musuh kami najib tun razak - nizar
KUALA KANGSAR, 6 Mac (Hrkh) - "Jangan sekali-kali tuduh kami mengkhianati Sultan. Kami tidak pernah memusuhi baginda, oleh itu tiada sebab kami menaruh kebencian terhadapnya"."Musuh kami bukan Sultan. Musuh kami bukan Istana, tetapi Najib Tun Razak," kata Menteri Besar Perak, Dato� Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa berceramah dalam rangka lawatannya ke seluruh negeri Perak di Sayong Tengah dekat sini kelmarin.
Tegasnya, Najib bersama Umno-Barisan Nasional yang telah mengkhianati Sultan menggunakan "kuasa Istana" untuk merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sah dari tangan rakyat.
Katanya, Najiblah yang merobek, merompak tiga orang Adun Pakatan Rakyat dan menimbulkan kemelut krisis antara Sultan dengan rakyat Perak.
"Padahal semasa kami memerintah hampir sebelas bulan Pakatan Rakyat Perak, hubungan saya dengan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah cukup intim di mana pada setiap minggu saya datang mengunjungi baginda. Begitu juga kemeseraan saya dengan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah cukup baik," tegasnya.
Kerana itu, kata Nizar, mereka cemburu. Mereka tidak sanggup melihat pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menguruskan kerajaanya dengan baik yang dapat diterima oleh Sultan dan pelbagai keturunan rakyat.
Katanya, Umno-BN tidak sanggup melihat kempimpinan kami begitu menarik diterima rakyat berteraskan konsep tugasan dengan keadilan, ketelusan dan kebajikan.
Sehubungan itu Nizar menyeru saki-baki ahli Umno supaya keluar daripada kerajaan haram sekarang dan masuk Pakatan Rakyat, kerajaan yang sah di sisi undang-undang.
"Jangan sokong kerajaan haram, Dun haram, Exco haram," tegas Nizar. - harakah
Dah sah najib si perompak musuh utama rakyat...
BalasPadamTak layak nak jadi PM Malaysia....
Hanya boleh kasi hancur ini Malaysia...
NAJIB SI NAJISSSSS
BalasPadamBERTAUBATLAH SEGERA KAMU
KEMBALIKAN HAK KEPADA RAKYAT
NESCAYA KAMU DIAMPUNKAN
rakyat dah terbukti tolak PR kat perak.
BalasPadamyang korang nie bahlul sangat apasal.