, aku sebagai rakyat permatang pauh amat berduka cita bila dengaq kes macam ni. DSAI dah pernah bagi warning kat dia, tapi dok tak berubah jugak lagi. Ramai budak2 PR terutamanya dari Qariah KS kurang berpuas hati dengan kerja dia. Bila DSAI bagi warning ari tu, ingat dah boleh berubah.
Bila dah makin teruk macam ni lebih baik letak jawatan. PR diminta jangan simpan orang yang tak boleh buat kerja. Takut pulak jadi macam dibukit gantang, sebab nak settle kes lepa, dah sanggup jadi KATAK JADIAN.
Kami sebagai penduduk2 permatang pauh amat menyokong sekiranya pemimpin2 yang tak boleh buat kerja dan ada pelbagai skandal disingkirkan. Takut nanti sel2 barah yang dok ada merebak. Lagi parah buatnya.
Bersihkan PR daripada individu2 yang berkemungkinan akan menjadi duri dalam daging. Jangan dok kesian kat lepa. Rakyat mahukan pemimpin yang bersih. Yang boleh bekerja untuk rakyat, bukan yang dok perabih duit rakyat.
Dalam bab ni mungkin geng2 bloger BPN akan bersorak, tapi biaq pi kat lepa. Kita mau pemimpin yang bersih. Yang tak baik kita buang, ambik yang baik. Jangan sampai jadi bangkai baru nak buang, kurang2 pun busuk tu lekat jugak kat tangan. Tumpang tak berapa nak berbau lagi, tendang buang siap2.
APA MACIAM... SUDAH NAK RUNDING????
3 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)