Pilihan anda di PRU13

Selasa, 17 Mac 2009

ADAKAH PAKATAN MASIH MENYENGAT

Tolong habaq mai sapa kata PR dah tak menyengat?

Kalau ada pun hanya pencacai UMNO/BN yang hanya tahu menyalak....Aaukkk..Aauukk..Aaukkk.
Tapi pemimpin2 mereka dok ketaq lutut. Kalau tak takkan lepa dok taruh gila2 kat pemimpin2 pakatan. Itu dah membuktikan mereka masih terasa aura Pilihanraya yang lepas.

Jangan pandang kecil tentang perjuangan Pakatan Rakyat. Ada banyak pihak yang menyokong.

Golongan pertama adalah penyokong tegar yang tak makan dek saman. Puak2 UMNO/BN buatlah apapun, nak maki ka, nak saman ka, nak tuduh derhaka ka, golongan ni tak akan tergerak hati nak ubah haluan politik mereka. Golongan ni dah set dalam minda kata UMNO/BN memang dah tak boleh nak pakai walaupun satu sen.

Golongan kedua adalah dari anak2 muda yang dah memang meluat taraf cipan dekat pemimpin2 UMNO/BN. Golongan ni yang UMNO/BN cukup takut dan dari hari ke hari golongan ini semakin bertambah. Anak2 muda ni lepa dah tak baca suratkhabaq kuno dan TV bujang lapok yang dok ampu kerajaan. Minda lepa lebih berkembang dengan adanya teknologi terkini. Mereka melihat perjuangan pakatan dari perspektif mereka sendiri dan mereka merasakan pakatan mampu memberi kesejahteraan di masa akan datang. Kalau nak harap kat pemimpin2 UMNO/BN yang dok ada la, lepa ingat tak sampai 2020 malaysia dah muflis. Mana taknya, rasuah sana, rasuah sini, kronI makin kaya, rakyat makin papa kedana.

Golongan ketiga adalah golongan yang baru terjaga dari lena. Mula2 dulu sokong UMNO/BN, lepas pilihanraya lepa tengok banyak negeri yang terlepas dari kerajaan, baru lepa reti pikiaq. Masa tu baru nak nampak apa yang tak kena tentang UMNO/BN. Golongan ni makin bertambah selepas pilihanraya kecil permatang pauh dan kuala terengganu. Alhamdulilah.... Tuhan dah sedaqkan hampa dari lena yang panjang.

Golongan keempat ni kategori dia dasyat sikit. Lepa ni boleh dikatakan musuh dalam selimut dalam UMNO/BN sendiri. Golongan ni boleh dikatakan akan memberi undi protes kerana apa yang lepa hajati dalam UMNO/BN tak dapat. Tak dapat satu jawatan pun padahal dah dekat 20tahun bergiat aktif. Kehulu kehilir dok ikut pungkoq pemimpin UMNO/BN, kot2 boleh dapat projek, last2 haram satu apa pun tak dapat. Dengaq pulak cerita anak menantu si pemimpin tadi yang dapat. Sebab sakit hati, golongan ni akan buang undi utk pakatan walaupun masih dok ikut pungkoq pemimpin2 UMNO/BN.

Golongan kelima hanya akan menyusul setelah dbukakan hati oleh Allah S.W.T.

Yang dok berkarat tu kalau boleh, pikiaq2 la sama. Tuhan bagi otak bukan suruh jadi lembu, Dia suruh guna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu