:Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, sebanyak lima pertuduhan dikemukakan dalam laporan terhadap bekas Menteri Kabinet itu dan berharap siasatan segera dapat dilakukan SPRM.
:"Antaranya, kemungkinan wujud elemen rasuah membabitkan pembahagian peruntukan saham khas Bumiputera yang terletak di bawah bidang kuasa Miti yang pada asasnya diagihkan kepada pemilik ekuiti selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.
:"Namun, berdasarkan maklumat dan bukti dokumen yang kita ada, matlamat tersebut dikhuatiri tidak tercapai apabila ada orang perseorangan yang mempunyai hubung kait dengan beliau menerima agihan tersebut," katanya kepada :Sinar Harian: semalam.
:Menurut Mohd Nazree, segala maklumat dan dokumen berkaitan dakwaan itu akan diserahkan bersama laporan SPRM termasuklah bukti yang mengaitkan Rafidah terlibat dalam beberapa siri mesyuarat berhubung pengagihan tersebut.
:"Kita berharap SPRM akan menjalankan siasatan segera terhadap laporan ini," katanya.
:Mohd Nazree berkata, segala maklumat berhubung baki empat pertuduhan salah guna kuasa dan penyelewengan lain akan didedahkan pada sidang media sejurus selepas laporan dibuat.
:Katanya, laporan tersebut boleh disiasat mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No.22 Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1070, Akta SPRM 2009.
:Laporan Gerak terhadap Rafidah itu akan dibuat oleh Srikandi Gerak di Ibu Pejabat SPRM Selangor, di Plaza Massalam, di sini jam 3 petang ini...... sumber dari sinar harian online.
ADAKAH SPRM AKAN MENYIASAT KES INI DENGAN TELUS?
SEMUA RAKYAT SEDANG MEMERHATI CARA SPRM BEKERJA.
SELALUNYA KALAU KES YANG BERKAITAN DENGAN PEMBANGKANG AKAN DISIASAT DENGAN SEGERA, BAGAIMANA PULA DENGAN KES YANG BERKAITAN DENGAN PEMIMPIN UMNO. ANAK BILIS DAH BANYAK YANG KENA, BILA PULA JERUNG NAK DITANGKAP.
SEMUA RAKYAT SEDANG MEMERHATI CARA SPRM BEKERJA.
SELALUNYA KALAU KES YANG BERKAITAN DENGAN PEMBANGKANG AKAN DISIASAT DENGAN SEGERA, BAGAIMANA PULA DENGAN KES YANG BERKAITAN DENGAN PEMIMPIN UMNO. ANAK BILIS DAH BANYAK YANG KENA, BILA PULA JERUNG NAK DITANGKAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)