Pilihan anda di PRU13

Isnin, 30 Mac 2009

BLOGGER-BLOGGER tersohor bersama PR

Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang.

"Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.

"Kami sepakat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat kerana telah muak dengan politik kuno yang masih menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional" tegas Harris.


Beliau juga menegaskan penulis-penulis blog yang bersama beliau akan memastikan segala maklumat akan dapat disampaikan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang.

Selain itu tegas Harris, jika memerlukan mereka berkempen untuk pihak Nizar, mereka semua tidak akan teragak-agak untuk melaksanakannya.

Menjelang hari Jumaat lebih ramai penulis blog yang akan berada di Bukit Gantang untuk sama-sama membantu dan menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Pagi tadi mereka semua mengikuti rombongan Dato' Seri Mohd Nizar melawat pekan Kuala Sepetang dan beramah mesra dengan peniaga dan penduduk setempat.

Selain Harris, penulis blog lain turut kelihatan antaranya Zorro Unmasked,Del Capo, Shah OBE dan beberapa nama lain. - mks. _harakahdaily..

DAN RAMAI LAGI BLOGGER YANG AKAN TURUT MEMBANTU UNTUK MEMBERIKAN KEMENGANGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT SELAGI PR BERADA DI LANDASAN YANG BENAR. INSYAALLAH DOA2 PARA BLOGGER DAN RAKYAT AKAN DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T.

4 ulasan:

  1. diharap blogger2 dapat memberi maklumat yang terkini dalam setiap hari mengenai PRK di tiga tempat itu. especially bkt gantang dan bkt selambau.maklumat yang blogger beri amat rakyat sekalian hargai.TAKBIR!!!!

    BalasPadam
  2. Allahuakbar X 3

    BalasPadam
  3. salam,
    nak minta pendapat anda...
    Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
    mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
    abis pungutan duit poket die?

    fakta telah beritahu..
    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

    BalasPadam
  4. I'allah, pakat blogger2 hancurkan UMNO BN!

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu