Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 7 Mac 2009

LAPORAN DEMO MANSUHKAN PPSMI.(05)

laporan dari blog Tukar Tiub

JAM 3.55 - DI MASJID NEGARA - KERANDA 152


Ketika berita ini ditulis KERANDA 152 telah selamat kembali ke perkarangan Masjid Negara.

Ketika ini pemimpin PKPIM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia sedang berucap.

PKPIM adalah penyokong kuat gerakan mansuh PPSMI.

Mereka membawa KERANDA 152 - simbol perjuangan bahasa yang dimulakan oleh arwah Usman Awang pada tahun 1967 dahulu.

Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Membawa KERANDA 152 adalah mengosong mayat Bahasa Melayu.


JAM 4.01 - DI MASJID NEGARA


Pak Samad Janggut atau A. Samad Said atau Mat Bunga Bangsar Utama baru sajaha masuk ke perkarangan Masjid Negara.

Beliau yang berumur 72 tahun kelihatan masih bersedia untuk bertempur.

ramai anak anak muda mengelilingi Pak Samad ketika Pak Samad manaiki tangga ke Masjid Negara.

Pak Samad telah ' mengkentutkan ' cap Sasterawan Negara.

Sasterawan Negara di Malaysia ini banyak kaki bodek dan cari makan bukan dengan karya agung tapi dengan bodek agung!


JAM 4.12 - DI MASJID NEGARA


Datuk Hassan Ahmad Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI baru sahaja berucap. Berterima kaseh atas sokongan.

Beliau meminta semua para demonstran bersurai.

Malam ini berkumpul di Taman Melawar. Ada ceramah jam 9.00.

Hujan mula turun setitik setitik tanda menangisi kejayaan para demonstran dan tanda alam berterima kaseh kepada para penunjuk perasaan.

Di belakang Istana Negara telah kelihatan gelap. Helikopter masih berkeliaran.

Rakyat telah melaungkan - KITA SAMBUNG Di BUKIT GANTANG !!! KITA TERUSKAN DI BUKIT SELAMBAU !!

JAM 4.22 - DARI MASJID NEGARA KE IPD DANG WANGI


Para demontran sedang menuju ke arah rumah pasong Dang Wangi.

Mereka ingin membuat laporan polis terhadap pembunuhan gadis cun Altantuya dari Mongolia.

Dua hari lalu Liberation sebuah harian terbesar di Eropah dan harian terulung di Peranchis telah membocorkan berita tentang pertemuan Najib, Razak Baginda dan Altantuya.

Mengikut laporan Liberation Najib, Altantuya dan Razak telah bersantai dalam sebuah kelab di Paris - dan une club privee - .

Laporan Liberation ini bercanggah dengan sumpah saiful yang telah dibuat oleh Najib.

Laporan polis ini adalah berkenaan dengan hal ini.

3 ulasan:

  1. terima kasih atas laporan yang disiarkan.

    BalasPadam
  2. tq. new media labih pantas dari tv kerajaan...
    teruskan usaha kalian...
    slamat maju jaya

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu