Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 7 Mac 2009

LAPORAN DEMO MANSUHKAN PPSMI.(04)

laporan dari blog Tukar Tiub

JAM 3.41 - DI MASJID NEGARA

Para demonstran telah mula kembali berkumpul di Masjid Negara.
Setelah di serang dengan gas dan tembakan kimia para demonstran telah mencari perlindungan di Masjid Negara. Ini sama seperti rakyat Palestin yang di serang oleh Zionis akan berlindung di dalam masjid.
Para demonstran kelihatan berpeluh, muka merah ada yang berhingus kerana serangan gas.
Cuaca cukup cun dan teduh. Awan sedang memayungi para demonstran.

JAM 3.45 - DI MASJID NEGARA

Satu gerombolan polis telah menceroboh masuk ke dalam masjid. Mereka telah di kepong oleh orang ramai.
Akhirnya mereka mengundur.
Orang ramai bersorak gembira.

JAM 3.48 - DI MASJID NEGARA

Para pemimpin Gerakan Anti PPSMI telag berkumpul kembali ke Masjid Negara.
Satu ceramah akan di mulakan.
Mat Sabu telah kembali sehat dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Negara dari Kampong Asap. Awal tadi Mat Sabu hampir jatuh pengsan kerana serangan gas dan kimia.
Para demonstran sedang berkumpul kembali. Ramai yang sedang duduk berehat dan bercerita sama sendiri.
Cerita cerita ini akan menjadi lagenda rakyat hingga ke anak cucu cicit.

JAM 3.53 DI MASJID NEGARA


Semua pintu masuk ke Masjid Negara telah di kepong oleh mata-mata dan FRU.

Ramai para demonstran masih lagi berada didalam kawasan Masjid Negara.

Ceramah akan bermula.

lagi laporan akan terus menyusul.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu