Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka. bernama
kedaikopi : Apasal kat jepun takdak kerajaan BN tapi negara dia maju aaaa.... korea, iran pun maju tanpa kerajaan BN. Kat Malaysia kalau selain BN takleh maju ke... ishhh..isshhhh kesian betui kat Malaysia, kalaulah kerajaan BN tumbang masa PRU13 nanti, alamatnya, mundurlah negara.... Aku ingat pakcik2 yang betui-betui berkarat saja pikiaq camtu... rupanya yang bijak pandai pun ada lagi...AMPUN TUANKU....
akira

Bro itu hak Tuanku nak beri pandangan .. kan Malaysia ni Demokrasi ... tak akan demokrasi bila semua puji dan sokong Pakatan je ...kalau tidak maka habis kena hentam ..
BalasPadamdenihati..
BalasPadammemang tak salah Tuanku nak bagi pandangan, tapi tuan tanah pun ada hak nak bagi pandangan.... lagi satu.... Sultan sebagai ketua negeri sepatutnya bebas daripada Politik.... atau Sultan takut konsesi balak di Pahang akan lepas kepada orang lain sekiranya PR mengambil alih kerajaan... Ada udang di sebalik batu.... mungkin sebilangan rakyat dah lupa tentang konsensi balak yang dimiliki kerabat/kroni diraja pahang.
Assalaamuaalaikum...
BalasPadamDalam konteks raja berpelembagaan umum mengetahui raja dan kedudukannya. Raja-raja tidak dibenarkan terlibat daalam politik secara langsung dalam ertikata menggunakan kedudukan sebagai raja untuk menyatakan sokongan perse pada mana-mana parti politik.Betulkan?
Namun kita melihat terdapat beberapa insiden yang menunjukkan raja-raja ini menunjukkan sokongan terbuka mereka kepada parti-parti politik.Sekadar beberapa contoh seperti kes di Perak atau di Kelantan dekad-dekad sebelum kini.Raja-raja kalau ingin berpolitik sewajarnya menanggalkan baju kedaulatan raja dan turun sebagai pemimpin politik seperti mana yang berlaku pada beberapa tokoh yang berketurunan raja. Dalam konteks memberi sokongan terang-terangan begini nampak gayanya telah mencemar semangat raja berpelembaagaan dan naampak kecondongan raja untuk tidak bersikap adil ke atas rakyatnya. wallahua'lam