Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 27 Mac 2009

anak-anak UDANG bukan anak- anak BILIS

Kelmarin ari khamis, ada member ajak mancing udang galah di sungai Kerian, Nibong Tebal. Alang2 masih lagi penganggur, rasanya tak dak hal kalau setakat nak pi mancing. Walaupun bukan musim udang galah, tapi kalau kena dengan lokasi yang sesuai masih ada udang galah yang mampu dinaikkan. Walaupun udang2 galah ni tak bersaiz jerangkung, tapi layan tetap layan. Jom cuci mata ngan foto2 ni.

Hasil yang dipeolehi dalam masa 2 jam setengah.
Cukup la banyak ni, jangan tamak macam
pemimpin2 umno, dari projek sapu sampah sampai
projek kondo 14 tingkat, semua dia nak sapu.

Ini aku punya member. Nama dia Atan,
partner aku bila turun mancing.
Kat mana aku ada, mesti dia ada punya( time mancing saja
la, jgn ingat lain pulak). Peneman setia dari pancingan
kolam hingga ke laut dalam.

Kan aku dah kata, nak dapat yang besar kurang, anak2 banyak.
Sama gak dengan SPRM, nak tangkap jerung susah,
anak2 bilis banyak diorang tangkap.

Yang ni pelik sikit, bukan sebarangan anak. Kalau manusia,
makluk ni kategori mafia la. Tengok badan kecik, dia punya sepit
boleh gagah, mau putus jari dikepitnya.
Kalau yang macam ni, SPRM payah mau tangkap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu